Tuesday, July 29, 2008

Just let go all the pain......

akhirnya.....syukur alhamdulillah...

hanya itu ucapan aku petang semalam, setelah sebulan lebih aku berperang dengan gigi aku yang satu ini. pertama kali dalam hidup, aku pergi klinik gigi, akhirnya tercabut juga, setelah ramai kawan-kawan menasihatinya.

kenapa aku menangguhkannya begitu lama?? erk, banyak sebab. pertama aku MALAS, memang dari kecil, kalau aku sakit apa-apa, paling tidak pun aku hanya akan tampal plaster atau 'koyok',(bukan takut jumpa doktor tau!!), sebab dalam kepala otak aku, nanti baik sendiri la tuh, kan ada antibodi dan sel darah putih.heh...

kedua, aku tak berkesempatan, dalam sebulan ini, setiap hujung minggu, aku tidak berada disini. ketiga, aku mengikut kata kawan-kawan (ciss), kata mereka, kalau gigi tengah sakit,gusi bengkak, sia-sia jumpa doktor, sebab doktor tak akan buat apa-apa, alih-alih dia hanya akan bagi ubat tahan sakit...takut kalau cabut atau tampal akan beri kesan pada gusi yang bengkak, dan memandangkan kali terakhir aku periksa gigi waktu zaman sekolah dulu,(itupun sebab wajib),aku mengambil nasihat kawan-kawan itu. ceh...

semalam, aku mendapat hidayah untuk terus ke klinik dengan keadaan gigi aku yang masih sakit, setelah masuk bilik pemeriksaan, doktor perempuan cina itu bertanya pada aku
" ya, nak chek gigi atau apa??",
" chek dan cabut atau tampal atau apa-apa yang patut la"...
"owh,ok.... mana sakit?? dah lama ka??"
" atas nie, dah sebulan lebih..."
"ok, mari tengok" ...."sekejap ar, saya bius dulu, akan rasa sakit sikit..."
(erk...)
setelah doktor tu bius aku, " kita tunggu dia kebas dulu ar..."
"ok..." aku mendiamkan diri....
"ok dah rasa kebas??"
...aku angguk...
tanpa beritahu aku dia nak buat apa, terus doktor tu cabut gigi aku dengan ganasnya...yang sakit bukan gigi aku, sebab dah bius, tapi bibir aku yang lebam sebab alatan dia menekan bibir aku...huh..

tak sampai seminit, gigi aku dah pun tercabut, alhamdulillah, tak perlu lagi aku dok pikir pasal sakit gigi....yang bestnya, gigi aku yang satu ini sebenarnya mengada-ngada, time aku berada kat kem baru lah nak sakit, kalau aku tengah rileks kat umah, tak pulak rasa sakit....tapi sekarang, semua dah berlalu...hehehe

p/s: nasihat aku pulak, pegi la dengar nasihat pada yang pakar, bukan pada kawan-kawan yang hampeh...hehehehehe...salah aku jugak...apa-apa pun thanks pada kawan-kawan yang concern....

Read more...

Monday, July 28, 2008

Mari Makan Tengahari

salam....

aku baru selesai lunch di kafeteria, setelah seminggu lebih aku tidak menjejakkan kaki ke kafe ini. nak tau, apa yang best?? kitorang biasanya menjadi golongan terawal yang akan berlunch disini, dan abg, tukang bancuh air, jika lihat saja kelibat aku, dia akan terus bancuh nescafe 'o' suam tanpa sempat aku memesan kat beliau. memandangkan kadang-kadang otak aku 'mereng', aku pernah buli abg tukang bancuh air yang dulu, beliau dah pun bancuh air nescafe 'o' aku, dan aku saja dok mengenakan dia, aku nak nescafe susu...hehehe, sian abg tu, (aku memamg suka bergurau...hahahhaa)....

owh nak dijadikan cerita, hari ini seperti biasa aku hanya menayang muka kat abg tu, terus beliau menyediakan air kegemaran aku....dah tu abg tu siap tanya
"lama tak nampak???"...
"erk, owh, saya puasa minggu lepas..."
"owh, ye la,puasa pun nak dekat dah kan????"...aku angguk sambil tersenyum dan blah dari situ....heh!!


p/s: ada juga orang yang teringat kat aku kan??? hohohohoho....maaf, ini adalah entry untuk meyedapkan hati sendiri....hahahahhahaa!!!!

Read more...

Thursday, July 17, 2008

Mari Berjalan-Jalan



owh, hujung minggu yang lalu, setelah menyempurnakan kerja sampingan, aku bersama rakan-rakan menjenguk ayah angkat Reza di Kuala Kangsar. Perancangan awalnya hendak ke tempat asap kuar dari mulut...ciss, tapi aku redha, terima saja pelawaan Reza ke rumah ayah angkatnya, dan dia terlalu excited untuk menunjukkan kami kawasan rumah tersebut.

memandangkan ketika itu, aku sakit gigi, tambah pula kebengangan dengan sikap manusia yang satu ini yang tidak pernah berubah, aku mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tapi sesampainya kami di sana, aku pula terlebih excited, aku memang telah dimaklumkan bahawa rumah itu pernah digunakan dalam filen JANGAN PANDANG BELAKANG, tapi kawasan rumah itu tidak sepenuhnya seperti dalam filem tersebut membuatkan aku teruja.hah, kawasan rumah ini juga menjadi lokasi cerita ESTET, arahan Mamat Khalid yang dijangka berada di panggung wayang bulan Februari tahun depan.

Thanks pada mak dan ayah atas cerita-cerita dan kisah kehidupan mereka sekeluarga. Pada aku tidak ramai keluarga seperti ini di Malaysia, penerapan warisan dan sejarah dalam keluarga ini buat aku kagum. Thanks juga pada Reza yang bersungguh-sungguh mempromosikan keluarga angkatnya ini. heh...memang berbaloi bro...

Read more...

Wednesday, July 16, 2008

Mari Berdebat



Salam....oh, dah nak berhabuk papan keyboard nie, atau lebih tepat, blog ini...hehehehe...

dua tiga hari ini semua sibuk memperkatakan tentang DEBAT antara Penasihat Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan tajuk , "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Datuk Seri Anwar membawa usul, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan hari ini, harga minyak kan turun 50 sen dari harga sekarang, bermakna penurunan sebanyak RM 2.20. aku tidak mahu ulas panjang tentang debat ini, aku kira ramai yang menontonnya, maka bermacam-macamlah pandangan dan ulasan yang telah dan bakal didengari. Yang pastinya, ramai tahu kebijaksaan DSAI dalam memberi ucapan dan hujahan,namun sebagai seorang manusia yang matang, bukan cara penyampaian yang penting tetapi isi yang disampaikan. Bak kata teman serumah aku yang merupakan seorang PTD, fakta yang diberikan oleh DSAI adalah tidak benar, erkkk??? aku tak mahu ulas....

tahniah kepada kedua-dua pendebat, ramai yang berkata DEBAT ini menunjukkan politik Malaysia mengalami kematangan...erk, mungkin selepas ini debat-debat seperti ini akan diteruskan andai ianya memberi kesan positif pada rakyat, biarlah rakyat sendiri yang menilai, opsss, bukan menilai siapa yang pandai berhujah tau....nilai la dari semua aspek...termasuk penyerangan secara peribadi...hahhahaaha...

Read more...

Thursday, July 10, 2008

Sepi



aku baru sahaja selesai nonton cerita Sepi....hohohoho, syok woo...pendapat aku, cerita ini, lain daripada yang lain. 3 kisah dalam satu filem, dan cerita ini lebih memberi kesan daripada cerita Cinta....aku suka part cerita Imaan, unexpected la.....tak caye??? tengok ar sendiri....

Read more...

Wednesday, July 9, 2008

Mari Berhibur.....

salam.....

sekarang,aku rasa kalau bukak Buletin Utama atau baca surat khabar, macam tgh tengok cerita Mr. Bean....asyik nak ketawa terbahak-bahak saja...hahhahahaha.....

walaupun kini, setiap hujung minggu, aku tidak berada di Selangor Negeriku, namun alhamdulillah aku masih lagi mampu mengorek cerita-cerita yang berlaku di Selangor Negeriku....

owh, sudah lebih 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat, Selangor masih lagi boleh berhibur,cissss...rugi pulak tak berada bersama kawan-kawan di Stadium Kelana Jaya. hahahhahahaa, aku tergelak lagi, apa daaa......hari ini, PROTES serik mengadakan perhimpunan dalam kawasan tertutup, tak capai sasaran katanya, kalau tempat terbuka capai ke??? eh, mestilah tercapai, orang yang lepak kedai mamak, orang yang lalu-lalang, orang yang tengah tunggu awek, tunggu bas pun dikira pemPROTES gak....agak-agak pengemis dan orang kurang siuman yang dijalan-jalan KL pun kira jugak tak???

semalam, Alak Vokalis kumpulan Carburetor Dung, kata ada orang lain yang die tak kenal wat kontroversi baling-baling nie, bukan dari pembangkang....pulak!!! dah sebelum lagu jilat-jilat tuh, die nyanyi lagu Inggeris, lagu Tak boleh dan Hanturaya di Putrajaya ...lagu nie, lagu kutuk kerajaan....owh time tuh, tak kena baling lagik, time lagu jilat je kena baling, memang dasar kerja orang luar....hari ini, petugas PKR kena tuduh, dorang yang pukul penyanyi tuh, woit!! tak baik tuduh-tuduh tau, memang kerja orang luar laaa.....hahahahhahahaha...

dah tu si Alak nie kata, die tak londehkan seluar la, memang stail dorang macam tuh, dah tersedia londeh,owhhh.....kenapa si Faizal Tahir, tak cakap macam nie gak ek?? kalau tak, boleh la lepas dari kena gam.


p/s: mungkin lepas nie, konsert pakatan rakyat hanya ada penyanyi nasyid kot, elok la tuh...dah serik, mas idayu ngan ella pun jadi isu....owh, aku sokong kalau jemput M. Daud Kilau, punggung dia lagi seksi dari si Alak nie.....hahahhaaha, layan anak buah aku tengok Mr. Bean pun syok gak....

Read more...

Tuesday, July 8, 2008

bertapa.......

salam....erk, orang tua gigi telah bising aku tak updated blog nie, ceh....nyibuk je.. wa tengah bertapa ar sekarang bro..hahhaha....memandangkan aku kekurangan tido yang sempurna minggu ini, maka tiada apa yang mampu aku keluarkan dari kepala aku..heh

oh ya, malam tadi akhirnya aku telah pun menyempurnakan hasratku yang satu ini, menonton cerita ayat-ayat cinta. apa perasaan aku?? erk, tiada kata yang dapat digambarkan...hahhaha, pada sesiapa yang belum nonton, jangan lupa saksikan di pawagam rumah anda sekarang, (tu pun kalau ada CD nya laaa)...

oh, sekarang ini pun, aku masih terasa seperti menaip dalam tidur, ngantuk bangat seh!!! bro, wa pun macam kena cari aroma terapi gak nie, heh!!


p/s: aku bertapa untuk mendalami apa-apa yang patut didalami, seperti mendalami parit agar tidak banjir...oleh itu, marilah kita sama-sama mendalami apa-apa yang patut itu, agar kita tak nyesal kemudian hari...hahahhahahaha

Read more...

Thursday, July 3, 2008

I'm Yours




p/s: best plak lagu nie...sashi tak abis-abis promote lagu nie kat aku, cis mentang-mentang dia tengah bahagia...aku??erk..hahahahhaa....aku memang suka jason mraz...best siot lagu-lagu dia...

Read more...

Tuesday, July 1, 2008

Cerita II

setelah malam pertama aku pekena nasi gorang cendawan khalel, malam kedua aku ngan bebudak nie lepak kat meja kuning sg. dua. lalu datang la penolong penggawa sebuah desa.....si sodok mengajak beliau join kami...

sodok-En H, nape tak naik-naik pangkat?? (sambil terkial-kial en H memulakan tazkirahnya)

En. H- apa yang membahagiakan hati??

semua ahli mesyuarat memblurkan diri,en H berbicara tentang hati dan akal, owh, aku pernah dengar tentang ini dari budak gemok temerloh suatu ketika dulu, lebih kurang sama hujahnya....

setelah Pak de, Wahab, Sapek dan Sodok meninggalkan majlis, (mereka memang nak larikan diri dari mendengar tazkirah...cis!!!)

En. H- saya tanya hang, (dok pandang aku), hang dah abis ngaji ka???

aku- dah...thn lepas saya grad..

En.H- hang menipu!!!! (aku terkedu)... kalau betui,saya nak tanya, apa itu sembahyang??? (aku terdiam....)macamana hang kata hang dah abis ngaji?? (erkkkk...)hah, kata semua dah graduan, meh habaq jawapan seorang graduan...

mulanya kami mendiamkan diri, takut salah cakap bila diasak, macam-macam jawapan keluar...

En H- sembahyang tu ada dalam rukun islam, kenapa RUKUN?? nie saya nak habaq, apa rukun sah nikah??? pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi, ijab dan kabul...betul??? (kami mengangguk)...kalau wali tak ada, sah tak nikah tu??? sama jugalah, kalau tak sembahyang, sah tak islam ???

seterusnya, kami hanya mendengar.....banyak juga yang dikatakannya sambil menyuap nasi sesudu sesudu (lambat plak nak abih...), nak tulis semua, aku ingat-ingat lupa...

En H- sekarang ramai orang yang khayal, apa maksud khayal??? macam niat kita nak buat karipap, tapi last-last kita buat kuih lain, sebab kita khayal, jadi tak kuih karipap kita tuh??? dalam sembahyang pun sama jugak laa....nie tgh dok baca al-fatihah, tapi otak dok pikiaq nak wat pa lepas nie...tu khayal gak namanya....banyak sangat menda remeh la nie, orang tak amik pusing.....padahal tang tu la yang penting....

la nie, orang dah tak takut kat tuhan, sebab tak da depan mata, macam hang la....dah keja kan??? (aku angguk)...kalo bos depan hang, hang takut x??? mesti hang rajin saja buat keja...tak penah curik tulang...cuba kalo bos hang tak da depan mata??? hah, macam-macam hang buat, siap kutuk bos hang lagi....sama la, manusia nie die tak nampak tuhan depan mata dia, tu la depa tak takut...macam-macam depa buat....cuba la kalo Allah tu bagi balasan kat dunia time tu
jugak, mesti depa takut....tapi Allah maha Adil, nak bagi peluang manusia nie bertaubat.....

aku - hmmm, betul, tapi hantu pun kita tak nampak jugak, ramai sekarang banyak takut kat hantu....

En H- hah, itu la....takut bukan pada hantu saja, banyak jenis takut nie, takat nak jawab exam, takut tak dapat keje...takut nak cakap depan orang ramai..padahal tu suma menda yang tak nampak kan???....bila dah tak takut kat TUhan, takut kat hanTU la....TU-han dan han-TU...manusia memang suka buat menda yang terbalik.....(errkkkkk....)

sebab tu la, saya mana kisah pangkat-pangkat nie, janji cukup makan, pakai, tinggai, cukup la.....kita nie, tak boleh habaq dah abis ngaji, sampai bila-bila pun ngaji tu tak abih (terkena sudah...)....hah, hang keja mana la nie???

kami tukar topik dan sempat bertukar nombor telefon bila En H tahu aku keja mana....siap minta tolong aku settlekan masalah kewangan baktisiswa desa dia lagi...erkkk...

aku lihat nasi En H dah habis, kami minta diri untuk pulang...sejam lebih jugaklah dengar tazkirah...tak pe, info nie beb.....

Read more...

Cerita I

aku telah berjaya memperoleh tiket bas ke penang di saat-saat akhir setelah aku buat muka seposen kat akak kaunter bas tu. aku dapat tempat duduk yang paling hadapan, betul-betul belakang driver bas...

memandangkan aku betul-betul happy sebab akhirnya berjaya juga aku naik bas malam tu, aku tersengih-sengih dan berharap dapat makan nasi goreng cendawan khalel secepat mungkin.lalu, aku berdoa dalam hati supaya driver bas nie, bleh pecut bas laju-laju....

sesampai di ipoh, driver bas, wat hal...sekejap-sekejap tepon driver bas yang lain, nak tau ada operasi tak malam tuh, aku berkata " siot btul la driver nie, cepat la skit....lapo nasi gorang cendawan khalel dah nie" tu pun dalam hati je....setelah berkali-kali tepon, driver bas mengambil simpang Sg Bakap, supaya tidak bertembung dengan operasi, hati aku berkata lagi.."cis, aku nak cepat nie, kesian gak kat budak yg nak berenti kat tol juru nie.....HUH!!!"

selepas keluar simpang sebelum masuk jambatan, mamat india sebelah aku nie bersuara kat driver

mamat india- ada operasi ka malam nie?? kasi susah driver ngan penumpang saja....

driver bas- hah, ye la...sekarang tengah banyak operasi la...you tau, kita punya bas, susah betul mahu lepas....itu bas tuut dengan bas tuut saja dapat permit, itu dorang punya kroni la....baik dengan itu Dato'N.....semua main kroni punya, macam nie susah la driver semua...

mamat india- itu macam ka??

driver bas- ya la, kami semua driver mau bikin persatuan driver bas juga, susah mau carik makan sekarang maaa...

driver bas lagi- you tau ka, sekarang pun banyak accident bas. ada banyak faktor bas boleh accident
1. sebab jalan, ada jalan yang tak elok
2. sebab lelaki-perempuan yang duduk dalam bas, bikin hal dalam bas, itu hari ar, saya tidur kat belakang, bas pegi singapore, dengar cuut-ciiit, cuuut-ciiit, last-last saya sound, mau bikin pun, jangan lebih-lebih la,orang mau tido, bising saja....
3. sebab driver mengantuk pun ya jugak...mau kejar trip
4. keadaan bas yang sudah tak berapa elok...

mamat india- owhhhhh....hey, you berenti depan nie hah...

conversation mati disitu....

dan akhirnya aku pun menukar persepsi aku dari HUH kepada owhhhh....

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP