Monday, April 27, 2009

Hanya Jauhari Mengenal Manikam...

Salam.....

Saya baru pulang dari Negeri dibawah bayu, mengikuti program Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) Zon Sabah...saya kira terlalu banyak isu dan cerita yang saya terlepas beberapa hari ini...oh ya, saya juga merasa sedih kerana tidak berkesempatan untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berakhir semalam, pesanan buku dari bro gigi juga gagal saya penuhi, sory broo.....

Kiriman pesanan ringkas dari bro gigi mengenai seseorang dan bagi saya isu ini kerap kali timbul...apa orang-orang ini tidak ada kerja lainkah??? hanya tahu menjaja cerita dan memburuk2kan orang lain demi menaikkan nama sendiri?? bagi saya mudah saja, dari dulu saya memang lebih suka mengambil jalan "lantaklaaaaa....", kerna saya yakin dan percaya hanya jauhari mengenal manikam...usah pedulikan kata-kata orang yang tidak tahu asal usul, tidak pandai mengenang jasa orang lain, dan lagak seperti tahu segalanya serta orang yang gila kuasa....kerna saya yakin, jika kita benar-benar ikhlas dan komited, komuniti sekeliling akan lebih mempercayai kita.....benar, saya tidak nafikan, kadang kala kata-kata yang kita dengar ini, sedikit sebanyak akan mempengaruhi hubungan sosial dan kerja kita, tapi bagi saya, inilah perbezaan taraf, bukan taraf pangkat atau kedudukan...tapi taraf tahap ke"profesinal"an seseorang itu....yang mampu kita nilai dari sudut penilaian yang mereka ambil. Maka, isu ini tidak lagi mampu memberi kesan pada kehidupan saya...

satu lagi cerita yang saya dengar kini, yang saya yakin ianya dari sumber yang benar dan saya juga telah mengesahkannya.... ianya melibatkan kehidupan peribadi saya, jarang benar saya menulis mengenainya, cerita yang saya sendiri tidak tahu mengapa, apa motifnya, dan mengapa harus melibatkan nama saya lagi, kerna tuan punya badan sudah tidak lagi berhubung dengan saya sehingga hari ini, dan sekali lagi, saya tidak pasti mengapa....namun, saya sudah berkali-kali meminta maaf andai saya tersilap, dan beliau juga telah memaafkan saya.....katanya...persoalannya, mengapa harus melibatkan nama saya lagi???
saya faham, karekter individu ini berbeza-beza, dan bukan semua manusia mampu meluahkan apa yang sebenarnya tersirat di hati kecil mereka....dan saya tahu, saya tidak mampu memaksa mereka2 ini meluahkan isi hati mereka, walaupun jauh disudut hati saya, saya inginkan kebenaran itu...namun, saya sudah terlalu penat untuk menunggu kebenaran dan situasi yang sebenarnya, lantas saya mengambil jalan untuk membiarkannnya saja......
lama benar saya hidup dalam kekeliruan mencari punca dan motifnya, dan kini saya agak tidak berpuas hati apabila nama saya disebut2 kembali...untuk apakah??
kehidupan ini sememangnya terlalu berbelit2 dan complicated...saya mahu memudahkannya, tapi andai hanya saya seorang yang berusaha ke arah itu, ianya tidak memberi kesan dan tiada maknanya lagi....saya sendiri tidak pasti sampai bila...yang pastinya saya sudah terlalu letih dengan perkara2 ini...

bos pula sudah bersuara, kali ini lebih keras bunyinya...bermaksud, saya barangkali sudah tidak mempunyai masa seperti dahulu, saya perlu memberi tumpuan lebih pada kerja2 ini dahulu.... tapi saya selalu memastikan agar YM saya dibuka, agar saya tidak ketinggalan jauh dalam pelbagai isu...tidak kira isu2 negara,isu2 poltik negara dan kampus, atau perhubungan dalam komuniti kehidupan saya, terima kasih pada mereka2 yang masih berhubung dengan saya untuk berkongsi pelbagai cerita......

Read more...

Monday, April 20, 2009

Benarkah Perjuangan Itu Sia-Sia??

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Saya terpanggil untuk mengulas dan memberi pandangan saya berkenaan entry terbaru En. Shamsul Ariff @ bro gigi. Kiranya, suatu ketika kehidupan saya di kampus mungkin tidak banyak berbeza dengan beliau....kerna jalan dan hala tuju puak-puak politik kampus yang tegar ini sememangnya sehaluan...tapi saya mengaku, beliau merupakan senior saya dan menjadi idola ramai jentera tidak kira pengkacip poster, pengkaki hamun rapat umum atau pengemis di jalan-jalan ke dewan pengundian minta mengundi calon pilihan. Idea dan pengalaman panjangnya itu menjadikan beliau sangat ariff, sesuai dengan namanya itu...(hihihihi), cukuplah setakat itu mempromosikan seorang yang sudah saya anggap sebagai sifu dalam bidang politik, tidak kira di didalam kampus atau diluar kampus. Entry beliau kali ini, benar-benar menarik hati saya untuk berkata sesuatu....



Saya juga merupakan pencacai Aspirasi yang katanya seperti upin dan ipin "Betul..betul..betul...", hanya mengangguk saja...Sekiranya anda seorang pelajar IPTA awam yang peka dengan keadaan sekelililing, pastinya anda faham apa dan siapa itu Aspirasi....Aspirasi inilah yang menjadi tulang belakang UMNO atau BN didalam kampus....samada kita menidakkan atau hanya berdiam diri kononnya atas dasar AUKU......

Saya juga sehingga ke hari ini, masih lagi berpegang kuat pada Aspirasi, tanpa segan dan silunya....jikalau hari ini, UMNO dikatakan tidak lagi relavan, begitu juga dengan Aspirasi sehinggakan ada pihak-pihak tertentu yang mahu menukarkan namanya kepada GERAKAN...persoalannya, mengapa??? Jikalau dalam entry en. Shamsul Ariff lebih terarah pada kekecewaan seorang pejuang bermati-matian Aspirasi ketika dulu, kecewa bilamana puak-puak yang bermati-matian memperjuangkan doktrin BN/ UMNO ini didalam kampus, dan akhirnya bila keadaan memaksanya berada diluar kampus, puak-puak inilah yang gagal ditempatkan ke tempat-tempat seperti yang dijanjikan....Bagaimana pula dengan saya???

Sepertimana ramai sedia maklum, saya kini bertugas di jabatan yang secara lansung bersama-sama dengan jentera dan MPP...maka, perjuangan dan kerja-kerja saya yang dianggap bodoh dan pencacai itu, masih lagi saya lakukan....walaupun, sudah berada di luar sistem. Selama 5 tahun berada dalam lingkungan Aspirasi inilah, saya sering dilihat sebagai "woman power" dan sehingga kini, pada adik-adik tak kira jentera atau MPP, saya sering di lihat sebagai seorang yang sangat 'hebat', begitu juga apabila ada tugas yang memaksa saya berjumpa dengan pegawai-pegawai IPTA dan tenaga penggerak BTN...saya sering dihujani pujian-pujian yang melambung tinggi, kononnya saya sangat komited dan sering dikenali ramai....saya bukan tidak tahu bersyukur, cuma...realiti kehidupan pada hari ini, ramai yang masih dimomokkan dengan menyokong BN/ UMNO di kampus akan menjamin kehidupan diluar kampus. Tetapi, masih ada juga pegawai-pegawai dan senior-senior saya celik dengan keadaan yang sebenarnya...terima kasih...

Saya masih ingat, setiap kali Aspirasi USM menang, ada segelintir pelajar USM yang mengucapkan tahniah pada saya, kerana pada jangkaan mereka saya turut bertanding menjadi MPP, dan apabila saya berjumpa dengan jentera-jentera IPTA lain, meraka sering menganggap bahawa saya adalah Ketua Siswi USM...TIDAK, saya bukan MPP dan saya tidak pernah menjadi Ketua Siswi...saya hanyalah pencacai yang saya selalu tanamkan pad diri saya sendiri, bahawa saya seorang pencacai yang sangat bertuah....YA..saya mengaku...dalam ramai-ramai jentera batch saya, saya merasakan, saya yang paling bertuah, kerna saya sering mendapat tunjuk ajar dari pelbagai pihak....dan ramai senior....walaupun tekanan yang dihadapi itu, kadangkala terlalu berat untuk dihadapi....

Saya masih lagi ingat kata-kata Zah, "aku tak sekuat kau liq, aku memang kagum dengan semangat perjuangan kau"...terus saya katakan padanya, "aku bukan lahir terus kuat, tapi belajar menjadi kuat melalui orang-orang sekeliling, kalau kita jatuh dan sedih, kita harus PERCAYA dan YAKIN, masih ada insan dibelakang kita". Pengalaman dan pembelajaran sepanjang berada dalam kelompok ASPIRASI ini memang terlalu banyak, sedih, kecil hati, tertekan, gembira, teruja...semuanya saya belajar atas nama ASPIRASI...sehinggakan saya pernah bertikam lidah bersama orang yang sangat rapat dengan saya, supaya meninggalkan perjuangan ini...saya faham niatnya yang tidak lagi mahu melihat saya tertekan berada dalam kelompok ini...namun, saya sudah diajar untuk mengenang jasa orang...dan jiwa saya juga barangkali sudah sebati dengan perjuangan ini....

Kini, saya masih lagi menjadi seorang pencacai....benarkah kerana saya puak ASPIRASI yang hanya mengangguk dan tabiat ini yang menjadikan geng gurkha aspirasi ni tanam anggur sampai skang?? Saya kurang setuju.....bolehkah jika saya katakan, kerana momokan dan jaminan pihak-pihak tertentu ini menjadikan pauk-puak Aspirasi ini terus mengharap???....kadangkala timbul perasaan menyesal, kerana tidak bersungguh-sungguh menumpukan pada bidang akademik yang sepatutnya...namun, bila melihat ramai coursemate saya kini 90% hanya bergantung pada KPLI dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, tiada bezanya pada saya.....

Saya juga telah mengikuti satu perjumpaan alumni ASPIRASI, walaupun tidak dijemput, saya menebalkan muka untuk turut serta dan meluahkan apa yang terbuku dihati saya....yaa....saya mengakui, murni sungguh hasrat alumni ini, tapi apakah persatuan ini sebenarnya hanya untuk MPP sahaja??? andai benar Alumni ini hanya untuk MPP, maka perlulah ditukar tajuknya kepada Alumni MPP IPTA....kerna mereka ini barangkali masih samar-samar tentang siapa itu ASPIRASI....maaf, andai bunyinya agak kasar, tapi itulah kebenaran dilubuk hati saya...oh ya, ketika perjumpaan tersebut saya juga sekali lagi dimomokkan dengan janji dan harapan agar puak-puak ASPIRASI ini terus berjuang mempertahankan kerajaan di kampus (oh, bukan dimomokkan pada saya yang tidak dijemput itu, tapi dimomokkan pada MPP ASPIRASI yang baru), maaf jika kehadiran saya mencacatkan majlis.... pada perjumopaan tersebut en. naza, pegawai saya yang minta saya mengikutinya, berkata pada saya.."hah, liq, pegi la jumpa dorang, nanti boleh dapat...", saya balas ..."en.naza, saya dah dengar menda ini 4 tahun yang lalu....". dengan nada seloroh, en naza membalas, "maknanya kamu akan dengar lagi 4 tahun akan datang." Mungkin....dengar, dengar dan hanya mendengar....

apa yang cuba saya utarakan disini ialah, saya tidak kisah berada dikeadaan seperti ini sekarang, kerana saya seorang yang percaya, ada hikmah disebalik apa yang terjadi pada saya....dan saya sentiasa berusaha berfikiran positif dan tabah dalam memastikan perjuangan ini akan terus tersemat dalam sanubari saya...saya dan juga kawan-kawan lain, bukanlah mengharap, atau meminta-minta, TETAPI...cukuplah , saya mengharapkan adik-adik saya tidak menjadi seperti saya, berterusan dijanjikan dengan pelbagai jawatan dan kesenangan hidup diluar nanti, tapi akhirnya...janji hanya tinggal janji...saya lebih suka mereka mencari peluang mereka sendiri...bukan dengan atas jaminan mulut sesetengah pihak...mengharap adalah sesuatu yang menyakitkan....

Read more...

Wednesday, April 15, 2009

Siapa Makan Cili, Dia Terasa Pedasnya....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Memandangkan saya tidak suka mengambil petikan daripada akhbar-akhbar online, kerana ianya akan hilang selepas suatu masa tertentu, maka saya lebih suka copy and pastenya di sini...mudah dibuat rujukan.

Mari kita lihat petika ini:

Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA. "Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat. "Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil."- MalaysiaKini-13 /4/09

ini pula kenyataan akhbar semalam:

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin - Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin - Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan". Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. -MalaysiaKini...

Dan ini pula kenyataan balas pihak Berwajib:



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ada kemungkinan akhbar-akhbar berbahasa Cina telah memutarbelitkan wawancaranya dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu. Sepatutnya, tegas beliau, mereka perlu membaca kandungan wawancaranya itu secara keseluruhan untuk memahami kontaks. "Jangan ambil satu bahagian begitu sahaja. Malangnya, ada orang yang tidak faham bahasa saya dan sengaja memutarbelitkannya untuk menaikkan kemarahan orang Cina," katanya kepada pemberita hari ini. Katanya, beliau telah bercakap dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai perkara itu. "(Datuk Seri) Ong kata tidak ada apa-apa masalah berhubung kenyataan (wawancara) itu. "Mungkin surat khabar Cina yang melaporkannya secara putarbelit. Tapi saya tidak tahu, saya tidak baca surat khabar Cina.-MalaysiaKini...

erk, apa sebenarnya terjadi???
Meh kita lihat balik petikan dari wawancara tersebut...


Pembangkang mengatakan konsep Satu Malaysia ia sama seperti konsep Malaysian Malaysia, apa pandangan Tan Sri?



MUHYIDDIN: Ia jauh berbeza, Malaysian Malaysia lain, konsep Satu Malaysia akan diberikan kupasan oleh kerajaan. Tetapi bagi saya penekanan terhadap konsep Satu Malaysia ia menunjukkan kita harus berperasaan Malaysia dan ada rasa tanggungjawab yang sama memajukan negara dan mempunyai cita-cita, wawasan dan visi yang sama untuk menjadi Malaysia sebuah negara yang maju tetapi yang penting ialah soal semangat kerjasama dan perpaduan.

Ia kerana akhir-akhir ini kita lihat ada juga sedikit bunga-bunga berputik perasaan polarisasi, perkauman dan ia dieksploitasikan oleh pembangkang. Mereka membangkitkan perasaan tidak berpuas hati termasuk isu-isu yang sudah disepakati bersama.. Isu-isu ini memerlukan kita melihat semula semua tindakan bagi mencari pendekatan untuk menyatu padukan rakyat, keduanya ialah dari segi melihat peluang pengagihan, nikmat pembangunan bukan dikatakan sama rata tetapi mesti buat secara kesaksamaan bukan kesamarataan, yang mana perlu dibantu, harus dibantu supaya semua orang boleh menikmati kemajuan dalam konteks yang saksama dan paling adil.



Tetapi Pas melalui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap melalui konsep Satu Malaysia itu, UMNO mula meminggirkan perjuangan terhadap orang Melayu?



MUHYIDDIN: Itu tidak betul kita tidak pernah lari daripada perjuangan asal kita, kita tahu di mana kedudukan kita. Kalau Nik Abdul Aziz berkata begitu, maknanya beliau sudah menerima gagasan UMNO walaupun kononnya Pas tidak menyebut soal Melayu hanya Islam sahaja, tetapi kita sejak dulu lagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan itu masih termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan UMNO tidak pernah lari daripada asas perjuangan kita. Namun dalam konteks yang sama dan terkandung dalam Perlembagaan UMNO ialah kita juga perlu membantu bangsa-bangsa lain dalam negara kita yang ada hak dan kedudukan. UMNO tidak pernah lari daripada tanggungjawab itu tetapi UMNO juga memahami senario dan landskap politik yang berubah pada hari ini, kalau kita mengambil pendekatan yang agak sempit dan tidak mengambil kira tentang senario politik yang sudah berubah orang akan kata UMNO sudah tidak relevan maknanya kita tidak lagi dilihat sebagai mampu membela nasib bangsa kita.

Ini pembaharuan pendekatan yang digunakan oleh Presiden parti dan menunjukkan bahawa kita berlapang dada dan bersikap terbuka tetapi tidaklah kita mengorbankan kepentingan asas kita, kalau kita hanya melihat dari sudut itu tanpa melihat kepada yang lain masalah kita akan lebih besar lagi.



Kalau melihat kepada keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini terutamanya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ia seolah-olah menampakkan laluan BN masih sukar untuk mendapat sokongan rakyat, apa pandangan Tan Sri?



MUHYIDDIN: Saya fikir paling jelas terbukti masyarakat Cina dan India belum bersedia menerima apa-apa bentuk pimpinan kerajaan yang seperti ada sekarang ini, lebih lagi agak terlalu menonjol ialah terhadap apa yang berlaku di Perak itu sendiri. Sesetengah masyarakat di sana, melihat ia dari sudut yang rasis, kerajaan orang Cina ditumbangkan oleh kerajaan orang Melayu walaupun tanggapan itu tidak betul.

Mungkin mereka tidak berapa jelas cara dari sudut Perlembagaan dan peraturan, maka mereka melihat apa yang berlaku sebagai satu bentuk menolak hak majoriti rakyat, mereka mahu kerajaan dipilih seperti pilihan raya lepas.

Komplikasi ini menyebabkan rasa marah di kalangan orang Cina dan juga masyarakat India, jadi bagi saya itu agak menjadi faktor utama di Bukit Gantang dan kesannya sampai ke Bukit Selambau. Ini jelas apabila ada masyarakat Cina di Bukit Selambau ramai yang tidak keluar mengundi, kita tidak pasti sama ada mereka memboikot atau tidak mahu menyatakan pendirian.

Bagaimanapun petanda lain, kita melihat sokongan orang Melayu meningkat, jadi dari satu sudut ada faktor yang positif kerana masyarakat Melayu mungkin lebih yakin apabila melihat angin perubahan dalam kepimpinan negara, kepulangan Tun Dr.Mahathir Mohamad ke dalam UMNO dan lain-lain usaha yang kita buat untuk menjelaskan isu yang berlaku di Perak sebab itu mereka membantu kita.

Saya fikir ada juga faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kekalahan seperti pembangunan, faktor tidak ada keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang menyenangkan rakyat, isu tanah dibangkitkan dan mungkin dari segi bantuan sekolah-sekolah bukan kebangsaan, jadi sama ada faktor ini menggambarkan senario nasional atau pun lokal, kita akan ketahui selepas kita membuat satu kajian oleh badan bebas nanti. Di Bukit Selambau pun tidak banyak bezanya, mungkin 'angin' yang sama 'bertiup' ke sana dan kesannya hampir serupa, faktor sokongan Melayu hampir positif, kaum India sedikit ada penambah baikan tetapi tidak banyak berubah, jadi ini satu perkara yang perlu kita kaji dan teliti. Tetapi macam di Sarawak, di Batang Air, mungkin disebabkan ia jauh di pedalaman mereka melihat soal pembangunan, jadi mereka melihat kerajaan sebagai satu tempat yang mereka harapkan sangat.

Di Semenanjung pembangunan tidak menjadi isu, mereka melihat kepada isu-isu yang lebih nasional apa lagi dibebankan dengan apa yang dibuat oleh parti pembangkang. Mungkin methodologi yang kita guna masih lama sedangkan mindset baru. Ini kita akan ambil iktibar daripada itu, bagaimana kita hendak mengubah methodologi kepada suatu yang lebih sesuai dengan keadaan dan masa.



Tetapi bukankah setiap kali pilihan raya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN?



MUHYIDDIN: Ya, kadang-kadang kita berasa terpedaya juga kerana zahirnya nampak macam 'ok', sambutan dengan tepukan gemuruh tetapi mungkin sudah ada tertanam dalam hati iaitu sesuatu tidak mudah hendak berubah, pokoknya masalah isu Perak terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang mungkin telah dipengaruhi dengan sentimen simpati kepada Datuk Seri Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin, kononnya dia 'dijatuhkan', lepas itu kononnya dasar memberi pegangan tanah selama 99 tahun dilihat dasar yang menguntungkan.

Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan.

Oleh itu kita kena kaji psikologi apa yang menyebabkan masyarakat Cina tidak bersedia untuk berubah, pada zaman dahulu tidak begitu.

Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.

Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apa tah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi Timbalan Ketua Menteri, Speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti.



Apakah situasi ini yang mendorong Tan Sri membuat seruan supaya semua orang Melayu bersatu kembali di bawah UMNO?



MUHYIDDIN: Saya membuat seruan itu kerana saya berpendapat dalam situasi sekarang ini, orang Melayu sudah banyak berpecah, faktor antara lain apakah kerana ia kelemahan UMNO yang tidak memahami cita rasa orang Melayu atau kerana ia perbuatan yang dilakukan oleh sesetengah kelompok contohnya Anwar Ibrahim yang memberikan kononnya satu gagasan baru atas dasar keadilan dan kesamarataan, ada sesetengah kelompok yang terpedaya, jadi dengan sebab itu selagi Melayu berpecah, saya bimbang kelompok majoriti akan menjadi minoriti.

Teras pembangunan negara kita adalah berasaskan kepada suatu jumlah masyarakat Melayu yang agak besar tetapi terpisah atau dipecahkan oleh perbezaan politik yang begitu ketara, dalam masa yang sama di pihak sana pula bukan Melayu menjadi penentu, inilah yang saya kata sudah berubah landskap politik negara kita, dan kalau hal sebegini berterusan apakah ia akan menguntungkan Melayu?

Bila saya berkata demikian bukanlah bermakna bukan Melayu akan rugi, orang bukan Melayu tidak akan rugi kerana mereka sudah maju, berjaya menguasai bidang ilmu dan ekonomi dan sebagainya. Bagaimana dengan masa depan orang Melayu? Apakah orang Melayu akan terjamin dengan situasi sebegini? Saya sudah mendapat banyak maklum balas bahawa orang Melayu berasa bimbang, mereka memikirkan soal generasi Melayu akan datang, macam mana nasib anak cucu kita. Perasaan ini wujud kerana mereka merasakan kedudukan orang Melayu sudah mula tergugat, kuasa politik Melayu melalui UMNO sudah tergugat, sedangkan dahulu kita jadi teras kita adil, saksama dan kita bantu semua kaum.

Kita menolong orang Melayu lebih kerana orang Melayu miskin, orang Melayu belum ada banyak harta dan orang Melayu belum menguasai kekayaan ekonomi dan sebagainya, jadi kita bantu beri pendidikan, biasiswa dan bantuan macam-macam lagi. Sebenarnya agenda pembangunan umat Melayu belum beres, sekarang tercabar dengan sebab berbeza politik menyebabkan orang Melayu berpuak-puak.

Oleh itu saya fikir formula yang mudah bagaimana hendak mengembalikan orang Melayu dalam satu saf. Saya tahu ia bukan mudah untuk meletakkan mereka dalam satu saf dan wadah yang sama. Kebimbangan saya orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu yang majoriti sepatutnya menjadi penentu sudah tidak menjadi penentu.

Justeru bagi kita kalau boleh sebaik mungkin mereka bernaung di bawah sayap UMNO, tetapi UMNO yang relevan dan memahami cita rasa rakyat, UMNO yang adil, UMNO yang lebih bersedia untuk melihat dengan lebih saksama, ini kita kena fikirkanlah.



Maaf, saya bukanlah seorang yang rasict, tapi nampaknya ada pihak tertentu yang tidak berpuas hati apabila perkara ini dinyatakan oleh YAB, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru...bukankah itu sebenarnya yang berlaku ketika ini?? perlukah kita semua buat2 buta atau buat2 power mata dah naik??
Sama-samalah kita fikirkan.....

Read more...

Tuesday, April 14, 2009

Tanganku Yang Sakit...

Salam....

akhirnya, saya berjaya mengubah wajah pada ruangan ini....erk, maaf, saya memang tiada idea untuk menulis hal yang berat2...nanti sajalah...

oh ya, ahad lalu, Jabatan kami telah mengadakan Kejohanan Tenpin Boling antara Bahagian...thn lalu, saya menjadi urusetia, maka saya tidak mengambil bahagian...namun pada tahun ini, saya diajak untuk turut serta mengambil bahagian...hihihi...

namun, ada sesuatu yang timbul tiap kali saya bermain boling....huhuhu, saya selalu mengingati kenangan bermain boling bersama geng2 gagak hitam di USM...

apapun, keputusannya.....jeng-jeng...



oh ya, memandangkan tangan masih lagi sakit bermain boling dan badminton malam tadi, maka sampai disini saja.....('',)

Read more...

Tuesday, April 7, 2009

Selamat Mengundi.....

Salam.....

Sebenarnya, lama sudah saya berhajat untuk menukar wajah pada blog ini, tetapi....entah dimana silapnya, saya tidak berjaya hingga saya berputus asa....ada sesiapa yang boleh bantu??? memandangkan kini saya juga kesuntukkan masa...maka saya membiarkan saja ianya terus berwajah begini...walaupun Malaysia kini sudah ada Perdana Menteri yang baru.....heh

Melihat pada perkembangan politik kini, membuatkan ramai yang semakin risau....terbaru, apabila terdapat segelintir orang islam hanya membiarkan malah bersetuju dengan tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang mengguna dan mempersendakan ayat suci al-quran semata-mata untuk menarik perhatian dan pengundi di Bukit Gantang....apa nak jadi dengan dunia hari ini?? Lihat disini...

Mengambil kata-kata Mufti Perak,Datuk Seri Harussani Zakaria dalam utusan:

beliau hairan kerana terdapat sebahagian daripada masyarakat Islam boleh menerimanya walaupun jelas tujuannya adalah disebabkan politik.

Katanya, mustahil masyarakat Islam di negara ini lupa dengan kenyataan seorang pemimpin utama DAP yang berkeras menolak Islam hingga sanggup menyatakan langkah mayatnya dahulu sekiranya mahu tubuhkan negara Islam.

''Adakah kita mahu mempelajari al-Quran dengan seorang pemimpin yang menjadi anggota sebuah parti yang seperti ini? Jangan biarkan diri kita diperbodoh-bodohkan oleh orang sedemikian.

''Jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh mereka. Apa yang saya lihat, tujuannya (gunakan ayat al-Quran) adalah disebabkan kepentingan politik semata-mata,'' katanya..


Pada mereka-meraka yang masih lagi buta hati....hayatilah lagu ini.....

Bila Rumi Menari

Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan

Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi

Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta

Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu


Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari


Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan yang dikasihi


Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan kekasih


Selamat Mengundi pada pengundi-pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai...
Pilihlah dengan bijak....



Read more...

Friday, April 3, 2009

Tertangguh....Tahniah dan Terima Kasih....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Mmaf, kerana sudah lama tidak membelek ruangan ini, 2 minggu penuh dengan aktiviti..dalam seminggu, saya keluar ke 5 buah negeri, Terengganu-Penang- balik Putrajaya- Perak-Kedah-Perlis..memenatkan!!!

terima kasih kerana mengingatkan saya untuk meng'updated' ruangan ini, walaupun hanya cebisan cerita perjalanan hidup saya. Insyallah, saya akan berusaha mencari masa untuk kembali aktif semula....

Alhamdulilah, saya telah berada di persekitaran kerja yang baru, semoga lebih banyak perkara yang boleh saya pelajari...
Terima kasih pada bro gigi, amalm, cat, ey, apit, wan farah, mira, ika, ika kecik, zana, geng2 kuda kepang n geng2 usm yg lain yang sudi meluangkan masa dan mendengar luahan rasa saya...hehehe, thank juga kerana menyambut hari jadi saya bersama 2 barbeque kuda kepang...

tahniah pada amalm dan juga kami yang telah berjaya mendirikan cerucuk masjid yang akan didirikan pada bulan 10 ini nanti. (hehehe...). Congrates juga paa mereka2 yang baru saja bergraduan tempoh hari....

Terima kasih pada geng2 ofis (terharu...beb!!! ingat gak korang kat aku ekk!!! bila nak belanja pizza nie??? )...

Tahniah juga pada Bro gigi, berjaya melangkah setapak pada cita-citanya itu...wa tunggu 2200 lu nie brooo...Tahniah pada Black n Rizal yang akan menjalani kehidupan ofis yang baru juga..

dan akhir sekali, walaupun lambat, Happy belated Besday kat saya...hahhaha...sebenarnya entry ini adalah entry yg tertangguh (hiskh...)...saya terpaksa berkejar2 dan berlumba2 untuk menyudahkan kerja di unit lama dan menyiapkan kerja-kerja yang menunggu di unit ini...




Tahniah kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru tepat jam 10.10 pagi Jumaat di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Dan Terima Kasih Pak Lah atas Keluhuran budi dan Jasamu....



ya...saya harus berhenti disini, satu lagi kertas kerja perlu dibereskan...6 sudah siap!!! hohoho...

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP