Benarkah Perjuangan Itu Sia-Sia??
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....
Saya terpanggil untuk mengulas dan memberi pandangan saya berkenaan entry terbaru En. Shamsul Ariff @ bro gigi. Kiranya, suatu ketika kehidupan saya di kampus mungkin tidak banyak berbeza dengan beliau....kerna jalan dan hala tuju puak-puak politik kampus yang tegar ini sememangnya sehaluan...tapi saya mengaku, beliau merupakan senior saya dan menjadi idola ramai jentera tidak kira pengkacip poster, pengkaki hamun rapat umum atau pengemis di jalan-jalan ke dewan pengundian minta mengundi calon pilihan. Idea dan pengalaman panjangnya itu menjadikan beliau sangat ariff, sesuai dengan namanya itu...(hihihihi), cukuplah setakat itu mempromosikan seorang yang sudah saya anggap sebagai sifu dalam bidang politik, tidak kira di didalam kampus atau diluar kampus. Entry beliau kali ini, benar-benar menarik hati saya untuk berkata sesuatu....
Saya juga merupakan pencacai Aspirasi yang katanya seperti upin dan ipin "Betul..betul..betul...", hanya mengangguk saja...Sekiranya anda seorang pelajar IPTA awam yang peka dengan keadaan sekelililing, pastinya anda faham apa dan siapa itu Aspirasi....Aspirasi inilah yang menjadi tulang belakang UMNO atau BN didalam kampus....samada kita menidakkan atau hanya berdiam diri kononnya atas dasar AUKU......
Saya juga sehingga ke hari ini, masih lagi berpegang kuat pada Aspirasi, tanpa segan dan silunya....jikalau hari ini, UMNO dikatakan tidak lagi relavan, begitu juga dengan Aspirasi sehinggakan ada pihak-pihak tertentu yang mahu menukarkan namanya kepada GERAKAN...persoalannya, mengapa??? Jikalau dalam entry en. Shamsul Ariff lebih terarah pada kekecewaan seorang pejuang bermati-matian Aspirasi ketika dulu, kecewa bilamana puak-puak yang bermati-matian memperjuangkan doktrin BN/ UMNO ini didalam kampus, dan akhirnya bila keadaan memaksanya berada diluar kampus, puak-puak inilah yang gagal ditempatkan ke tempat-tempat seperti yang dijanjikan....Bagaimana pula dengan saya???
Sepertimana ramai sedia maklum, saya kini bertugas di jabatan yang secara lansung bersama-sama dengan jentera dan MPP...maka, perjuangan dan kerja-kerja saya yang dianggap bodoh dan pencacai itu, masih lagi saya lakukan....walaupun, sudah berada di luar sistem. Selama 5 tahun berada dalam lingkungan Aspirasi inilah, saya sering dilihat sebagai "woman power" dan sehingga kini, pada adik-adik tak kira jentera atau MPP, saya sering di lihat sebagai seorang yang sangat 'hebat', begitu juga apabila ada tugas yang memaksa saya berjumpa dengan pegawai-pegawai IPTA dan tenaga penggerak BTN...saya sering dihujani pujian-pujian yang melambung tinggi, kononnya saya sangat komited dan sering dikenali ramai....saya bukan tidak tahu bersyukur, cuma...realiti kehidupan pada hari ini, ramai yang masih dimomokkan dengan menyokong BN/ UMNO di kampus akan menjamin kehidupan diluar kampus. Tetapi, masih ada juga pegawai-pegawai dan senior-senior saya celik dengan keadaan yang sebenarnya...terima kasih...
Saya masih ingat, setiap kali Aspirasi USM menang, ada segelintir pelajar USM yang mengucapkan tahniah pada saya, kerana pada jangkaan mereka saya turut bertanding menjadi MPP, dan apabila saya berjumpa dengan jentera-jentera IPTA lain, meraka sering menganggap bahawa saya adalah Ketua Siswi USM...TIDAK, saya bukan MPP dan saya tidak pernah menjadi Ketua Siswi...saya hanyalah pencacai yang saya selalu tanamkan pad diri saya sendiri, bahawa saya seorang pencacai yang sangat bertuah....YA..saya mengaku...dalam ramai-ramai jentera batch saya, saya merasakan, saya yang paling bertuah, kerna saya sering mendapat tunjuk ajar dari pelbagai pihak....dan ramai senior....walaupun tekanan yang dihadapi itu, kadangkala terlalu berat untuk dihadapi....
Saya masih lagi ingat kata-kata Zah, "aku tak sekuat kau liq, aku memang kagum dengan semangat perjuangan kau"...terus saya katakan padanya, "aku bukan lahir terus kuat, tapi belajar menjadi kuat melalui orang-orang sekeliling, kalau kita jatuh dan sedih, kita harus PERCAYA dan YAKIN, masih ada insan dibelakang kita". Pengalaman dan pembelajaran sepanjang berada dalam kelompok ASPIRASI ini memang terlalu banyak, sedih, kecil hati, tertekan, gembira, teruja...semuanya saya belajar atas nama ASPIRASI...sehinggakan saya pernah bertikam lidah bersama orang yang sangat rapat dengan saya, supaya meninggalkan perjuangan ini...saya faham niatnya yang tidak lagi mahu melihat saya tertekan berada dalam kelompok ini...namun, saya sudah diajar untuk mengenang jasa orang...dan jiwa saya juga barangkali sudah sebati dengan perjuangan ini....
Kini, saya masih lagi menjadi seorang pencacai....benarkah kerana saya puak ASPIRASI yang hanya mengangguk dan tabiat ini yang menjadikan geng gurkha aspirasi ni tanam anggur sampai skang?? Saya kurang setuju.....bolehkah jika saya katakan, kerana momokan dan jaminan pihak-pihak tertentu ini menjadikan pauk-puak Aspirasi ini terus mengharap???....kadangkala timbul perasaan menyesal, kerana tidak bersungguh-sungguh menumpukan pada bidang akademik yang sepatutnya...namun, bila melihat ramai coursemate saya kini 90% hanya bergantung pada KPLI dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, tiada bezanya pada saya.....
Saya juga telah mengikuti satu perjumpaan alumni ASPIRASI, walaupun tidak dijemput, saya menebalkan muka untuk turut serta dan meluahkan apa yang terbuku dihati saya....yaa....saya mengakui, murni sungguh hasrat alumni ini, tapi apakah persatuan ini sebenarnya hanya untuk MPP sahaja??? andai benar Alumni ini hanya untuk MPP, maka perlulah ditukar tajuknya kepada Alumni MPP IPTA....kerna mereka ini barangkali masih samar-samar tentang siapa itu ASPIRASI....maaf, andai bunyinya agak kasar, tapi itulah kebenaran dilubuk hati saya...oh ya, ketika perjumpaan tersebut saya juga sekali lagi dimomokkan dengan janji dan harapan agar puak-puak ASPIRASI ini terus berjuang mempertahankan kerajaan di kampus (oh, bukan dimomokkan pada saya yang tidak dijemput itu, tapi dimomokkan pada MPP ASPIRASI yang baru), maaf jika kehadiran saya mencacatkan majlis.... pada perjumopaan tersebut en. naza, pegawai saya yang minta saya mengikutinya, berkata pada saya.."hah, liq, pegi la jumpa dorang, nanti boleh dapat...", saya balas ..."en.naza, saya dah dengar menda ini 4 tahun yang lalu....". dengan nada seloroh, en naza membalas, "maknanya kamu akan dengar lagi 4 tahun akan datang." Mungkin....dengar, dengar dan hanya mendengar....
apa yang cuba saya utarakan disini ialah, saya tidak kisah berada dikeadaan seperti ini sekarang, kerana saya seorang yang percaya, ada hikmah disebalik apa yang terjadi pada saya....dan saya sentiasa berusaha berfikiran positif dan tabah dalam memastikan perjuangan ini akan terus tersemat dalam sanubari saya...saya dan juga kawan-kawan lain, bukanlah mengharap, atau meminta-minta, TETAPI...cukuplah , saya mengharapkan adik-adik saya tidak menjadi seperti saya, berterusan dijanjikan dengan pelbagai jawatan dan kesenangan hidup diluar nanti, tapi akhirnya...janji hanya tinggal janji...saya lebih suka mereka mencari peluang mereka sendiri...bukan dengan atas jaminan mulut sesetengah pihak...mengharap adalah sesuatu yang menyakitkan....
11 comments:
hmm.. sahabat... aku terpanggil la untuk memberi komen tentang entry ko kali ni....
sedih aku dengar cerita ko ttg senior ko tu...
bukan atas cerita sedihnya.. tapi atas sikapnya yang mengharapkan sesuatu atas perjuangan...
aku tak tahu mcm mana korang kt USM di hasilkan oleh kilang aspirasi...
tapi kalo kami kat sini... kami dilahirkan dari tiada sesiapa pun...
dididik dan di isi dengan ilmu-ilmu bukan saja ttg politik kampus.. jauh sekali sebagai pak turut...
kami bukan si pecacai yang hanya wijud bila perlu tapi secara konsisten diberi softskill yang hasilnya... setiap orang yang keluar dari kilang aspirasi itu adalah seorang manusia yang yakin, punya pengetahuan luas dan mampu untuk sesuaikan diri dalam apa saja keadaan...
jadi bila keluar ke dunia pekerjaan, tak timbul la tentang nak tempat dalam kerajaan la.. ape la...
sebab.. dasar kerajaan pun ingin menggalakkan rakyat menceburi bidang swasta... maka ASPIRASI itu sendiri sebenarnya perlu menyedut aspirasi kerajaan tu sendiri...
kalau lah produk aspirasi terdahulu sendiri setakat mahu menadah dan mengomel tentang apa yang mereka berikan dulu tak dihargai... jangan salahkan produk aspirasi hari ini lebih teruk lagi kesengalannya...
pada aku la sahabat... orang yang mengomel dan mengungkit tak layak di gelar pejuang tetapi oportunis....
terpulang...
tak semua pernah duduk sebagai aspirasi baik jentera/calon yang tahu kisah dan jalan ceritanya.. dan tak semua aspirasi sama setiap ipt.. tujuan hanya memenangi prk.. itu je yang sama..
ok la tu.. sekurang-kurangnya liliq dan ariff tahu yang korang bukan cakap seorang diri...
kalau dia berjaya bukak pintu untuk kawan-kawan dapat keje tu.. bagus lah.. yang tak suka.. jangan la jadi orang yang opportunis.. jadi la orang yang tidak opportunis..
Botak: aku sangat memahami perjalanan dan hasrat senior2 aku...kami bercakap bukan atas dasar mengharap...mengharap pada aku, suatu ketika dulu semasa kami ditaburkan dengan janji2, tapi bukan lagi sekarang...hasrat pembukaan isu ini lebih murni...dan persoalannya yang cuba kami bangkitkan bukanlah meminta2 semata2....
apakah dengan mengimbau balik sejarah2 dikatakan mengungkit?? sejarah bukannya zaman kesultannan melayu melaka, tetapi....lebih dari itu...maaf bott, kali ini aku tidak bersetuju dengan kau...kerna kali ini, ada sesuatu yang perlu kami ungakapkan....
liliq, rindu rasanya aku nak dengar luahan rintihan hati kau sebab dulu kita selalu berkongsi cerita, maklumat, isu. sekarang ni terpaksa la aku mendengar dari luahan blog kau ni.
benarkah perjuangan itu sia-sia? bergantung.. tak dinafikan ada sesetengah mereka berjuang dengan ikhlas, dari hati maka, mereka ini tau matlamat apa yang mereka perjuangkan. tidak kisahla mereka diletakkan sebagai playrole apa, walaupun hanya sekadar pengkacip poster, peraih atau apa-apa pun asalkan dapat turut bersama berjuang, tercapai la matlamat aspirasi yang diperjuangkan dah senang hati. tidak perlulah untuk dikenali ramai sebagai orang hebat, orang yang berjasa. aku lebih respect orang yang main dibelakang tabir dari mereka yang di depan yang suka menunjuk-nunjukkan diri tapi haprak,hampeh.
aku pun lebih suka melihat produk-produk aspirasi keluar daripada kepompong dia. jangan sesekali mengharap pekerjaan itu datang, tapi biar kita yang datang kepada kerja itu.usaha dan terus usaha.di usia muda ni buat la networking yang lebih banyak,cari pengalaman. teruskan berusaha insyaallah once kita dah jumpa personal legend kita tentu kita akan sukses.
sedangkan nak kerja kerajaan sekarang pun kena lalu SPR (elak kroni). so jangan la fikir join aspirasi ni dapat kerja free2. ini dah kira terpesong matlamat dah.
tapi untuk kau lilik aku tau satu hari nanti kau pasti akan jumpa sesuatu yang sesuai dengan kau. (aku maksud kan bidang kerja). dan jangan sesekali takut atau tidak yakin untuk merebut mana-mana peluang dan jangan terlalu fikirkan perasaan orang. sebab aku tau kau boleh pergi jauh lik. aku doakan kau untuk itu.
mesej dia juga supaya jangan termakan janji-janji macam zaman senior-senior.. Masa nak election semua boleh.. lepas election tak jadi apa-apa..
biar tak ramai yang berjuang dalam aspirasi tetapi dia nak junior dia jelas.. PRK dah sebati dengan dia sampai hari ni.. keluhan-keluhan junior, dia yang dengar sebab duduk kat usm tu..
tapi semua kita tahu.. dari ayat dia yang macam tu la kawan-kawan kita ramai yang sedar dan ramai dapat jadi ptd / btn.. dia pun sebenarnya dah sangat berjaya..
masing-masing ada cara.. itu hak masing-masing.. demokrasi..
wawa- erk...terharu pulak baca komen ko wa...sib baik tak nangis...ini merupakan luahan dan juga hasrat hati aku...anyway, thanks wa...aku senantisa berfikiran positif, dan rezeki yang Allah berikan pada kita itu berbeza2....
ya, samada kita sedar atau tidak, bilaman kita telah dimomokkan dengan janji2 yang pelbagai, pastinya kalo tak banyak, sedikt pun...kita pasti mengharap...dan harapan aku, supaya tiada lagi, momokan seperti ini, bukan untuk mengharap....tetapi dengan momokan2 seperti ini nanti akhirnya menjadikan perjuangan ini tidak ikhlas...kerana mereka berjuang atas nama jaminan masa depan...bukannya kerana pembentukkan bangsa dan negara...itu yg cuba aku sampaikan...anyway, thanks a lot, sesa,a kita doakan..walaupun tak lagi duk serumah, blog ini akan menjadi wadah kita...hehhehe
alibas- thanks abg....u got my msg..
ahahahha.. xpe lieliq.. aku mmg tak tau pe yg jadi kat USM tp aku rasa tu sume tak patut berlaku...
tak payah di sogok dengan janji.. tak payah di beri harapan...
so takkan timbul di kemudian hari...
jadikanlah pengajaran... jangan tipu mereka ni tapi bagi pengisian yang mereka bleh guna di kemudian hari...
semoga kita bersama-sama jadi pejuang yang optimis... ahahahah.. bak kata qayum la... wkakakakaka....
hmmm
akak, akak agak bertuah, ramai senior yang ajar dan bantu semasa di universiti dan setelah kelua. kalau sy ni mase dah ramai senior yang kelua terkontang kanting kat sni. jeles sgt ngan akk, dihntar ke byk tmpt utk belajar selok belok politik n kemasyarakatan. tp sy sgt la kurang, perlu cari sndri. akak perlu bersyukur, atleast di umur akak, akk da blaja byk perkara, ramai yang ambik berat dsb. sy nak sgt mcm tu, tp tp ... huhuhu. tp sy ok je, tak kisahlah, sy cuma minat tp sbb takde jalan dan sumber benda tu jd kabur dan terus lupa.. mngkin Dia bg lebih kat akk kat somewhere, tp kurang kat tmpat lain. takpun masanya belum tiba lgi. u deserve a better position kak liliq, belum jumpa yg betul2 sesuai kot? saba ek.
yg plg kecewa bile adala sgelintir mereka yang bile nak ptolongan kita, ckp lmbut gile mcm pijak semut pn tak mati, tp bile kite mnta tlg sikitttt je, utk mse depan, sikit je ni, boleh buat tak nmpk jee. geram tol ngan org cm tu. kecewa ah. lol.
skrg pn taknaklah mengharap pada sesapa. sume usaha sndri, walaupun mmg ada keinginan sgt, tp.. entahla, no komen. hihi. tp farah bersyukur juga sebenarnya ramai juga senior and mereka yang ambil berat, bantu, dan tak pernah lupakan. dan sy sgthargai tu....
take care akk! your time will come, banyakkan sabar je, ok? :D u deserve better.
ini juga satu perjuangan yang perlu dikatakan...bukan menunggu disogok..
tapi untuk perubahanan bagi generasi aspirasi akan datang...sejarah di usm telah dibuktikan dengan 'dinding-dinding degil' dirobohkan...
jika ini dikatakan perubahan yang baik, sekali lagi kita 'sogok'kan lagi perjuagan untuk terus kekal autoriti...cuma 'sogok'kan ini hanya satu kemenangan bagi orang yang tahu erti perjuangan untuk bagi generasi baru rasa selesa..
tidak seperti 'kami' yang 'selesa' dengan 'oportunis'..
kalau tidak dengan sikap 'oportunis' ini, xkan wujud aspirasi..hanya ada keinginan ingin 'perubahan' saja..
terpulang...demokrasi...
Farah: Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.....dan Allah Maha Adil....berpegang saja pada itu. ..sememangnya manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan, tapi itu bukan ukurannya, yang penting kita mahu dan bersedia untuk memperbaikinya, bukan hanya berkata saya juga seorang manusia...banyak lagi liku-liku diluar sana yang menanti kita farah, take care.... n terima kasih dik....
Post a Comment