Selangor Negeriku II
Salam....
Hari ini hari khamis, esok hari jumaat, lusa hari Sabtu, lepas tu ahad, kemudian isnin, selasa, rabu dan kembali ke khamis....erk, apa aku merepek nie...heh, itulah putaran dunia...saja buat intro ntah apa-apa
ya, aku memang anak jati Selangor...... oh, aku senaraikan lagi keistimewaan rakyat Selangor kini
20 Jun 2008, genap 100 hari Pakatan Rakyat memerintah. Ada sambutan, dah tentunya..., korang pun sambut besday tiap-tiap tahun kan??? erk, sambutan apa yee...
Antara program yang dirancang sempena sambutan yang bermula pada 18 Jun hingga 22 Jun ialah perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Pilihan MB dengan Veteran Selangor di Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (18 Jun, 8.00 malam), solat maghrib, bacaan yassin, tahlil dan solat sunat hajat di semua masjid, surau dan madrasah (19 Jun, 7.30 malam), temuramah eksklusif dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Astro Awani (19 Jun, 8.00 malam), gerai jualan dan pameran dagang di Stadium Shah Alam (20 Jun, 9.00 pagi-12.00 malam), solat maghrib, tahlil dan solat sunat hajat di Stadium Shah Alam (20 Jun, 7.30 malam) dan ucap tama Dato’ Menteri Besar di Stadium Shah Alam (20 Jun, 9.15 malam) serta ucapan daripada tetamu jemputan antaranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dan Lim Kit Siang.
best woooo jadi rakyat Selangor, siap ada konsert yang penuh kontroversi lagi, nasib baik ada Sultan..
oh, Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)juga akan dilancarkan.fasa pertama MES meliputi Tabung Warisan Anak Selangor, Tabung Permodalan Warisan Sumber Asli Negeri, Tabung Dana Takaful Warga Emas dan Hadiah Pelajar IPT. owh, Negeriku Negeri Berkebajikan. berita penuh disini.
apa lagi ya...esok hari jumaat bukan??? ah, dapat beras percuma lagi.....yeeeaaa...
owh kami juga akan ada pahlawan terbaru, pemuda kahfi
bangga bukan, jadi rakyat Selangor. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan sambutan ini, nie asyik-asyik jom heboh, busan la....
p/s:20 hb??? alamak,aku tiada di negeriku Selangor, ciss...aku wakilkan korang semua ya...hahaha
0 comments:
Post a Comment