Friday, August 1, 2008

ketuanan Melayu...

salam,
sehingga hari ini, 1 Ogos 2008, orang ramai masih lagi memperkatakan tentang KETUANAN MELAYU?? bermacam-macam pendapat aku dengar....dan aku kira masih lagi ramai yang tidak faham konsep "ketuanan melayu" itu sendiri, yang paling sakit hati bila orang melayu sendiri yang tak faham dan kata sekarang zaman dah berubah, buat apa nak ada hak istimewa lagi?? semua orang perlu keadilan, perlu diberi hak samarata....apa sebenarnya maksud "samarata"?? kalau aku bagi kucing aku makan frieskies, perlu ke aku bagi kucing jiran aku makan frieskies jugak??

bagi aku orang-orang ini memang buta sejarah dan buta hati...ketuanan melayu dan hak istimewa orang melayu bukanlah bermaksud kita nak tunjuk hebat, tapi ini adalah pengekalan warisan, melayu yang begini agaknya bila dah terdesak, baru nak sedar.. (maaf.... aku bukan nak kutuk bangsa sendiri, meh la kita sama sedar menyedarkan)

kalau semua perkara perlu "samarata", agak-agak kita juga perlu beri hak kerakyatan pada mat-mat indon, bangla, vietnam yang dah duduk kat Malaysia berpuluh-puluh tahun. mereka pun bagi sumbangan besar kat negara gak apa, sama seperti zaman kedatangan bangsa asing ke negara kita satu masa dahulu kan?? bezanya, bangsa asing ini, dipaksa ke negara kita oleh British, mat-mat indon, bangla ini sukarela datang ke Malaysia, aku kira mat-mat indon dan bangla nie lebih bersemangat patriot kalau diberi kerakyatan, dorang yang suka datang sini maaaa.......

p/s: aku bukan seorang yang extreme racist, (betul ke aku eja nie??), tapi semangat perkauman itu perlu, kata orang "sense of belonging",....

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP