Showing posts with label kampusku usm. Show all posts
Showing posts with label kampusku usm. Show all posts

Friday, August 21, 2009

Tag???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....

otak masih lagi berhibernasi ketika ini....aku ditag?? layankan je la...anyway, thanks Bal...

These are the rules:
1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.
2. Select the 6th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.

aku memilih photo folder yang ada dalam facebook...gambar yang ke-6...jeng2..


Story behind this photo?? ini adalah gambar kami semasa majlis pertunangan Mohd Zuhru @ Amalm dengan Farah Zalini pada 16 Ogos 2009. Tahniah amalm...satu lagi teori domino berjaya dihasilkan. heh...

dalam gambar ini, zah, aznur, saya, anne dan saf...nak cerita lebih boleh tak?? hehehe...

sehari sebelum majlis ini, kami telah mengadakan gathering...pehh, mmg best, rasanya sudah lama benar kami tidak bergelak sakan seperti ini...semoga hubungan antara kami ini akan sentiasa berkekalan sampai bila-bila...

alang-alang menulis cerita ini, saya ceritakan seba sedikit perubahan yang berlaku di USM... bnyak juga yang berubah, bangunan telah siap dibina, pejabat HEPP bertukar kedudukan dan pegawai, adik-adik juga sudah berubah, ada yang dah kerja, sambung master dll...

Namun ada sesuatu yang muncul saban tahun...alih2, kes dan peristiwa yang sama berlaku kembali, bezanya ianya melibatkan orang yang berbeza...entahlah, kami seringkali berusaha agar perkara2 seperti ini tidak lagi berulang, kerna itu kami sering menceritakan perkara ini pada adik2...supaya mereka mengambil iktibar atas apa yang terjadi...namun, ia tetap terjadi...salah siapa??? barangkali kita semua tidak mampu menghalang kejadian ini....cuma satu saja pesan saya pada adik2, walau apa pun yang terjadi, bina dan jagalah perhubungan antara kita ini...seperti entri2 saya terdahulu...hubungan ini hanya mampu dirasai oleh mereka-mereka yang ingin dan berusaha untuk merasainya....carilah keistimewaan dalam perhubungan ini....tgk..dah melalut plak, asalnya nak layan tag jee..heh..

ok, smpai disini saja...oh, selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak..semoga puasa kali ini, kita mampu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita padaNya...wasalam..



Read more...

Monday, April 20, 2009

Benarkah Perjuangan Itu Sia-Sia??

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Saya terpanggil untuk mengulas dan memberi pandangan saya berkenaan entry terbaru En. Shamsul Ariff @ bro gigi. Kiranya, suatu ketika kehidupan saya di kampus mungkin tidak banyak berbeza dengan beliau....kerna jalan dan hala tuju puak-puak politik kampus yang tegar ini sememangnya sehaluan...tapi saya mengaku, beliau merupakan senior saya dan menjadi idola ramai jentera tidak kira pengkacip poster, pengkaki hamun rapat umum atau pengemis di jalan-jalan ke dewan pengundian minta mengundi calon pilihan. Idea dan pengalaman panjangnya itu menjadikan beliau sangat ariff, sesuai dengan namanya itu...(hihihihi), cukuplah setakat itu mempromosikan seorang yang sudah saya anggap sebagai sifu dalam bidang politik, tidak kira di didalam kampus atau diluar kampus. Entry beliau kali ini, benar-benar menarik hati saya untuk berkata sesuatu....



Saya juga merupakan pencacai Aspirasi yang katanya seperti upin dan ipin "Betul..betul..betul...", hanya mengangguk saja...Sekiranya anda seorang pelajar IPTA awam yang peka dengan keadaan sekelililing, pastinya anda faham apa dan siapa itu Aspirasi....Aspirasi inilah yang menjadi tulang belakang UMNO atau BN didalam kampus....samada kita menidakkan atau hanya berdiam diri kononnya atas dasar AUKU......

Saya juga sehingga ke hari ini, masih lagi berpegang kuat pada Aspirasi, tanpa segan dan silunya....jikalau hari ini, UMNO dikatakan tidak lagi relavan, begitu juga dengan Aspirasi sehinggakan ada pihak-pihak tertentu yang mahu menukarkan namanya kepada GERAKAN...persoalannya, mengapa??? Jikalau dalam entry en. Shamsul Ariff lebih terarah pada kekecewaan seorang pejuang bermati-matian Aspirasi ketika dulu, kecewa bilamana puak-puak yang bermati-matian memperjuangkan doktrin BN/ UMNO ini didalam kampus, dan akhirnya bila keadaan memaksanya berada diluar kampus, puak-puak inilah yang gagal ditempatkan ke tempat-tempat seperti yang dijanjikan....Bagaimana pula dengan saya???

Sepertimana ramai sedia maklum, saya kini bertugas di jabatan yang secara lansung bersama-sama dengan jentera dan MPP...maka, perjuangan dan kerja-kerja saya yang dianggap bodoh dan pencacai itu, masih lagi saya lakukan....walaupun, sudah berada di luar sistem. Selama 5 tahun berada dalam lingkungan Aspirasi inilah, saya sering dilihat sebagai "woman power" dan sehingga kini, pada adik-adik tak kira jentera atau MPP, saya sering di lihat sebagai seorang yang sangat 'hebat', begitu juga apabila ada tugas yang memaksa saya berjumpa dengan pegawai-pegawai IPTA dan tenaga penggerak BTN...saya sering dihujani pujian-pujian yang melambung tinggi, kononnya saya sangat komited dan sering dikenali ramai....saya bukan tidak tahu bersyukur, cuma...realiti kehidupan pada hari ini, ramai yang masih dimomokkan dengan menyokong BN/ UMNO di kampus akan menjamin kehidupan diluar kampus. Tetapi, masih ada juga pegawai-pegawai dan senior-senior saya celik dengan keadaan yang sebenarnya...terima kasih...

Saya masih ingat, setiap kali Aspirasi USM menang, ada segelintir pelajar USM yang mengucapkan tahniah pada saya, kerana pada jangkaan mereka saya turut bertanding menjadi MPP, dan apabila saya berjumpa dengan jentera-jentera IPTA lain, meraka sering menganggap bahawa saya adalah Ketua Siswi USM...TIDAK, saya bukan MPP dan saya tidak pernah menjadi Ketua Siswi...saya hanyalah pencacai yang saya selalu tanamkan pad diri saya sendiri, bahawa saya seorang pencacai yang sangat bertuah....YA..saya mengaku...dalam ramai-ramai jentera batch saya, saya merasakan, saya yang paling bertuah, kerna saya sering mendapat tunjuk ajar dari pelbagai pihak....dan ramai senior....walaupun tekanan yang dihadapi itu, kadangkala terlalu berat untuk dihadapi....

Saya masih lagi ingat kata-kata Zah, "aku tak sekuat kau liq, aku memang kagum dengan semangat perjuangan kau"...terus saya katakan padanya, "aku bukan lahir terus kuat, tapi belajar menjadi kuat melalui orang-orang sekeliling, kalau kita jatuh dan sedih, kita harus PERCAYA dan YAKIN, masih ada insan dibelakang kita". Pengalaman dan pembelajaran sepanjang berada dalam kelompok ASPIRASI ini memang terlalu banyak, sedih, kecil hati, tertekan, gembira, teruja...semuanya saya belajar atas nama ASPIRASI...sehinggakan saya pernah bertikam lidah bersama orang yang sangat rapat dengan saya, supaya meninggalkan perjuangan ini...saya faham niatnya yang tidak lagi mahu melihat saya tertekan berada dalam kelompok ini...namun, saya sudah diajar untuk mengenang jasa orang...dan jiwa saya juga barangkali sudah sebati dengan perjuangan ini....

Kini, saya masih lagi menjadi seorang pencacai....benarkah kerana saya puak ASPIRASI yang hanya mengangguk dan tabiat ini yang menjadikan geng gurkha aspirasi ni tanam anggur sampai skang?? Saya kurang setuju.....bolehkah jika saya katakan, kerana momokan dan jaminan pihak-pihak tertentu ini menjadikan pauk-puak Aspirasi ini terus mengharap???....kadangkala timbul perasaan menyesal, kerana tidak bersungguh-sungguh menumpukan pada bidang akademik yang sepatutnya...namun, bila melihat ramai coursemate saya kini 90% hanya bergantung pada KPLI dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, tiada bezanya pada saya.....

Saya juga telah mengikuti satu perjumpaan alumni ASPIRASI, walaupun tidak dijemput, saya menebalkan muka untuk turut serta dan meluahkan apa yang terbuku dihati saya....yaa....saya mengakui, murni sungguh hasrat alumni ini, tapi apakah persatuan ini sebenarnya hanya untuk MPP sahaja??? andai benar Alumni ini hanya untuk MPP, maka perlulah ditukar tajuknya kepada Alumni MPP IPTA....kerna mereka ini barangkali masih samar-samar tentang siapa itu ASPIRASI....maaf, andai bunyinya agak kasar, tapi itulah kebenaran dilubuk hati saya...oh ya, ketika perjumpaan tersebut saya juga sekali lagi dimomokkan dengan janji dan harapan agar puak-puak ASPIRASI ini terus berjuang mempertahankan kerajaan di kampus (oh, bukan dimomokkan pada saya yang tidak dijemput itu, tapi dimomokkan pada MPP ASPIRASI yang baru), maaf jika kehadiran saya mencacatkan majlis.... pada perjumopaan tersebut en. naza, pegawai saya yang minta saya mengikutinya, berkata pada saya.."hah, liq, pegi la jumpa dorang, nanti boleh dapat...", saya balas ..."en.naza, saya dah dengar menda ini 4 tahun yang lalu....". dengan nada seloroh, en naza membalas, "maknanya kamu akan dengar lagi 4 tahun akan datang." Mungkin....dengar, dengar dan hanya mendengar....

apa yang cuba saya utarakan disini ialah, saya tidak kisah berada dikeadaan seperti ini sekarang, kerana saya seorang yang percaya, ada hikmah disebalik apa yang terjadi pada saya....dan saya sentiasa berusaha berfikiran positif dan tabah dalam memastikan perjuangan ini akan terus tersemat dalam sanubari saya...saya dan juga kawan-kawan lain, bukanlah mengharap, atau meminta-minta, TETAPI...cukuplah , saya mengharapkan adik-adik saya tidak menjadi seperti saya, berterusan dijanjikan dengan pelbagai jawatan dan kesenangan hidup diluar nanti, tapi akhirnya...janji hanya tinggal janji...saya lebih suka mereka mencari peluang mereka sendiri...bukan dengan atas jaminan mulut sesetengah pihak...mengharap adalah sesuatu yang menyakitkan....

Read more...

Thursday, January 22, 2009

Cakap cakap AUKU

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

erk....lama juga aku tak berdebat tentang isu mahasiswa ek....hahhahha...komen dari cik deepo, membuatkan aku teringat suatu kisah di bumi minden...terima kasih la yea....

sudah menjadi lumrah, di saat-saat pilihanraya....tak kira pilihanraya kampus, pilihanraya kecil, atau pilihanraya umum...pelbagailah isu yang muncul...hari ini bakal menyaksikan penamatan pilihanraya kampus bagi sidang 2008/2009 dengan UIAM universiti terakhir menjalankan undian hari ini....tahniah pada semua yang bertanding tak kira anda menang atau kalah..

aku ingin selitkan pengalaman aku sebagai seorang mahasiswa suatu ketika dulu...kisah ini, berlaku kira-kira 3 tahun yang lalu, yang mana berlaku pada bulan puasa. hari jumaat, (kalo tak silap aku laaa), USM (induk yaaa) ketika itu menjemput Tok Pa, Menteri Pengajian Tinggi untuk Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Malik USM, secara kebetulan juga GMA (Gerakan Mansuhkan Auku) membuka booth di Sg. Dua...kebetulan ke?? hehehhe.....oh, sekarang pertubuhan ini telah dijenamakan semula Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku (GMMA), tiada lagi pertubuhan NGO dibelakangnya ke??....kenapa agaknya ekk???

aku pula sebenarnya, berada disitu untuk Majlis Berbuka Puasa....al kisahnya bermula begini...

(perkarangan masjid Al-Malik)

my junior : kak liliq, nie ada budak-budak PBT bukak booth kat sg 2....dorang wat pameran AUKU....

aku : ye ke?? nanti la akak g tgk2 kat sana.....

mula-mula aku mengajak junior aku untuk sama-sama melihat pameran tersebut...kami pergi berdua...setelah melihat pemeran-pameran itu, aku didatangi oleh seorang budak cina, yg innocent wajahnya....aku ke sudut lain, dan junior aku ke sudut lain...
chinese gurl 1 : kami dari GMA, awak student USM kan?? (aku angguk)...kita sebagai mahasiswa arr...perlu mansuhkan AUKU....

aku : kenapa perlu mansuh??? bukan pinda??

chinese gurl 1 : errrrr...mansuh dengan pinda itu sama laaa....

aku : lor...u tak tak BM ka??? mansuh dengan pinda lain la moiii....

chinese gurl 1 : sama maaa.....

aku : mansuh....u hapuskan terus tau....pinda....u ubah sebahagian saja maaa......mana sama...

chinese gurl 1 : haiyaa....sama maa.....nanti arrrr

(dia panggil sorang lagi chinese gurl...sambil seketariat mereka yang lain memandang serong pada aku...) dan junior aku minta kembali masuk kampus....tinggal aku keseorangan di situ...

chinese gurl 2 : yaa....kenapa?? (dia brtanya pada aku dan disebelahnya budak tadi...)

aku : kenapa?? laa...saya just tanya, kenapa u all nak mansuh bukan pinda???

chinese gurl 2: mansuh la lagi bagus....AUKU banyak mengongkong mahasiswa maaa...u tahun berapa, kos apa??

aku : woo...kongkong kaa??? so..u tau la mansuh n pinda itu apa??

chinese gurl 2: tau maaa....kita perlu mansuhkan terus...tak perlu pinda-pinda lagi...u tau sejarah AUKU ka??

aku : sejarah??? lu cerita sama saya....

chinese gurl 2: itu AUKU di buat masa tahun 1971...masa gerakan mahasiswa kuat...kerajaan tak suka mahasiswa bangkang dan demonstrasi...sebab itu kerajaan gubal AUKU...sebab AUKU haa, kita tidak bebas sampai sekarang tau....

aku : ya ka?? okk...u kata patut mansuhkan?? means, perlu hapus semua seksyen dalam AUKU laaa?? (dia angguk..) u tunjuk sama saya, mana seksyen kita patut hapus?? mana seksyen kita tak bebas.....

dia membawa aku ke segenap booth dan menunjukkan pameran yang ada...dengan gambar-gambar gerakan pelajar tahun 70-an hingga yang terkini....

aku :ok-ok...u kata perlu hapus, suma seksyen dalam AUKU, mengongkong mahasiswa....tapi saya tengok ada seksyen 15 dengan 16 saja...mana seksyen lain...1...2...takkan AUKU terus mula dengan seksyen 15 maaa.....

chinese gurl 2: haiya...itu seksyen bukan tak mau tunjuk, tapi banyak sangat maaa....mana muat, kami mau letak sini....seksyen 15 dan 16 paling kuat mengongkong pelajar...itu sebab kami tunjuk...

aku: lor...lu tau ada berapa banyak seksyen dalam AUKU??

chinese gurl 2 : errr....bnyak maaa...

aku : u pikir arr...u mau hapus...tapi u tunjuk 2 seksyen saja.....n u kata semua seksyen dalam AUKU, kongkong dan tak selari dengan hak asasi manusia...macamana i mau percaya?? u ada bawak itu buku AUKU??

chinese gurl 2: tak de maaa....tertinggal...

aku : pulak....u tahu ka dalam AUKU, ada sebut pasal Naib Canselor, pasal pentadbiran universiti, tatatertib....kalau u mau hapus...suma itu hapus jugak tau...

belum sempat budak tu menjawab, ada dua orang abg, datang pada aku....( 4 org dan aku sorang)

abg 1: ya nie...kenapa??

aku: assalamualaikum...

abg 1 n 2 : waalaikummussalam...(islam rupanya...) adik nie, student USM ke?? (aku angguk)...adik tahu tak sejarah AUKU??

aku: ntah laa....cuba abg cerita...

abg tu menceritakan sejarah AUKU tahun 1971, gerakan mahasiswa waktu itu...demonstrasi Baling, kebuluran di Baling, Anwar Ibrahim...Mahathir gubal AUKU, tak suka gerakan mahasiswa....menggugat kerajaan....demonstrasi pembebasan Anwar 1998...Parti Keadilan Rakyat...Anwar Ibrahim model terbaik mahasiswa...pot..pet...pot...pet...(abg 2 menyampuk kekadang)........(kemudian ada seorang pakcik join...menjadi pendengar setia kami...)

aku:owhhh....nak tnya, abg dua nie, dulu U mana??

abg 2: dengan nada sinis....UBU....tau UBU (Universiti Bangsar Utama)??

aku: UBU penah dengar...(padahal aku mmg tau pun...), maknanya bukan IPTA la kan?? (dalam hati nak je aku cakap "ooo...U haram tu"...atas dasar hormat aku ubah)...setahu saya, AUKU untuk IPTA...kenapa abg2 nie join GMA, U abg pun terasa dikongkong ke??

abg 1: (dengan nada tak puas hati) eh ko nie, kitorang nie, kesian tengok budak2 IPTA ditindas macam nie, takkan kitorang nak tengok je...kitorang pun mahasiswa jugak (???)...ko sangggup ke ko hidup senang. orang lain susah...kes kebuluran kat Baling, mahasiswa berdemonstrasi...sebab kita prihatin...

aku: pergh...bagus la abg nie...tapi itu dulu....mahasiswa sekarang saya tengok, tak de pun buat demo pasal tu lagi....tapi demo pasal lain...banyak nak "backing" geng sendiri...

abg 1: sebab AUKU ada, mana nak wat demo pasal isu masyarakat lagi....

aku: laa...pasal tatatertib kawan, boleh plak demo...tak puas hati kat Menteri, boleh plak demo....

abg 1: ko nie mesti tak tahu sejarah AUKU...nie la org2 UMNO...(pulak..)...AUKU nie menindas student...melanggar hak asasi manusia...kita nie sebenarnya bebas suarakan pendapat...tak kira la...student ke...petani ke...pengemis ke...

aku: bang, kita nie hidup, perlu ada peraturan...nak jalan kat jalan raya pun kena ada lampu isyarat....kang tak pasal-pasal berlanggar....sama la kalau kita nie masuk U, ada la jugak peraturannya.....

abg 2: tapi AUKU nie peraturan nak bagi orang mampus...

aku: ohh ok., kalau macam tu, GMA nie, ada peraturan lain ke nak gantikan AUKU?? saya tak setuju la kalau nak mansuh, tapi tak de peraturan langsung....

chinese gurl 2 : ada la...kami telah buat satu undang-undang baru ganti AUKU...

aku: ok...kalau macam tu, kenapa tak bawak ke menteri?? ke kabinet??? sape yang buat undang-undang tu??

abg 2: kami ada la geng2 lawyer yang dah gubal undang-undang baru gantikan AUKU...macamana nak bagi...menteri pun tak nak jumpa kami....kabinet lagi laa....

aku: GMA da geng2 lawyer ke?? bukan student ke?? AUKU pun lawyer2 jugak yang gubal....kira hebat la geng GMA nie kan....ye ke Menteri tak nak jumpa, abg cakap la kat menteri nak bagi or nak wat aduan lain...then bagi undang-undang tuu....teringin gak nak tgk undang-undang tuu....

abg 2 : dah bagi...tapi biasa la menteri...bukan nak baca pun...undang-undang ini bebas untuk mahasiswa bersuara apa-apa pun....AUKU ini, melanggar hak asasi manusia, kerajaan sume nak cantas rakyat...macam ISA....suka-suka sumbat orang masuk penjara...

aku: ISA untuk jaga keamanan negara...mana ada suka-suka....semua diterima dari aduan...macam pengganas2 ...ISA patut ada kat Malaysia...

abg 1: aku ada sorang member kena tangkap dalam ISA, dia tak tahu apa-apa pun...dah la tak de bicara...tak ke bodohnya kerajaan....suka-suka hati nak tangkap orang... macam Anwar...Mahathir tu takut dengan Anwar sebenarnya....tu yang die masukkan Anwar kat jail...

aku: kiranya abg nie, bercakap atas dasar emosi nie....abg bengang sebab member aabg masuk ISA kan? tu yang abg benci ngan ISA....

abg 1: ko nie....kalau member aku tak masuk pun...memang aku bangkang gak...

tetiba pakcik yang menjadi pendengar setia nie, bersuara...(aku agak terkejut...ehh, pak cik nie...sib baik dia 'backing' aku...hahaha)

pak cik: eh...cuba korang bgtau aku, negara mana yang tak de undang-undang macam ISA kat Malaysia nie??

abg 2: ada pak cik...tapi saya tak tahu la mana satu....(pulak...), ISA ngan AUKU nie (tunjuk kat booth) memang tujuan dia nak sekat student...(abg tu mula kan sejarah AUKU semula...balik2 sejarah, dah tak de modal la tuuu)

pak cik tu kekadang mencelah...

aku: ok la...nak masuk maghrib dah nie......jom la berbuka puasa kat masjid sana, terbuka untuk org ramai...tu pun kalau puasa laa (abg tu wat muka hulk hogan)....jom...owh ya...lain kali wat pameran, tunjuk semua seksyen ek...k, assalamualaikum...

dah sampai di masjid, junior aku datang ke arah aku...

junior: camne kak liliq??

aku : camne?? cam tu laaa....hehehehe...

junior: akak perasan tak abg tak badan besar2 tu ada tatu kat lengan kiri die??

aku: ye ke??? tak perasan plak....tapi dia jawab salam tadi...lantak dia laaa....

sehingga habis program, kami masih bercakap-cakap tentang booth mereka, rupanya mereka dapat permit dari perbandaran dengan tujuan mengadakan pemeran pendidikan...ah, betul la tuuu.....

p/s: aku masih lagi menanti2 'undang-undang alternatif' baru dari GMMA ini....bila nak buat tour nie.....

Read more...

Monday, January 12, 2009

dimana hilangnya ProMahasiswa USM??


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tahniah kepada pro Aspirasi USM yang telah pun berjaya menakluk barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/ 2009. Pagi tadi, selesai penamaan calon, pro-Aspirasi telah memenangi 20 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan, iaitu 12 kerusi dari pusat pengajian HBP, Kimia, farmasi, fizik, matematik, pengurusan (2), ilmu kemanusiaan (2), sains kemasyarakatan (2) dan seni, dan 6 pusat pengajian di kampus kejuruteraan. di kerusi umum, tiga menjadi milik proAspirasi iaitu satu (1) di kejuruteraan, dan dua(2) di kampus induk apabila proM hanya menghantar 4 calon dari 6 kerusi umum. Ini bermakna di kejuruteraan,proAspirasi menang bersih.

sejak tiga tahun kebelakangan ini, proMahasiswa atau proPembangkang USM benar-benar seperti hidup segan, mati tak mahu...bermula dengan salah percaturan proPembangkang pada tahun 2005/2006, yang menyaksikan kebanyakan proAspirasi IPTA menang tanpa bertanding, proMahasiswa/proPembangkang USM kelihatan goyah saban tahun. ini terbukti apabila bermula tahun 2006/2007, proMahasiswa gagal mengemuka calon untuk kebanyakan kerusi...mengapa agaknya?? kemana hilangnya calon-calon hebat seperti Tuan Umar,Nurul Najjah dan sebagainya di bumi minden, hanya di lembah kelang proM kelihatan mampu bernafas dengan selesa.

tahun 2005/2006, Pilihanraya kampus USM sunyi sepi apabila proAspirasi menang tanpa bertanding di 25 kerusi induk dan 7 di kejuruteraan, propembangkang pada masa itu, menuduh bahawa adanya kumpulan yang melanggar AUKU, buktinya apabila kesemua 25 kerusi hanya menghantar satu calon yang dikatakan atas tiket aspirasi....pada ketika itu juga, propembangkang diseluruh IPTA turut memboikot pilihanraya pada waktu itu...atas tiket apakah?? hanya UM dan UIAM yang ada pengundian.

tahun 2006/2007, selepas penaman calon di induk, proAspirasi berjaya membentuk kerajaan apabila memenangi 20 kerusi yang dipertandingkan. proM hanya menghantar 2 calon drp 6 di umum dan hanya menghantar 8 calon di pusat pengajian fizik, kimia, ilmu pendidikan, sains kemasyarakatan dan ilmu kemanusiaan.

tahun 2007/2008 juga menyaksikan fenomena yang sama, hanya 10 daripada 25 kerusi di induk dipertandingkan.

ini bermakna, setelah 4 tahun, proAspirasi masih lagi mampu memegang tampuk kepimpinan MPP walaupun sekiranya pengundian berpihak kepada proM. namun aku bukan mahu mempersoalkan kemenangan aspirasi, tetapi kebobrokan proM yang setiap tahun kehausan isu dan calon. Menjelang PRK, pelbagai tomahan dan isu cuba dipermainkan dan mereka-meraka ini seringkali melaung-laungkan perubahan yang bakal dilakukan, persoalannya, bagaimana agaknya perubahan itu akan terlaksana sekiranya, awal-awal lagi sudah kalah di medan pertempuran....tak ubah seperti Pak Anwar, angan-angan mat jenin...

wasalam...

p/s: walaupun sudah berjaya membentuk kerajaan, jangan lalai dan sambil lewa...teruskan usaha Aspirasi....

Read more...

Wednesday, August 20, 2008

ke PELIKan dalam keBUTAan...

salam....

baru selesai melihat perdebatan antara Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon dibawah tajuk "Kisah Benar Disebalik Kontroversi Tanah di Pulau Pinang".

suatu debat yang menarik,tahniah pada kedua-duanya, tapi dari apa yang aku lihat, sikap pembangkang yang telah pun menjadi kerajaan kini, tidak lagi berubah sikap ;'hanya tahu menuding jari'. PELIK. dah jadi kerajaan pun, nak cari kesalahan orang lain ka?? katanya dengan kes-kes penyelewengan yang berlaku, kerajaan negeri tidak mampu atau tidak boleh membangunkan pembangunan negeri. yap, memang betul, bilamana masa yang ada hanya digunakan untuk mencari kesalahan kerajaan lama, tapi bukan dengan menumpu pada pembangunan rakyat P.Pinang.

aku tabik pada Tan Sri Koh Tsu Koon, menjawab segala persoalan yang dibangkitkan. memang payah nak bercakap dengan orang yang tak reti bahasa ini!!! buang masa jeee..... YB Lim Guan Eng hanya megulang kes 40 juta, kenapa agaknya dia betul-betul tak puas hati pada kes 40 juta itu?? ada maksud tersirat kah?? mengapa bermati-matian mahu kerajaan P.Pinang yang lama mengakui kesilapan dan mendedahkan kepada umum??

aku setuju pada Tan Sri, bukan semua perkara boleh dihebahkan, bukankah Tan Sri kata kerajaan cuba menebus balik tanah itu? tak abis-abis kata ianya kerugian, padahal belum disahkan lagi di mahkamah......katanya mahu ada sistem CAT yang cekap, bersih dan amanah, bukanlah itu moto PDRM? lama wujud dah.....

analoginya mudah, andai aku membuka kedai runcit di sebuah kampung, dan satu hari aku tersalah kira; gagal memulangkan baki jualan yang sepatutnya pada pembeli, akhirnya aku sedar dan aku pulangkan semula baki tersebut pada pembeli itu, yang aku tahu dimana rumahnya...persoalannya, perlukah aku heboh-hebohkan pada penduduk kampung bahawa aku telah salah kira?? perlukah aku tampal poster meminta maaf?? agak-agaknya la, andai aku telah heboh-hebohkan kesilapan aku, masih ramaikah pembeli yang ingin membeli di kedai aku?? mesti ada yang menjawab, akan da pembeli tu andai kita jujur,....hoi!!! aku dah pulangkan duit tu bukan jujur ka?? kang orang kata aku nak canang-canang kejujuran aku....

entahlah, pelik la dengan sikap manusia yang hanya suka menuding jari nie, padahal kesalahan sendiri buat-buat buta....aku teringat lagi masa aku pernah menjawat jawatan dalam MT MPDT satu ketika dulu, aku terserempak dengan seorang kawan di khaleel, bila aku nak bayar kat kaunter , die berkata " belanja la aku, korang MPD kan dapat elaun...kaya tuh..."...dalam hati aku berkata " abah ko!!!", kalo ikutkan hati mahu saja aku penampar die, tapi memandangkan aku tahu die memang seorang yang suka mencari kesalahan dan sentiasa tidak puas hati pada orang, membuatkan aku melupakan hasrat aku itu. ada beberapa kali aku mengajak dia untuk join kami di MPD andai dia betul-betul tidak puas hati, tapi bermacam alasan dia berikan. cakap memang senang la bro, try jadi MT tengok....samalah dengan situasi politik malaysia sekarang, bukan nak sama-sama bergabung membantu, tapi tak sudah-sudah mencatas orang lain, apa korang bahagia ke dengan cara tu??

Read more...

Wednesday, August 6, 2008

Hubungan Sayang.....

salam....

malam tadi aku terima panggilan dari seorang sahabat yang agak lama kami terputus hubungan,cik Sarah. Sarah sebenarnya ajak aku menemani die ke konvokesyen sahabat kami Dayah di UM esok petang. Memandangkan aku kerja, maka aku dan Anis tak dapat bersama-sama beliau. Sarah juga sempat jemput aku ke konvo die di UTM minggu depan. Ceh!!! aku katakan bahawa aku perlu balik Penang, ada konvo juga disana. terus dia kata "ahhh, konvo ehem, ehem ko ek???" aku kira aku faham maksudnya, aku kata "bukanla, konvo junior-junior aku n member-member aku laaa"...beliau tak percaya kata-kata aku...lantak lah.....

kadang-kadang aku pelik, tak boleh ke seorang perempuan berkawan dengan lelaki tanpa ada apa-apa perasaan yang melibatkan hubungan romantis??? dari dulu lagi, perhubungan aku dengan kawan-kawan lelaki atau abg-abg senior aku, selalu disalahertikan...adakah sebab mereka fikir aku masih single?? kalau ya pun, itu bukan alasan aku ada hubungan istimewa dengan orang lain?? bak kata cat, " ko memang playgirl liq"...ceh...sekarang kat ofis, kalau aku jumpa ngan abg haron pun, budak-budak ofis kata tu "abg sayang" aku...ceh, kalau awek dia dengar, tak pasal-pasal aku yang kena.

memang sepanjang aku berada di bumi minden,aku akui aku memang ramai abg senior dan member lelaki, mungkin dari cara aku yang agak "kelelakian", buat aku main terjah je sape-sape.

tak kisah lah, selama ini pun aku selalu tak ambil peduli apa orang nak kata kat aku, lagi-lagi kalau menda itu tak betul...oh, hujung minggu ini, seorang senior aku yang paling aku kagum dan hormati akan menamatkan zaman bujangnya...Selamat Pengantin Baru abang!!!" dialah orang yang banyak memberi tunjuk ajar kat aku dari aku merangkak hinggalah aku mampu berlari kini...thanks a lot, walaupun satu ketika dulu, aku pernah berkrisis dengan dia....dan seorang lagi senior yang aku gelar "power ranger merah", senior yang aku kira paling dekat kat hati aku,selalu ada waktu aku sedih dan gembira, dia jugak bnyak beri nasihat kat aku...kini dia ntah ke mana, barangkali dia marah atau bosan dengan kedegilan aku, selalu tak dengar cakap die...huhuhu, anyway i miss him n thanks a lot...

aku selalu terfikir, aku adalah insan yang paling bertuah kerana mendapat tunjuk ajar dari ramai senior, abg fakhrul, abg nas, abg zul, abg haron, abg hairi, abe yoh, abg wan, abg nemo, amam, pian, fiedon, kak abby, kak Ebba, kak lina, kak aina....erk ramai sangat la...dan kini aku masih menerima tunjuk ajar dari mereka walaupun aku telah maninggalkan bumi minden. sorang lagi senior yang masih selalu aku hubungi, "orang tue gigi", banyak maklumat wa kongsi ngan lu bro...thanks...

erk, apsal la tibe2 aku tulis semua ini, macam nak tinggalkan wasiat plak...hehehehe, sebenarnya aku rasa gembira sangat bila tahu abg fakhrul nak kawin....selamat berbahagia, doakanlah kebahagian adik-adik abg juga.....

p/s: owh, aku sudah tidak bersama beliau lagi, aku kira ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami...biarlah masing-masing memilih jalan sendiri...aku letih.....
ah, aku memang sayang senior-senior yang aku dah anggap macam abg sendiri...junior-junior jugak aku sayang macam adik sendiri....sukati lah nak cakap apa pun.....inilah istimewanya kami di USM....hehehehhee....

Read more...

Tuesday, July 1, 2008

Cerita II

setelah malam pertama aku pekena nasi gorang cendawan khalel, malam kedua aku ngan bebudak nie lepak kat meja kuning sg. dua. lalu datang la penolong penggawa sebuah desa.....si sodok mengajak beliau join kami...

sodok-En H, nape tak naik-naik pangkat?? (sambil terkial-kial en H memulakan tazkirahnya)

En. H- apa yang membahagiakan hati??

semua ahli mesyuarat memblurkan diri,en H berbicara tentang hati dan akal, owh, aku pernah dengar tentang ini dari budak gemok temerloh suatu ketika dulu, lebih kurang sama hujahnya....

setelah Pak de, Wahab, Sapek dan Sodok meninggalkan majlis, (mereka memang nak larikan diri dari mendengar tazkirah...cis!!!)

En. H- saya tanya hang, (dok pandang aku), hang dah abis ngaji ka???

aku- dah...thn lepas saya grad..

En.H- hang menipu!!!! (aku terkedu)... kalau betui,saya nak tanya, apa itu sembahyang??? (aku terdiam....)macamana hang kata hang dah abis ngaji?? (erkkkk...)hah, kata semua dah graduan, meh habaq jawapan seorang graduan...

mulanya kami mendiamkan diri, takut salah cakap bila diasak, macam-macam jawapan keluar...

En H- sembahyang tu ada dalam rukun islam, kenapa RUKUN?? nie saya nak habaq, apa rukun sah nikah??? pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi, ijab dan kabul...betul??? (kami mengangguk)...kalau wali tak ada, sah tak nikah tu??? sama jugalah, kalau tak sembahyang, sah tak islam ???

seterusnya, kami hanya mendengar.....banyak juga yang dikatakannya sambil menyuap nasi sesudu sesudu (lambat plak nak abih...), nak tulis semua, aku ingat-ingat lupa...

En H- sekarang ramai orang yang khayal, apa maksud khayal??? macam niat kita nak buat karipap, tapi last-last kita buat kuih lain, sebab kita khayal, jadi tak kuih karipap kita tuh??? dalam sembahyang pun sama jugak laa....nie tgh dok baca al-fatihah, tapi otak dok pikiaq nak wat pa lepas nie...tu khayal gak namanya....banyak sangat menda remeh la nie, orang tak amik pusing.....padahal tang tu la yang penting....

la nie, orang dah tak takut kat tuhan, sebab tak da depan mata, macam hang la....dah keja kan??? (aku angguk)...kalo bos depan hang, hang takut x??? mesti hang rajin saja buat keja...tak penah curik tulang...cuba kalo bos hang tak da depan mata??? hah, macam-macam hang buat, siap kutuk bos hang lagi....sama la, manusia nie die tak nampak tuhan depan mata dia, tu la depa tak takut...macam-macam depa buat....cuba la kalo Allah tu bagi balasan kat dunia time tu
jugak, mesti depa takut....tapi Allah maha Adil, nak bagi peluang manusia nie bertaubat.....

aku - hmmm, betul, tapi hantu pun kita tak nampak jugak, ramai sekarang banyak takut kat hantu....

En H- hah, itu la....takut bukan pada hantu saja, banyak jenis takut nie, takat nak jawab exam, takut tak dapat keje...takut nak cakap depan orang ramai..padahal tu suma menda yang tak nampak kan???....bila dah tak takut kat TUhan, takut kat hanTU la....TU-han dan han-TU...manusia memang suka buat menda yang terbalik.....(errkkkkk....)

sebab tu la, saya mana kisah pangkat-pangkat nie, janji cukup makan, pakai, tinggai, cukup la.....kita nie, tak boleh habaq dah abis ngaji, sampai bila-bila pun ngaji tu tak abih (terkena sudah...)....hah, hang keja mana la nie???

kami tukar topik dan sempat bertukar nombor telefon bila En H tahu aku keja mana....siap minta tolong aku settlekan masalah kewangan baktisiswa desa dia lagi...erkkk...

aku lihat nasi En H dah habis, kami minta diri untuk pulang...sejam lebih jugaklah dengar tazkirah...tak pe, info nie beb.....

Read more...

Wednesday, June 25, 2008

Selamat Datang....

Sabtu, 28 Jun, bermulalah kehidupan mahasiswa baru sidang akademik 2008/2009....Tahniah dan syabas kerana daripada puluhan ribu permohonan, anda adalah antara pelajar yang layak menjejekakan kaki di bumi Minden ini. aku tidak mahu bercakap panjang, cuma mahu berkongsi maklumat dan peta ini yang aku peroleh dari sebuah laman web.

(sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas)

Petunjuk:
RST-Desasiswa Restu, Saujana, Tekun

DUP-Dewan Utama Pelajar

(Dewan peperiksaan A, B, C, D)

IK-Desasiswa Indah Kembara

AD-Desasiswa Aman Damai

JK-Jabatan Keselamatan

BP-Desasiswa Bakti Permai

FH-Desasiswa Fajar Harapan

CG-Desasiswa Cahaya Gemilang

PHS1-Perpustakaan Hamzah Sendut 1

DTSP-Dewan Tunku Syed Putra

POS-Pejabat Pos

Eureka- Bangunan Eureka

PHS2-Perpustakaan Hamzah Sendut 2

PB-Pusat Bahasa

HEPP-Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar

XY-Dewan Kuliah X, Y

S-V-Dewan Kuliah S, T, U1, U2, V, W

G-R-Dewan Kuliah G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R

SK-Dewan Kuliah SK1, SK2, SK3, SK4

ABC-Dewan Kuliah A, B, C

DKZ-Dewan Kuliah Z

DEF-Dewan Kuliah D, E, F

$-ATM Bank

+Pusat Kesihatan

1-17-Perhentian Bas


mungkin berguna sepanjang Minggu Suaikenal nanti....oh ya, atau untuk peta-peta lain di USM silalah klik disini

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP