bersosial sungguh.....
salam, masa aku banyak dihabiskan dengan menelaah dan memperbaiki blog ini, aku masih lagi dalam proses pembelajaran, sudi-sudikanlah memberi komen pada blog aku ini.
semalam, aku mengikuti pertandingan futsal antara bahagian di kementerian ini di sport arena, kajang. pertama kali, aktiviti sosial aku bersama kakitangan kementerian setelah genap 6 bulan aku disini. pelawaan black yang telah pun berpindah ke unit sukan, membuatkan aku tidak sampai hati nak tolak, apatah lagi black banyak membantu aku ketika belaiu berada bersama-sama aku di unit ini. oh ya, aku tidak jadi mewakili jpt, kerana kami tidak cukup "korum", aku sememangnya tidak kenal ahli kumpulan aku sendiri, puncanya, nama aku dalam senarai yang pertama, setelah rizal meminta aku untuk turut serta, dan aku tidak membuat sebarang maklum balas......akhirnya aku hanya mengetahui pertandingan di saat-saat akhir. tak mengapalah, aku pun bukannya kemaruk nak bermain, sekadar membantu kawan yang tengah mencari pemain.
aku menjadi penonton setia semalam, walaupun aku tidak stay sampai habis, sebabnya kak lily dan ziehan kelaparan. tak pula, aku merasakan aku membazir waktu semalam, sekurang-kurangnya, ini permulaan kehidupan sosial aku bersama-sama rakan sekerja.
sampai dirumah, terus membersihkan diri dan membuka laman-laman tv yang masih ada, hanya nightline yang sempat aku jengah. hah, isu tentang karpal singh lagi. peguam dan pembangkang yang terkenal dengan mulut celuparnya. isu yang mungkin rakyat melaysia sudah lali, tapi aku tertarik dengan kenyataan Ir Nizar Jamaluddin. Menteri Besar Perak berhubung isu kebiadapan Karpal. setelah seminggu lebih, barulah keluar kenyataan daripada pihak yang satu ini. aku mencari juga kenyataan beliau di akhbar hari ini, tapi tidak pula aku jumpa. aku hanya jumpa kenyataan DSAI disini menurut beliau, kenyataan Karpal terhadap sultan Perak dan YDP Agung baru-baru ini adalah kenyataan peribadi dan tidak bebaur hasutan, rakyat malaysia tidak perlu memanjang-manjangkan isu. nampaknya, Parti rakyat ini,"benar-benar" bersatu.
lalu aku terfikir, agaknya kalau ada manusia yang menghina atau mempertikaikan abah atau ayah kita, adakah kita juga akan berkata, " biarlah, itu hak peribadi dia..." (kalau cakap macam-macam kat abah kitaorang, memang siap sedia daftar masuk hospital la jawabnya....)
lepas ini apa pula kenyataan yang keluar ya.....
oh, dah nak masuk waktu lunch rupanya, heh.....selamat berlunch.....
0 comments:
Post a Comment