Vice Versa
Salam.....
lama juga tak updated blog nie....pagi-pagi gigi aku sakit, kepala aku pun sakit dah....nie rasa nak demam!! huh, sebelum betul-betul demam, baik aku mengeluarkan menda ini dari kepala aku dulu....hahahaha...
owh, oleh kerana otak aku masih mampu berfungsi, maka aku faham dengan tuntuan En. Shamsul...(hahaha, abg gigi sudah ada nama baru, bikin aku dan amalm geli isi perut saja...)....
alhamdulillah, aku rasakan sepanjang 4 hari ini, banyak maklumat yang aku perolehi....thanks kat Sani dan Kamil atas info yang cukup eksklusif. Susah beb, nak dapat info-info yang macam ini,nak jumpa geng-geng Kejuruteraan pun bukan senang... kiranya tak sia-sia aku mengikut abg gigi @ en. Shamsul Ariff melepakkan diri hingga 2 pagi di Mamak Persint 9. Thanks jugak pada En. Ariff (ini memang untuk vice versa..haha) yang memberikan info tentang bebudak USM, yang aku kira sudah lama aku tidak mengikuti perkembangan mereka, perancangan untuk ke bumi Minden masih tergantung, kerana terdapat kekangan yang tidak dapat aku elakkan, tapi aku masih berusaha untuk ke sana.
sepanjang bersama en. Ariff ini juga sedikit sebanyak membuka minda aku tentang kehidupan seorang mahasiswa, teringat saat dan ketika aku masih bergelar mahasiswa. Memang banyak yang aku pelajari....mahasiswa zaman tuan-tuan yang hebat, zaman saya, dan zaman sekarang mungkin berbeza kerana faktor persekitaran. benar, pengurusan juga menjadi salah satu faktor perbezaan yang berlaku, namun kita tidak dapat nafikan perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Mungkin kerana keadaan sudah cukup selesa, perkembangan minda menjadi terbantut. Tiada lagi ketidakpuasan hati dan jiwa yang memberontak , lalu ianya hanya menjadi menunggu dan terus menunggu pemberian dari pihak lain tanpa terus berusaha. ini jugalah yang berlaku dalam masyarakat kini.
kesimpulan yang aku perolehi tempoh hari, Melayu hanya akan sedar bila dirinya dalam keadaan terdesak...setuju??? mungkin bukan semua....
aku bersetuju, penekanan yang berterusan juga mampu membantut perkembangan, namun semuanya bergantung kepada individu atau kumpulan itu sendiri, sejauh mana matlamat itu harus dicapai dan cara mana yang harus ditunjangi....mampukah mereka berfikir seperti itu??? oh, bermadah pula aku hari ini, mungkin terkena penangan geng-geng gunung pulai tempoh hari.....hahahaha...aku bukan nak kata zaman mahasiswa aku bagus, aku kira aku juga seperti mereka, ada ketikanya terpaksa mendiamkan diri, mungkin ketika itu, tiada kekuatan untuk untuk membidas bilamana memikirkan status seorang mahasiswa, namun tidak pula aku membiarkan diri menjadi mangsa ketamakkan dan kerakusan kuasa orang lain. siapa yang kenal aku dulu, barangkali sudah lali dengan sikap aku yang lancang membidas...
ok, apa-apapun cara yang digunakan, pastikan ianya mencapai matlamat....biarlah orang nak kata apa pada kita, asalkan kita mempunyai pendirian dan matlamat kita sendiri...jangan jadi macam lalang...
p/s: en Ariff, ini buah pikiran wa hah....pada mahasiswa di luar sana, fikir-fikirkan lah....heh!!!
0 comments:
Post a Comment