Friday, May 16, 2008

Panggilan Santau???

salam....hari yang agak ceria hari ini, mood untuk berblog sudah muncul kembali.....ya, syukur...

petang semalam, aku bersama kawan-kawan menonton filem The Chronicles of Narnia :Price Caspian. memandangkan aku tidak pernah menonton filem Narnia yang pertama, maka si wawa menjadi pemandu arah aku dalam cerita ini.(hehehe!!). sebenarnya, aku bukan kemaruk untuk menonton wayang, lagi-lagi di waktu petang, tapi memandangkan En. Hazrul @ mr ayea akan berangkat ke Kelantan untuk memulakan tugas baru beliau, hanya ini kesempatan kami untuk berjumpa sebelum beliau meninggalkan bumi kerajaan ini.

dalam perjalanan kami ke panggung wayang, aku menerima pesanan ringkas dari "beliau",
"pernah tak dengar cerita orang mati bila terima panggilan dari Indonesia?? katanya no dari indonesia itu panjang, siapa yang angkat, akan mati..." hah, aku hilang akal sekejap, ada ke benda-benda macam tu??, aku bertanya pada kawan-kawan yang berada dalam kereta, kata wawa, dia pernah dengar sebelum ini dari kawan-kawan sekuliahnya. aku membalas pada beliau yang aku tidak pernah mendengar tentangnya sebelum ini, menurut beliau lagi,terdapat seorang penduduk di kampung beliau sekarang yang telah kena santau tersebut, tetapi telah sembuh setelah berjumpa dengan pawang.

pagi ini, aku menerima pula pesanan ringkas dari kekanda di penang yang berbunyi "kpd semua saudara2 yang dikasihi, jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang dan nombor itu berwarna merah, diharap sangat-sangat jangan diangkat dan dijawab panggilan tersebut ada sekumpulan penuntut hitam dari indonesia sdg mencuba ilmu mereka melalui telefon. perkara ini benar-benar berlaku, di puchong 2 orang telah mati, di api larat, 10 orang. berhati-hati bila anda menerima panggilan dari nombor tersebut." panjang juga pesanan ini. setengah jam kemudian, aku menerima lagi pesanan ringkas dari beliau, "ingat tak orang yang kena santau yang abg cerita malam tadi? dia dh meninggal jam 11 malam tadi. nie nak pergi hospital.". aku kehilangan kata-kata lagi. seperti biasa, aku mencari juga berita tentang perkara ini di akhbar, aku sempat jumpa disini. boleh percaya ke semua ini?? yang pasti sudah ramai yang risau kalau-kalau ianya benar-benar terjadi.

di zaman moden ini pun masih ramai yang menggunakan ilmu-ilmu hitam seperti ini. sebagai orang islam, kita wajib mempercayai makhluk halus yang juga wujud dikalangan kita, seperti apa yang aku tonton dalam al-kuliyah 2 minggu lepas. sememangnya zaman telah berubah, tetapi mentaliti manusia masih lagi di takuk yang lama (bukan semua ya.....). hasad dengki, nafsu tamak, susah untuk dikawal....hmmmm.....

p/s: Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa. (jin dan syaitan pun dah maju, pakai telefon sekarang....kan hanset satu keperluan....hmm, macam-macam!!!)

2 comments:

ariffss May 16, 2008 at 6:53 PM  

Aku ada baca dalam paper Harian Metro.. papepun.. jangan percaya pada keajaiban menerima msg atau mscall atau telefon leh menyebabkan kematian.. bak kata Dr Asri Mufti Perlis dalam Harian Metro tuh.. apa pun.. Iblis dan setan memang wujud dan ajal maut adalah ditangan tuhan.. Mereka menyesatkan umat nabi Muhammad s.a.w tapi bukan hingga menamatkan nyawa.. itu kuasa Allah.. bukankah dengan percaya bhw menerima msg/tpn dari sekian no akan menyebabkan penerima itu mati itu sebenarnya kejayaan setan menyebabkan kita percaya pada kekarutan dan kita kesesatan? fikir2kan lah ~ sekian komen saya.. mari makan nugget !! hehehe

purplechoc May 17, 2008 at 2:30 PM  

tak btl kan,bc paper aritu katenye ade sorg bdk tuh nk main2 gn mbr die,then tersebar ke pelusuk alam.hehehe..

hope tade la mende2 cm ni.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP