Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

Kisah Saya Pejuang Islam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....



Lama sungguh tidak menghidang blog ini dengan perkara-perkara yang serius...saya sebenarnya mempunyai sindrom akut yang agak serius..saya suka membeli buku, membacanya separuh jalan dan kemudian membeli buku lain yang saya rasa menarik..selepas 2/3 minggu / berbulan-bulan, barulah saya membuka semula buku yang ditinggalkan...hiskh..Hanya ada 3-4 buah buku yang berjaya menarik minat saya membaca hingga penghabisan tanpa membuka bahan bacaan lain. Buku ini salah satu darinya...

Saya bukanlah mahir atau lebih jujur mengetahui secara langsung fahaman2/ ideologi islam dinegara luar terutamanya Arab Saudi, Iraq, Syria, Palestin, UK, AS dan sebagainya. Namun buku ini membuka minda saya untuk lebih mencari / memahami fahaman2 yang wujud.

"Kisah Saya Seorang Pejuang Islam" hasil tulisan Ed Husain , seorang muslim warganegara Britain, ayahnya dari India manakala ibunya dari Pakistan Timur (kini Bangladesh). Buku ini mengisahkan keprihatinan Ed Husain yang bimbang akan penularan ekstrimis2 islam / gerakan politik islam yang semakin merebak di British. Sebagai seorang anak lelaki sulung, Ed Husain telah diasuh oleh kedua ibubapanya serta Datuk (seorang syeikh) menjadi seorang muslim yang sederhana / tradisional. Namun peningkatan usia remajanya telah dipengaruhi oleh fahaman islam ekstrimis.

Penglibatan Ed Husain dalam fahaman ini bermula apabila sesuai dengan pemikiran remajanya yang tercari-cari maksud disebalik negara islam yang tidak pernah diajar oleh ibubapanya mahupun datuk. Bertitik tolak daripada jiwanya yang kosong itu, beliau membaca buku Gulan Sawar. Pengenalan dengan seorang sahabat bernama Falik, Ed Husain mengenali YMO (Youth Organization Muslim) .
YMO adalah sayap pemuda Jemaatul Islami yang dipeloporkan oleh Mawdudi.Fahaman-fahaman ini meneru umat islam membentuk kerajaan islam secara total. Mengenali YMO, Mawdudi, Syed Qutb membuatkan Ed Husain meragui ajaran ibubapa dan Datuknya sehingga berlaku perselisihan antara beliau dan bapanya. Apabila Ed Husain melarikan diri daripada keluarga, menurut ahli2 YMO "itu adalah ujian daripada Allah". Ed Husain kemudiannya kembali pada keluarga apabila ibu dan bapanya membenarkan beliau melibatkan diri dalam pertubuhan YMO dengan hati yang berat. Fahaman2 ini mengariskan islam kepada 2 iaitu islam sebenar dan islam separuh. Hanya fahaman YMO, Mawdudi dan Syed Qutb adalah islam sebenar. Ed husain akhirnya menjadi Presiden YMO dan aktif dalam gerakan2 YMO. Kemudian, pengenalan dan perbincangan dengan seorang teman David, memperkenalkan Hizbut Tahrir kepada Ed Husain. Hizbut Tahrir lebih jelas memperkenalkan secara pragmatik negara khilafah yang sebenar. Kaedah ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain. Penemuan ini mengalih perjuangan Ed Husain dari YMO dan kemudiannya menjadi seorang yang berpengaruh dalam Hizbut Tahrir. Sepanjang penglibatan dalam gerakan-gerakan ini, pada masa yang sama timbul beberapa keraguan di minda Ed Husain apabila melihat kefanatikan ahli2 pertubuhan dan kepura-puraan yang dipamerkan oleh ahli2 Hizbut Tahrir yang pada masa itu dipimpin oleh Omar Bakri. Menurut Hizbut Tahrir 1. golongan lelaki dibenarkan melihat wanita tanpa pakaian sebelum mengahwininya untuk mengelakkan berlakunya penceraian, 2. Halal membunuh orang2 kafir/ separuh islam bagi menegakkan Islam sebenar dan menubuhkan negara Islam/ negara Khilafah.3. Minyak adalah pemberian Tuhan kepada umat islam, bukannya kepada orang Arab teluk semata2. Orang Islam adalah 'satu bangsa, dibawah satu Tuhan'. 4. terdapat ahli Hizbut Tahrir, meninggalkan solat atas dasar memperjuangkan negara islam lebih penting daripada solat apabila sibuk menjalani aktiviti pertubuhan. Ketika dunia masa kini sibuk menegakkan demokrasi, menurut gerakan politik islam ini, demokrasi adalah haram. Demokrasi adalah undang-undang ciptaan manusia, islam sebenar hanya berpegang kepada Undang2 Tuhan, maka penubuhan negara khilafah adalah wajib dilaksanakan. Ed Husain menyedari kesilapannya apabil berlakunya pembunuhan seorang warga Afrika oleh seorang ahli Hizbut Tahrir didepan matanya sendiri kerana pertangkaran kecil. Fahaman HIzbut Tahrir yang menghalalkan pembunuhan orang bukan Islam tidak dapat diterima oleh Eh Husain. Kemudian, beliau mengambil keputusan menjauhkan diri dari gerakan politik islam ini. Meningkat dewasa, bekerja di HSBC, Ed Husain mempelajari islam sederhana melalui ceramah-ceramah Iman Hanson dari Amerika, Melihat berlakunya kefanatikan materialistik di HSBC, Ed Husain tekad mempelari Bahasa Arab bagi menilai sendiri islam yang sebenar. Syria menjadi pilihan Ed Husain memperlajari Bahasa Arab. Di Syria Ed Husain mendalami siapa itu Nabi Muhammad S.A.W yang sebenar yang pernah diketepikan oleh Hizbut Tahrir dan menyenali syair2 Rumi. Kemudian Ed Husain menjelajah ke Arab Saudi sebelum pulang ke England. Selama berada di Arab Saudi, Ed Husain mengenali Wahabi. Ed Husain melihat sendiri, kedudukan orang islam di Arab Saudi dan bagaimana Wahabi melayan golongan ini. Tempat-tempat bersejarah di Arab Saudi kebanyakannya sudah dimusnahkan oleh kerajaan Arab Saudi. Ini bagi mengelakkan umat islam yang hadir 'menyekutukan Allah' / politisme. Menurut Ed Husain, Wahabi gagal memahami kecintaan umat islam terhadap Rasullullah S.A.W tetapi merasakan ianya suatu penyambahan. Buku ini juga turut memuatkan pandangan dan pemikiran orang-orang islam lain yang terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini mengenai 11 September, pengeboman berani Mati Di London, pencerobohan Iraq, Pelestin dan beberapa kejadian lain yang melibatkan pejuang Islam.

Keberanian Ed Husain dalam memaparkan kisahnya didalam buku ini patut dipuji, bukan untuk melaga2kan umat islam diseluruh dunia, tetapi agar kita sedar Allah itu Maha Adil dan Islam mementingkan kesederhanaan. Buku ini menarik kerana berjaya membuatkan saya tertanya-tanya apa yanga akn berlaku seterusnya. Hasil Pencarian, saya menemukan satu lagi kisah mengenai buku ini disini. Dan juga pertubuhan Hizbut Tahrir di Malaysia. Saya mengalu2kan sebarang komen bagi perkembangan idea kita bersama. Wasalam.

Read more...

Monday, July 13, 2009

A Story About Malay People....

CERITANYA ORANG MELAYU.

DULU KALA
ORANG MELAYU
PUNYAI KERAJAAN
PUNYAI PERADABAN
PUNYAI KETAMADUNAN
PUNYAI KEBUDAYAAN
PUNYAI KEKAYAAN
PUNYAI KEBESARAN
PUNYAI KEJAYAAN

DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI HASAD DENGKI DAN TAMAK HALOBA
ADA YANG PANDAI TAPI DIBUNUHNYA
ADA YANG BIJAK TAPI DICERCA
ADA YANG KUAT TAPI DIADU DOMBA
ADA YANG SETIA TAPI DI SYAK WASANGKA

DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI KHIANAT MENGKHIANATI
MULAI DENGKI MENDENGKI
MULAI ROSAK AKHLAK DAN ROSAK BUDI
MULAI ROSAK AKAL DAN ROSAK HATI
MULAI ROSAK SOPAN DAN ROSAK PERIBADI
MULAI ROSAK SUSILA DAN TAK TAHU MALU LAGI

DULU KELMARIN
ORANG MELAYU
BUKA PINTU UNTUK BENGGALI PUTIH
BENGGALI PUTIH DATANG BERSILIH GANTI
BENGGALI PUTIH MENJAJAH DAN TAK MAHU PERGI
BENGGALI PUTIH MENGINJAK BUMI INI
BENGGALI PUTIH MENJARAH PRIBUMI
BENGGALI PUTIH MEROMPAK DAN MEMBULI
HAMPIR LIMA RATUS TAHUN
HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI
HANYA LAYAK JADI PETANI DAN KULI

SAYANGNYA ORANG MELAYU PADA RAJANYA TIADA BERTEPI
UMPAMA PAYUNG TEMPAT BERTEDUH
TIADA HARTA PUN TIDAK MENGAPA
SANGGUP BERKORBAN APA SAJA
HARTA ATAU PUN NYAWA
KERANA RAJANYA LAMBANG BANGSA
LAMBANG NEGARANYA

ORANG MELAYU
BERGOTONG BERKUMPUL BERSATU BERTEGUH HATI
MENCARI AKAL MENCARI DIRI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !

SEMENJAK JATUHNYA KOTA MELAKA
ORANG MELAYU BERDOA MEMOHON PADA ILLAHI
HANYA ILLAHI TEMPAT PENGADUAN
SETIAP SAAT SETIAP HARI

HARI BERGANTI HARI
BULAN BERGANTI BULAN
TAHUN BERGANTI TAHUN
BERABAD LAMANYA
BARU KINI MAKBULNYA DOA
MAKBULNYA PERMINTAAN
MAKBULNYA POHONAN
MAKBULNYA RAYUAN

JUTAAN HATI MEMANJATKAN KESYUKURAN
JUTAAN HATI TERBAKAR SEMANGAT KEMERDEKAAN !
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
BELUM PUN SEHARI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !

BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
SUDAH SEMULA LUPA DIRI
SUDAH MUDAH LUPA LAGI !
TAK SUDAH SUDAH TAK TAHU DIRI !

SEMUANYA KERANA SEKEPAL DARAH BERNAMA HATI
IRI HATI !
DENGKI HATI !
SAKIT HATI !
BUSUK HATI !
JAHAT HATI !
HANYA KEHENDAK SECUBIT DUNIAWI !

WAHAI ORANG MELAYU
JANGAN KAU ULANGI
HANYA CUMA SECUBIT DUNIAWI
BERBALAH BERGADUH BERKELAHI
BERKHAYAL MABUK DI ALAM FANTASI
KONONNYA ATAS NAMA, DEMOKRASI
KONONNYA ATAS NAMA, HAK DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, AKU PUNYA DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, MODENISASI
KONONNYA ATAS NAMA, REFORMASI
KONONNYA ATAS NAMA, ISLAMISASI

ORANG MELAYU MUDAH LUPA DIRI
ORANG MELAYU TAK SEDAR DIRI
DULU BERGELUMANG SELUT DAN TAHI
HANYA TANAH BENDANG MENCARI REZEKI
DULU HANYA MANDI DI PERIGI
DULU HANYA PELITA MENERANGI
DULU HANYA PETANI DAN KULI
DULU TIADA KENAIKAN HANYA BERJALAN KAKI
DULU HILANG HARGA DIRI DAN NEGERI

MENGAPA MUDAH LUPA DIRI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENGHARGAI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENSYUKURI
NIKMAT INI

KINI
ORANG MELAYU
SUDAH ADA YANG KAYA RAYA
SUDAH ADA YANG BERHARTA BENDA
SUDAH PUNYAI WANG BERJUTA
SUDAH ADA INTAN PERMATA
SUDAH ADA BIJAK CENDEKIA
AKAN TETAPI MASIH BELUM LAGI SEMPURNA

PEPATAH ORANG TUA SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN
MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA
MANA TANGGUNGJAWAB KALIAN
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI !
BAGAI HARUAN MAKAN ANAK SENDIRI !
SEPERTI MUSANG BERBULU AYAM !
HARAPKAN SOKONG, SOKONG MEMBAWA REBAH !
TELAH LUPA ASAL USUL MASING MASING
SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT !
INIKAH BAYARAN BAGI SEBUAH KEMERDEKAAN !
SEBUAH KEJAYAAN !
SEBUAH KECEMERLANGAN !
SEBUAH KEGEMILANGAN !

ORANG MELAYU
DULU KOSONG PERUTNYA
RINGAN TULANG SENANG DIBAWA BICARA
KINI PERUTNYA TAK PERNAH LAPAR LAGI
BERAT TULANG, PEMALAS
TAK BOLEH DIIKUT PANDAINYA

KATANYA
SEKALI MERDEKA SELAMANYA MERDEKA
TEPUK DADA TANYA SELERA
AKAN DIBUAT APA YANG DISUKA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA
KE MENTARI TENGGELAM JUA
MEREKA MEMUJA MUJA TERKINJA KINJA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA, MENDERHAKA

HARI INI DAN ESOK
ORANG MELAYU
MASIH LAGI PUNYA MASA
MASIH LAGI PUNYA KUASA
JANGAN ALPA JANGAN LEKA JANGAN LUPA
ANCAMAN SENTIASA ADA DI DEPAN TANGGA
URUSKAN KEJAYAAN INI
GEMILANGKAN KEJAYAAN INI
CEMERLANGKAN KEJAYAAN INI

JANGAN DILEPASKAN KEJAYAAN INI
SEHINGGA MINGGU HADAPAN
SEHINGGA BULAN HADAPAN
SEHINGGA TAHUN HADAPAN
SEHINGGA DEKAD HADAPAN
SEHINGGA KURUN HADAPAN
SEHINGGA ALAF HADAPAN
SEHINGGA SELAGI ADA SURIA DAN REMBULAN

INILAH BEBERAPA PEDOMAN
SEORANG AKU INGIN PERKATAKAN
TIADA GUNANYA KEMERDEKAAN
TIADA GUNANYA KEJAYAAN
TIADA GUNANYA KECEMERLANGAN
TIADA GUNANYA KEGEMILANGAN

ANDAINYA DALAM DADA TERCABUT KEIMANAN !
ANDAINYA DALAM JIWA TERHAKIS KEPERCAYAAN !
ANDAINYA DALAM HATI TIADA KESETIAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESOPANAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESUSILAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA PERADABAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KEHORMATAN !
YANG MENJADI GALANG GANTINYA !
SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT
SEMUA ITU MULA TERHAKIS DAN BINASA
DAN TIADA SIAPA YANG AMBIL PEDULI !

CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN
WAHAI ORANG ORANG MELAYU YANG BERIMAN !
MASIHKAH KAMU INGAT!
KATAKAN ALLAH ITU TUHANMU YANG SATU !
KATAKAN RASULULLAH MUHAMMAD SAW UTUSANNYA !
SESUNGGUHNYA PERJUANGANMU BELUM SELESAI !
BERJUANG
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA !

Read more...

Friday, December 5, 2008

Bukan Kerana Pangkat.........

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

owh, aku bukan terlalu sibuk hinggakan tiada kesempatan untuk mengemaskini blog ini..tetapi aku baru berpindah rumah, kembali ke pangkuan keluarga, dan memandangkan tiada internet, maka aku membiarkan sahaja laman ini...di pejabat, minggu ini, ada beberapa perkara perlu diselesaikan, maklumlah nak hujung-hujung tahun...

aku sedang membaca sebuah buku yang pada pandangan aku sangat menarik...berbeza dengan buku-buku biografi yang pernah aku baca sebelum ini, kerna buku ini terlalu jujur dan sangat menitik berat fakta. Buku biografi "Bukan Kerana Pangkat : Tun Dr. Ismail dan Masanya". Pada kengkawan, aku memang syorkan kalian membacanya.

Tun Dr. Ismail adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau adalah antara tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada kemerdekaan negara, pembangunan Malaya selepas merdeka dan pembentukkan Malaysia. Beliau meninggal dunia sebelum Tun Razak akibat komplikasi jantung yang dialaminya. owh, aku akan berkongsi kisahnya setelah aku tamat membaca buku ini nanti.

ada petikan yang ingin aku kongsi :

1. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

"Sebagai Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan Dalam Negeri, saya memiliki kuasa yang luas dan juga mengendalikan urusan keselamatan dengan Singapura dan Thailand. Undang-undang paling kontroversi ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Begitu hebat kontroversi yang bergolak dan masih bergolak akta ini. Kalangan penentang berkata berkata Akta ini tidak sejajar dengan demokrasi, terutama peruntukkan yang memberi kuasa kepada polis untuk memberkas sewenang-wenangnya dan menahan orang tanpa perbicaraan. Kalangan pelajar membantah fasal tentang sijil kesesuaian dalam akta ini dan sejak saya bersara,fasal itu telah digantung. Saya tetap berpegang , sejak dahulu hingga sekarang, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri perlu bagi keselamatan negara ini, terutama bila demokrasi ditafsirkan seperti di negara ini. Bagi mereka yang membangkang kerajaan, demokrasi ditafsirkan sebagai kebebasan mutlak, hatta kebebasan untuk menjatuhkan negara. Apabila dipintasi dengan dalil bahawa menurut pengertian barat demokrasi beerti kebebasan dalam kebebasan dalam masyarakat yang teratur dan masyarakat yang teratur adalah masyarakat yang menegakkan undang-undang, mereka cuba berselindung pula dengan cogan kata demokrasi barat tidak perlu diteladani seratus peratus. Saya yakin Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diamalkan di Malaysia tidak bertentangan dengan asas-asas demokrasi. "

2. Rakyat Islam Selatan Thailand

Satu laporan rahsia polis, yang barangkali ditulis pada pertangahan 1961 dan ditemui dalam lipatan surat-surat Ismail, mengkaji wilayah-wilayah selatan Thailandyang beragama Islam. Kata laporan itu, baik di Thailand mahupun Malaya, semua warga dilayan sama rata tidak kira asal usul kaum mahupun agama, dengan syarat mereka menerima bahasa kebangsaan dan adat resamnya. Perbezaan penting ialah, kaum minoriti Islam di Thailand tidak ditawarkan oleh kerajaan pusatnya" peluang ekonomi dan faedah kemasyarakatan yang sempurna, tidak seperti kaum Cina dan India di Malaya".

terpulang pada semua untuk menafsirkan kata-kata ini....

p/s: Salam Aidiladha buat semua penduduk dunia........

Read more...

Wednesday, August 13, 2008

Takkan Melayu Hilang di Dunia..

salam...

10 Ogos lalu, si Khalid MB negeri Selangor telah buat kenyataan berhubung cadangan beliau untuk membuka kuota 10 % pengambilan pelajar UiTM kepada bukan bumiputera. Berikutan dengan itu, semalam, pelajar-pelajar UiTM menyerahkan memorandum bantahan kepada pejabat MB Selangor. ramai pulak makhluk bumi yang memberi respon tentang isu ini, aku tertarik dengan kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah semalam. Persoalannya, betulkah pembukaan kuota 10 % kepada bukan bumiputera ini benar- benar akan menbantu pencapaian akademik orang melayu, atau benar ianya sekadar mainan politik?? Dulu, kita dah pun beri kuota 10% pada bukan melayu dalam pengambilan pelajar Matrikulasi, benarkah pengambilan ini, meningkatkan prestasi pelajar Melayu??

Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah pernah membicarakan tentang pencapaian orang melayu sendiri, dan bagaimana UiTM berkembang maju dalam temuramahnya bersama Agenda Daily.. Bagi aku sendiri, cadangan itu adalah satu perkara tak munasabah. perlu ke kita beri hak kita untuk meningkatkan kemajuan bangsa kita sendiri?? tiada cara lainkah??

Sejarah Permulaan UITM

Ogos 1950 - Rural Industrial Development (RIDA)
1956 - Dewan Latehan RIDA
14 Okt 1967 - Maktab MARA
1968 - Institut Teknologi MARA
1999 - Satu perjumpaan secara besar-besaran telah diatur yang melibatkan semua pentadbir, pelajar-pelajar dan bekas pelajar telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 Ogos 1999. Pada ketika itu, YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa ITM akan dipanggil Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berikutan dengan pengumuman ini, beberapa bulan kemudian Akta ITM (paindaan 2000) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat iaitu pada 25 Februari 2000 dan diikuti pula oleh Dewan Negara pada 8 Mei 2000. Nama UiTM ini berkuatkuasa pada tarikh pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri. Menurut pindaan akta baru ini, terdapat seksyen yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong Malaysia secara automatik dilantik menjadi Canselor Universiti Teknologi MARA dan juga Pro-Canselor turut diletakkan di bawah baginda.

sejarah penuh disini.

Bukanlah secara terang UiTM termaktub dalam perkara 153 perlembagaan yang menjamin hak bumiputera.Adakah isu yang sengaja dibesar-besarkan ini hanya memperlihatkan diskriminasi kaum?? owh, bagaimana pula dengan sesetengah syarikat yang meletakkan syarat wajib berbahasa mandarin untuk menjawat jawatan dalan syarikat mereka? pensyarah-pensyarah bukan Melayu yang mendiskriminasi dalam pembagian markah??

p/s: Kalau melayu sendiri suka tikam melayu, agaknya siapa lagi yang akan mempertahankan melayu. kata hang tuah " takkan melayu hilang di dunia"..yap,melayu memang takkan hilang di dunia, tapi melayu yang bagaimana yang akan tinggal??

Read more...

Wednesday, June 18, 2008

Dulu, Kini, Selamanya

Assalamualaikum wbt

oh, sistem imun aku kurang berfungsi semenjak, dua tiga menjak ini...huh, aku memang perlu beriadah di luar rumah dan bukannya hanya di katil...ya, bilalah aku nak berubah!!!heh...


oh, aku ingin sambung niat aku yang tertangguh...PPMS (Pembimbing Pelajar Minggu Suaikenal)....yap, kalau anda adalah budak atau bekas budak USM dan tidak kenal apa itu PPMS, anda tidak layak menjadi warga USM..hehehehe(suka-suka hati meletakkan hukum, inilah masalah manusia sekarang...erk)..
oh, hari ini hari ketiga kursus fasa 1 bukan?? ya, cuma tahun ini aku tidak berada didalam sistem, aku kini berada diluar, tapi itu bukanlah alasan untuk tidak ambil tahu tentangnya, apatah lagi baru setahun meninggalkan alam kampus, lainlah kalau dah 7-8 tahun keluar dari kampus...heh!!

sebenarnya aku ingin berkongsi pengalaman setelah 3 tahun berada dalam sistem PPMS ini, apa itu PPMS? PPMS adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu pihak universiti dan pihak terbabit seperti PTPTN dan pelajar tahun satu semasa Minggu Suaikenal yang berlangsung selama seminggu.Namun, peranan yang dimainkan oleh PPMS bukanlah sehingga tamatnya Minggu Suaikenal, tetapi ianya berteruskan sepanjang sidang atau sepanjang anda pernah bergelar PPMS. Sehingga kini, aku masih lagi mendapat pesanan ringkas daripada junior yang bertanyakan masalah berhubung universiti atau pusat pengajian. Nah, peranan PPMS itu bukan habis situ saja bukan?? terpulang pada individu yang memahami peranan PPMS itu sendiri, kerana PPMS adalah DULU, KINI DAN SELAMANYA.....(erk, berlagak pulak!!)

Dua minggu sebelum bakal pelajar USM menjejakkan kaki ke kampus, bakal-bakal PPMS ini telah pun berdaftar di kampus masing-masing untuk memulakan kursus. kursus fasa pertama selama 5-6 hari di luar kampus, lebih menfokuskan pembinaan jati diri dan kerjasama antara pasukan. didalam kursus inilah, ketiga-tiga kampus iaitu induk kejuruteraan dan kesihatan akan duduk sedewan, sekumpulan. tidak dinafikan cara ini banyak membuka minda dan ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat tentang kampus lain, serta pengalaman PPMS yang terdahulu. sekurang-kurangnya, di waktu inilah kita dapat kawan baru yang berlainan kampus. oh, masa yang ditunggu-tunggu waktu fasa 1 ini, tentulah di malam persembahan dan makan malam bukan?? setuju?? angkat kaki....heh

selepas tamat fasa 1, semua bakal-bakal PPMS akan pulang ke kampus masing-masing dan diberi rehat selama sehari sebelum memulakan fasa 2. di waktu inilah, kami semua mengambil kesempatan untuk berfoya-foya ke BJ untuk menikmati wayang atau bowling, oh, dan menikmati waktu sunyi didalam kampus, kerna selain PPMS, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan berada di dalam kampus ketika ini. fasa 2 lebih fokus kepada mendalami ilmu tentang pentadbiran univesiti, seperti perpustakaan, unit sukan, keselamatan dan sebagainya. ketika ini, ada juga sesetengah PPMS yang baru pertama kali bersemuka dengan Pengarah Kesihatan atau Keselamatan atau TNC HEPP sendiri, nah, pengalaman baru bukan??

di fasa 2 ini juga PPMS akan mengetahui dimana mereka akan ditempatkan, aku hanya menceritakan tentang kampus induk, kerna aku bertugas di induk. tidak puas hati kerna ditempatkan di tempat yang bukan pilihan adalah perkara biasa, sebagai PPMS yang secara zahirnya adalah sukarelawan, PPMS patutnya sudah bersedia untuk ditempatkan di mana sahaja. ya, aku setuju.... lain tempat, lain pengurusan, kerna di waktu inilah kta perlu berurusan dengan pentadbiran desasiswa, ada desa yang menyediakan pelbagai kemudahan, ada pula desa yang "kedekut" dengan pelbagai alasan. erk, bagi aku mudah saja, andai kita pandai berkompromi dengan pengurusan desa, maka mungkin ada habuan yang boleh kita peroleh..heh!!!

di fasa 2 ini jugalah PPMS akan berdebar-debar dengan pengumumkan jawatankuasa tertinggi PPMS, jika nasib baik, peganglah jawatan di induk, jika tidak duduklah bertugas di desa. namun, kedua-duanya tetap sama, elaun yang diberi pun sama....erk, bezanya bebanan tugas yang bakal dipikul, PPMS bukan mengharapkan habuan bukan?? hehehe, bekerjalah dengan ikhlas.

panjang pula aku menaip, baru cerita kursus. ok sambung, setelah ditempatkan ke desa masing-masing, tugas PPMS telah pun bermula secra rasminya, disini lah PPMS perlu berhadapan dengan kerenah pengurusan desa. yang paling sakit kepala, dah tentunya penghulu besar PPMS.Malam sebelum menyambut pelajar baru, mesti ramai PPMS yang tidak akan tidur kerna berjaga menyiapkan kerja di saat-saat akhir dan juga kerna menyambut pelajar dari Sabah Sarawak atau selatan tanah air. Saat paling memenatkan tentunya sewaktu pendaftaran, namun barangkali kini semuanya menjadi lebih mudah, kerna pengambilan pelajar ijazah pertama yang saban tahun semakin berkurang. bayangkan semasa aku di tahun pertama kami seramai 24 PPMS menjaga lebih 1000 pelajar baru di satu desa, tapi di tahun ketiga kami seramai 33 orang menjaga lebih 800 pelajar baru. berbeza bukan?? tahun ini, aku tidak pasti jumlahnya. oh, dan saat-saat yang menghiburkan tentunya ketika 'walkrobic" dan majlis makan malam. ketika inilah PPMS sibuk memerah idea untuk mencari "cheers" terbaik dan bersaing dengan desa lain.erm....

pengalaman aku, tahun pertama, aku berada di Indah Kembara, tahun kedua di Bakti Permai Cak Aaaa Cak Aaaa(agak-agak tahun ini Bakti tukar cheers tak?? erk...) dan tahun terakhir kembali ke Indah Kembara bersama Penggawa baru. aku juga sempat merasa menjadi PPMS desa sahaja, PPMS MT induk dan PPMS BHEPP, alhamdulillah, aku rasa terlalu banyak perkara yang aku belajar dari PPMS ini. aku juga berpengalaman menjadi Pengarah Projek Baktisiswa MBB, pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan, berada dalam kawasan yang cukup "hijau". aku juga bersyukur, sepanjang aku di PPMS ini, senior-senior banyak membantu.

tidak dinafikan, PPMS sering juga mendapat cacian dari pelbagai pihak, bagi aku kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang, pernah juga aku dicaci depan orang ramai oleh seorang bapa yang hanya ingin berjumpa anaknya di DPA, sepanjang tahun, kena maki dengan ibu bapa aku kira perkara rutin, memang pedih, tapi jangan cepat menyalahkan mereka, mereka hanya risau tentang anak-anak mereka, walaupun caranya mungkin salah, tapi inilah lumrah manusia, tapi hati akan kembali sejuk bilamana ada ibubapa yang menghargai kita. Siap belikan makanan beb...heh....Ibubapa, yang datang adalah sebahagian komuniti yang berada di luar sistem kampus, segala rungutan mereka adalah biasa, namun cacian yang didengar didalam kampus, lebih membingitkan...ya, orang-orang ini hanya tahu mengherdik dan mengkritik, tapi tidak mahu sama-sama berada dalam sistem untuk membantu. pesan aku pada orang-orang ini, cubalah berada didalam sistem dan rasailah sendiri kenikmatannya. oh ada juga PPMS yang berada didalam sistem sendiri yang gagal jumpa "keistimewaan" itu sendiri, tak dinafikan ada juga PPMS yang tidak berpuas hati dengan seseorang atau tidak berpuas hati dengan "jawatan" yang diterima, maka menyalahkan organisasi PPMS itu. hmmm, aku bukanlah nak kata PPMS itu "perfect", kejayaan sesuatu organisasi itu bergantung pada pengurusannya. kalau tidak puas hati, luahkan saja dalam mesyuarat atau kepada MT, bukannya memburuk-burukkan PPMS. panjang lah pulak!!!

ok....kepada semua bakal-bakal PPMS tahun ini, lakukanlah yang terbaik, harumkanlah nama USM dan bersedialah fizikal dan mental menghadapai pelbagai kerenah pelajar, ibubapa, pengurusan desa, pihak BHEPP, pusat pengajian, PTPTN, apa lagi ya???
apa-apapun, semoga berjaya......oh ya, janganlah malu untuk meminta pertolongan dari senior ya, di saat inilah kita perlu belajar segalanya.dan akhir sekali, hayatilah saat-saat anda berada di dalam sistem ini, pasti jumpa "kemanisannya". tak percaya? joinlah geng-geng senior semasa berada didalam dewan dalam setiap slot....

SELAMAT BERPPMS....

p/s: insyaallah, aku cuba untuk berada di bumi minden sebelum pelajar baru masuk, doakan aku ya!!!
owh, malam esok, aku, mr amalm dan abg gigi akan ke johore, menjalankan tugas sampingan kami...heh, jom berjohore!!!

Read more...

Monday, June 16, 2008

Sayu.....

Salam....

hari ini, mula kursus Pembimbing Pelajar Minggu Suaikenal (PPMS) sidang 2008/2009 kan? aku memang bercadang untuk menerbitkan entri baru berkenaan PPMS ini, memandangkan koleksi gambar aku entah ke mana,aku mencari gambar-gambar ppms didalam senarai frienster kawan-kawan....erk, tapi ada sesuatu perasaan yang timbul saat aku memerhatikan kembali gambar-gambar yang ada ini...terasa aku makin jauh dengan kawan-kawan...

aku memang rindu saat-saat di USM, dan tiba-tiba aku sedar, betapa jahatnya aku...cuba menjauhkan diri dengan kawan-kawan aku ini, aku bukan sengaja, cuma ketika hati aku terasa dan terguris dengan tindakan kawan-kawan, aku cuba menjauhkan diri...maaf ya kengkawan, kalau dahulu, mungkin aku lebih lancang menegur kawan-kawan ini...tapi kini, aku lebih banyak mendiamkan diri, terasa seperti serik....maaf, sejujurnya kadang-kadang aku sangat terasa dan aku bosan dengan sikap kawan-kawan yang ada....

rasa lama benar aku bersikap begini...erk, aku menjadi jiwang dan sensitif sekejap, cuba mengawal air mata,erk...gile!!! yang pastinya aku tahu kalian juga terasa dengan perubahan sikap aku kan?? maaf ya, cuma aku tidak mahu terus terguris dengan tindakan kalian, lantas aku mengambil keputusan untuk lebih tegas atas nasihat senior-senior...aku tahu aku bukan sahabat yang sempurna, entah, hingga ke saat ini, aku masih lagi berdiam diri,aku tiada kekuatan untuk berbicara tentangnya...

cukup lah, aku tangguhkan niat entri ppms untuk lain waktu....














p/s: buat sahabat-sahabat seperjuangan, Safwati Shaharain, Siti Hajar balqiest, Nur Nujhan Musa @Anne, Hazrul Hanif Dahalan @ ayae, Zulhafiz Said @ apit, Teh Aminah Ismail, Hazrul Fareeza Harun @sodok, Ezzrinorhisham Zainuding @ey, Muhammad Erwan @Cat, Syafidatul Azua @ wawa, Siti Saliza @ sally, Norazli Md Daud @ bos, Siti Junainah @ ejune...aku minta maaf banyak-banyak ya.....

erk, aku rindu pada pesanan ringkas ini " makan kat kafe pukul 8, jangan lambat!!!"..dan aku rindu ngan abg fakhrul @abg sin chan....huhuhu

Read more...

Tuesday, June 10, 2008

Selangor Negeriku

Salam...ya, Selangor Darul Ehsan memang negeriku, tanah tumpahnya darahku...keluar saja dari perut ibuku, memang aku telah pun berada di negeriku ini, di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Namun setelah hidup 22 tahun, 11 bulan dan 11 hari, kerajaan negeriku telah berubah, peralihan kuasa telah pun berlaku oleh Pakatan Rakyat. Perubahan?? Negara berkebajikan?? erk....aku kurang pasti.....
24 Mac, Exco Kerajaan Negeri mengangkat sumpah, 22 April, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)pula mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Maka bermulalah tanggungjawab dan beban yang akan dipikul oleh mereka untuk memastikan KEBAJIKAN rakyat Selangor khasnya. ya, aku adalah rakyat Selangor!!!
oh,ya, sebelum PRU12, kami disajikan dengan manifesto cukup mantap dan hebat.











bertuah sungguh, siapa yang menjadi rakyat Selangor, kengkawan, kalau nak kahwin or nak beranak, meh la datang Selangor...best woooo....

owh...aku terlupa, semua ini masih belum terlaksana, 3 bulan telah berlalu...eh, 3 bulan ini bukan bermaksud kami rakyat Selangor tidak dapat apa-apa, lihat ya,

*kerajaan negeri kami telah meluluskan projek ladang ternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Mukim Batu di Kuala Langat. Berteknologi Jerman yang moden dan tertutup, terbesar di Asia( kami sudah ada teknologi baru, anda???)

*Larangan mengadakan program berbentuk Islam Hadhari di Selangor

*yang terbaru, cadangan kerajaan negeri Selangor menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam di negeriku Selangor.

Nah, kami dapat jua "kebajikan" itu bukan??

owh, aku ingin lihat yang terbaru ini, apa sebenarnya maksud "kesamarataan"?? jikalau semua orang benar-benar memegang prinsip "kesamarataan" ini, adakah kita benar-benar kan hidup aman dan damai?? mari kita lihat analoginya, abah aku membelanjakan duitnya untuk membeli kek harijadi aku, perlukah abahku jua membeli kek harijadi untuk jiran sebelah rumahku?? semua orang perlu sama bukan?? perlu kah??
aku pernah mendengar petikan dari seseorang, "kesamarataan" atau "keadilan" adalah memberi atau memyediakan seseuatu kepada orang yang benar-benar memerlukan. oh, aku bukan mahu ulas panjang tentang itu, carilah maksud "kesamarataan" itu sendiri ya....

Kini, ramai yang mahu mempertikaian kedudukan Islam di negara ini, samada kita sedar atau tidak. mari kita imbas sejarah semula

Islam mula bertapak di Asia Tenggara pasa abad yang ke 17 yang dibawa masuk menerusi pedagang-pedagang Arab yang datang berdagang di Asia Tenggara. seterusnya islam berkembang di Melaka dan menjadi pusat penyebaran agama Islam. Sistem pemerintahan Melayu Melaka akhirnya dipengaruhi oleh Islam. Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, (1477-1488) pemerintahan kerajaan Melaka adalah berasaskan pemerintahan Saidina Umar al-Khattab. Undang-Undang Laut dan Hukum Kanun Malaka juga berasaskan undang-Undang Islam.

mari kita lihat pula dalam Perlembagaan Malaysia

Perkara 3(1)- Pelembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa Islam adalah ugama bagi persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Ini bermaksud Islam dilindungi oleh perlembagaan dan segala kemudahan dan perbelanjaan negara boleh dipergunakan untuk pembangunan Islam tanpa pertikaian.

perkara 11- Kebebasan Ugama
(1) Tiap-Tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

(2) Tiada sesiapapun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas samaada kesemuanya atau sebahagiaannya bagi maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

(3) Tiap-Tiap kumpulan ugama adalah berhak-
(a) mengurus hal ehwal ugamanya sendiri.
(b) Menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairiat; dan
(c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Keperluan kepada undang-undang ini ialah untuk melindungi orang Islam daripada dipengaruhi kepercayaan lain. Seperti yang disebutkan, peruntukkan ini menunjukkan kelebihan yang diberikan kepada Agama Islam. Keistimewaan ini sebenarnya berkait rapat dengan sejarah dan latar belakang negara. Walaupun ada kemungkinan tuduhan bahawa ianya tidak mengikuti prinsip "kesamarataan", tetapi kesedaran bahawa orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu telah diberikan hak-hak yang kebanyakkannya berlandaskan kepada sejarah.Khususnya melibatkan tolak ansur semasa rundingan kemerdekaan pada 1956-1957.

Dalam agama Islam hak kebebasan agama bermaksud bahawa Islam tidak memaksa orang bukan Islam menerima Islam. Namun di negara kita kebebasan beragama ini boleh disekat melalui undang-undang. Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama yang lain daripada Islam di kalangan umat Islam.Selain itu perlembagaan juga menyebut bahawa kebebasan agama tidak boleh digunakan untuk menyalahi undang-undang awam mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Nah, fahamkan maksudnya Islam adalah ugama Persekutuan......

owh, persoalannya, anda bangga atau tidak menjadi rakyat Selangor Darul Ehsan??? kalo ya, mari kita sama-sama berdiri menyanyikan lagu Negeri Selangor....ayuh!!!

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP