Wednesday, August 6, 2008

Hubungan Sayang.....

salam....

malam tadi aku terima panggilan dari seorang sahabat yang agak lama kami terputus hubungan,cik Sarah. Sarah sebenarnya ajak aku menemani die ke konvokesyen sahabat kami Dayah di UM esok petang. Memandangkan aku kerja, maka aku dan Anis tak dapat bersama-sama beliau. Sarah juga sempat jemput aku ke konvo die di UTM minggu depan. Ceh!!! aku katakan bahawa aku perlu balik Penang, ada konvo juga disana. terus dia kata "ahhh, konvo ehem, ehem ko ek???" aku kira aku faham maksudnya, aku kata "bukanla, konvo junior-junior aku n member-member aku laaa"...beliau tak percaya kata-kata aku...lantak lah.....

kadang-kadang aku pelik, tak boleh ke seorang perempuan berkawan dengan lelaki tanpa ada apa-apa perasaan yang melibatkan hubungan romantis??? dari dulu lagi, perhubungan aku dengan kawan-kawan lelaki atau abg-abg senior aku, selalu disalahertikan...adakah sebab mereka fikir aku masih single?? kalau ya pun, itu bukan alasan aku ada hubungan istimewa dengan orang lain?? bak kata cat, " ko memang playgirl liq"...ceh...sekarang kat ofis, kalau aku jumpa ngan abg haron pun, budak-budak ofis kata tu "abg sayang" aku...ceh, kalau awek dia dengar, tak pasal-pasal aku yang kena.

memang sepanjang aku berada di bumi minden,aku akui aku memang ramai abg senior dan member lelaki, mungkin dari cara aku yang agak "kelelakian", buat aku main terjah je sape-sape.

tak kisah lah, selama ini pun aku selalu tak ambil peduli apa orang nak kata kat aku, lagi-lagi kalau menda itu tak betul...oh, hujung minggu ini, seorang senior aku yang paling aku kagum dan hormati akan menamatkan zaman bujangnya...Selamat Pengantin Baru abang!!!" dialah orang yang banyak memberi tunjuk ajar kat aku dari aku merangkak hinggalah aku mampu berlari kini...thanks a lot, walaupun satu ketika dulu, aku pernah berkrisis dengan dia....dan seorang lagi senior yang aku gelar "power ranger merah", senior yang aku kira paling dekat kat hati aku,selalu ada waktu aku sedih dan gembira, dia jugak bnyak beri nasihat kat aku...kini dia ntah ke mana, barangkali dia marah atau bosan dengan kedegilan aku, selalu tak dengar cakap die...huhuhu, anyway i miss him n thanks a lot...

aku selalu terfikir, aku adalah insan yang paling bertuah kerana mendapat tunjuk ajar dari ramai senior, abg fakhrul, abg nas, abg zul, abg haron, abg hairi, abe yoh, abg wan, abg nemo, amam, pian, fiedon, kak abby, kak Ebba, kak lina, kak aina....erk ramai sangat la...dan kini aku masih menerima tunjuk ajar dari mereka walaupun aku telah maninggalkan bumi minden. sorang lagi senior yang masih selalu aku hubungi, "orang tue gigi", banyak maklumat wa kongsi ngan lu bro...thanks...

erk, apsal la tibe2 aku tulis semua ini, macam nak tinggalkan wasiat plak...hehehehe, sebenarnya aku rasa gembira sangat bila tahu abg fakhrul nak kawin....selamat berbahagia, doakanlah kebahagian adik-adik abg juga.....

p/s: owh, aku sudah tidak bersama beliau lagi, aku kira ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami...biarlah masing-masing memilih jalan sendiri...aku letih.....
ah, aku memang sayang senior-senior yang aku dah anggap macam abg sendiri...junior-junior jugak aku sayang macam adik sendiri....sukati lah nak cakap apa pun.....inilah istimewanya kami di USM....hehehehhee....

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP