Monday, January 12, 2009

dimana hilangnya ProMahasiswa USM??


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tahniah kepada pro Aspirasi USM yang telah pun berjaya menakluk barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/ 2009. Pagi tadi, selesai penamaan calon, pro-Aspirasi telah memenangi 20 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan, iaitu 12 kerusi dari pusat pengajian HBP, Kimia, farmasi, fizik, matematik, pengurusan (2), ilmu kemanusiaan (2), sains kemasyarakatan (2) dan seni, dan 6 pusat pengajian di kampus kejuruteraan. di kerusi umum, tiga menjadi milik proAspirasi iaitu satu (1) di kejuruteraan, dan dua(2) di kampus induk apabila proM hanya menghantar 4 calon dari 6 kerusi umum. Ini bermakna di kejuruteraan,proAspirasi menang bersih.

sejak tiga tahun kebelakangan ini, proMahasiswa atau proPembangkang USM benar-benar seperti hidup segan, mati tak mahu...bermula dengan salah percaturan proPembangkang pada tahun 2005/2006, yang menyaksikan kebanyakan proAspirasi IPTA menang tanpa bertanding, proMahasiswa/proPembangkang USM kelihatan goyah saban tahun. ini terbukti apabila bermula tahun 2006/2007, proMahasiswa gagal mengemuka calon untuk kebanyakan kerusi...mengapa agaknya?? kemana hilangnya calon-calon hebat seperti Tuan Umar,Nurul Najjah dan sebagainya di bumi minden, hanya di lembah kelang proM kelihatan mampu bernafas dengan selesa.

tahun 2005/2006, Pilihanraya kampus USM sunyi sepi apabila proAspirasi menang tanpa bertanding di 25 kerusi induk dan 7 di kejuruteraan, propembangkang pada masa itu, menuduh bahawa adanya kumpulan yang melanggar AUKU, buktinya apabila kesemua 25 kerusi hanya menghantar satu calon yang dikatakan atas tiket aspirasi....pada ketika itu juga, propembangkang diseluruh IPTA turut memboikot pilihanraya pada waktu itu...atas tiket apakah?? hanya UM dan UIAM yang ada pengundian.

tahun 2006/2007, selepas penaman calon di induk, proAspirasi berjaya membentuk kerajaan apabila memenangi 20 kerusi yang dipertandingkan. proM hanya menghantar 2 calon drp 6 di umum dan hanya menghantar 8 calon di pusat pengajian fizik, kimia, ilmu pendidikan, sains kemasyarakatan dan ilmu kemanusiaan.

tahun 2007/2008 juga menyaksikan fenomena yang sama, hanya 10 daripada 25 kerusi di induk dipertandingkan.

ini bermakna, setelah 4 tahun, proAspirasi masih lagi mampu memegang tampuk kepimpinan MPP walaupun sekiranya pengundian berpihak kepada proM. namun aku bukan mahu mempersoalkan kemenangan aspirasi, tetapi kebobrokan proM yang setiap tahun kehausan isu dan calon. Menjelang PRK, pelbagai tomahan dan isu cuba dipermainkan dan mereka-meraka ini seringkali melaung-laungkan perubahan yang bakal dilakukan, persoalannya, bagaimana agaknya perubahan itu akan terlaksana sekiranya, awal-awal lagi sudah kalah di medan pertempuran....tak ubah seperti Pak Anwar, angan-angan mat jenin...

wasalam...

p/s: walaupun sudah berjaya membentuk kerajaan, jangan lalai dan sambil lewa...teruskan usaha Aspirasi....

5 comments:

Anonymous,  January 13, 2009 at 9:26 PM  

x turun usm ker?tgk election campus...

tajudin January 17, 2009 at 10:40 PM  

bagus liputan ni, sesekali tengok juga politik kampus.

teruskan.

Anonymous,  January 21, 2009 at 8:24 AM  

tak bg tau pun ttg USM kmpus kesihatan... proM menang? takut ker....

ariffss ™ January 21, 2009 at 2:03 PM  

ala.. menang 3 dr 5 kusi.. bukan leh bentuk kabinet pun.. sma la mcm angau nye PAS ke DAP ke PKR ke.. beria nak bentuk kerajaan.. anto calon pn x ckp.. yucks Pro M + PR.. Both same stupid political strategy.. smer mau msk poket sendiri je.. ckp org.. sm je 2-2 baik BN / PR yg ada ari nih ~

lieliq January 22, 2009 at 3:03 PM  

saya cerita kat kampus saya ler...kang kalo wat kampus lain, kata saya tak tahu apa2...suke nak tulis...

"dalam kehidupan anak-anak Tun Mahathir, sejak kecil lagi mereka telah dilatih agar tiap-tiap sesuatu yang hendak diperkatakan atau dibincangkan bersama, yang mustahak mesti menyediakan bukti dan hujah yang meyakinkan, jika tiada lebih baik diam."

so, why shoul i talk about USM KK?? u la tell us...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP