Tuesday, September 15, 2009

Melayu Islam: Terpisahkah?

Dilema Melayu Islam...
satu prejudis atau kenyataan?
Satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakannya lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Mengungkai masalah di sulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi...
tanpa emosi berapi-api!

Pertama mari kita fikirkan...
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan...
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?

Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu...
Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan...
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?

Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh assabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Kedua-duanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?

Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
Satu ke timur satu ke barat
Tak mungkin bersatu dalam muafakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?

Cubalah kita ungkai segala yang kusut
Berbicara secara tulus dan telus
Merujuk ke dasar, menyelam ke akar
Putuskan rantai kepartian...
Yang membelenggu mata dan fikiran
Putuskan sentimen ketaksuban...
Yang mengaburi fakta dan kenyataan
Marilah sama-sama bercerminkan visi bangsa
Dari jurus misi agama!

Islam agama yang menyatukan
Justeru itulah perintah Al-Jami'(Yang Maha Menyatukan)
Apabila manusia sama-sama beriman
Maka bertautlah hati, terbentuklah persaudaraan
Iman dan persaudaraan-lazim berlaziman
Yang paling kuat tauhidnya kepada Yang Esa
Dialah yang paling mesra bersaudara
Bila kukuh 'hablumminallah' yang vertikal
Akan teguhlah 'hablumminannas' yang horizontal
Itulah silaturrahim-'hubungan' intim atas nama Al-Rahim

Bila beriman ertinya yakin
Bila yakin ertinya terikat...
Terikat dengan syariat-peraturan dan hukum Tuhan
Yang wajib ditegakkan
Yang haram ditinggalkan
Yang sunat jika mampu dilaksanakan
Yang makruh jika mampu ditinggalkan
Yang harus-terpulang,
Bebas untuk membuat pilihan
Inilah 5 hukum daripada Allah
Yang bila semua meyakini dan mengamalkan
Secara automatik terbentuklah perpaduan
Inilah firman Tuhan:
"Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"

Melayu juga faktor penyatu
Kerana ikatan darah itulah fitrah...
Cintakan bangsa adalah naluri hati
Yang tumbuh secara tabii
-jika bangsa terjajah, jiwa terseksa...
Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata
-jika bangsa mundur, hati terdera...
Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha
Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi
Adalah nyawa, citra dan identiti
Bangsa yang lemah, akan kalah
Bangsa yang mundur, akan terkubur
Bangsa yang kuat, akan berdaulat

Yang miskin dibela oleh agenda ekonomi dengan DEB
Yang jahil diberi pelajaran dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik!
...selagi Melayu menguasai pemerintahan
...selagi "Hak istimewa Melayu" maktub dalam perlembagaan
...selagi itu kedua-duanya dikekalkan
Tapi selama mana Melayu dapat menguasai pemerintahan?
Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan?
Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan...
Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?

Islam dan Melayu boleh diserasikan
Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH
Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan
Bila membela Melayu yang miskin...
Itu tanggungjawab bangsa dan itu juga tuntutan agama
Membantu Melayu yang bermasalah...
Itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabilillah
Lalu...satukanlah fitrah dengan hidayah!

Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual
"Hubbul Watan minal Iman"
Musuh bangsa dan agama cuma satu-dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri...
dalam barisan perjuangan bangsa
dan saf perjuangan agama!

p/s: petikan puisi dari buku Dilema Melayu Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir

Read more...

Tuesday, September 8, 2009

Kisah Saya Pejuang Islam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....



Lama sungguh tidak menghidang blog ini dengan perkara-perkara yang serius...saya sebenarnya mempunyai sindrom akut yang agak serius..saya suka membeli buku, membacanya separuh jalan dan kemudian membeli buku lain yang saya rasa menarik..selepas 2/3 minggu / berbulan-bulan, barulah saya membuka semula buku yang ditinggalkan...hiskh..Hanya ada 3-4 buah buku yang berjaya menarik minat saya membaca hingga penghabisan tanpa membuka bahan bacaan lain. Buku ini salah satu darinya...

Saya bukanlah mahir atau lebih jujur mengetahui secara langsung fahaman2/ ideologi islam dinegara luar terutamanya Arab Saudi, Iraq, Syria, Palestin, UK, AS dan sebagainya. Namun buku ini membuka minda saya untuk lebih mencari / memahami fahaman2 yang wujud.

"Kisah Saya Seorang Pejuang Islam" hasil tulisan Ed Husain , seorang muslim warganegara Britain, ayahnya dari India manakala ibunya dari Pakistan Timur (kini Bangladesh). Buku ini mengisahkan keprihatinan Ed Husain yang bimbang akan penularan ekstrimis2 islam / gerakan politik islam yang semakin merebak di British. Sebagai seorang anak lelaki sulung, Ed Husain telah diasuh oleh kedua ibubapanya serta Datuk (seorang syeikh) menjadi seorang muslim yang sederhana / tradisional. Namun peningkatan usia remajanya telah dipengaruhi oleh fahaman islam ekstrimis.

Penglibatan Ed Husain dalam fahaman ini bermula apabila sesuai dengan pemikiran remajanya yang tercari-cari maksud disebalik negara islam yang tidak pernah diajar oleh ibubapanya mahupun datuk. Bertitik tolak daripada jiwanya yang kosong itu, beliau membaca buku Gulan Sawar. Pengenalan dengan seorang sahabat bernama Falik, Ed Husain mengenali YMO (Youth Organization Muslim) .
YMO adalah sayap pemuda Jemaatul Islami yang dipeloporkan oleh Mawdudi.Fahaman-fahaman ini meneru umat islam membentuk kerajaan islam secara total. Mengenali YMO, Mawdudi, Syed Qutb membuatkan Ed Husain meragui ajaran ibubapa dan Datuknya sehingga berlaku perselisihan antara beliau dan bapanya. Apabila Ed Husain melarikan diri daripada keluarga, menurut ahli2 YMO "itu adalah ujian daripada Allah". Ed Husain kemudiannya kembali pada keluarga apabila ibu dan bapanya membenarkan beliau melibatkan diri dalam pertubuhan YMO dengan hati yang berat. Fahaman2 ini mengariskan islam kepada 2 iaitu islam sebenar dan islam separuh. Hanya fahaman YMO, Mawdudi dan Syed Qutb adalah islam sebenar. Ed husain akhirnya menjadi Presiden YMO dan aktif dalam gerakan2 YMO. Kemudian, pengenalan dan perbincangan dengan seorang teman David, memperkenalkan Hizbut Tahrir kepada Ed Husain. Hizbut Tahrir lebih jelas memperkenalkan secara pragmatik negara khilafah yang sebenar. Kaedah ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain. Penemuan ini mengalih perjuangan Ed Husain dari YMO dan kemudiannya menjadi seorang yang berpengaruh dalam Hizbut Tahrir. Sepanjang penglibatan dalam gerakan-gerakan ini, pada masa yang sama timbul beberapa keraguan di minda Ed Husain apabila melihat kefanatikan ahli2 pertubuhan dan kepura-puraan yang dipamerkan oleh ahli2 Hizbut Tahrir yang pada masa itu dipimpin oleh Omar Bakri. Menurut Hizbut Tahrir 1. golongan lelaki dibenarkan melihat wanita tanpa pakaian sebelum mengahwininya untuk mengelakkan berlakunya penceraian, 2. Halal membunuh orang2 kafir/ separuh islam bagi menegakkan Islam sebenar dan menubuhkan negara Islam/ negara Khilafah.3. Minyak adalah pemberian Tuhan kepada umat islam, bukannya kepada orang Arab teluk semata2. Orang Islam adalah 'satu bangsa, dibawah satu Tuhan'. 4. terdapat ahli Hizbut Tahrir, meninggalkan solat atas dasar memperjuangkan negara islam lebih penting daripada solat apabila sibuk menjalani aktiviti pertubuhan. Ketika dunia masa kini sibuk menegakkan demokrasi, menurut gerakan politik islam ini, demokrasi adalah haram. Demokrasi adalah undang-undang ciptaan manusia, islam sebenar hanya berpegang kepada Undang2 Tuhan, maka penubuhan negara khilafah adalah wajib dilaksanakan. Ed Husain menyedari kesilapannya apabil berlakunya pembunuhan seorang warga Afrika oleh seorang ahli Hizbut Tahrir didepan matanya sendiri kerana pertangkaran kecil. Fahaman HIzbut Tahrir yang menghalalkan pembunuhan orang bukan Islam tidak dapat diterima oleh Eh Husain. Kemudian, beliau mengambil keputusan menjauhkan diri dari gerakan politik islam ini. Meningkat dewasa, bekerja di HSBC, Ed Husain mempelajari islam sederhana melalui ceramah-ceramah Iman Hanson dari Amerika, Melihat berlakunya kefanatikan materialistik di HSBC, Ed Husain tekad mempelari Bahasa Arab bagi menilai sendiri islam yang sebenar. Syria menjadi pilihan Ed Husain memperlajari Bahasa Arab. Di Syria Ed Husain mendalami siapa itu Nabi Muhammad S.A.W yang sebenar yang pernah diketepikan oleh Hizbut Tahrir dan menyenali syair2 Rumi. Kemudian Ed Husain menjelajah ke Arab Saudi sebelum pulang ke England. Selama berada di Arab Saudi, Ed Husain mengenali Wahabi. Ed Husain melihat sendiri, kedudukan orang islam di Arab Saudi dan bagaimana Wahabi melayan golongan ini. Tempat-tempat bersejarah di Arab Saudi kebanyakannya sudah dimusnahkan oleh kerajaan Arab Saudi. Ini bagi mengelakkan umat islam yang hadir 'menyekutukan Allah' / politisme. Menurut Ed Husain, Wahabi gagal memahami kecintaan umat islam terhadap Rasullullah S.A.W tetapi merasakan ianya suatu penyambahan. Buku ini juga turut memuatkan pandangan dan pemikiran orang-orang islam lain yang terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini mengenai 11 September, pengeboman berani Mati Di London, pencerobohan Iraq, Pelestin dan beberapa kejadian lain yang melibatkan pejuang Islam.

Keberanian Ed Husain dalam memaparkan kisahnya didalam buku ini patut dipuji, bukan untuk melaga2kan umat islam diseluruh dunia, tetapi agar kita sedar Allah itu Maha Adil dan Islam mementingkan kesederhanaan. Buku ini menarik kerana berjaya membuatkan saya tertanya-tanya apa yanga akn berlaku seterusnya. Hasil Pencarian, saya menemukan satu lagi kisah mengenai buku ini disini. Dan juga pertubuhan Hizbut Tahrir di Malaysia. Saya mengalu2kan sebarang komen bagi perkembangan idea kita bersama. Wasalam.

Read more...

Friday, August 21, 2009

Tag???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....

otak masih lagi berhibernasi ketika ini....aku ditag?? layankan je la...anyway, thanks Bal...

These are the rules:
1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.
2. Select the 6th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.

aku memilih photo folder yang ada dalam facebook...gambar yang ke-6...jeng2..


Story behind this photo?? ini adalah gambar kami semasa majlis pertunangan Mohd Zuhru @ Amalm dengan Farah Zalini pada 16 Ogos 2009. Tahniah amalm...satu lagi teori domino berjaya dihasilkan. heh...

dalam gambar ini, zah, aznur, saya, anne dan saf...nak cerita lebih boleh tak?? hehehe...

sehari sebelum majlis ini, kami telah mengadakan gathering...pehh, mmg best, rasanya sudah lama benar kami tidak bergelak sakan seperti ini...semoga hubungan antara kami ini akan sentiasa berkekalan sampai bila-bila...

alang-alang menulis cerita ini, saya ceritakan seba sedikit perubahan yang berlaku di USM... bnyak juga yang berubah, bangunan telah siap dibina, pejabat HEPP bertukar kedudukan dan pegawai, adik-adik juga sudah berubah, ada yang dah kerja, sambung master dll...

Namun ada sesuatu yang muncul saban tahun...alih2, kes dan peristiwa yang sama berlaku kembali, bezanya ianya melibatkan orang yang berbeza...entahlah, kami seringkali berusaha agar perkara2 seperti ini tidak lagi berulang, kerna itu kami sering menceritakan perkara ini pada adik2...supaya mereka mengambil iktibar atas apa yang terjadi...namun, ia tetap terjadi...salah siapa??? barangkali kita semua tidak mampu menghalang kejadian ini....cuma satu saja pesan saya pada adik2, walau apa pun yang terjadi, bina dan jagalah perhubungan antara kita ini...seperti entri2 saya terdahulu...hubungan ini hanya mampu dirasai oleh mereka-mereka yang ingin dan berusaha untuk merasainya....carilah keistimewaan dalam perhubungan ini....tgk..dah melalut plak, asalnya nak layan tag jee..heh..

ok, smpai disini saja...oh, selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak..semoga puasa kali ini, kita mampu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita padaNya...wasalam..



Read more...

Thursday, August 6, 2009

Bila Semut Menyanyi..

Salam...lama sungguh tak mengemaskini blog ini...dibiarkan begitu saja...huhuhu...masih dalam ketiadaan mood untuk berblog..

video ringkas untuk dikongsi bersama...


video

Read more...

Monday, July 13, 2009

A Story About Malay People....

CERITANYA ORANG MELAYU.

DULU KALA
ORANG MELAYU
PUNYAI KERAJAAN
PUNYAI PERADABAN
PUNYAI KETAMADUNAN
PUNYAI KEBUDAYAAN
PUNYAI KEKAYAAN
PUNYAI KEBESARAN
PUNYAI KEJAYAAN

DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI HASAD DENGKI DAN TAMAK HALOBA
ADA YANG PANDAI TAPI DIBUNUHNYA
ADA YANG BIJAK TAPI DICERCA
ADA YANG KUAT TAPI DIADU DOMBA
ADA YANG SETIA TAPI DI SYAK WASANGKA

DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI KHIANAT MENGKHIANATI
MULAI DENGKI MENDENGKI
MULAI ROSAK AKHLAK DAN ROSAK BUDI
MULAI ROSAK AKAL DAN ROSAK HATI
MULAI ROSAK SOPAN DAN ROSAK PERIBADI
MULAI ROSAK SUSILA DAN TAK TAHU MALU LAGI

DULU KELMARIN
ORANG MELAYU
BUKA PINTU UNTUK BENGGALI PUTIH
BENGGALI PUTIH DATANG BERSILIH GANTI
BENGGALI PUTIH MENJAJAH DAN TAK MAHU PERGI
BENGGALI PUTIH MENGINJAK BUMI INI
BENGGALI PUTIH MENJARAH PRIBUMI
BENGGALI PUTIH MEROMPAK DAN MEMBULI
HAMPIR LIMA RATUS TAHUN
HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI
HANYA LAYAK JADI PETANI DAN KULI

SAYANGNYA ORANG MELAYU PADA RAJANYA TIADA BERTEPI
UMPAMA PAYUNG TEMPAT BERTEDUH
TIADA HARTA PUN TIDAK MENGAPA
SANGGUP BERKORBAN APA SAJA
HARTA ATAU PUN NYAWA
KERANA RAJANYA LAMBANG BANGSA
LAMBANG NEGARANYA

ORANG MELAYU
BERGOTONG BERKUMPUL BERSATU BERTEGUH HATI
MENCARI AKAL MENCARI DIRI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !

SEMENJAK JATUHNYA KOTA MELAKA
ORANG MELAYU BERDOA MEMOHON PADA ILLAHI
HANYA ILLAHI TEMPAT PENGADUAN
SETIAP SAAT SETIAP HARI

HARI BERGANTI HARI
BULAN BERGANTI BULAN
TAHUN BERGANTI TAHUN
BERABAD LAMANYA
BARU KINI MAKBULNYA DOA
MAKBULNYA PERMINTAAN
MAKBULNYA POHONAN
MAKBULNYA RAYUAN

JUTAAN HATI MEMANJATKAN KESYUKURAN
JUTAAN HATI TERBAKAR SEMANGAT KEMERDEKAAN !
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
BELUM PUN SEHARI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !

BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
SUDAH SEMULA LUPA DIRI
SUDAH MUDAH LUPA LAGI !
TAK SUDAH SUDAH TAK TAHU DIRI !

SEMUANYA KERANA SEKEPAL DARAH BERNAMA HATI
IRI HATI !
DENGKI HATI !
SAKIT HATI !
BUSUK HATI !
JAHAT HATI !
HANYA KEHENDAK SECUBIT DUNIAWI !

WAHAI ORANG MELAYU
JANGAN KAU ULANGI
HANYA CUMA SECUBIT DUNIAWI
BERBALAH BERGADUH BERKELAHI
BERKHAYAL MABUK DI ALAM FANTASI
KONONNYA ATAS NAMA, DEMOKRASI
KONONNYA ATAS NAMA, HAK DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, AKU PUNYA DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, MODENISASI
KONONNYA ATAS NAMA, REFORMASI
KONONNYA ATAS NAMA, ISLAMISASI

ORANG MELAYU MUDAH LUPA DIRI
ORANG MELAYU TAK SEDAR DIRI
DULU BERGELUMANG SELUT DAN TAHI
HANYA TANAH BENDANG MENCARI REZEKI
DULU HANYA MANDI DI PERIGI
DULU HANYA PELITA MENERANGI
DULU HANYA PETANI DAN KULI
DULU TIADA KENAIKAN HANYA BERJALAN KAKI
DULU HILANG HARGA DIRI DAN NEGERI

MENGAPA MUDAH LUPA DIRI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENGHARGAI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENSYUKURI
NIKMAT INI

KINI
ORANG MELAYU
SUDAH ADA YANG KAYA RAYA
SUDAH ADA YANG BERHARTA BENDA
SUDAH PUNYAI WANG BERJUTA
SUDAH ADA INTAN PERMATA
SUDAH ADA BIJAK CENDEKIA
AKAN TETAPI MASIH BELUM LAGI SEMPURNA

PEPATAH ORANG TUA SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN
MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA
MANA TANGGUNGJAWAB KALIAN
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI !
BAGAI HARUAN MAKAN ANAK SENDIRI !
SEPERTI MUSANG BERBULU AYAM !
HARAPKAN SOKONG, SOKONG MEMBAWA REBAH !
TELAH LUPA ASAL USUL MASING MASING
SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT !
INIKAH BAYARAN BAGI SEBUAH KEMERDEKAAN !
SEBUAH KEJAYAAN !
SEBUAH KECEMERLANGAN !
SEBUAH KEGEMILANGAN !

ORANG MELAYU
DULU KOSONG PERUTNYA
RINGAN TULANG SENANG DIBAWA BICARA
KINI PERUTNYA TAK PERNAH LAPAR LAGI
BERAT TULANG, PEMALAS
TAK BOLEH DIIKUT PANDAINYA

KATANYA
SEKALI MERDEKA SELAMANYA MERDEKA
TEPUK DADA TANYA SELERA
AKAN DIBUAT APA YANG DISUKA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA
KE MENTARI TENGGELAM JUA
MEREKA MEMUJA MUJA TERKINJA KINJA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA, MENDERHAKA

HARI INI DAN ESOK
ORANG MELAYU
MASIH LAGI PUNYA MASA
MASIH LAGI PUNYA KUASA
JANGAN ALPA JANGAN LEKA JANGAN LUPA
ANCAMAN SENTIASA ADA DI DEPAN TANGGA
URUSKAN KEJAYAAN INI
GEMILANGKAN KEJAYAAN INI
CEMERLANGKAN KEJAYAAN INI

JANGAN DILEPASKAN KEJAYAAN INI
SEHINGGA MINGGU HADAPAN
SEHINGGA BULAN HADAPAN
SEHINGGA TAHUN HADAPAN
SEHINGGA DEKAD HADAPAN
SEHINGGA KURUN HADAPAN
SEHINGGA ALAF HADAPAN
SEHINGGA SELAGI ADA SURIA DAN REMBULAN

INILAH BEBERAPA PEDOMAN
SEORANG AKU INGIN PERKATAKAN
TIADA GUNANYA KEMERDEKAAN
TIADA GUNANYA KEJAYAAN
TIADA GUNANYA KECEMERLANGAN
TIADA GUNANYA KEGEMILANGAN

ANDAINYA DALAM DADA TERCABUT KEIMANAN !
ANDAINYA DALAM JIWA TERHAKIS KEPERCAYAAN !
ANDAINYA DALAM HATI TIADA KESETIAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESOPANAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESUSILAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA PERADABAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KEHORMATAN !
YANG MENJADI GALANG GANTINYA !
SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT
SEMUA ITU MULA TERHAKIS DAN BINASA
DAN TIADA SIAPA YANG AMBIL PEDULI !

CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN
WAHAI ORANG ORANG MELAYU YANG BERIMAN !
MASIHKAH KAMU INGAT!
KATAKAN ALLAH ITU TUHANMU YANG SATU !
KATAKAN RASULULLAH MUHAMMAD SAW UTUSANNYA !
SESUNGGUHNYA PERJUANGANMU BELUM SELESAI !
BERJUANG
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA !

Read more...

Monday, June 29, 2009

Adik - Epiey n Ayun...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....

Semalam, tiba-tiba hati terasa sayu, cepat sungguh masa berlalu, adik-adik aku telah dewasa rupanya...masih lagi teringat ketika aku berada di alam persekolahan, balik dari sekolah, kalau rumah bersepah...cepat-cepat aku akan menjerit..." adikkkk...epiieyy...ayunnn....akak tak kira, sorang kemas dapur, sorang kemas sini (ruang tamu), sorang kemas luar!!! aku kira sampai tiga...1...2...supptt!!!...terus ketiga-tiganya lari berkemas macam orang kena kejar hantu...begitulah adik2 aku..hihi, aku memang kakak yang garang....

Adik meneruskan pengajiannya dalam Diploma Kejuruteraan Awam di UTHM, pada mulanya aku agak marah pada dia, kerana masuk Tingkatan Enam sekadar mengisi masa orentasi, padahal, dah beli baju sekolah...hiskh, tapi aku tak mahu memaksa dia...Napi (epiey) pula ke UUM dalam ijazah Kewangan, selepas tamat Matriks di Penang...adik dan epiey, masuk semalam.....Ayun berada di UITM melaka sejak setahun lalu mengambil Ijazah perniagaan...selepas ini, mesti rumah, menjadi sunyi seketika....meow2 di rumah juga terpaksa menunggu makan hingga ke petang, kerana adik yg selalu rajin beri meow2 makan....Detik adik dan epiey, mencium tangan aku, membuatkan aku sedikit sayu," belajar rajin2, jangan lupa solat...."

Sebelum bertolak, abah belanja kami makan di kolam ikan barunya, hanya angah dan isterinya tiada, kerana kerja...owh, semalam abah memberitahu, adik rupanya satu U dengan jiran kami dirumah lama...hahahha, kami semua tergelak besar, adik sememangnya ada jodoh dengan Ragini..yang selalu kami kenen-kenenkan sejak adik kecil...abah terus telefon epiey, epiey pun gelak sakan...

Selamat bergelajr pelajar universiti dan semoga adik-adik aku ini menjadi orang yang berguna dan tidak lupa pada keluarga....

adik - itam-eppiey - joha(ateh) - me - mak - k.intan
bila- siti - ayun




itam - bila - ayun - epiey - ateh

epiey n am



ayun

Read more...

Friday, June 12, 2009

Don't Forget



Did you forget
That I was even alive
Did you forget
Everything we ever had
Did you forget
Did you forget
About me

Did you regret
Ever standing by my side
Did you forget
What we were feeling inside
Now I'm left to forget
About us

But somewhere we went wrong
We were once so strong
Our love is like a song
You can't forget it

So now I guess
This is where we have to stand
Did you regret
Ever holding my hand
Never again
Please don't forget
Don't forget

We had it all
We were just about to fall
Even more in love
Than we were before
I won't forget
I won't forget
About us

But somewhere we went wrong
We were once so strong
Our love is like a song
You can't forget it

Somewhere we went wrong
We were once so strong
Our love is like a song
You can't forget it
At all

And at last
All the pictures have been burned
And all the past
Is just a lesson that we've learned
I won't forget
I won't forget us

But somewhere we went wrong
Our love is like a song
But you won't sing along
You've forgotten
About us

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP