Wednesday, August 13, 2008

Takkan Melayu Hilang di Dunia..

salam...

10 Ogos lalu, si Khalid MB negeri Selangor telah buat kenyataan berhubung cadangan beliau untuk membuka kuota 10 % pengambilan pelajar UiTM kepada bukan bumiputera. Berikutan dengan itu, semalam, pelajar-pelajar UiTM menyerahkan memorandum bantahan kepada pejabat MB Selangor. ramai pulak makhluk bumi yang memberi respon tentang isu ini, aku tertarik dengan kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah semalam. Persoalannya, betulkah pembukaan kuota 10 % kepada bukan bumiputera ini benar- benar akan menbantu pencapaian akademik orang melayu, atau benar ianya sekadar mainan politik?? Dulu, kita dah pun beri kuota 10% pada bukan melayu dalam pengambilan pelajar Matrikulasi, benarkah pengambilan ini, meningkatkan prestasi pelajar Melayu??

Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah pernah membicarakan tentang pencapaian orang melayu sendiri, dan bagaimana UiTM berkembang maju dalam temuramahnya bersama Agenda Daily.. Bagi aku sendiri, cadangan itu adalah satu perkara tak munasabah. perlu ke kita beri hak kita untuk meningkatkan kemajuan bangsa kita sendiri?? tiada cara lainkah??

Sejarah Permulaan UITM

Ogos 1950 - Rural Industrial Development (RIDA)
1956 - Dewan Latehan RIDA
14 Okt 1967 - Maktab MARA
1968 - Institut Teknologi MARA
1999 - Satu perjumpaan secara besar-besaran telah diatur yang melibatkan semua pentadbir, pelajar-pelajar dan bekas pelajar telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 Ogos 1999. Pada ketika itu, YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa ITM akan dipanggil Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berikutan dengan pengumuman ini, beberapa bulan kemudian Akta ITM (paindaan 2000) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat iaitu pada 25 Februari 2000 dan diikuti pula oleh Dewan Negara pada 8 Mei 2000. Nama UiTM ini berkuatkuasa pada tarikh pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri. Menurut pindaan akta baru ini, terdapat seksyen yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong Malaysia secara automatik dilantik menjadi Canselor Universiti Teknologi MARA dan juga Pro-Canselor turut diletakkan di bawah baginda.

sejarah penuh disini.

Bukanlah secara terang UiTM termaktub dalam perkara 153 perlembagaan yang menjamin hak bumiputera.Adakah isu yang sengaja dibesar-besarkan ini hanya memperlihatkan diskriminasi kaum?? owh, bagaimana pula dengan sesetengah syarikat yang meletakkan syarat wajib berbahasa mandarin untuk menjawat jawatan dalan syarikat mereka? pensyarah-pensyarah bukan Melayu yang mendiskriminasi dalam pembagian markah??

p/s: Kalau melayu sendiri suka tikam melayu, agaknya siapa lagi yang akan mempertahankan melayu. kata hang tuah " takkan melayu hilang di dunia"..yap,melayu memang takkan hilang di dunia, tapi melayu yang bagaimana yang akan tinggal??

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP