Tuesday, March 19, 2013

Recco Road Perdana...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

(Entry kali ini merupakan bahasa ikut suka hati mak bapak sayaaaa.....)

Pagi ini, saya terbuka FB salah sorang kengkawan chinese saya, gambar beliau daftar kahwin.. Beliau ialah Jing Ching. Rakan sekelas saya. Maka, disebabkan mood agak kurang hari ini, maka tangan gatal untuk melihat kengkawan chinese yang lain.. Mereka ini mostly sekelas dgn saya dari Form 1 - Form 5. 5 tahun hidup bersama... haaaaa...

Jing Ching antara budak genius kelas kami, tapi tak segenius Chong Jie Wen.. dari F1 hingga F5 nombor 1 tak perlu berteka-teki.. mmg konpem dia punya.. Maka kami akan berebut no 2- 10 setiap tahun. Kelas kami mmg seimbang komposisi kaum.. half chinese, half malay, and 1 indian, which is Sashi. Dan seingat aku, batch kami paling ramai Melayu dalam kelas Sains. Hari ini saya nak bercerita tentang kengkawan chinese saya...

Jie Wen.. She used to be my chinese bestfriend. Tapi sekarang, kami dan kengkawan lain jarang berhubung sejak masing2 meninggalkan sekolah. Dan lepas SPM, hanya 4 orang berjaya masuk Matriks, Jie Wen (Matriks N. Sembilan), Mizi Poyo (N. Sembilan), Aku n Sarah di Matriks Perak. Jie Wen ini saya kagum 1. kerana kebijaksanaan dia 2, keperibadian dia..Zaman sekolah juga kami mmg akan sambut CNY dan Deepavali.. erk, deepavali nie sampai ke hari ini aku mmg akan pegi umah sashi, mak dia pun mmg akan tunggu kami setiap tahun.. Owh, CNY kami akan pi beraya umah Jie Wen dan jugak Choi Kim.. Ehh! konpem la dia x hidang menda2 haram. Family dia siap beli pinggan n cawan kertas untuk kami.. makanan pun dibeli dari luar.. So, Apa masalahnya melayu sambut CNY? bukankah ini mengeratkan hubungan sesama rakyat Malaysia??

Jie Wen nie mmg 5 tahun bersama kami. Dia penah buat aku terharuu... Serius!
Masa form 1- form 3, mmg la no 1 kepunyaan Jie Wen, Tapi no 2-5 aku, Anis, Mizi, Min Wen, Mong Wei, Yew King, (sape lg ek??) akan berebut2. Bila masuk f4, ramai budak baru masuk klas kami, Apis, Ajib, Sashi, Nadia, Alya.. dan aku n Anis paling ketara drop. markah kami juga bnyak jatuh.. dulu klas kami besar, blkg kami letak meja utk buat lepak2.. Menyedari situasi itu, Jie Wen penah dtg tempat lepak kami tegur sume org, paling kena teruk aku n Anis, dgn slang cinenya...
 " Liliq n Azni arr(nama betul anis), dulu mesti berlumba2 dgn saya.. skrg apa jadi?? ini sume sebab org2 "gila" yg datang sini bawak kamu main2.. Tau x exam mau dekat, apa lu orang buat main2 sini lagi?? " ( dia tuju pada sashi, nadia, ajib, apis n alya) Walaupun ada antara kami yg bengang dgn tindakan dia, tapi aku masih boleh berfikir secara rasional.. Berapa ramai jer kengkawan nk tegur kita bila lihat kita semakin teruk??

Jie Wen penah ditawarkan masuk ke sekolah paling bagus di Kajang..bila aku tnya, kenapa dia tolak.. dia jawab "liliq, kalo saya masuk sana, tak ada cabaran untuk saya.. U tgk, sekolah kita ini paling teruk di Kajang tauu.. kalo saya boleh berjaya di sekolah ini, saya lebih berjaya banding sekolah itu tauuu?? sekolah itu dan sekolah2 asrama lain mmg mereka ditrain jadi pandai..kita?? U tgk? Siapa saja cikgu yg slalu tegur kita?? Dekat sini haa, kita kena bergantung pada diri sendiriii....." ... erkk!! ayat dia nie sekali lagi berjaya menggamamkan aku.. kdg2 Jie Wen juga meluahkan perasaan khuatir dia bilamana terlalu ramai cikgu bergantung harap pada dia.. " saya takut saya x dapat full A laa, itu sume harapan cikgu laa.." dalam hati aku (sape soh jadi pandai sgt lagi...!! heheheee... jahat aku!) dan akhirnya, Jie Wen dapat 10 A 1B. (B tu bahasa Cina)

Jing Ching.. Jing Ching bersama kami 2 tahun, lepas masuk F4, yang tinggi PMR akan dimasukkan dalam Kelas Sains. Maka, Jing Ching merupakan pencabar terdekat Jie Wen, tapi x tercabar mana pun.. hehe! Sume subjek akan diconquer oleh Jie Wen, kecuali Biologi.. subjek ni mmg Jing Ching akan pegang, sbb tu jugak Jie Wen x suka Jing Ching and selalu kata cikgu bio kami pilih kasih.. hahahhaa! Math dan Add Math kalo tak 100 markah tu, bukan JieWen namanya.. tu la peel dia, ntah apa dia kejar 100 tu ntah.. hahahahaahaa.. Tiap kali pertandingan kuiz Jie Wen, Jing Ching and aku akan wakil sekolah. sori Jie Wen, Cikgu Lee Poh Bee mmg suka aku.. hahaha..

Cikgu Lee Poh Bee.. Kalo orang lain mungkin cikgu feveret dia sebangsa dgn dia, saya x. Cikgu feveret saya ialah cikgu Bio saya, Lee Poh Bee, walaupun kening dia x cantik (losss!!), dilukis setiap hari, tapi dia seorang cikgu yg dedikasi (opss! bukan sebab saya melayu yg salalu dapat high mark dari dia yerrr...). tiap kali exam, kuiz, dan bila nak edarkan markah n kertas jawapan, cikgu lee poh bee akan susun dari yang tinggi markah hingga yang paling rendah. Dia mmg akan sebut nama sorang-sorang, nama yang disebut dulu adalah nama yang paling rendah markahnya.. and as usual, nama apis n ajib akan "tersebut" dulu.. kekeke!
aku plak, selalu bising bila aku konpius cikgu panggil nama aku atau Sarah. Dan tiap kali silap, nak cover muka lepas pi depan, tgk2 Sarah punya, aku cakap " Cikgu SARAH la, bukan Saraaaah (dgn slang cine dia).." dan penah sekali agaknya cikgu pun bosan aku asyik tersilap dia tegur " haiya zaharah, mesti nama Sarah dulu laa, U slalu dapat high mark dr Sarah...  bagi Sarah amik dulu laa..." Erkk... hahahaha. aku senyum jerr... owwhh, perihal Bio nie juga, kalo dulu, siapa yg fail kena "retest". soklan yang sama, tapi jawapan da dibincangkan sebelum itu. Penah sekali Apis, markah retest dia lagi kurang banding markah test.. hahahaha, nampak x betapa budak2 kelas aku mengong! bukan sebab bodoh, tapi suke memain.. sampai cikgu Lee Poh Bee masa nak bagi kertas jawapan tu siap geleng kepala " haaiyaa, ini Apis haa, retest lagi rendah dr test... tak da guna punya budakk..!! " kami sekelas bantai gelak berjemaah..

Aku pun mmg pelajar yang nakal. Masa F4, tiap kali test, kami jarang sekali bersedia, sampaikan lagi 5 minit nak test, ajib or apis akan tanya " weeh! kejap lagi test apa haa??" kakakaka... tempat duduk aku mmg blkg sekali sbb nama aku S. Anis biasanya kat tgh, tapi bila dia x baca apa2, dia akan minta tukar dgn Sarah, duduk depan aku.. sama dgn Apis, dia akan minta tukar dgn sape2, supaya dekat dgn aku, ntah, sbb dorang tau aku jenis bg jer org tiru aku... hahaha! Tiap kali nak tukar tempat duduk Anis bg alasan " aku benci la duk sebelah Mizi, dia tu psyco siot...!! lagi2 time Kimia, org lain jawab tak de suara, dia bnyak bunyik plak "ohh, senang je nie.." "owwhhh, camni kiraa".. mamat poyo betul..!!" hehehe, Mizi mmg manusia paling kami benci dalam kelas kami, lebih2 lagi dia Ketua Pengawas+ muka skema nak mampus + suke bodek cikgu Zul, cikgu BM.. mmg dia manusia paling poyo di alam semesta ketika itu.. AJ, mmg duk depan, tapi AJ pun bukan budak baik.. tiap kali test, AJ siap ada cara tersendiri utk meniru.. kekeke! lain kali citer, ini kisah kengkawan chinese saya..

Penah sekali, kepala otak aku mmg jem! sume soklan test tu aku rasa macam choki2, sedap plak utk dimakan.. tetiba Apis bersuwitt, mmg peel dia dok tunggu kertas jwpan aku,, "psssttt. Liq, tu ada buku Bio kat blkg ko, amik bukak arr.." aku toleh blkg, ntah buku Bio sapa tertonjol kuar dr beg.. masa tu ada lagi rasa takut2 "errkk, kalo kantoi camne?? " " alaaa, x kantoi punya, ko tgk cikgu, asyik dok luar jer... amik je laa. " " ciss, kalo kantoi, sama2 haaa.. anis ko? " " setuju2...!!" Hasil persetujuan sume.. aku angkat meja, pusingkan supaya desk dia hadap aku.. haa, korang boleh bayangkan x camne aku angkat n pusingkan meja tu?? konpem budak2 kiri kanan nampak, termasuk budak2 cine klas aku... tapi dorang sume cool.. time tu cikgu yg jaga test dok termenung kat luar.. habis je pusing meja, aku sambar buku tu, masuk dalam desk.. cari jawapan laaa... hahaha! serius bila ingat balik, teruk betul aku nie rupenyaa...nasib baik x terkantoi..!! dan seperti biasa habis je aku jawb soklan test, anis terus sambar kertas aku utk ditiru.. aku plak buat2 conteng kertas lain, kertas aku beralih tangan dr anis ke apis ke budak2 yg dok blkg..

Ada juga sekali, masa test, mmg peel aku bila kepala jem, aku suka buat muka gorilla, Mong Wei, my another chinese fren, perasan muka aku.. terus dia bagi aku tgk kertas jawapan dia.. Hahaha.. best kan?? tapi bab meniru nie aku berani time test kecik2 jer...time exam besar aku x penah lagi buat hingga aku masuk Matriks dan U.

Aku n Anis dulu antara murid yang "retis" di sekolah kami, beg mesti nak mencapap, jam tangan seboleh-bolehnya nak sebesar alam, dari jauh boleh nampak.. Sampaikan kami penah ikut gaya rambut Chen Mayee, cantikk.. lepas Anis potong gitu, aku plak follow... hahaha! siap tnya Mayee, apa nama stail rambut dia.. masa tu nama dia  " hair boy", padahal bukan pendek or macam laki sgt pun..

Masa F4 juga, kami dapat cikgu sejarah, PK HEM, beliau slalu sibuk n jarang masuk kelas. so apa yang beliau buat ialah bahagi2 kan tajuk ikut bab, kemudian tiap kali waktu sejarah kami akan bentangkan pada kengkaan lain.. walaupun cikgu tak de.. see? baguskan kami.. Aku, AJ, Anis, Chiang Yew King, Jie Wen mmg tak boleh dok satu kumpulan, sbb kami akan berebut2 nak bentangkan, so kami sentiasa pecah kumpulan. Bila cikgu praktikal masuk klas kami, aku ingat lagi, dari UKM, org kelantan... Mai aiii, bahasa Melayu pun x betul, camne nak ngajar kami??? mmg dia salah satu cikgu praktikal yang menjadi mangsa buli kami.. Penah sekali, cikgu tu cuba bentangkan bab sejarah dgn gachek kelantannya.. loghat kelantan satu hal, nak bentang pun takut2.. satu hal.. aku dgn muka selamba, terus pi depan " Cikgu, apa kata saya yang bentangkan, sbb bab ini saya yang buat.." maka, aku pun bentangkan la spt biasa n budak2 klas aku bersoal jawab seperti biasa.. cikgu praktikal tu hanya pandang. habis kelas, cikgu tu tegur aku "bagus la kamu bentangkan, terima kasih sebab tolong saya..." (dalam hati, apa kata ko belajar bahasa melayu dgn betul dulu, baru dtg ngajar kitorang.. hahahaha! ) Serius! kami mmg x suka beliau..

Saat yang kami tunggu biasanya ketibaan cikgu2 praktikal, memandangkan sekolah aku dekat dgn UKM, kebanyakkannya dari UKM. Tapi ada sekali cikgu ari UNITEN, ganti cikgu fizik kami yang cuti bersalin. Muka jambu n skema giler. Da namapun kelas fizik, duduk dalam makmal, meja besar2 la kan.. tiap kali dgr cikgu baru nak masuk, aku n the geng (anis, AJ, Sashi, Nadia, Alya, Syam) akan dok depan. Masa perkenalkan diri pun mula.. macam biasa la, bagitau nama, duk mana, cita2.. sampai meja kami yang gegurl nie, Anis n AJ memulakan operasinyaa "cita-cita saya.. nak jadi bini cikgu..!!" peeehhh, tersedak cikgu fizik tuu.. kekekeke! Hari lainnya pula, peel cikgu nie dia mmg akan sebut "boleh" berkali2.."ok, skrg yang nie plak, boleh?".." pok pek,pok pek.. boleh?" " Mizi, boleh?" " pok pek pok pek, boleh?". Ada sekali AJ siap kira berapa kali cikgu tu sebut boleh. " ok, hari ini cikgu da sebut BOLEH sebanyak 43 kali( x ingat brp kali sbnrnya..)" kami bantai gelak secara berjemaah lagi...

Aaah, aku da mula melalut bila keyboard nie laju ditekan2.. kekeke. Perihal sebenarnya yang cuba aku sampaikan ialah kengkawan chinese aku ketika di sekolah dulu. Ohh, kami penah anjurkan rumah hantu ketika Hari Terbuka, nama rumah hantu nie "Potter Geist", nama yg diberi Alya, memandangkan dia dok lama kat German dulu.. seperti biasa klas kami mmg sentiasa jadi perhatian, dan rumah hantu kami mmg terbaik dari ladang laa.. Al-kisahnya, masa sehari sebelum event, budak2 laki, da siap buat pocong, kubur bagai.. aku n the geng dok tampal surat khabar kat tingkat bagi gelap, x nak cahaya masuk.. masa kami try, pening gak la kepala nak cover tutup sume, still lagi ada cahaya masuk.. last2 kami give up, biarkan jer cahaya tuu.. Ajib yg mmg kaki "bomoh" siap kemenyan satu kelas.. bantal busuk anis, jadi mangsa buat pocong, kain uniform polis bapak kaler biru gelap aku yang bapak aku x guna, jadi mangsa banner rumah hantu kami... Di hari kejadian, kitorg pelik sbb kelas tu gelap segelapnyanyaa.. sampai kami x nampak apa.. Sumenya berjalan lancar, sampai senior F5 dan senior2 yang da tamat sek pun berebut nak masuk umah hantu kami.. Yg kelakar tgh2 berjalan umah hantu tu, Anis yg juga salah sorang "hantu" kami kena keluar sbb dapat berita adik dia jatuh .. So, "hantu" keluar dok melilau2 kat kawasan gerai2 terbuka..Aku spt biasa person in charge di luar klas.. Habis jer events, memandangkan sambutan amat menggalakkan, dan kami mmg kepenatan, kengkawan chinese yang satu klas, sama2 bantu meng "clear"kan kelas.. nampak betapa mereka sangat2 menghargai hasil kerja kami, walaupun masa set up rumah hantu tu mereka tak de, sebab idea sume idea kami segroup. Waktu tu juga aku sgt2 terharu ngan kengkawan chinese nie.. Tapi memandangkan kena kuar dr sekolah pada masa yg ditetapkan, kami x sempat nak clearkan rumah hantu tu habis.. al-kisahnya bersambung bilamana malam tu pak Guard tepon Ajib n Apis, soh datang clearkan jugak umah hantu tu, katanya dia dengar bermacam2 bunyi... Perrgghhh.. Malam tu, kami berkumpul di umah Anis lepas Apis, Ajib, Anas n Anwar clearkan sume. Macam2 cerita kami dengar.. Pak Guard tegur sebab siap main kemenyan, bila fikir2 balik, Ajib mmg da serupa boloh masa tu.. kekeke. Anis terus buang bantal busuk dia sbb takut.. kakakaka..

Ada sekali masa Hari Guru, Jie Wen anjurkan tarian Cina, dia paksa sume budak klas chinese kitorang join.. Mula2, aku, anis, alya n sahi dok memain follow rentak dorang dr blkg... last2 Jie Wen soh kami join sekaki, kami pun joinlaaa.. habis je event Hari Guru tu.. Aku and Anis dipanggil oleh Ustaz, kena marah sbb follow budak2 cina menari.. sedangkan waktu tu kepala aku da berfikir .. bukan tarian bogel or menghairahkan pun.. ayat yang aku x boleh terima " tu kan budak2 cina, kenapa nak ikut dorang menari? kamu tu melayu, islam... biar je la cina2 tu nak menari ker nak hapa ker, yang kamu ikut telunjuk depa kenapa? "... errkk, padahal aku rasa tarian tu hanya goyang2 sikit jer pun dengan lagu cina.. Inilah masalah pendidik sekarang, kadang-kadang cikgu itu sendiri yang membina jurang antara kaum disekolah, sedangkan murid2, kami ketika itu, masih SUCI tanpa POLITIK. Sama halnya dengan cikgu BM aku.. Cikgu Zul, kalo dtg tempat dia, tak habis2 hasut kami dgn PKRnya, ketika itu kecoh kes Anwar.. Aku yang slalu bidas dia, agaknya sebab tu BM aku dapat B. Hahahaha.... tiap kali kalo kelas BM, time ujung nak balik, aku da siap2 kemas barang nak balik.. dgn tempat aku blkg sekali, mudah utk aku blah terus keluar.. Dgn gaya rambut x jumpa sikat bak kata Anis, Cikgu Zul akan bersuara "tuuu zaharah tuu, belum bunyi loceng lagi dia da x sabar2 nak balikk... letak beg tu zaraahhh..." (huhhh!! baik aku balik dari asyik dengar cikgu puji Mizi poyoo tuuu...!!) aku bermonolog dlam hati...


Melihat gambar kengkawan Chinese, aku terpikir.. sbnrnya lama da aku pikir menda nie, di zaman sekolah, kami tak pernah ada jurang perkauman.. kami TAK PERNAH ejek dia makan "babi", pegang atau bela menda haram pada kengkawan kelas kami.. tak pulak kami kata "weh, hang tau x hang nanti masuk neraka??" (ok, nie mmg tipu pasal sekolah aku kat kajang, bukan kat kedah...! hahaha...). Nak kata kami tak pernah gaduh, menipu sangat la tuu, mmg la ada, tapi kami gaduh kerana peribada bukan sebab ko"Cina" aku "Melayu..." TIDAK ADA istilah perkauman langsung! walaupun ada budak2 kelas lain dok gaduh geng melayu-geng cina... tapi kami TIDAK ADA. Malah kami sentiasa sokong antara satu sama lain, dan kami hargai satu sama lain. Namun situasi ini tidak saya perolehi ketika masuk USM, sedangkan USM dimonopoli orang Cina dan rakan sekuliah saya kebanyakkannya Cina. Saya didedahkan dengan politik Cina - Melayu. Dan ini yang berlaku dalm masyarakat kini. Alangkah baik dan bagusnya jika kita semua tiada rasa curiga, khuatir dengan kaum lain sama perasaannya ketika kita berada di alam persekolahan itu... Mesti akan ada yang jawab " Ini realiti, zaman sekolah tu, budak2 tak tahu apa2..." Alagkah bagusnya jika kita tak tahu apa-apa dan terus mewarnai keharmonian hidup kita kannn?? Namun, masyrakat kita telah "dibudayakan" dengan sikap ini.. Apa boleh buat??

Pesanan saya, jika anda seorang ayah, ibu atau guru.. Biarlah dan berilah ruang dan peluang anak2 kita untuk sama-sama berkawan dan berkongsi perbezaan kaum yang ada di Malaysia ini.  Perbezaan yang ada bukanlah untuk kita membenci atau menjarakkan jurang antara kita, tapi perbezaan itu alah untuk kita lebih memahami dan lebih menghormati sesama kita. Janganlah kita terlalu "taksub" mencemari pemikiran anak muda yang tidak tahu apa-apa selain hanya mahu bermain dan berkawan.. Mana tahu, mereka juga yang akan bantu kita satu hari nanti ( dok teringat iklan melayu yang marah jiran india dia, last2 jiran india dia yang hantar pi hospital..hahahahaaa)

Peehh, panjang rupenyaa... hee, gambar yg menjadi kenangan...

Ini Ketika Form 1. Form 1 je aku pengawas, lepas patah tangan sebab main bola jaring.. aku quit..

Ini ketika Form 3. Jie Wen jadi Ketua Kelas masa ini.


Ini ketika Form 5. McD Kajang. Aku lupa sambut apa masa nie ek?? Dgn guru kelas kami yang kami panggil Mama Dib..

P/S : Walaupun Sekolah Jalan Reko yang kami upgrade jadi Recco Road Perdana ini merupakan sekolah paling teruk di Hulu Langat, dan tiap kali aku n anis wakil sekolah, budak2 sekolah lain akan buat muka and hina sekolah kami.. aku, anis n AJ akan balas balik " At Least kitorang wakil sekolah ke macam2, mengharumkan nama sekolah kitorang.. Ko??? Setakat bangga nama sekolah yang mmg da "bagus" pasal senior2 ko... Apa sumbangan ko kat sekolah ko?"  Dan biasanya mereka akan terjelepuk terdiammm.... haaa, main2 lagi ngan pendebat macam aku, AJ and anis... hahahahhaha!!!

Read more...

Friday, March 8, 2013

Bangkang Dari Parit Buntar yobbbb..!! Version 2.0

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Lagi Video Team Bangkang Dari Longkang...

1. Perkhidmatan Awam



2. Ceramah Agama


3. Kabinet..


4. Tak Tau nak bagi tajuk apa...Tapi yg nie serius kelakar...!!


 5. Bersatu dan Bergabung....


Ok, selamat bergelak ketawa...

Read more...

Bangkang Dari Parit Buntar yobbbb...!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sekadar Hiburan di Petang-petang Hari....

Terbaik video Bangkang Dari Longkang...

1. Buku Jingga



2. Pendidikan Percuma


3. Ketua Sebenar Pakatan / Jurulatih..



4. Gaji Minimum...


p/s: Jangan mara haaa... Nanti Kena Jual

Read more...

8 Mac 2013. Bila Nak Mengundi nieeeee....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Ada apa dengan 8 Mac? ceehh... kasi suspen skit. Hari ini 8 Mac 2013 genap 5 tahun Pilihanraya Umum yang lepas iaitu PRU ke-12 diadakan. Tarikh PRU ke- 12 ialah pada 8 Mac 2008. Maka sepatutnya kerajaan yang sedia ada terbubar? Opss... TIDAK.

Pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun sekali bagi melantik ahli-ahli Dewan Rakyat. Parti politik yang mendapat undi terbanyak layak membentuk kerajaan bagi memerintah negara.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia. Melainkan apabila dibubar, parlimen akan terus bersidang untuk tempoh lima tahun bermula dari tarikh pertama mesyuarat diadakan selepas pilihan raya umum melainkan ia dibubarkan.


Pada akhir tempoh lima tahun, Parlimen terbubar secara automatik dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran bagi melantik perwakilan di Dewan Rakyat.

Parlimen dihendaki bersidang tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh ia dibubarkan.

Ini bermaksud 8 Mac 2013 hanya genap 5 tahun PRU yang lepas diadakan. Parlimen akan terbubar secara automatik selepas genap 5 tahun dari tarikh mesyuarat pertama dewan Parlimen. Mesyuarat pertama Dewan Parlimen selepas PRU ke 12 ialah pada 28 April 2008. Bermaksud PM perlu umumkan tarikh pembubaran parlimen sebelum 28 April 2013, jika tidak Parlimen akan terbubar dengan sendirinya.


Ok, mari kita andaikan jika PM tak mahu umum tarikh pembubaran dan membiarkan ianya "tamat tempoh" iaitu 28 April 2013. Maka SPR perlu mengadakan Pilihanraya dalam tempoh 60 hari termasuk penamaan calon, kempen dan proses pengundian. Maka, tarikh akhir bagi proses buang undi ialah pada 27 Jun 2013.


Nah... kita semua akan buang undi sebelum tarikh 27 JUN 2013..

Maklumat Parlimen Malaysia 


SELAMAT MENGUNDI...

Read more...

Thursday, March 7, 2013

Mimpi sampai ke bintang, bulan dan matahari...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Me - Malam tadi orang mimpi pelik 

Hitman -  "mimpi ni kadang2 berdasarkan peel harian kita... apa kita buat tu kdg2 terbawak2 dlm mimpi...
Me - Tp org mimpi "Clark Kent" kena rasuk hantu... kena mengena dgn kehidupan? org x pikir pasal dia pun... 
Hitman - sekurangnya kenal kan "Clark Kent" tu.. jd logik la ada dalam mimpi.. apa nak pelik.. ala mimpi..

errrrrrkkkk....

P/S: Saya sokong kerajaan / pasukan keselamatan tak terima Gencatan Senjata dari Pengganas Sulu. Semoga semuanya berakhir dengfan cepat dan selamat. #Pray4Sabah.

Read more...

Sepatu Biru Di Kalbu....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Peeehhh... tajuk nak retis sungguh...!!

Memandangkan hari ini saya serba biru, maka saya memakai semula sepatu biru kesayangan saya. Kenapa ianya jadi kesayangan saya?

1. Sangat2 selesa. Sampaikan aku trekking Tangkuban Perahu, Bandung pun aku selamba pakai sepatu ini.

2. Kalernya. Memang kaler feveret aku ialah biru gelap? biru navy? apa nama biru nie haaa?? biru la senang cite. Nak dijadikan cerita, dulu aku giler nak beli VIVA Elite sebab kaler birunyaa... bengong kan?? tapi mendapat bantahan dr abang2 aku dan Hitman, abg2 aku bengogkan aku " kaler ko boleh tukar cat lain la ngok!!" dan memandangkan aku banyak travel dulu, maka... Tahniah, Persona jadi milikku...

3. Corak/ patternnya. Sgt2 seni dan simple gitu...sesuai ngan i nyah..! hahaha...!!

4. Kemana saja kalo aku pakai sepatu ini, seringkali dapat pujian sebab cantik. (ini tak tipu yer...). Ada 2 sepatu yg sentiasa dipuji Hitman, salah satunya sepatu ini dan sepatu merah Clarks yang idura belikan masa dia pi UK dulu.

Al-kisahnya, kasut ini sebenarnya da terlalu lama bersama-sama aku, dan sudah pun memperlihatkan kedut-kedut dimamah usia termasuk penggunaan yang ganas oleh tuannya. Dan hampir setahun juga, jika aku ke kedai kasut, pasti aku akan cari kasut kaler dan pattern seperti ini. Hingga hari ini aku gagal jumpa....huhuhu.. " Beli jer kasut lain... habis citer..!!" errkk... Masalahnya, aku gagal juga jumpa kasut lain yang se"best" kasut ini..

Ya..Ya, saya tau.. saya mmg seorang yang tinggi sentimental value dan setia...

Ini Sepatu Biru Di Kalbuku.... Carlo Rino..



P/S : Sila abaikan kaki itu... Oh My Gosh!!

Read more...

Lieliqs.Blogspot

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Ada satu sebab saya rasa saya perlu kembali berblog. eh! bukan sebab PRU nak dekat. Saya sedang memikir adakah post-post di dalam blog ini perlu disemakkan dengan post-post berbentuk politik? kehidupan seharian saya? atau hanya pengetahuan-pengetahuan am?

Ahh! taip saja apa ko nak taip liliq... yaa, itu yang sebetulnya..

Ya, satu ketika dulu memang saya aktif berblog. itu pun setelah dicabar oleh senior saya bilamana saya katakan  PRU Malaysia yang ke 12 iaitu 2008 banyak bergantung pada blog, ketika itu FB dan twitter masih belum popular, saya juga dengan tidak segan silu mempertahankan pandangan saya, salah satu sebab BN jatuh 2008 adalah kerana "kelembaban" pihak kerajaan dalam memonopoli media terutamanya blog ketika itu. Maka, senior2 cabar saya untuk hasilkan blog ini. Setinggi penghargaan pada beliau yang banyak bantu saya dalam dunia blog ini.

Perkara yang menarik perhatian saya untuk berblog ketika itu adalah kerana "kerajinan mencari maklumat". Apabila timbulnya sesuatu isu, maka saya dan kengkawan blogger akan berusaha mencari maklumat bagi memasukkan fakta-fakta atau pandangan yang tepat dan menarik. Kami juga sentiasa berkongsi maklumat dan pandangan. Nah, sedikit sebanyak, blog ini memdedahkan saya pada kaedah ilmu yang baru.

Namun hari ini, saya dapati ianya sedikit berbeza.

1. Telah wujud medium-medium sosial yang lain yang telah pun melonjak tinggi popularitinya, facebook, youtube, twitter, instagram. Medium- medium ini juga berlumba-lumba mengupdated aplikasinya bagi memenuhi tuntutan pengguna.

2. Seperti biasa majoriti rakyat Malaysia malas membaca (persepsi??) Maka blog-blog semakin dipandang sepi. Hanya blog yang ada gambar, video atau entri2 lucah dan kelakar yang berjaya menarik perhatian ramai. Cuba kita tanya pada anak muda kini, berapakali dalam seminggu mereka baca suratkhabar? atau apakah pilihan utama mereka dalam mendapatkan info berita? media elektronik? media cetak atau media sosial?

3. Blog-blog yang ada masa kini juga seolah-olah berlumba-lumba dalam mengeluarkan maklumat. Siapa cepat updated, dia terar. Dan ini biasanya berlaku dalam kancah politik negara. Memang kita tak nafikan wujudnya kumpulan-kumpulan yang dibayar untuk membuat blog dan post itu.

Tanpa saya sedar juga sebenarnya banyak blog yang memaparkan kehidupan peribadi seseorang. Apa tujuan mereka? nak glamerkan diri? nak meluahkan perasaan? Kot-kot dapat jadi selebriti macam Hanis. Fuuuhhh... klas ko nyah!!  Apapun tujuan mereka dan saya, semoga ianya tidak mendatangkan kesan negatif pada pembaca. Sebagai pembaca yang bijak juga, kita perlu sedar blog-blog ini bukan hanya SATU sumber yang ada. Maka. memperbanyakkan pembacaan itu diharuskan.Waaaa.. aku letak hukum plak!

Tujuan saya berblog? Saya suka mencari maklumat tentang sesuatu isu yang timbul. sebagai contoh, pencerobohan Lahad Datu, mungkin memang sikap saya suka mencari..saya meneruskan pencarian tentang sejarah kesultanan sulu, sebab atau objektif utama pencerobohan dan lain2... ( nampak poyo kan??)

Keduanya, setelah membuat pencarian, saya gemar meluahkan pandangan dan pendapat saya. Jika dulu kerja saya lebih banyak bersosial dengan orang ramai hinggakan hampir setiap malam/minggu saya akan berkumpul untuk bersembang-sembang dengan junior/senior/kengkawan, maka disitulah tempatnya saya meluahkan pandangan saya.

Ketiganya, buat masa ini, saya mempunyai masa untuk mengemaskini blog ini. Pernah satu ketika ada seorang sahabat menawarkan "sesuatu" pada saya jika saya aktif berblog. Saya cuba tolak dengan penuh hemat kerana bimbang terguris hatinya, saya katakan saya tak punyai masa. Beliau masih mencuba dengan minta saya hanya updated sehari satu post, paling tidak pun "copy and paste". Lalu saya katakan, buat masa ini itu bukan tujuan saya berblog, saya mahu menulis tanpa disekat oleh sesiapa dan menyekat sesiapa, saya berblog kerana mahu mencari ilmu dan mahu berkongsi pandangan. Bukan kerana mengejar apa-apa. Alhamdulillah, akhirnya beliau faham.

Saya juga tidak menjanjikan akan menempatkan blog ini dengan post atau sesuatu yang menarik. Cukuplah jika ianya sekadar memuaskan hati saya sendiri dan mungkin juga kata orang blog ini mampu jadi diari yang akan dibaca anak cucu kita pada masa akan datang. haaaaa.... dan akhir sekali ianya juga bergantung pada masa yang saya ada... heh!!

Sekian, buat permulaan....
Majulah Blog Untuk Negara
( P/S : Walaupun aku sedikit rasa blog ini da basi, manusia sekarang lebih suka ber V-Log di YouTube...!! Alahai nyah, muka mak tak berapa cantik nak masuk dalam Youtube tuuu...hahaha!!)






Read more...

Buang Tebiat.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Hari ini 7 Mac 2013. Hari ini 24 Rabiulakhir 1434. Hari ini hari Khamis.

Hari ini saya serba biru datang opis. Dari kasut, baju, tudung, handbag hinggalah ke cermin mata saya. semuanya biru.

Hari ini saya telah menumpahkan nescafe pada bekalan sarapan saya. Hari ini saya sarapan sandwich sardin yang saya buat sendiri.

Hari ini saya membersihkan sarang-sarang yang ada dalam blog saya.

Ok. Hari ini memang saya buang tebiat.

Terima Kasih.

Read more...

Tuesday, December 27, 2011

sampai menyampaikan.....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Suka untuk saya berkongsi video Yang juga saya perolehi dari seorang sahabat di laman facebooknya. Video seorang mahasiswa yang kini menuntut di Toronto, Canada....salah satu cara dakwah yang lain dari yang lain.

Teringat satu ketika dulu, seorang sahabat pernah berkata, cara dan kaedah untuk kita berdakwah juga perlu seiring dengan perubahan zaman kini. Untuk mendekati anak muda yang merempit, kita perlu sama-sama merempit dan memahami jiwanya. Bukan hanya berdakwah di dalam masjid. Dan bukan hanya mereka yang memakai serban dan ketayap saja layak memberi nasihat dan berbicara soal agama. Nah, mari kita rehatkan minda dengan video-video Aiman Azlan ini.




Read more...

Friday, December 9, 2011

Tiada Hudud Dalam Manifesto??

KUALA TERENGGANU 7 Dis. - Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan demikian dengan berkata, manifesto tidak perlu disebut secara terperinci.

"Bila sebut konsep yang adil, mencegah kemungkaran, ia isu yang sudah berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata, Islam akan menterjemah secara jelas mengenai pelaksanaannya jika pakatan pembangkang memerintah kerana ia agama yang menyeluruh.

Namun, katanya, ia harus mengikut turutan dengan mukadimahnya sambil memberi contoh untuk memulakan solat perlu mengambil wuduk terlebih dahulu.

"Kita pilih negeri-negeri yang kita (Pas) ada kuasa sepenuhnya dan kita menerima pendapat supaya orang bukan Islam tidak dipaksa.

"Biar mereka melihat terlebih dahulu, sekiranya mereka melihat, mereka boleh terima," ujar beliau.

Ditanya kemungkinan Pas tidak mampu mencorak hala tuju yang diperjuangkan parti itu, beliau berkata, semua parti telah menerima Islam dan Melayu sebagai teras kepimpinan negara.

Terdahulu semasa sesi perbahasan, penyokong kerajaan Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) menempelak Pas kerana pendekatan parti itu lebih memberi peluang kepada DAP untuk menggantikan tempatnya.



Sumber Utusan Online 8 Disember 2011.




Perkara ini memang sudah dijangka oleh semua pihak. Teringat sewaktu saya bersembang dengan seorang Pak Cik di Melaka Julai lalu, ketika itu beliau menegur saya kerana melihat saya sedang membaca buku Menuju PAS Baru oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa.


Kata pak Cik tersebut jika PAS benar-benar mahu membawa Islam dalam pentadbiran negara ini, mengapa PAS tidak pernah mengeluarkan buku atau memorandum Berkenaan pelaksanaan HUDUD?. Jika PAS benar-benar mahu meyakinkan rakyat, bukankah lebih elok PAS mempamerkan contoh-contoh atau draf pentadbiran ISLAM yang mahu dilaksanakan. Selama penubuhan PAS sejak 1951, pernahkah PAS mengeluarkan draf ini??


Setakat bercakap, tanpa perancangan kukuh, agak-agak siapa nak percaya??

Read more...

Thursday, December 8, 2011

Buta Fikiran Atau Buta Iman???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Mari kita lihat temuramah ini....



Pengacara - " Apakah kamu menikmati hubungan itu??"

Anak - "Iya, mau tak mau....ibu saya memaksa"



Ibu - "saya tidak berzina dengan org lain, tapi anak sendiri..."


Erk!! Masyaallah, sesungguhnya dunia ini benar-benar hampir kiamat. Bagaimana jika ini yang berlaku di tanah air tercinta ini? jika anak yang lahir hasil dari perhubungan ini, apa gelaran harus diberikan? anak atau cucu?

Apakah ini sebahagian dari Seksualiti Merdeka yang dipertahankan??

Seksualiti Merdeka ini, kononnya memperjuangkan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Apakah semua perkara menuntut kebebasan tanpa perlu ada batasan agama??

Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang - pasangan lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.

Firman Allah swt:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(Surah ar Ruum: ayat 21)


Sabda Rasulullah saw

تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة

Kahwinilah olehmu akan perempuan yang penyayang dan mampu melahirkan anak kerana sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummatku diakhirat kelak. (Riwayat Imam Ahmad)

Kecenderungan mengamalkan kehidupan gay, lesbian dan biseksual ini adalah bertolak dari nafsu yang tidak dikawal. Sedang Islam telah menganjurkan ummat manusia supaya berkahwin secara normal dan menggariskan kaedah kawalan nafsu bagi mereka yang tidak mampu melakukannya.
Seperti sabda Rasulullah saw dari Ibnu Masuud radhiyallahu 'anhu :


يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Wahai sekelian anak muda ! barangsiapa yang mampu [dan bersedia untuk berkahwin] dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu membantu menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana sesungguhnya puasa itu adalah perisai [dirinya agar tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan sosial]. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Nauzubillah min zalik..sama-sama kita berdoa agar perkara ini tidak akan terjadi di Malaysia atau kita TIDAK AKAN sekali-kali MENGHALALkan perkara ini berlaku di bumi tercinta ini.

Read more...

Wednesday, December 7, 2011

Jawatankuasa pantau pindaan Seksyen 15 AUKU

PUTRAJAYA 6 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi akan mewujudkan satu jawatankuasa untuk membuat draf berhubung keputusan kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menyertai politik.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, seperti yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya pelajar berumur 21 tahun ke atas sahaja boleh menyertai parti politik di luar kampus.

Menurutnya, kementerian mengalu-alukan keputusan kerajaan tersebut demi kebaikan bersama dan ia juga menepati hasrat dan matlamat pendidikan yang perlu dicapai pelajar universti di dalam negara.

"Dengan perubahan tersebut, ia tidak bermakna semua fasal yang berkaitan Seksyen 15 AUKU akan diubah, kita akan meneliti secara serius dan mendalam melalui jawatankuasa yang akan ditubuhkan nanti.

"Perubahan ini juga bukan sahaja termaktub kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) malah ia meliputi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan juga politeknik,' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled merasmikan Program Latihan Graduan Industri Tinggi (HEIGIP).



p/s: mari sama-sama kita tunggu Siapa ahli Jawatankuasa dan keputusaan Jawatankuasa ini nanti. Tahniah DSKN...

Sumber : Utusan Online (6 Disember 2011)

Read more...

Monday, November 28, 2011

Cakap- Cakap AUKU 2011 Part II


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Seperti dijanjikan saya akan berbicara berkenaan AUKU. Lihat pengumuman DSN disini.



Setiap transformasi yang berlaku semestinya akan wujud kesan positif dan negatif.Terpulang pada kita untuk menerima faktor mana yang lebih dominan.



Mari kita lihat dahuu sudut yang positif, pindaan AUKU seksyen 15 ini sepertimana yang diumumkan oleh DSN, mahasiswa kan diberi keistimewaan, mahasiswa kini boleh menganggotai mana-mana parti politik. Pernah saya menghadiri satu majlis pada tahun 2006 /2007, seorang peserta bertanya kepada penganjur berkenaan AUKU ini, soalannya " mengapa AUKU meyekat penglibatan politik mahasiswa? Mengapa perlunya kebenaran Naib Canselor? . bayangkan di kampung saya, mat rempit yang telah berusia 21 tahun ke atas boleh menyertai parti politik dan bebas bergerak, mengapa mahasiswa yang kononnya bijak pandai, tidak boleh sertai politik? Apa rendah sangatkah martabat kami? Apa benarkah kami tak mampu melihat mana yang baik dan buruk?". Satu soalan lagi " jika benar mahasiswa tidak dibenarkan mencampuri politik, mengapa wujudnya Kelab Umno Luar Negara? Adakah mahasiswa mahasiswa di dalam Malaysia "low standard"?. Dengan terpindanya seksyen 15 ini, soalan-soalan seperti ini mungkin tidak lagi akan wujud.


Kesan negatif pula sebenarnya lebih kepada KERISAUAN kita. Sekiranya seseorang mahasiswa itu merupakan ahli UMNO, bagaimana pula pengaruhnya di kalangan pegawai/pensyarah? Dan bagaimana pula dengan tugas hakiki seorang MAHASISWA? Adakah peratusan pelajar yang tercicir dalam pelajaran akan meningkat dengan pindaan AUKU ini? Akan wujudkah pula anugerah atau analisis parti mana yang popular di kalangan mahasiswa.

Mari kita lihat pula reaksi mahasiswa. Saya kategorikan kepada 3 golongan;

1. PRO – PINDA/MANSUH AUKU


Bagi golongan ini, ini merupakan kemenangan awal mereka. Kerajaan kini telah mendengar tuntutan yang disampaikan, tidak kira samada mereka golongan minoriti atau majoriti, yang penting kemenangan telah tercapai, kerajaan mendengar suara mereka.




2. PRO – MEMPERTAHANKAN AUKU


KECEWA dan HAMPA!! Golongan ini pula ada 2 ;


i. Mereka yang kecewa dengan keputusan kerajaan


ii. Mereka yang kecewa dengan cara kerajaan

Bagi golongan yang (i) ini, kekecewaan mereka lebih kepada penundukan emosi . AUKU yang dipertahankan selama ini, seksyen yang diperjuangkan akan dipinda. Kekalahan dipihak mereka. Ini menjatuhkan MARUAH mereka sebagai seorang perjuang. Mengapa kerajaan tunduk dengan tuntutan-tuntutan pembangkang, sedangkan mereka yang selama ini menyokong kerajaan, diabaikan.

Bagi golongan (ii) ini pula, kekecewaan lebih bersifat rasional, cara keputusan dibuat. Apakah benar kerajaan mendengar suara mahasiswa? Pihak majoriti atau minoriti? Mengapa kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Konvensyen Pemimpin Pelajar sekiranya suara pelajar yang "mewakili" pelajar lain tidak didengar.

3. PEMERHATI DAN PENDENGAR (NEUTRAL)

Saya percaya golongan ini sebenarnya paling ramai di IPTA. Tidak ambil peduli!! Samada undang-undang yang melibatkan hak mereka dipinda atau dimansuhkan, sama sahaja, asalkan tidak mengganggu aktiviti harian mereka di kampus.



Suka atau tidak, pengumuman telah pun dibuat. Marah atau tidak, pindaan tetap diteruskan. Sama seperti pengumuman mansuhkan ISA dan Ordinan darurat. Mari kita lihat pula kesan pada kerajaan yang membuat dasar.



Pengumuman dan tranformasi yang diputuskan oleh DSN ini juga dilihat memberi kesan positif dan negatif. Dari kesan positif, kerajaan telah pun mengiktiraf suara dan kematangan mahasiwa dalam berpolitik, bagi mahasiswa yang mampu menerimanya, ini merupakan satu transformasi yang bijak. Seksyen 15 yang diputuskan oleh mahkamah sebagai bercanggah dengan perlembagaan telah pun dipinda utk menjadi selari dengan Perlembagaan Malaysia.DSN dilihat mampu menjadi "hero". Mungkinkah pengundi muda yang totok pembangkang akan beralih arah? Atau pengundi atas pagar akan berterima kasih dan memangkah BN?



Kesan negatif pula melihatkan DSN "makan diri" dengan keputusan tersebut. Golongan yang kecewa bukan saja di kalangan mahasiswa, tetapi juga pegawai/pensyarah IPTA, jika bercakap tentang Ordinan Darurat dan ISA, mungkin juga anggota polis yang terlibat... "penat-penat aku tangkap, ko nak bebaskan pula!!!". Jika melihat analisa keputusan PRU-12 2008, pengundi muda memilih untuk tunduk kepada nafsu emosi. Apakah PRU ke-13 ini juga begitu? Saya menjangkakan jika emosi masih lagi menjadi kuasa utama pengundi muda, puak yang selama ini totok kerajaan tidak mungkin akan beralih arah dan memilih pembangkang, puak-puak ini mungkin akan protes dan mengambil tindakan untuk tidak turun mengundi. Peratusan tidak keluar mengundi akan meningkat. Ini akan merugikan kerajaan sendiri. Persoalannya berapa banyakkah golongan totok kerajaan ini?

Selain itu juga, mahasiswa akan muak dan bosan dengan mainan kerajaan, mereka akan hilang kepercayaan kepada pemimpin pelajar yang mereka pilih dalam Pilihanraya Kampus nanti, apa gunanya diadakan pemilihan untuk mewakili mahasiswa sekiranya pandangan "wakil" mahasiswa ini tidak di dengar? Labih baik berdemo di depan bangunan KPT.



Nah, pandangan saya?



Mahasiswa sendiri perlu bijak, emosi perlu diletakkan di tempat yang sepatutnya, kata seorang sahabat, anjakan paradigma bukannya hipokrit, tidak selamanya kita berada di atas walaupun kita pemimpin. Akui kesilapan lebih mulia daripada pertahankan kesilapan, jika benar Seksyen 15 AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, bukan kah lebih baik ianya dipinda?? Bukankah k ita semua akui Perlembagaan Malaysia ini undang- undang tertinggi Negara? Masa berlalu, zaman kini tak sama seperti dulu, transformasi perlu, jika kita masih berpegang kepada zaman dulu, kita sendiri akan tercicir. Org zaman hutan akan cakap zaman bandar tak betul, naik binatang pakai roda. Tidak semua mampu melihat cahaya dalam gelap.

Jika DSN percaya kepada ke"matang" an mahasiswa, mahasiswa perlu juga percaya pada kematangan diri sendiri.



Bagi kerajaan pula, cara itu perlu diperbaiki, tidak salah sekiranya sebelum pengumuman dibuat, kajian dilakukan untuk mendapatkan suara mahasiswa, atau setidak-tidaknya memberi penerangan kepada perwakilan mahasiswa. Iktiraf dan hormatilah wakil mahasiswa yang dipilih, sekiranya kerajaan juga mahu dihormati sebagai "wakil yang diplih".



Sekian..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Saturday, November 26, 2011

Cakap-Cakap AUKU 2011....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang...


Lama sungguh tidak berblog. Masyaallah.... Mari kita mulakan semula blog ini dengan isu Mahasiswa yang mendapat perhatian pimpinan Negara.

Terdahulu, saya pernah berbicara tentang AUKU didalam blog ini. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ini? Akta ini merupakan satu akta bagi Universiti Awam di Malaysia. AUKU ini juga telah beberapa kali dipinda dari tahun 1975, 1995 dan terakhir 2009. Terdapat 5 Bahagian dan 27 Seksyen terkandung di dalam akta ini.

Pada 24 November 2011 yang lalu, di dewan Parlimen, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib telah pun mengumumkan bahawa AUKU ini akan dipinda bagi membolehkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli dalam mana-mana parti politik. Namun, beliau menegaskan bahawa mahaasiswa dilarang keras membawa politik kepartian didalam kampus.

Hasil dari pengumuman itu, pelbagai reaksi diterima oleh masyarakat terutama Mahasiswa sendiri. Bagi golongan yang berjuang untuk memansuhkan AUKU, ini merupakan satu kemenangan awal, bagi golongan yang memperjuangkan dan mempertahankan AUKU, ini merupakan satu kekalahan dan kecewa dengan pengumuman yang dibuat oleh DSN, manakala bagi golongan yang "neutral" pula, dilihat lebih rasional, dengan menganggap tranformasi yang dilakukan mempunyai kesan positif dan negatif.

Sehingga hari dan saat ini, saya masih memberi ruang dan mendengar keluhan, kesahan, keterujaan, kekecewaan, kegembiraan mahasiswa-mahasiswa kini. Pandangan saya?? akan saya ceritakan kemudian....mari kita menjadi pendengar dahulu....

Read more...

Thursday, November 24, 2011

Akan Datang......

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang......

Setelah sekian lama bertapa, perlu membuang sawang-sawang yang ada di blog ini....
insyallah saya akan kembali ke dunia blogger, samada menggunakan blog ini atau atas ciptaan blog yang baru. Terima Kasih atas sokongan rakan-rakan selama ini, doakan mudah-mudahan semangat dan untuk kembali berblog itu akan senantiasa ada....masa itu boleh dicuri dan dicari bukan?? kekekeke....

Wasalam.....

Read more...

Tuesday, September 15, 2009

Melayu Islam: Terpisahkah?

Dilema Melayu Islam...
satu prejudis atau kenyataan?
Satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakannya lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Mengungkai masalah di sulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi...
tanpa emosi berapi-api!

Pertama mari kita fikirkan...
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan...
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?

Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu...
Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan...
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?

Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh assabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Kedua-duanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?

Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
Satu ke timur satu ke barat
Tak mungkin bersatu dalam muafakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?

Cubalah kita ungkai segala yang kusut
Berbicara secara tulus dan telus
Merujuk ke dasar, menyelam ke akar
Putuskan rantai kepartian...
Yang membelenggu mata dan fikiran
Putuskan sentimen ketaksuban...
Yang mengaburi fakta dan kenyataan
Marilah sama-sama bercerminkan visi bangsa
Dari jurus misi agama!

Islam agama yang menyatukan
Justeru itulah perintah Al-Jami'(Yang Maha Menyatukan)
Apabila manusia sama-sama beriman
Maka bertautlah hati, terbentuklah persaudaraan
Iman dan persaudaraan-lazim berlaziman
Yang paling kuat tauhidnya kepada Yang Esa
Dialah yang paling mesra bersaudara
Bila kukuh 'hablumminallah' yang vertikal
Akan teguhlah 'hablumminannas' yang horizontal
Itulah silaturrahim-'hubungan' intim atas nama Al-Rahim

Bila beriman ertinya yakin
Bila yakin ertinya terikat...
Terikat dengan syariat-peraturan dan hukum Tuhan
Yang wajib ditegakkan
Yang haram ditinggalkan
Yang sunat jika mampu dilaksanakan
Yang makruh jika mampu ditinggalkan
Yang harus-terpulang,
Bebas untuk membuat pilihan
Inilah 5 hukum daripada Allah
Yang bila semua meyakini dan mengamalkan
Secara automatik terbentuklah perpaduan
Inilah firman Tuhan:
"Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"

Melayu juga faktor penyatu
Kerana ikatan darah itulah fitrah...
Cintakan bangsa adalah naluri hati
Yang tumbuh secara tabii
-jika bangsa terjajah, jiwa terseksa...
Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata
-jika bangsa mundur, hati terdera...
Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha
Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi
Adalah nyawa, citra dan identiti
Bangsa yang lemah, akan kalah
Bangsa yang mundur, akan terkubur
Bangsa yang kuat, akan berdaulat

Yang miskin dibela oleh agenda ekonomi dengan DEB
Yang jahil diberi pelajaran dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik!
...selagi Melayu menguasai pemerintahan
...selagi "Hak istimewa Melayu" maktub dalam perlembagaan
...selagi itu kedua-duanya dikekalkan
Tapi selama mana Melayu dapat menguasai pemerintahan?
Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan?
Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan...
Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?

Islam dan Melayu boleh diserasikan
Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH
Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan
Bila membela Melayu yang miskin...
Itu tanggungjawab bangsa dan itu juga tuntutan agama
Membantu Melayu yang bermasalah...
Itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabilillah
Lalu...satukanlah fitrah dengan hidayah!

Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual
"Hubbul Watan minal Iman"
Musuh bangsa dan agama cuma satu-dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri...
dalam barisan perjuangan bangsa
dan saf perjuangan agama!

p/s: petikan puisi dari buku Dilema Melayu Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir

Read more...

Tuesday, September 8, 2009

Kisah Saya Pejuang Islam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....



Lama sungguh tidak menghidang blog ini dengan perkara-perkara yang serius...saya sebenarnya mempunyai sindrom akut yang agak serius..saya suka membeli buku, membacanya separuh jalan dan kemudian membeli buku lain yang saya rasa menarik..selepas 2/3 minggu / berbulan-bulan, barulah saya membuka semula buku yang ditinggalkan...hiskh..Hanya ada 3-4 buah buku yang berjaya menarik minat saya membaca hingga penghabisan tanpa membuka bahan bacaan lain. Buku ini salah satu darinya...

Saya bukanlah mahir atau lebih jujur mengetahui secara langsung fahaman2/ ideologi islam dinegara luar terutamanya Arab Saudi, Iraq, Syria, Palestin, UK, AS dan sebagainya. Namun buku ini membuka minda saya untuk lebih mencari / memahami fahaman2 yang wujud.

"Kisah Saya Seorang Pejuang Islam" hasil tulisan Ed Husain , seorang muslim warganegara Britain, ayahnya dari India manakala ibunya dari Pakistan Timur (kini Bangladesh). Buku ini mengisahkan keprihatinan Ed Husain yang bimbang akan penularan ekstrimis2 islam / gerakan politik islam yang semakin merebak di British. Sebagai seorang anak lelaki sulung, Ed Husain telah diasuh oleh kedua ibubapanya serta Datuk (seorang syeikh) menjadi seorang muslim yang sederhana / tradisional. Namun peningkatan usia remajanya telah dipengaruhi oleh fahaman islam ekstrimis.

Penglibatan Ed Husain dalam fahaman ini bermula apabila sesuai dengan pemikiran remajanya yang tercari-cari maksud disebalik negara islam yang tidak pernah diajar oleh ibubapanya mahupun datuk. Bertitik tolak daripada jiwanya yang kosong itu, beliau membaca buku Gulan Sawar. Pengenalan dengan seorang sahabat bernama Falik, Ed Husain mengenali YMO (Youth Organization Muslim) .
YMO adalah sayap pemuda Jemaatul Islami yang dipeloporkan oleh Mawdudi.Fahaman-fahaman ini meneru umat islam membentuk kerajaan islam secara total. Mengenali YMO, Mawdudi, Syed Qutb membuatkan Ed Husain meragui ajaran ibubapa dan Datuknya sehingga berlaku perselisihan antara beliau dan bapanya. Apabila Ed Husain melarikan diri daripada keluarga, menurut ahli2 YMO "itu adalah ujian daripada Allah". Ed Husain kemudiannya kembali pada keluarga apabila ibu dan bapanya membenarkan beliau melibatkan diri dalam pertubuhan YMO dengan hati yang berat. Fahaman2 ini mengariskan islam kepada 2 iaitu islam sebenar dan islam separuh. Hanya fahaman YMO, Mawdudi dan Syed Qutb adalah islam sebenar. Ed husain akhirnya menjadi Presiden YMO dan aktif dalam gerakan2 YMO. Kemudian, pengenalan dan perbincangan dengan seorang teman David, memperkenalkan Hizbut Tahrir kepada Ed Husain. Hizbut Tahrir lebih jelas memperkenalkan secara pragmatik negara khilafah yang sebenar. Kaedah ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain. Penemuan ini mengalih perjuangan Ed Husain dari YMO dan kemudiannya menjadi seorang yang berpengaruh dalam Hizbut Tahrir. Sepanjang penglibatan dalam gerakan-gerakan ini, pada masa yang sama timbul beberapa keraguan di minda Ed Husain apabila melihat kefanatikan ahli2 pertubuhan dan kepura-puraan yang dipamerkan oleh ahli2 Hizbut Tahrir yang pada masa itu dipimpin oleh Omar Bakri. Menurut Hizbut Tahrir 1. golongan lelaki dibenarkan melihat wanita tanpa pakaian sebelum mengahwininya untuk mengelakkan berlakunya penceraian, 2. Halal membunuh orang2 kafir/ separuh islam bagi menegakkan Islam sebenar dan menubuhkan negara Islam/ negara Khilafah.3. Minyak adalah pemberian Tuhan kepada umat islam, bukannya kepada orang Arab teluk semata2. Orang Islam adalah 'satu bangsa, dibawah satu Tuhan'. 4. terdapat ahli Hizbut Tahrir, meninggalkan solat atas dasar memperjuangkan negara islam lebih penting daripada solat apabila sibuk menjalani aktiviti pertubuhan. Ketika dunia masa kini sibuk menegakkan demokrasi, menurut gerakan politik islam ini, demokrasi adalah haram. Demokrasi adalah undang-undang ciptaan manusia, islam sebenar hanya berpegang kepada Undang2 Tuhan, maka penubuhan negara khilafah adalah wajib dilaksanakan. Ed Husain menyedari kesilapannya apabil berlakunya pembunuhan seorang warga Afrika oleh seorang ahli Hizbut Tahrir didepan matanya sendiri kerana pertangkaran kecil. Fahaman HIzbut Tahrir yang menghalalkan pembunuhan orang bukan Islam tidak dapat diterima oleh Eh Husain. Kemudian, beliau mengambil keputusan menjauhkan diri dari gerakan politik islam ini. Meningkat dewasa, bekerja di HSBC, Ed Husain mempelajari islam sederhana melalui ceramah-ceramah Iman Hanson dari Amerika, Melihat berlakunya kefanatikan materialistik di HSBC, Ed Husain tekad mempelari Bahasa Arab bagi menilai sendiri islam yang sebenar. Syria menjadi pilihan Ed Husain memperlajari Bahasa Arab. Di Syria Ed Husain mendalami siapa itu Nabi Muhammad S.A.W yang sebenar yang pernah diketepikan oleh Hizbut Tahrir dan menyenali syair2 Rumi. Kemudian Ed Husain menjelajah ke Arab Saudi sebelum pulang ke England. Selama berada di Arab Saudi, Ed Husain mengenali Wahabi. Ed Husain melihat sendiri, kedudukan orang islam di Arab Saudi dan bagaimana Wahabi melayan golongan ini. Tempat-tempat bersejarah di Arab Saudi kebanyakannya sudah dimusnahkan oleh kerajaan Arab Saudi. Ini bagi mengelakkan umat islam yang hadir 'menyekutukan Allah' / politisme. Menurut Ed Husain, Wahabi gagal memahami kecintaan umat islam terhadap Rasullullah S.A.W tetapi merasakan ianya suatu penyambahan. Buku ini juga turut memuatkan pandangan dan pemikiran orang-orang islam lain yang terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini mengenai 11 September, pengeboman berani Mati Di London, pencerobohan Iraq, Pelestin dan beberapa kejadian lain yang melibatkan pejuang Islam.

Keberanian Ed Husain dalam memaparkan kisahnya didalam buku ini patut dipuji, bukan untuk melaga2kan umat islam diseluruh dunia, tetapi agar kita sedar Allah itu Maha Adil dan Islam mementingkan kesederhanaan. Buku ini menarik kerana berjaya membuatkan saya tertanya-tanya apa yanga akn berlaku seterusnya. Hasil Pencarian, saya menemukan satu lagi kisah mengenai buku ini disini. Dan juga pertubuhan Hizbut Tahrir di Malaysia. Saya mengalu2kan sebarang komen bagi perkembangan idea kita bersama. Wasalam.

Read more...

Friday, August 21, 2009

Tag???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....

otak masih lagi berhibernasi ketika ini....aku ditag?? layankan je la...anyway, thanks Bal...

These are the rules:
1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.
2. Select the 6th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.

aku memilih photo folder yang ada dalam facebook...gambar yang ke-6...jeng2..


Story behind this photo?? ini adalah gambar kami semasa majlis pertunangan Mohd Zuhru @ Amalm dengan Farah Zalini pada 16 Ogos 2009. Tahniah amalm...satu lagi teori domino berjaya dihasilkan. heh...

dalam gambar ini, zah, aznur, saya, anne dan saf...nak cerita lebih boleh tak?? hehehe...

sehari sebelum majlis ini, kami telah mengadakan gathering...pehh, mmg best, rasanya sudah lama benar kami tidak bergelak sakan seperti ini...semoga hubungan antara kami ini akan sentiasa berkekalan sampai bila-bila...

alang-alang menulis cerita ini, saya ceritakan seba sedikit perubahan yang berlaku di USM... bnyak juga yang berubah, bangunan telah siap dibina, pejabat HEPP bertukar kedudukan dan pegawai, adik-adik juga sudah berubah, ada yang dah kerja, sambung master dll...

Namun ada sesuatu yang muncul saban tahun...alih2, kes dan peristiwa yang sama berlaku kembali, bezanya ianya melibatkan orang yang berbeza...entahlah, kami seringkali berusaha agar perkara2 seperti ini tidak lagi berulang, kerna itu kami sering menceritakan perkara ini pada adik2...supaya mereka mengambil iktibar atas apa yang terjadi...namun, ia tetap terjadi...salah siapa??? barangkali kita semua tidak mampu menghalang kejadian ini....cuma satu saja pesan saya pada adik2, walau apa pun yang terjadi, bina dan jagalah perhubungan antara kita ini...seperti entri2 saya terdahulu...hubungan ini hanya mampu dirasai oleh mereka-mereka yang ingin dan berusaha untuk merasainya....carilah keistimewaan dalam perhubungan ini....tgk..dah melalut plak, asalnya nak layan tag jee..heh..

ok, smpai disini saja...oh, selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak..semoga puasa kali ini, kita mampu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita padaNya...wasalam..



Read more...

Thursday, August 6, 2009

Bila Semut Menyanyi..

Salam...lama sungguh tak mengemaskini blog ini...dibiarkan begitu saja...huhuhu...masih dalam ketiadaan mood untuk berblog..

video ringkas untuk dikongsi bersama...


Read more...

Monday, July 13, 2009

A Story About Malay People....

CERITANYA ORANG MELAYU.

DULU KALA
ORANG MELAYU
PUNYAI KERAJAAN
PUNYAI PERADABAN
PUNYAI KETAMADUNAN
PUNYAI KEBUDAYAAN
PUNYAI KEKAYAAN
PUNYAI KEBESARAN
PUNYAI KEJAYAAN

DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI HASAD DENGKI DAN TAMAK HALOBA
ADA YANG PANDAI TAPI DIBUNUHNYA
ADA YANG BIJAK TAPI DICERCA
ADA YANG KUAT TAPI DIADU DOMBA
ADA YANG SETIA TAPI DI SYAK WASANGKA

DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI KHIANAT MENGKHIANATI
MULAI DENGKI MENDENGKI
MULAI ROSAK AKHLAK DAN ROSAK BUDI
MULAI ROSAK AKAL DAN ROSAK HATI
MULAI ROSAK SOPAN DAN ROSAK PERIBADI
MULAI ROSAK SUSILA DAN TAK TAHU MALU LAGI

DULU KELMARIN
ORANG MELAYU
BUKA PINTU UNTUK BENGGALI PUTIH
BENGGALI PUTIH DATANG BERSILIH GANTI
BENGGALI PUTIH MENJAJAH DAN TAK MAHU PERGI
BENGGALI PUTIH MENGINJAK BUMI INI
BENGGALI PUTIH MENJARAH PRIBUMI
BENGGALI PUTIH MEROMPAK DAN MEMBULI
HAMPIR LIMA RATUS TAHUN
HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI
HANYA LAYAK JADI PETANI DAN KULI

SAYANGNYA ORANG MELAYU PADA RAJANYA TIADA BERTEPI
UMPAMA PAYUNG TEMPAT BERTEDUH
TIADA HARTA PUN TIDAK MENGAPA
SANGGUP BERKORBAN APA SAJA
HARTA ATAU PUN NYAWA
KERANA RAJANYA LAMBANG BANGSA
LAMBANG NEGARANYA

ORANG MELAYU
BERGOTONG BERKUMPUL BERSATU BERTEGUH HATI
MENCARI AKAL MENCARI DIRI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !

SEMENJAK JATUHNYA KOTA MELAKA
ORANG MELAYU BERDOA MEMOHON PADA ILLAHI
HANYA ILLAHI TEMPAT PENGADUAN
SETIAP SAAT SETIAP HARI

HARI BERGANTI HARI
BULAN BERGANTI BULAN
TAHUN BERGANTI TAHUN
BERABAD LAMANYA
BARU KINI MAKBULNYA DOA
MAKBULNYA PERMINTAAN
MAKBULNYA POHONAN
MAKBULNYA RAYUAN

JUTAAN HATI MEMANJATKAN KESYUKURAN
JUTAAN HATI TERBAKAR SEMANGAT KEMERDEKAAN !
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
BELUM PUN SEHARI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !

BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
SUDAH SEMULA LUPA DIRI
SUDAH MUDAH LUPA LAGI !
TAK SUDAH SUDAH TAK TAHU DIRI !

SEMUANYA KERANA SEKEPAL DARAH BERNAMA HATI
IRI HATI !
DENGKI HATI !
SAKIT HATI !
BUSUK HATI !
JAHAT HATI !
HANYA KEHENDAK SECUBIT DUNIAWI !

WAHAI ORANG MELAYU
JANGAN KAU ULANGI
HANYA CUMA SECUBIT DUNIAWI
BERBALAH BERGADUH BERKELAHI
BERKHAYAL MABUK DI ALAM FANTASI
KONONNYA ATAS NAMA, DEMOKRASI
KONONNYA ATAS NAMA, HAK DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, AKU PUNYA DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, MODENISASI
KONONNYA ATAS NAMA, REFORMASI
KONONNYA ATAS NAMA, ISLAMISASI

ORANG MELAYU MUDAH LUPA DIRI
ORANG MELAYU TAK SEDAR DIRI
DULU BERGELUMANG SELUT DAN TAHI
HANYA TANAH BENDANG MENCARI REZEKI
DULU HANYA MANDI DI PERIGI
DULU HANYA PELITA MENERANGI
DULU HANYA PETANI DAN KULI
DULU TIADA KENAIKAN HANYA BERJALAN KAKI
DULU HILANG HARGA DIRI DAN NEGERI

MENGAPA MUDAH LUPA DIRI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENGHARGAI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENSYUKURI
NIKMAT INI

KINI
ORANG MELAYU
SUDAH ADA YANG KAYA RAYA
SUDAH ADA YANG BERHARTA BENDA
SUDAH PUNYAI WANG BERJUTA
SUDAH ADA INTAN PERMATA
SUDAH ADA BIJAK CENDEKIA
AKAN TETAPI MASIH BELUM LAGI SEMPURNA

PEPATAH ORANG TUA SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN
MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA
MANA TANGGUNGJAWAB KALIAN
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI !
BAGAI HARUAN MAKAN ANAK SENDIRI !
SEPERTI MUSANG BERBULU AYAM !
HARAPKAN SOKONG, SOKONG MEMBAWA REBAH !
TELAH LUPA ASAL USUL MASING MASING
SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT !
INIKAH BAYARAN BAGI SEBUAH KEMERDEKAAN !
SEBUAH KEJAYAAN !
SEBUAH KECEMERLANGAN !
SEBUAH KEGEMILANGAN !

ORANG MELAYU
DULU KOSONG PERUTNYA
RINGAN TULANG SENANG DIBAWA BICARA
KINI PERUTNYA TAK PERNAH LAPAR LAGI
BERAT TULANG, PEMALAS
TAK BOLEH DIIKUT PANDAINYA

KATANYA
SEKALI MERDEKA SELAMANYA MERDEKA
TEPUK DADA TANYA SELERA
AKAN DIBUAT APA YANG DISUKA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA
KE MENTARI TENGGELAM JUA
MEREKA MEMUJA MUJA TERKINJA KINJA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA, MENDERHAKA

HARI INI DAN ESOK
ORANG MELAYU
MASIH LAGI PUNYA MASA
MASIH LAGI PUNYA KUASA
JANGAN ALPA JANGAN LEKA JANGAN LUPA
ANCAMAN SENTIASA ADA DI DEPAN TANGGA
URUSKAN KEJAYAAN INI
GEMILANGKAN KEJAYAAN INI
CEMERLANGKAN KEJAYAAN INI

JANGAN DILEPASKAN KEJAYAAN INI
SEHINGGA MINGGU HADAPAN
SEHINGGA BULAN HADAPAN
SEHINGGA TAHUN HADAPAN
SEHINGGA DEKAD HADAPAN
SEHINGGA KURUN HADAPAN
SEHINGGA ALAF HADAPAN
SEHINGGA SELAGI ADA SURIA DAN REMBULAN

INILAH BEBERAPA PEDOMAN
SEORANG AKU INGIN PERKATAKAN
TIADA GUNANYA KEMERDEKAAN
TIADA GUNANYA KEJAYAAN
TIADA GUNANYA KECEMERLANGAN
TIADA GUNANYA KEGEMILANGAN

ANDAINYA DALAM DADA TERCABUT KEIMANAN !
ANDAINYA DALAM JIWA TERHAKIS KEPERCAYAAN !
ANDAINYA DALAM HATI TIADA KESETIAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESOPANAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESUSILAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA PERADABAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KEHORMATAN !
YANG MENJADI GALANG GANTINYA !
SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT
SEMUA ITU MULA TERHAKIS DAN BINASA
DAN TIADA SIAPA YANG AMBIL PEDULI !

CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN
WAHAI ORANG ORANG MELAYU YANG BERIMAN !
MASIHKAH KAMU INGAT!
KATAKAN ALLAH ITU TUHANMU YANG SATU !
KATAKAN RASULULLAH MUHAMMAD SAW UTUSANNYA !
SESUNGGUHNYA PERJUANGANMU BELUM SELESAI !
BERJUANG
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA !

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP