Wednesday, July 16, 2008

Mari Berdebat



Salam....oh, dah nak berhabuk papan keyboard nie, atau lebih tepat, blog ini...hehehehe...

dua tiga hari ini semua sibuk memperkatakan tentang DEBAT antara Penasihat Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan tajuk , "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Datuk Seri Anwar membawa usul, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan hari ini, harga minyak kan turun 50 sen dari harga sekarang, bermakna penurunan sebanyak RM 2.20. aku tidak mahu ulas panjang tentang debat ini, aku kira ramai yang menontonnya, maka bermacam-macamlah pandangan dan ulasan yang telah dan bakal didengari. Yang pastinya, ramai tahu kebijaksaan DSAI dalam memberi ucapan dan hujahan,namun sebagai seorang manusia yang matang, bukan cara penyampaian yang penting tetapi isi yang disampaikan. Bak kata teman serumah aku yang merupakan seorang PTD, fakta yang diberikan oleh DSAI adalah tidak benar, erkkk??? aku tak mahu ulas....

tahniah kepada kedua-dua pendebat, ramai yang berkata DEBAT ini menunjukkan politik Malaysia mengalami kematangan...erk, mungkin selepas ini debat-debat seperti ini akan diteruskan andai ianya memberi kesan positif pada rakyat, biarlah rakyat sendiri yang menilai, opsss, bukan menilai siapa yang pandai berhujah tau....nilai la dari semua aspek...termasuk penyerangan secara peribadi...hahhahaaha...

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP