Friday, May 30, 2008

Selebriti Ezam

Kini Malaysia sudah ada Selebriti baru, siapa lagi kalau bukan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor. best apa jadi selebriti ini, dalam sehari dua ini, dikejar wartawan saja.....oh ya, orang kata dah asam garam jadi selebriti, ada juga pihak yang tidak berpuas hati dengan "keglameran" orang lain. Pastinya pemuda-pemuda Umno tak senang duduk jika ini benar-benar berlaku.

Sejurus selepas sehari menyerahkan borang keahlian Umno kepada Pak Lah, wujud pula blog. ini memang dah kes "glamer"!!!!!.


p/s: sape yang teringin nak jadi "glamer", jom serah borang........borang ape ek??? erk....

Read more...

Tuesday, May 27, 2008

akhirnya.....

ya, syukur alhamdulillah, akhirnya aku dapat jua ke bumi minden, setelah aku main redah, terus ke pudu pagi itu. ya.......alhamdulillah.....

nasib baik, mesyuarat ditunda ke petang, sesampai ke bumi minden, terus aku ke bilik mesyuarat. tapi biasalah, janji melayu, tunggu dekat 40 minit, barulah muncul muka-muka yang sepatutnya....keputusan mesyuarat yang bakal memenatkan minda dan fizikal aku.(cissssssss!!!!!!). memasing memang siot, sudahlah aku emosi sepanjang perjalanan, boleh pulak memasing buat keputusan itu. memang hampeh!!!!

namun, aku tidak membiarkan emosi mengawal diri (heh!!!!) selesai mesyuarat, terus ke destinasi pilihan, hoh!!!! BOWLING.....sempat 2 game, kemudian berkumpul semula dengan ahli mesyuarat untuk dinner bersama, selesai dinner, BOWLING lagi.......kemudian, aku ke restoren kegemaran ramai KHALEL (ye ke kegemaran ramai??)...

esok pagi, aku memang berhajat, untuk pulang awal pagi, namun atas desakan budak-budak yang masih belum matang, terpaksa aku balik malam bersama Azhar, apa aku buat??? heh, BOWLING lagi tengahari itu....ya, selepas itu, mencari juadah untuk "ORANG DEMAM" di Queensbay...orang demam zaman sekarang memang melampau!!! mengada-ngada!!! nak makan yang bukan-bukan....yang bestnya aku dan Apit bersama-sama "orang demam", makan di Restaurant Johnny's. ya, sebenarnya restoren ini telah lama bertapak di Alamanda, tapi aku tidak pernah mejejakkan kaki kesana, tapi untuk "orang demam" ini, aku merasa juga makanan di Johnny's, ingatkan mahal la, rupa-rupanya, seperti KAMDAR, "memang berbaloi". barangkali, selepas ini, aku tidak akan berfikir dua kali untuk melangkah masuk di Johnny's Alamanda. (heh)

walaupun berada di bumi minden ini mengakibatkan poket aku bertambah kering, namun aku puas!!!! puas melepaskan apa yang ada dalam sanubari(jiwang kejap).....dan puas berfoya-foya....ya!!!!!

erk, minggu ini tidak mampu untuk berfoya-foya lagi, esok ada pra- mppk, lusa mppk....hmmmm, ini pun baru selesai kerja...sempat lagi menaip blog....heh, satu keperluan sekarang...oh ya, disebabkan aku berada dalm keadaan berfoya-foya, banyak juga isu aku terlepas, hanya dengar sekilas saja...(cisssss....manusia yang berfoya-foya memang akan lalai!!! bila nak berubah nie!!!!).

apa pun, selamat cuti sekolah kepada semua ........kepada cikgu-cikgu, bercuti, jangan lupa ajak aku ye!!! (cis, masih lagi ada mood berfoya-foya).

p/s: erk, aku akan cuba lakukan apa yang dinasihat oleh kawan-kawan tempoh hari....so, pada yang berkenaan, nasib la ek....aku tidak mahu menjadi badan kebajikan lagi....yeeehaaa...

Read more...

Friday, May 23, 2008

bengang!!!!

patutnya malam ini, aku sudah sampai ke bumi minden. Tapi atas belas kasihan dan penantian aku selama ini, aku masih lagi menekan papan kekunci ini di rumah...ARGGHHHHH!!!! cari tiket bas petang tadi di Kajang, sudah habis. aku cuba nasib book tiket flight, tapi tak boleh bayar pakai debit, mungkin kerana lewat. nak call air asia, dah pukul 10 malam, kaunter service tutup pukul 9. cis!!! MAS tak payah cerita la, kena book selewat-lewatnya 48 jam sebelum bertolak....hmmmm

bagaimana aku nak ke bumi minden nie!!!!!! terpaksalah aku mencuba nasib esok pagi...doakan aku berjaya ya!!!

inilah jadinya menolong kawan-kawan....argggghhhhhhhhhhhhhhhh, rasa ingin ku gigit-gigit saja. nak marah kawan, tak marah, macam inilah jadinya.....kenapa aku tak beli tiket awal-awal?? usah ko tanya soklan itu, jika tidak mahu makan penampar aku!!! baik ko tanya terus pada orang-orang itu.

sejak terima pesanan ringkas itu, akulah orang yang paling excited untuk menghadirinya, terus aku forwardkan pesanan itu dan memujuk kawan-kawan untuk sama-sama menghadirinya. ya!!!! inilah balasan memikirkan kawan-kawan......arghh, aku sudah bosan dengan semua ini. dari tahun pertama di bumi minden hinggalah ke bumi kerajaan ini, aku masih memikirkan makhluk yang bergelar kawan-kawan. AKU PENAT!!!!!

p/s: aku masih lagi menaruh harapan untuk ke sana. hwuaaaaaaaaaaaaaaaa........

Read more...

kenyataan media-mukhriz

"Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya.

Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI;"



-----------------Kenyataan Penuh---------------
KENYATAAN MEDIA UNTUK KELUARAN SEGERA2 0 MEI 2008 YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR,AHLI PARLIMEN JERLUN EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA


Merujuk kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut:


1. Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI


;2. Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA


;3. Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti


; dan 4. Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL.Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih. Sekian.



p/s: erk?? apa kata buat la perhimpunan "BERSIH" PAK LAH.......kot2 berhasil ke....heh....

Read more...

cakap-cakap





Heh, tak habis-habis lagi isu Pak Lah vs Mahathir.Banyak pula suara-suara nyaring, merdu bak puluh perindu, lari pitching yang makin galak bergema tak kira di medium udara, tanah atau air.(ceh!!) Bak kata Tun, saya akan terus bersuara, ya......bersuaralah selagi dikurniakan suara....dan rakyat malaysia juga rata2nya ada suara....mari kita ramai-ramai bersuara.....apa yang aku merepek ini. heh, saja nak berkongsi kartun yang agak menarik.


p/s: kalau suara macam haram pun, janji muka hensem leh saja terima, cinta pandang pertama konon.cis, aku bukan seorang pujangga yang boleh terima cinta pandang pertama, dusta semuanya!!!

Read more...

Thursday, May 22, 2008

perubahan.....

ya, Mahathir keluar UMNO, Ezam Mohd Nor, bekas Angkatan Muda PKR pula menyatakan ingin masuk UMNO...biasalah dalam hidup ini, ada yang datang, ada pula yang pergi...heh!!! Seperti yang lain, Pengerusi PKR, Wan Azizah terkejut dengan tindakan Ezam itu, apa nak terkejutnya, Tun Mahathir, ahli seumur hidup UMNO pun dah keluar.....hmm....oh ya, hari ini seorang lagi mengikut jejak langkah Tun, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Kedah, Abdul Razak Bahari. semoga dia berbahagia dengan keputusannya itu.

setiap hari akan ada perubahan yang berlaku di sekeliling kita, tak payah pergi jauh lihat saja dunia politik kini...macam-macam sudah berlaku, apatah lagi diri kita. Pagi ini, aku terima pesanan ringkas dari beliau, katanya aku sudah banyak berubah....erk??? bukankah dalam hidup kita tentunya memerlukan perubahan, kalau tidak banyak pun, sedikit sudah pasti, kalau bukan dari segi mental, fizikal juga pasti.....

mungkin perubahan aku, adalah kesan dari pengalaman yang lalu....ya memang manusia itu tidak pernah lari dari melakukan kesalahan, tapi belajarlah dari kesalahan itu, dan bukannya hanya membiarkan ianya begitu saja. Aku terlalu obses???speechless.....apa-apa pun biarlah perubahan itu adalah perubahan yang positif, dan sebagai seorang manusia juga, aku cuba melakukan yang terbaik. Maaflah ya.

p/s: esok start keje....erk, malas la pulak!! untuk beliau, welcome home.....(aku sedih sebenarnya...hwua!!!)

Read more...

Wednesday, May 21, 2008

keluar UMNO???

salam....

semalam, hari ini, esok, lusa orang ramai masih lagi memperkatakan tentang pengunduran Tun Mahathir dari UMNO,namun selepas sebulan, dua bulan, setahun, barangkali ramai yang sudah lupa tentang isu hangat hari ini. Mungkin bila Pak Lah juga mengambil keputusan yang sama suatu hari nanti, baru lah orang ramai ingat kembali saat Tun melepaskan keahliannya ini. Inilah yang berlaku sekarang, kecoh satu Malaysia apabila Tun Mahathir keluar dari UMNO, sehingga lupa bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu juga berbuat begitu.

blogger-blogger juga terus memuatkan entri baru, masing-masing dengan hujahnya, mak cik-mak cik sebelah rumah juga tiba-tiba menjadi wartawan baru, ah keong, muthusamy, pak indra, pak lebai, masing-masing menjadi ramah bercakap tentang Mahathir, kalah cerita siapa bakal juara AF6 sabtu ini.

komen aku??? heh, sejak 4 tahun yang lalu Tun memang beriya-iya mahu menyingkirkan Pak Lah, lagi-lagi selepas keputusan PRU ke 12, sama seperti tahun 1969 apabila BN gagal mendapat majoriti 2/3, cuma bezanya waktu itu Tun bukan seorang bekas Perdana Menteri yang menekan Perdana Menteri meletakkan jawatan.....kini Tun seorang bekas Perdana Menteri yang telah pun membina empayarnya sendiri. tapi mari kita sama-sama berfikir, agak2nya kenapa baru kini Tun mengundur diri dari UMNO??? bukan selepas keputusan PRU12??? Ada yang mengatakan kerna Tun marah apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja kes video VK Lingam meletakkan Tun sebagai saksi siasatannya...heh..

Tun siap ajak ahli UMNO yang lain mengikut jejak langkahnya, nampaknya Mokhzani saja yang ikut telunjuk abah, Mukhriz pulak?? mungkin ikut telunjuk tangan kiri barangkali.......

setakat ini, hanya 3 orang yang mengikut jejak langkah Tun, isterinya Dr. Siti Hasmah, Sanusi Junid dan Mokhzani Mahathir, yang lainnya??? erk....sayang dengan Pak Lah atau UMNO??

Read more...

Friday, May 16, 2008

16 mei....

ya, ada apa dengan 16 mei??? huhuhu....SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru di Malaysia.....

pada cikgu-cikgu aku di sekolah rendah jalan semenyih(2) kajang, sekolah menengah jalan reko, kolej matrikulasi perak, dan juga pensyarah-pensyarah universiti sains malaysia...pada coach hoki aku, ustaz n ustazah yang ngaja aku mengaji, mak dan abah, adik beradik aku, kawan-kawan, seniors dan juniors juga adalah sebahagian dari cikgu aku...thanks a lot...

aku memang seorang yang mudah lupa dengan nama orang, maka, aku tidak mahu menyebut nama-nama guru aku, takut ada yang tertinggal...hehehehe, memandangkan hidup aku memang dikelilingi oleh insan yang bergelar guru, selamat menjadi pendidik bangsa yang tabah dan berjaya.

p/s: aku masih ketiadaan mood untuk menukar layout baru, nanti sajalah.....lagipun emosi aku kurang stabil beberapa hari ini, aku memang tidak suka pada orang yang suka mengambil kesempatan atas kebebasan dan kesenangan yang aku beri....huh!!! bagaimana agaknya nak meyedarkan orang-orang ini........

Read more...

Lelaki....


hmm.....tajuk entry yang agak berat..heh, aku jumpa sesuatu tentang makhluk yang bernama lelaki ini :

CINTA RAHSIA LELAKI.

1)Untuk menjadi gadis idaman, seseorang tu tak semestinya cantik. Cukup hanya dengan berbudi bahasa.

2)Lelaki sebenarnya tak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh gadis. Jadi, jangan ingat lelaki pilihan kita mengetahui semuanya.

3)"Emmm..tengoklah dulu". itu membawa maksud si dia berkata tidak atau kurang setuju. .jadi jangan dipaksa-paksa ye!!!

4)Walau sehebatnya lelaki yg bersikap romeo!Namun dia tetap hanya ada seorang teman wanita istimewa.

5)Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita.

6)Lelaki biasanya tak gemar dipikat, tetapi lebih gemar memikat.

7)Apabila seseorang lelaki memulakan perbualan secara serius,si gadis patut mendengarnya dengan teliti.

8)Jika ade seseorang lelaki merenung gadis,ada 2 perkara yang difikirkan nya..mengkritik atau memuji.

9)Seseorang lelaki akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gadis yang dipuja.Dan mereka lebih sukakan gadis yang boleh mendatangkan cabaran buat mereka.


10)Lelaki boleh gila bayang hanya selepas melihat cara gadis pujaannya tersenyum.

Dan ader juga lelaki yang macam ni. "Kaum lelaki sering memikirkan gadis yang meminatinya tetapi jangan pelik sekiranya si dia tidak menyukai gadis tersebut"

Tetapi!
Sekiranya seseorang lelaki itu serius dalam sesuatu perhubungan dia akan lebih mencintai gadisnya dari perasaan gadis itu terhadap dia.


sebenarnya aku bukan mahu berbicara tentang cinta seorang lelaki pada perempuan, tetapi aku mahu berbicara cinta lelaki pada lelaki....(huisyh....),
semalam, setelah menonton wayang, kami mengisi perut di satu kawasan yang kebanyakannya dimonolopi oleh kaum lelaki. heh, memandangkan diantara kami terdapat seorang insan yang bergelar lelaki, maka muncullah cerita berbaur cinta sejenis ini. aku akui aku seorang yang terbuka untuk berbicara tentang apa saja, mungkin kerna itu ramai juga kaum lelaki ini, telah membuka satu persatu "keajaiban" mereka pada aku. (bak kata abg arep, kadang2 aku boleh bertukar menjadi seorang lelaki, cissss.....). barangkali, aku sudah lali dengan persekitaranku yang penuh dengan lelaki dari kecil, termasuk keluarga aku sendiri....

member aku yang aku kenal sejak tahun pertama lagi, telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang barangkali mengejutkan ramai wanita di luar sana, tapi memandangkan aku telah lali atau sudah pun ketahui serba sedikit tentang insan lelaki ini membuatkan aku hanya mendengar tampa sebarang reaksi. namun, aku kagum dengan beliau, kerna bukan semua lelaki sanggup memdedahkan keburukkan mereka pada wanita.

menurut beliau, hubungan lelaki-lelaki ini, sudah sebati dalam dunianya, dan beliau tanpa segan silu pernah beberapa kali "mengetest" lelaki-lelaki yang rapat dengannya. hmm, perkara ini sebenarnya sudah lama aku dengar, tetapi yang menariknya perbualan kami lebih menjurus kepada "lelaki-lelaki di sekeliling kami" atau bahasa mudahnya lelaki yang rapat dengan kami. sejujurnya pertama kali aku mendengar perkara ini 4 tahun yang lalu, aku agak terkejut, lebih-lebih lagi ia melibatkan member sendiri, tapi sekarang ini, aku suka menganggapnya sebagai lumrah hidup seperti mana korupsi yang berlaku dimana-mana saja, dan untuk menghapuskannya adalah suatu perkara yang agak mustahil. namun, zaman kini, bukan saja lelaki, malah perempuan juga terlibat. tapi kali ini, biarlah aku menfokuskan pada lelaki dahulu, memandangkan aku baru menerima pengakuan dari seorang lelaki.

namun, jangan mudah salah sangka, bukan semua lelaki yang minat pada lelaki, terjurus untuk melakukan hubungan seks terlarang itu. ada sesetengahya, hanya untuk suka-suka. suka bila dibelai lelaki, menurut beliau lagi, " lelaki ini jarang mengungkapkan kata-kata manis atau sayang pada lelaki, mereka lebih cenderung memperlihatkan kasih sayang mereka pada perlakuan."hmmm. ya ka??. dan lelaki-lelaki yang beliau maksudkan dalam hidup beliau adalah lelaki-lelaki yang sangat rapat dengan aku.....beliau sempat bertanya, "kalau korang ada pakwe, dan pakwe korang macam tu, korang nak terima tak???" hmm..kami berkata, apa salahnya, dan beliau terharu dengan pengakuan kami, kerna katanya kebanyakkan perempuan sukar untuk menerima lelaki yang sebegini. mungkin kerna mereka kalah pada seorang lelaki. heh, itu perempuan lain, tapi bagi aku, seperti yang aku katakan tadi, ianya lumrah manusia di zaman ini, dan sebagai seorang manusia, kita perlu menerima keburukkan pasangan kita dan membantu dia ke arah yang benar, bukankah seharusnya begitu??

apa-apapun semoga lelaki yang diluar sana yang seperti ini, carilah jalan pulang ya.....

p/s: agak-agak kalau "beliau" disana tahu aku timbulkan isu ini, apa reaksi dia ya....hmmmm. oh ya, ada lelaki di luar sana mahu beri komen??? sila-sila.....hehehehe....


Read more...

Panggilan Santau???

salam....hari yang agak ceria hari ini, mood untuk berblog sudah muncul kembali.....ya, syukur...

petang semalam, aku bersama kawan-kawan menonton filem The Chronicles of Narnia :Price Caspian. memandangkan aku tidak pernah menonton filem Narnia yang pertama, maka si wawa menjadi pemandu arah aku dalam cerita ini.(hehehe!!). sebenarnya, aku bukan kemaruk untuk menonton wayang, lagi-lagi di waktu petang, tapi memandangkan En. Hazrul @ mr ayea akan berangkat ke Kelantan untuk memulakan tugas baru beliau, hanya ini kesempatan kami untuk berjumpa sebelum beliau meninggalkan bumi kerajaan ini.

dalam perjalanan kami ke panggung wayang, aku menerima pesanan ringkas dari "beliau",
"pernah tak dengar cerita orang mati bila terima panggilan dari Indonesia?? katanya no dari indonesia itu panjang, siapa yang angkat, akan mati..." hah, aku hilang akal sekejap, ada ke benda-benda macam tu??, aku bertanya pada kawan-kawan yang berada dalam kereta, kata wawa, dia pernah dengar sebelum ini dari kawan-kawan sekuliahnya. aku membalas pada beliau yang aku tidak pernah mendengar tentangnya sebelum ini, menurut beliau lagi,terdapat seorang penduduk di kampung beliau sekarang yang telah kena santau tersebut, tetapi telah sembuh setelah berjumpa dengan pawang.

pagi ini, aku menerima pula pesanan ringkas dari kekanda di penang yang berbunyi "kpd semua saudara2 yang dikasihi, jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang dan nombor itu berwarna merah, diharap sangat-sangat jangan diangkat dan dijawab panggilan tersebut ada sekumpulan penuntut hitam dari indonesia sdg mencuba ilmu mereka melalui telefon. perkara ini benar-benar berlaku, di puchong 2 orang telah mati, di api larat, 10 orang. berhati-hati bila anda menerima panggilan dari nombor tersebut." panjang juga pesanan ini. setengah jam kemudian, aku menerima lagi pesanan ringkas dari beliau, "ingat tak orang yang kena santau yang abg cerita malam tadi? dia dh meninggal jam 11 malam tadi. nie nak pergi hospital.". aku kehilangan kata-kata lagi. seperti biasa, aku mencari juga berita tentang perkara ini di akhbar, aku sempat jumpa disini. boleh percaya ke semua ini?? yang pasti sudah ramai yang risau kalau-kalau ianya benar-benar terjadi.

di zaman moden ini pun masih ramai yang menggunakan ilmu-ilmu hitam seperti ini. sebagai orang islam, kita wajib mempercayai makhluk halus yang juga wujud dikalangan kita, seperti apa yang aku tonton dalam al-kuliyah 2 minggu lepas. sememangnya zaman telah berubah, tetapi mentaliti manusia masih lagi di takuk yang lama (bukan semua ya.....). hasad dengki, nafsu tamak, susah untuk dikawal....hmmmm.....

p/s: Berdasarkan laporan media utama Indonesia, penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’ didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa. (jin dan syaitan pun dah maju, pakai telefon sekarang....kan hanset satu keperluan....hmm, macam-macam!!!)

Read more...

Tuesday, May 13, 2008

bersosial sungguh.....

salam, masa aku banyak dihabiskan dengan menelaah dan memperbaiki blog ini, aku masih lagi dalam proses pembelajaran, sudi-sudikanlah memberi komen pada blog aku ini.

semalam, aku mengikuti pertandingan futsal antara bahagian di kementerian ini di sport arena, kajang. pertama kali, aktiviti sosial aku bersama kakitangan kementerian setelah genap 6 bulan aku disini. pelawaan black yang telah pun berpindah ke unit sukan, membuatkan aku tidak sampai hati nak tolak, apatah lagi black banyak membantu aku ketika belaiu berada bersama-sama aku di unit ini. oh ya, aku tidak jadi mewakili jpt, kerana kami tidak cukup "korum", aku sememangnya tidak kenal ahli kumpulan aku sendiri, puncanya, nama aku dalam senarai yang pertama, setelah rizal meminta aku untuk turut serta, dan aku tidak membuat sebarang maklum balas......akhirnya aku hanya mengetahui pertandingan di saat-saat akhir. tak mengapalah, aku pun bukannya kemaruk nak bermain, sekadar membantu kawan yang tengah mencari pemain.
aku menjadi penonton setia semalam, walaupun aku tidak stay sampai habis, sebabnya kak lily dan ziehan kelaparan. tak pula, aku merasakan aku membazir waktu semalam, sekurang-kurangnya, ini permulaan kehidupan sosial aku bersama-sama rakan sekerja.

sampai dirumah, terus membersihkan diri dan membuka laman-laman tv yang masih ada, hanya nightline yang sempat aku jengah. hah, isu tentang karpal singh lagi. peguam dan pembangkang yang terkenal dengan mulut celuparnya. isu yang mungkin rakyat melaysia sudah lali, tapi aku tertarik dengan kenyataan Ir Nizar Jamaluddin. Menteri Besar Perak berhubung isu kebiadapan Karpal. setelah seminggu lebih, barulah keluar kenyataan daripada pihak yang satu ini. aku mencari juga kenyataan beliau di akhbar hari ini, tapi tidak pula aku jumpa. aku hanya jumpa kenyataan DSAI disini menurut beliau, kenyataan Karpal terhadap sultan Perak dan YDP Agung baru-baru ini adalah kenyataan peribadi dan tidak bebaur hasutan, rakyat malaysia tidak perlu memanjang-manjangkan isu. nampaknya, Parti rakyat ini,"benar-benar" bersatu.


lalu aku terfikir, agaknya kalau ada manusia yang menghina atau mempertikaikan abah atau ayah kita, adakah kita juga akan berkata, " biarlah, itu hak peribadi dia..." (kalau cakap macam-macam kat abah kitaorang, memang siap sedia daftar masuk hospital la jawabnya....)
lepas ini apa pula kenyataan yang keluar ya.....

oh, dah nak masuk waktu lunch rupanya, heh.....selamat berlunch.....

Read more...

hari ini dalam sejarah......

ya, assalamualaikum, syukur........

akhirnya terbit juga blog keluaran aku sendiri, setelah kian lama aku pendamkan hasrat itu.....thanks pada semua yang menekan dan juga memprovok aku untuk menghasilkan blog ini. ya, tuan yang ariff, saya sahut cabaran tuan....

entry yang pertama, biarlah aku panjatkan kesyukuran dulu.....

selamat datang ke dunia blog........

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP