Showing posts with label diari liliq. Show all posts
Showing posts with label diari liliq. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Recco Road Perdana...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

(Entry kali ini merupakan bahasa ikut suka hati mak bapak sayaaaa.....)

Pagi ini, saya terbuka FB salah sorang kengkawan chinese saya, gambar beliau daftar kahwin.. Beliau ialah Jing Ching. Rakan sekelas saya. Maka, disebabkan mood agak kurang hari ini, maka tangan gatal untuk melihat kengkawan chinese yang lain.. Mereka ini mostly sekelas dgn saya dari Form 1 - Form 5. 5 tahun hidup bersama... haaaaa...

Jing Ching antara budak genius kelas kami, tapi tak segenius Chong Jie Wen.. dari F1 hingga F5 nombor 1 tak perlu berteka-teki.. mmg konpem dia punya.. Maka kami akan berebut no 2- 10 setiap tahun. Kelas kami mmg seimbang komposisi kaum.. half chinese, half malay, and 1 indian, which is Sashi. Dan seingat aku, batch kami paling ramai Melayu dalam kelas Sains. Hari ini saya nak bercerita tentang kengkawan chinese saya...

Jie Wen.. She used to be my chinese bestfriend. Tapi sekarang, kami dan kengkawan lain jarang berhubung sejak masing2 meninggalkan sekolah. Dan lepas SPM, hanya 4 orang berjaya masuk Matriks, Jie Wen (Matriks N. Sembilan), Mizi Poyo (N. Sembilan), Aku n Sarah di Matriks Perak. Jie Wen ini saya kagum 1. kerana kebijaksanaan dia 2, keperibadian dia..Zaman sekolah juga kami mmg akan sambut CNY dan Deepavali.. erk, deepavali nie sampai ke hari ini aku mmg akan pegi umah sashi, mak dia pun mmg akan tunggu kami setiap tahun.. Owh, CNY kami akan pi beraya umah Jie Wen dan jugak Choi Kim.. Ehh! konpem la dia x hidang menda2 haram. Family dia siap beli pinggan n cawan kertas untuk kami.. makanan pun dibeli dari luar.. So, Apa masalahnya melayu sambut CNY? bukankah ini mengeratkan hubungan sesama rakyat Malaysia??

Jie Wen nie mmg 5 tahun bersama kami. Dia penah buat aku terharuu... Serius!
Masa form 1- form 3, mmg la no 1 kepunyaan Jie Wen, Tapi no 2-5 aku, Anis, Mizi, Min Wen, Mong Wei, Yew King, (sape lg ek??) akan berebut2. Bila masuk f4, ramai budak baru masuk klas kami, Apis, Ajib, Sashi, Nadia, Alya.. dan aku n Anis paling ketara drop. markah kami juga bnyak jatuh.. dulu klas kami besar, blkg kami letak meja utk buat lepak2.. Menyedari situasi itu, Jie Wen penah dtg tempat lepak kami tegur sume org, paling kena teruk aku n Anis, dgn slang cinenya...
 " Liliq n Azni arr(nama betul anis), dulu mesti berlumba2 dgn saya.. skrg apa jadi?? ini sume sebab org2 "gila" yg datang sini bawak kamu main2.. Tau x exam mau dekat, apa lu orang buat main2 sini lagi?? " ( dia tuju pada sashi, nadia, ajib, apis n alya) Walaupun ada antara kami yg bengang dgn tindakan dia, tapi aku masih boleh berfikir secara rasional.. Berapa ramai jer kengkawan nk tegur kita bila lihat kita semakin teruk??

Jie Wen penah ditawarkan masuk ke sekolah paling bagus di Kajang..bila aku tnya, kenapa dia tolak.. dia jawab "liliq, kalo saya masuk sana, tak ada cabaran untuk saya.. U tgk, sekolah kita ini paling teruk di Kajang tauu.. kalo saya boleh berjaya di sekolah ini, saya lebih berjaya banding sekolah itu tauuu?? sekolah itu dan sekolah2 asrama lain mmg mereka ditrain jadi pandai..kita?? U tgk? Siapa saja cikgu yg slalu tegur kita?? Dekat sini haa, kita kena bergantung pada diri sendiriii....." ... erkk!! ayat dia nie sekali lagi berjaya menggamamkan aku.. kdg2 Jie Wen juga meluahkan perasaan khuatir dia bilamana terlalu ramai cikgu bergantung harap pada dia.. " saya takut saya x dapat full A laa, itu sume harapan cikgu laa.." dalam hati aku (sape soh jadi pandai sgt lagi...!! heheheee... jahat aku!) dan akhirnya, Jie Wen dapat 10 A 1B. (B tu bahasa Cina)

Jing Ching.. Jing Ching bersama kami 2 tahun, lepas masuk F4, yang tinggi PMR akan dimasukkan dalam Kelas Sains. Maka, Jing Ching merupakan pencabar terdekat Jie Wen, tapi x tercabar mana pun.. hehe! Sume subjek akan diconquer oleh Jie Wen, kecuali Biologi.. subjek ni mmg Jing Ching akan pegang, sbb tu jugak Jie Wen x suka Jing Ching and selalu kata cikgu bio kami pilih kasih.. hahahhaa! Math dan Add Math kalo tak 100 markah tu, bukan JieWen namanya.. tu la peel dia, ntah apa dia kejar 100 tu ntah.. hahahahaahaa.. Tiap kali pertandingan kuiz Jie Wen, Jing Ching and aku akan wakil sekolah. sori Jie Wen, Cikgu Lee Poh Bee mmg suka aku.. hahaha..

Cikgu Lee Poh Bee.. Kalo orang lain mungkin cikgu feveret dia sebangsa dgn dia, saya x. Cikgu feveret saya ialah cikgu Bio saya, Lee Poh Bee, walaupun kening dia x cantik (losss!!), dilukis setiap hari, tapi dia seorang cikgu yg dedikasi (opss! bukan sebab saya melayu yg salalu dapat high mark dari dia yerrr...). tiap kali exam, kuiz, dan bila nak edarkan markah n kertas jawapan, cikgu lee poh bee akan susun dari yang tinggi markah hingga yang paling rendah. Dia mmg akan sebut nama sorang-sorang, nama yang disebut dulu adalah nama yang paling rendah markahnya.. and as usual, nama apis n ajib akan "tersebut" dulu.. kekeke!
aku plak, selalu bising bila aku konpius cikgu panggil nama aku atau Sarah. Dan tiap kali silap, nak cover muka lepas pi depan, tgk2 Sarah punya, aku cakap " Cikgu SARAH la, bukan Saraaaah (dgn slang cine dia).." dan penah sekali agaknya cikgu pun bosan aku asyik tersilap dia tegur " haiya zaharah, mesti nama Sarah dulu laa, U slalu dapat high mark dr Sarah...  bagi Sarah amik dulu laa..." Erkk... hahahaha. aku senyum jerr... owwhh, perihal Bio nie juga, kalo dulu, siapa yg fail kena "retest". soklan yang sama, tapi jawapan da dibincangkan sebelum itu. Penah sekali Apis, markah retest dia lagi kurang banding markah test.. hahahaha, nampak x betapa budak2 kelas aku mengong! bukan sebab bodoh, tapi suke memain.. sampai cikgu Lee Poh Bee masa nak bagi kertas jawapan tu siap geleng kepala " haaiyaa, ini Apis haa, retest lagi rendah dr test... tak da guna punya budakk..!! " kami sekelas bantai gelak berjemaah..

Aku pun mmg pelajar yang nakal. Masa F4, tiap kali test, kami jarang sekali bersedia, sampaikan lagi 5 minit nak test, ajib or apis akan tanya " weeh! kejap lagi test apa haa??" kakakaka... tempat duduk aku mmg blkg sekali sbb nama aku S. Anis biasanya kat tgh, tapi bila dia x baca apa2, dia akan minta tukar dgn Sarah, duduk depan aku.. sama dgn Apis, dia akan minta tukar dgn sape2, supaya dekat dgn aku, ntah, sbb dorang tau aku jenis bg jer org tiru aku... hahaha! Tiap kali nak tukar tempat duduk Anis bg alasan " aku benci la duk sebelah Mizi, dia tu psyco siot...!! lagi2 time Kimia, org lain jawab tak de suara, dia bnyak bunyik plak "ohh, senang je nie.." "owwhhh, camni kiraa".. mamat poyo betul..!!" hehehe, Mizi mmg manusia paling kami benci dalam kelas kami, lebih2 lagi dia Ketua Pengawas+ muka skema nak mampus + suke bodek cikgu Zul, cikgu BM.. mmg dia manusia paling poyo di alam semesta ketika itu.. AJ, mmg duk depan, tapi AJ pun bukan budak baik.. tiap kali test, AJ siap ada cara tersendiri utk meniru.. kekeke! lain kali citer, ini kisah kengkawan chinese saya..

Penah sekali, kepala otak aku mmg jem! sume soklan test tu aku rasa macam choki2, sedap plak utk dimakan.. tetiba Apis bersuwitt, mmg peel dia dok tunggu kertas jwpan aku,, "psssttt. Liq, tu ada buku Bio kat blkg ko, amik bukak arr.." aku toleh blkg, ntah buku Bio sapa tertonjol kuar dr beg.. masa tu ada lagi rasa takut2 "errkk, kalo kantoi camne?? " " alaaa, x kantoi punya, ko tgk cikgu, asyik dok luar jer... amik je laa. " " ciss, kalo kantoi, sama2 haaa.. anis ko? " " setuju2...!!" Hasil persetujuan sume.. aku angkat meja, pusingkan supaya desk dia hadap aku.. haa, korang boleh bayangkan x camne aku angkat n pusingkan meja tu?? konpem budak2 kiri kanan nampak, termasuk budak2 cine klas aku... tapi dorang sume cool.. time tu cikgu yg jaga test dok termenung kat luar.. habis je pusing meja, aku sambar buku tu, masuk dalam desk.. cari jawapan laaa... hahaha! serius bila ingat balik, teruk betul aku nie rupenyaa...nasib baik x terkantoi..!! dan seperti biasa habis je aku jawb soklan test, anis terus sambar kertas aku utk ditiru.. aku plak buat2 conteng kertas lain, kertas aku beralih tangan dr anis ke apis ke budak2 yg dok blkg..

Ada juga sekali, masa test, mmg peel aku bila kepala jem, aku suka buat muka gorilla, Mong Wei, my another chinese fren, perasan muka aku.. terus dia bagi aku tgk kertas jawapan dia.. Hahaha.. best kan?? tapi bab meniru nie aku berani time test kecik2 jer...time exam besar aku x penah lagi buat hingga aku masuk Matriks dan U.

Aku n Anis dulu antara murid yang "retis" di sekolah kami, beg mesti nak mencapap, jam tangan seboleh-bolehnya nak sebesar alam, dari jauh boleh nampak.. Sampaikan kami penah ikut gaya rambut Chen Mayee, cantikk.. lepas Anis potong gitu, aku plak follow... hahaha! siap tnya Mayee, apa nama stail rambut dia.. masa tu nama dia  " hair boy", padahal bukan pendek or macam laki sgt pun..

Masa F4 juga, kami dapat cikgu sejarah, PK HEM, beliau slalu sibuk n jarang masuk kelas. so apa yang beliau buat ialah bahagi2 kan tajuk ikut bab, kemudian tiap kali waktu sejarah kami akan bentangkan pada kengkaan lain.. walaupun cikgu tak de.. see? baguskan kami.. Aku, AJ, Anis, Chiang Yew King, Jie Wen mmg tak boleh dok satu kumpulan, sbb kami akan berebut2 nak bentangkan, so kami sentiasa pecah kumpulan. Bila cikgu praktikal masuk klas kami, aku ingat lagi, dari UKM, org kelantan... Mai aiii, bahasa Melayu pun x betul, camne nak ngajar kami??? mmg dia salah satu cikgu praktikal yang menjadi mangsa buli kami.. Penah sekali, cikgu tu cuba bentangkan bab sejarah dgn gachek kelantannya.. loghat kelantan satu hal, nak bentang pun takut2.. satu hal.. aku dgn muka selamba, terus pi depan " Cikgu, apa kata saya yang bentangkan, sbb bab ini saya yang buat.." maka, aku pun bentangkan la spt biasa n budak2 klas aku bersoal jawab seperti biasa.. cikgu praktikal tu hanya pandang. habis kelas, cikgu tu tegur aku "bagus la kamu bentangkan, terima kasih sebab tolong saya..." (dalam hati, apa kata ko belajar bahasa melayu dgn betul dulu, baru dtg ngajar kitorang.. hahahaha! ) Serius! kami mmg x suka beliau..

Saat yang kami tunggu biasanya ketibaan cikgu2 praktikal, memandangkan sekolah aku dekat dgn UKM, kebanyakkannya dari UKM. Tapi ada sekali cikgu ari UNITEN, ganti cikgu fizik kami yang cuti bersalin. Muka jambu n skema giler. Da namapun kelas fizik, duduk dalam makmal, meja besar2 la kan.. tiap kali dgr cikgu baru nak masuk, aku n the geng (anis, AJ, Sashi, Nadia, Alya, Syam) akan dok depan. Masa perkenalkan diri pun mula.. macam biasa la, bagitau nama, duk mana, cita2.. sampai meja kami yang gegurl nie, Anis n AJ memulakan operasinyaa "cita-cita saya.. nak jadi bini cikgu..!!" peeehhh, tersedak cikgu fizik tuu.. kekekeke! Hari lainnya pula, peel cikgu nie dia mmg akan sebut "boleh" berkali2.."ok, skrg yang nie plak, boleh?".." pok pek,pok pek.. boleh?" " Mizi, boleh?" " pok pek pok pek, boleh?". Ada sekali AJ siap kira berapa kali cikgu tu sebut boleh. " ok, hari ini cikgu da sebut BOLEH sebanyak 43 kali( x ingat brp kali sbnrnya..)" kami bantai gelak secara berjemaah lagi...

Aaah, aku da mula melalut bila keyboard nie laju ditekan2.. kekeke. Perihal sebenarnya yang cuba aku sampaikan ialah kengkawan chinese aku ketika di sekolah dulu. Ohh, kami penah anjurkan rumah hantu ketika Hari Terbuka, nama rumah hantu nie "Potter Geist", nama yg diberi Alya, memandangkan dia dok lama kat German dulu.. seperti biasa klas kami mmg sentiasa jadi perhatian, dan rumah hantu kami mmg terbaik dari ladang laa.. Al-kisahnya, masa sehari sebelum event, budak2 laki, da siap buat pocong, kubur bagai.. aku n the geng dok tampal surat khabar kat tingkat bagi gelap, x nak cahaya masuk.. masa kami try, pening gak la kepala nak cover tutup sume, still lagi ada cahaya masuk.. last2 kami give up, biarkan jer cahaya tuu.. Ajib yg mmg kaki "bomoh" siap kemenyan satu kelas.. bantal busuk anis, jadi mangsa buat pocong, kain uniform polis bapak kaler biru gelap aku yang bapak aku x guna, jadi mangsa banner rumah hantu kami... Di hari kejadian, kitorg pelik sbb kelas tu gelap segelapnyanyaa.. sampai kami x nampak apa.. Sumenya berjalan lancar, sampai senior F5 dan senior2 yang da tamat sek pun berebut nak masuk umah hantu kami.. Yg kelakar tgh2 berjalan umah hantu tu, Anis yg juga salah sorang "hantu" kami kena keluar sbb dapat berita adik dia jatuh .. So, "hantu" keluar dok melilau2 kat kawasan gerai2 terbuka..Aku spt biasa person in charge di luar klas.. Habis jer events, memandangkan sambutan amat menggalakkan, dan kami mmg kepenatan, kengkawan chinese yang satu klas, sama2 bantu meng "clear"kan kelas.. nampak betapa mereka sangat2 menghargai hasil kerja kami, walaupun masa set up rumah hantu tu mereka tak de, sebab idea sume idea kami segroup. Waktu tu juga aku sgt2 terharu ngan kengkawan chinese nie.. Tapi memandangkan kena kuar dr sekolah pada masa yg ditetapkan, kami x sempat nak clearkan rumah hantu tu habis.. al-kisahnya bersambung bilamana malam tu pak Guard tepon Ajib n Apis, soh datang clearkan jugak umah hantu tu, katanya dia dengar bermacam2 bunyi... Perrgghhh.. Malam tu, kami berkumpul di umah Anis lepas Apis, Ajib, Anas n Anwar clearkan sume. Macam2 cerita kami dengar.. Pak Guard tegur sebab siap main kemenyan, bila fikir2 balik, Ajib mmg da serupa boloh masa tu.. kekeke. Anis terus buang bantal busuk dia sbb takut.. kakakaka..

Ada sekali masa Hari Guru, Jie Wen anjurkan tarian Cina, dia paksa sume budak klas chinese kitorang join.. Mula2, aku, anis, alya n sahi dok memain follow rentak dorang dr blkg... last2 Jie Wen soh kami join sekaki, kami pun joinlaaa.. habis je event Hari Guru tu.. Aku and Anis dipanggil oleh Ustaz, kena marah sbb follow budak2 cina menari.. sedangkan waktu tu kepala aku da berfikir .. bukan tarian bogel or menghairahkan pun.. ayat yang aku x boleh terima " tu kan budak2 cina, kenapa nak ikut dorang menari? kamu tu melayu, islam... biar je la cina2 tu nak menari ker nak hapa ker, yang kamu ikut telunjuk depa kenapa? "... errkk, padahal aku rasa tarian tu hanya goyang2 sikit jer pun dengan lagu cina.. Inilah masalah pendidik sekarang, kadang-kadang cikgu itu sendiri yang membina jurang antara kaum disekolah, sedangkan murid2, kami ketika itu, masih SUCI tanpa POLITIK. Sama halnya dengan cikgu BM aku.. Cikgu Zul, kalo dtg tempat dia, tak habis2 hasut kami dgn PKRnya, ketika itu kecoh kes Anwar.. Aku yang slalu bidas dia, agaknya sebab tu BM aku dapat B. Hahahaha.... tiap kali kalo kelas BM, time ujung nak balik, aku da siap2 kemas barang nak balik.. dgn tempat aku blkg sekali, mudah utk aku blah terus keluar.. Dgn gaya rambut x jumpa sikat bak kata Anis, Cikgu Zul akan bersuara "tuuu zaharah tuu, belum bunyi loceng lagi dia da x sabar2 nak balikk... letak beg tu zaraahhh..." (huhhh!! baik aku balik dari asyik dengar cikgu puji Mizi poyoo tuuu...!!) aku bermonolog dlam hati...


Melihat gambar kengkawan Chinese, aku terpikir.. sbnrnya lama da aku pikir menda nie, di zaman sekolah, kami tak pernah ada jurang perkauman.. kami TAK PERNAH ejek dia makan "babi", pegang atau bela menda haram pada kengkawan kelas kami.. tak pulak kami kata "weh, hang tau x hang nanti masuk neraka??" (ok, nie mmg tipu pasal sekolah aku kat kajang, bukan kat kedah...! hahaha...). Nak kata kami tak pernah gaduh, menipu sangat la tuu, mmg la ada, tapi kami gaduh kerana peribada bukan sebab ko"Cina" aku "Melayu..." TIDAK ADA istilah perkauman langsung! walaupun ada budak2 kelas lain dok gaduh geng melayu-geng cina... tapi kami TIDAK ADA. Malah kami sentiasa sokong antara satu sama lain, dan kami hargai satu sama lain. Namun situasi ini tidak saya perolehi ketika masuk USM, sedangkan USM dimonopoli orang Cina dan rakan sekuliah saya kebanyakkannya Cina. Saya didedahkan dengan politik Cina - Melayu. Dan ini yang berlaku dalm masyarakat kini. Alangkah baik dan bagusnya jika kita semua tiada rasa curiga, khuatir dengan kaum lain sama perasaannya ketika kita berada di alam persekolahan itu... Mesti akan ada yang jawab " Ini realiti, zaman sekolah tu, budak2 tak tahu apa2..." Alagkah bagusnya jika kita tak tahu apa-apa dan terus mewarnai keharmonian hidup kita kannn?? Namun, masyrakat kita telah "dibudayakan" dengan sikap ini.. Apa boleh buat??

Pesanan saya, jika anda seorang ayah, ibu atau guru.. Biarlah dan berilah ruang dan peluang anak2 kita untuk sama-sama berkawan dan berkongsi perbezaan kaum yang ada di Malaysia ini.  Perbezaan yang ada bukanlah untuk kita membenci atau menjarakkan jurang antara kita, tapi perbezaan itu alah untuk kita lebih memahami dan lebih menghormati sesama kita. Janganlah kita terlalu "taksub" mencemari pemikiran anak muda yang tidak tahu apa-apa selain hanya mahu bermain dan berkawan.. Mana tahu, mereka juga yang akan bantu kita satu hari nanti ( dok teringat iklan melayu yang marah jiran india dia, last2 jiran india dia yang hantar pi hospital..hahahahaaa)

Peehh, panjang rupenyaa... hee, gambar yg menjadi kenangan...

Ini Ketika Form 1. Form 1 je aku pengawas, lepas patah tangan sebab main bola jaring.. aku quit..

Ini ketika Form 3. Jie Wen jadi Ketua Kelas masa ini.


Ini ketika Form 5. McD Kajang. Aku lupa sambut apa masa nie ek?? Dgn guru kelas kami yang kami panggil Mama Dib..

P/S : Walaupun Sekolah Jalan Reko yang kami upgrade jadi Recco Road Perdana ini merupakan sekolah paling teruk di Hulu Langat, dan tiap kali aku n anis wakil sekolah, budak2 sekolah lain akan buat muka and hina sekolah kami.. aku, anis n AJ akan balas balik " At Least kitorang wakil sekolah ke macam2, mengharumkan nama sekolah kitorang.. Ko??? Setakat bangga nama sekolah yang mmg da "bagus" pasal senior2 ko... Apa sumbangan ko kat sekolah ko?"  Dan biasanya mereka akan terjelepuk terdiammm.... haaa, main2 lagi ngan pendebat macam aku, AJ and anis... hahahahhaha!!!

Read more...

Thursday, March 7, 2013

Mimpi sampai ke bintang, bulan dan matahari...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Me - Malam tadi orang mimpi pelik 

Hitman -  "mimpi ni kadang2 berdasarkan peel harian kita... apa kita buat tu kdg2 terbawak2 dlm mimpi...
Me - Tp org mimpi "Clark Kent" kena rasuk hantu... kena mengena dgn kehidupan? org x pikir pasal dia pun... 
Hitman - sekurangnya kenal kan "Clark Kent" tu.. jd logik la ada dalam mimpi.. apa nak pelik.. ala mimpi..

errrrrrkkkk....

P/S: Saya sokong kerajaan / pasukan keselamatan tak terima Gencatan Senjata dari Pengganas Sulu. Semoga semuanya berakhir dengfan cepat dan selamat. #Pray4Sabah.

Read more...

Sepatu Biru Di Kalbu....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Peeehhh... tajuk nak retis sungguh...!!

Memandangkan hari ini saya serba biru, maka saya memakai semula sepatu biru kesayangan saya. Kenapa ianya jadi kesayangan saya?

1. Sangat2 selesa. Sampaikan aku trekking Tangkuban Perahu, Bandung pun aku selamba pakai sepatu ini.

2. Kalernya. Memang kaler feveret aku ialah biru gelap? biru navy? apa nama biru nie haaa?? biru la senang cite. Nak dijadikan cerita, dulu aku giler nak beli VIVA Elite sebab kaler birunyaa... bengong kan?? tapi mendapat bantahan dr abang2 aku dan Hitman, abg2 aku bengogkan aku " kaler ko boleh tukar cat lain la ngok!!" dan memandangkan aku banyak travel dulu, maka... Tahniah, Persona jadi milikku...

3. Corak/ patternnya. Sgt2 seni dan simple gitu...sesuai ngan i nyah..! hahaha...!!

4. Kemana saja kalo aku pakai sepatu ini, seringkali dapat pujian sebab cantik. (ini tak tipu yer...). Ada 2 sepatu yg sentiasa dipuji Hitman, salah satunya sepatu ini dan sepatu merah Clarks yang idura belikan masa dia pi UK dulu.

Al-kisahnya, kasut ini sebenarnya da terlalu lama bersama-sama aku, dan sudah pun memperlihatkan kedut-kedut dimamah usia termasuk penggunaan yang ganas oleh tuannya. Dan hampir setahun juga, jika aku ke kedai kasut, pasti aku akan cari kasut kaler dan pattern seperti ini. Hingga hari ini aku gagal jumpa....huhuhu.. " Beli jer kasut lain... habis citer..!!" errkk... Masalahnya, aku gagal juga jumpa kasut lain yang se"best" kasut ini..

Ya..Ya, saya tau.. saya mmg seorang yang tinggi sentimental value dan setia...

Ini Sepatu Biru Di Kalbuku.... Carlo Rino..



P/S : Sila abaikan kaki itu... Oh My Gosh!!

Read more...

Lieliqs.Blogspot

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Ada satu sebab saya rasa saya perlu kembali berblog. eh! bukan sebab PRU nak dekat. Saya sedang memikir adakah post-post di dalam blog ini perlu disemakkan dengan post-post berbentuk politik? kehidupan seharian saya? atau hanya pengetahuan-pengetahuan am?

Ahh! taip saja apa ko nak taip liliq... yaa, itu yang sebetulnya..

Ya, satu ketika dulu memang saya aktif berblog. itu pun setelah dicabar oleh senior saya bilamana saya katakan  PRU Malaysia yang ke 12 iaitu 2008 banyak bergantung pada blog, ketika itu FB dan twitter masih belum popular, saya juga dengan tidak segan silu mempertahankan pandangan saya, salah satu sebab BN jatuh 2008 adalah kerana "kelembaban" pihak kerajaan dalam memonopoli media terutamanya blog ketika itu. Maka, senior2 cabar saya untuk hasilkan blog ini. Setinggi penghargaan pada beliau yang banyak bantu saya dalam dunia blog ini.

Perkara yang menarik perhatian saya untuk berblog ketika itu adalah kerana "kerajinan mencari maklumat". Apabila timbulnya sesuatu isu, maka saya dan kengkawan blogger akan berusaha mencari maklumat bagi memasukkan fakta-fakta atau pandangan yang tepat dan menarik. Kami juga sentiasa berkongsi maklumat dan pandangan. Nah, sedikit sebanyak, blog ini memdedahkan saya pada kaedah ilmu yang baru.

Namun hari ini, saya dapati ianya sedikit berbeza.

1. Telah wujud medium-medium sosial yang lain yang telah pun melonjak tinggi popularitinya, facebook, youtube, twitter, instagram. Medium- medium ini juga berlumba-lumba mengupdated aplikasinya bagi memenuhi tuntutan pengguna.

2. Seperti biasa majoriti rakyat Malaysia malas membaca (persepsi??) Maka blog-blog semakin dipandang sepi. Hanya blog yang ada gambar, video atau entri2 lucah dan kelakar yang berjaya menarik perhatian ramai. Cuba kita tanya pada anak muda kini, berapakali dalam seminggu mereka baca suratkhabar? atau apakah pilihan utama mereka dalam mendapatkan info berita? media elektronik? media cetak atau media sosial?

3. Blog-blog yang ada masa kini juga seolah-olah berlumba-lumba dalam mengeluarkan maklumat. Siapa cepat updated, dia terar. Dan ini biasanya berlaku dalam kancah politik negara. Memang kita tak nafikan wujudnya kumpulan-kumpulan yang dibayar untuk membuat blog dan post itu.

Tanpa saya sedar juga sebenarnya banyak blog yang memaparkan kehidupan peribadi seseorang. Apa tujuan mereka? nak glamerkan diri? nak meluahkan perasaan? Kot-kot dapat jadi selebriti macam Hanis. Fuuuhhh... klas ko nyah!!  Apapun tujuan mereka dan saya, semoga ianya tidak mendatangkan kesan negatif pada pembaca. Sebagai pembaca yang bijak juga, kita perlu sedar blog-blog ini bukan hanya SATU sumber yang ada. Maka. memperbanyakkan pembacaan itu diharuskan.Waaaa.. aku letak hukum plak!

Tujuan saya berblog? Saya suka mencari maklumat tentang sesuatu isu yang timbul. sebagai contoh, pencerobohan Lahad Datu, mungkin memang sikap saya suka mencari..saya meneruskan pencarian tentang sejarah kesultanan sulu, sebab atau objektif utama pencerobohan dan lain2... ( nampak poyo kan??)

Keduanya, setelah membuat pencarian, saya gemar meluahkan pandangan dan pendapat saya. Jika dulu kerja saya lebih banyak bersosial dengan orang ramai hinggakan hampir setiap malam/minggu saya akan berkumpul untuk bersembang-sembang dengan junior/senior/kengkawan, maka disitulah tempatnya saya meluahkan pandangan saya.

Ketiganya, buat masa ini, saya mempunyai masa untuk mengemaskini blog ini. Pernah satu ketika ada seorang sahabat menawarkan "sesuatu" pada saya jika saya aktif berblog. Saya cuba tolak dengan penuh hemat kerana bimbang terguris hatinya, saya katakan saya tak punyai masa. Beliau masih mencuba dengan minta saya hanya updated sehari satu post, paling tidak pun "copy and paste". Lalu saya katakan, buat masa ini itu bukan tujuan saya berblog, saya mahu menulis tanpa disekat oleh sesiapa dan menyekat sesiapa, saya berblog kerana mahu mencari ilmu dan mahu berkongsi pandangan. Bukan kerana mengejar apa-apa. Alhamdulillah, akhirnya beliau faham.

Saya juga tidak menjanjikan akan menempatkan blog ini dengan post atau sesuatu yang menarik. Cukuplah jika ianya sekadar memuaskan hati saya sendiri dan mungkin juga kata orang blog ini mampu jadi diari yang akan dibaca anak cucu kita pada masa akan datang. haaaaa.... dan akhir sekali ianya juga bergantung pada masa yang saya ada... heh!!

Sekian, buat permulaan....
Majulah Blog Untuk Negara
( P/S : Walaupun aku sedikit rasa blog ini da basi, manusia sekarang lebih suka ber V-Log di YouTube...!! Alahai nyah, muka mak tak berapa cantik nak masuk dalam Youtube tuuu...hahaha!!)






Read more...

Friday, August 21, 2009

Tag???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....

otak masih lagi berhibernasi ketika ini....aku ditag?? layankan je la...anyway, thanks Bal...

These are the rules:
1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.
2. Select the 6th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.

aku memilih photo folder yang ada dalam facebook...gambar yang ke-6...jeng2..


Story behind this photo?? ini adalah gambar kami semasa majlis pertunangan Mohd Zuhru @ Amalm dengan Farah Zalini pada 16 Ogos 2009. Tahniah amalm...satu lagi teori domino berjaya dihasilkan. heh...

dalam gambar ini, zah, aznur, saya, anne dan saf...nak cerita lebih boleh tak?? hehehe...

sehari sebelum majlis ini, kami telah mengadakan gathering...pehh, mmg best, rasanya sudah lama benar kami tidak bergelak sakan seperti ini...semoga hubungan antara kami ini akan sentiasa berkekalan sampai bila-bila...

alang-alang menulis cerita ini, saya ceritakan seba sedikit perubahan yang berlaku di USM... bnyak juga yang berubah, bangunan telah siap dibina, pejabat HEPP bertukar kedudukan dan pegawai, adik-adik juga sudah berubah, ada yang dah kerja, sambung master dll...

Namun ada sesuatu yang muncul saban tahun...alih2, kes dan peristiwa yang sama berlaku kembali, bezanya ianya melibatkan orang yang berbeza...entahlah, kami seringkali berusaha agar perkara2 seperti ini tidak lagi berulang, kerna itu kami sering menceritakan perkara ini pada adik2...supaya mereka mengambil iktibar atas apa yang terjadi...namun, ia tetap terjadi...salah siapa??? barangkali kita semua tidak mampu menghalang kejadian ini....cuma satu saja pesan saya pada adik2, walau apa pun yang terjadi, bina dan jagalah perhubungan antara kita ini...seperti entri2 saya terdahulu...hubungan ini hanya mampu dirasai oleh mereka-mereka yang ingin dan berusaha untuk merasainya....carilah keistimewaan dalam perhubungan ini....tgk..dah melalut plak, asalnya nak layan tag jee..heh..

ok, smpai disini saja...oh, selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak..semoga puasa kali ini, kita mampu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita padaNya...wasalam..



Read more...

Monday, June 29, 2009

Adik - Epiey n Ayun...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....

Semalam, tiba-tiba hati terasa sayu, cepat sungguh masa berlalu, adik-adik aku telah dewasa rupanya...masih lagi teringat ketika aku berada di alam persekolahan, balik dari sekolah, kalau rumah bersepah...cepat-cepat aku akan menjerit..." adikkkk...epiieyy...ayunnn....akak tak kira, sorang kemas dapur, sorang kemas sini (ruang tamu), sorang kemas luar!!! aku kira sampai tiga...1...2...supptt!!!...terus ketiga-tiganya lari berkemas macam orang kena kejar hantu...begitulah adik2 aku..hihi, aku memang kakak yang garang....

Adik meneruskan pengajiannya dalam Diploma Kejuruteraan Awam di UTHM, pada mulanya aku agak marah pada dia, kerana masuk Tingkatan Enam sekadar mengisi masa orentasi, padahal, dah beli baju sekolah...hiskh, tapi aku tak mahu memaksa dia...Napi (epiey) pula ke UUM dalam ijazah Kewangan, selepas tamat Matriks di Penang...adik dan epiey, masuk semalam.....Ayun berada di UITM melaka sejak setahun lalu mengambil Ijazah perniagaan...selepas ini, mesti rumah, menjadi sunyi seketika....meow2 di rumah juga terpaksa menunggu makan hingga ke petang, kerana adik yg selalu rajin beri meow2 makan....Detik adik dan epiey, mencium tangan aku, membuatkan aku sedikit sayu," belajar rajin2, jangan lupa solat...."

Sebelum bertolak, abah belanja kami makan di kolam ikan barunya, hanya angah dan isterinya tiada, kerana kerja...owh, semalam abah memberitahu, adik rupanya satu U dengan jiran kami dirumah lama...hahahha, kami semua tergelak besar, adik sememangnya ada jodoh dengan Ragini..yang selalu kami kenen-kenenkan sejak adik kecil...abah terus telefon epiey, epiey pun gelak sakan...

Selamat bergelajr pelajar universiti dan semoga adik-adik aku ini menjadi orang yang berguna dan tidak lupa pada keluarga....

adik - itam-eppiey - joha(ateh) - me - mak - k.intan
bila- siti - ayun




itam - bila - ayun - epiey - ateh

epiey n am



ayun

Read more...

Friday, May 22, 2009

Mencari Adunan Kek....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....

Pagi tadi, bos telah mengadakan perbincangan dengan seorang klien yang pada mulanya saya sendiri tidak pasti siapa...yang saya tahu, beliau adalah salah sorang penceramah yang akan dijemput menjadi penceramah pada seminar kami bulan Julai nanti..insyallah...kemudian, bos meminta saya untuk turut serta dalam perbincangan tersebut...ya..seperti biasa, saya memblurkan diri saya....dan hanya memasang telinga serta menunggu arahan tugas yang perlu saya lakukan nanti....

Dengan bermodalkan paras rupa seperti Albert Eistein, saya menyangka beliau adalah seorang profesor terkemuka di negara ini seperti profesor2 lain yang pernah saya kenali...nyata saya silap!! Pada mulanya, saya hanya mengiyakan apa yang diperkatakannya dan lama kelamaan saya menjadi kagum dengan beliau...kenapa?? rupa2nya beliau berpangkat Dato'..owh, dan telah pun bersara dan kini menjalankan firma consultans sendiri...pandangan beliau mengenai sukan tanah air mengejutkan saya dari pembluran tadi...beliau sempat berkata pada saya, mesti saya tak faham apa yang sedang diperkatakannya....mungkin pada beliau kerana saya tidak tahu berbahasa Inggeris...erk, bukan....saya memang sentiasa blur bilamana soal sukan dibentangkan pada saya...kalau di sekolah dulu mungkin...kerna saya sangat aktif bersukan ketika di sekolah dan kurang sedikit semasa di USM....ada satu kesimpulan yang dapat saya simpulkan bilamana mendengar kata-kata beliau tadi.....involve yourself in sport, doesnt mean you know everthing about sport...yap!! im totally agree...dan saya salah seorang daripadanya...huh!!

selepas tamat sesi perbincangan dengan bos, beliau meminta untuk terus berada disini kerana petang ini, beliau ada mesyuarat lain di KBS...baiklah, beliau ditempatkan di bilik saya...dan kami sempat makan tengahari bersama....

oleh kerana, saya semakin kagum dengan beliau, walaupun saya sendiri tidak kenal siapa beliau, saya memberanikan diri bertanya pelbagai soalan padanya, dan mengenepikan pangkat dan gelaran Dato' itu.....nyata beliau sangat humble....begitu juga dengan beliau, banyak bertanya pada saya apabila mengetahui saya adalah seorang graduan dari USM...dan beliau telah mengajar selama 30 tahun di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM...wah...

Beliau adalah Dato' Dr. Leonard Andrew de Vries, Pengerusi Persatuan Pendidikan Jasmani dan Sains Kesihatan Malaysia (PPJSKM) dan merupakan orang pertama di Malaysia yang memperoleh PhD dalam Sains Sukan.. beliau juga salah seorang yang sering memberi kritikan dan pandangan hebat dalam mutu sukan negara, salah satu yang berjaya saya jumpa disini. Adakah saya terlalu memuji beliau??? erk, tapi itulah persepsi pertama saya ...sangat peramah, open minded, dan sangat ghairah dalam melihat pembangunan sukan negara ke arah yang lebih tinggi. Dengan usia yang telah melampaui 70-an, beliau masih gagah meneruskan usaha murninya itu.

Ada sesuatu terdetik di hati kecil saya, setelah berjumpa dengan beliau....pertamanya, kelompok masyarakat yang menjadikan pendidikan dan ilmu pengetahuan ini sebagai urusniaga semata-mata. Bukankah ilmu yang kita peroleh itu, harus dikongsi bersama-sama orang lain?? demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat amnya..mengapa dewasa ini, terdapat segelintir individu yang menjadikan program talk ini, sebagai satu usaha menjadi kaya raya?? ini antara pandangan beliau pada kami...hmm...

dan keduanya, berkenaan saya sendiri...saya sedar kini, kesilapan terbesar saya di unit dan kerja ini ialah....saya tidak mempunyai atau menunjukkan keghairahan saya pada sukan...mungkin selama ini saya hanya menjalankan tugas atas dasar tanggungjawab yang diberikan dan bukannya kerana minat dan kesungguhan saya melihat pembangunan sukan itu sendiri...dan selama hampir dua bulan di unit ini, saya akui...bidang ini tidak 100% meresap dan sebati dengan jiwa saya.... kerna ini jugalah alasan yang sering saya berikan, bilamana ramai yang musykil mengapa saya tidak menjadi seorang guru......dan barangkali kerna ini jugalah prestasi dan keghairahan kerja saya di unit lama berbeza...mungkin saya harus mencari jalan dan bahan terbaik agar jiwa saya benar-benar sebati dalam bidang ini sehingga menjadi satu adunan kek yang tidak dapat dilawan oleh mana-mana chef.....atau saya perlu keluar dari bidang ini dan kembali pada bidang saya yang lama??? ada ruang untuk saya lagikah di luar sana??? maksud saya ruang yang lebih baik, dan bukannya pada takuk yang sama......apapun, perjalanan hidup ini masih jauh, dan mungkin saya dapat melihat sinar di dalam bidang ini, yang penting teruskan usaha untuk menjadi lebih baik.....insyallah..

Read more...

Thursday, May 21, 2009

Mungkin Saya berada di Bawah Roda Ketika Ini...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Sepanjang dua minggu ini, banyak perkara berlaku dalam kehidupan saya....dan kesilapan demi kesilapan yang saya lakukan dalam karier, sedikit sebanyak mengganggu emosi dan mood kerja saya....maklumlah, saya masih baru di unit ini...mungkin saya perlu bermuhasabah diri dengan lebih mendalam.....dan berubah menjadi seorang yang lebih baik....

begitu juga dengan perjalanan hidup di sudut yang satu ini....semalam, saya menerima kad undangan perkahwinan dari Ultraman...tahniah, saya dah agak ianya akan berlaku juga satu hari nanti....sejak minggu lepas, ultraman menghubungi saya, mungkin tujuan utamanya hendak memberitahu hajatnya yang satu ini...tapi tidak kesampaian, barangkali, beliau tidak sampai hati untuk berbicara dengan saya mengenainya....hehehe, secara jujur, saya sudah tidak merasa apa-apa lagi....saya kagum dengan ultraman yang selalu jujur dengan saya...terima kasih...semoga berbahagia dan mendapat keberkatan dariNya...insyallah, kata-kata beliau akan saya pegang sampai bila-bila.

Kehadiran kad tersebut, tidak sedikit pun mengganggu emosi saya...cuma ada dua perkara yang saya ketahui minggu lepas....berjaya mengubah kehidupan saya selepas ini...(barangkali...)satunya mengenai masalah yang sekian lama, kini, saya kira sudah selesai...dan kisah power ranger merah yang baru saya sedari.....perasaan saya??? apa lagi yang boleh saya katakan??? Selamat Hari Jadi, power ranger merah....

Read more...

Wednesday, May 13, 2009

i go.......

Read more...

Monday, April 27, 2009

Hanya Jauhari Mengenal Manikam...

Salam.....

Saya baru pulang dari Negeri dibawah bayu, mengikuti program Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) Zon Sabah...saya kira terlalu banyak isu dan cerita yang saya terlepas beberapa hari ini...oh ya, saya juga merasa sedih kerana tidak berkesempatan untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berakhir semalam, pesanan buku dari bro gigi juga gagal saya penuhi, sory broo.....

Kiriman pesanan ringkas dari bro gigi mengenai seseorang dan bagi saya isu ini kerap kali timbul...apa orang-orang ini tidak ada kerja lainkah??? hanya tahu menjaja cerita dan memburuk2kan orang lain demi menaikkan nama sendiri?? bagi saya mudah saja, dari dulu saya memang lebih suka mengambil jalan "lantaklaaaaa....", kerna saya yakin dan percaya hanya jauhari mengenal manikam...usah pedulikan kata-kata orang yang tidak tahu asal usul, tidak pandai mengenang jasa orang lain, dan lagak seperti tahu segalanya serta orang yang gila kuasa....kerna saya yakin, jika kita benar-benar ikhlas dan komited, komuniti sekeliling akan lebih mempercayai kita.....benar, saya tidak nafikan, kadang kala kata-kata yang kita dengar ini, sedikit sebanyak akan mempengaruhi hubungan sosial dan kerja kita, tapi bagi saya, inilah perbezaan taraf, bukan taraf pangkat atau kedudukan...tapi taraf tahap ke"profesinal"an seseorang itu....yang mampu kita nilai dari sudut penilaian yang mereka ambil. Maka, isu ini tidak lagi mampu memberi kesan pada kehidupan saya...

satu lagi cerita yang saya dengar kini, yang saya yakin ianya dari sumber yang benar dan saya juga telah mengesahkannya.... ianya melibatkan kehidupan peribadi saya, jarang benar saya menulis mengenainya, cerita yang saya sendiri tidak tahu mengapa, apa motifnya, dan mengapa harus melibatkan nama saya lagi, kerna tuan punya badan sudah tidak lagi berhubung dengan saya sehingga hari ini, dan sekali lagi, saya tidak pasti mengapa....namun, saya sudah berkali-kali meminta maaf andai saya tersilap, dan beliau juga telah memaafkan saya.....katanya...persoalannya, mengapa harus melibatkan nama saya lagi???
saya faham, karekter individu ini berbeza-beza, dan bukan semua manusia mampu meluahkan apa yang sebenarnya tersirat di hati kecil mereka....dan saya tahu, saya tidak mampu memaksa mereka2 ini meluahkan isi hati mereka, walaupun jauh disudut hati saya, saya inginkan kebenaran itu...namun, saya sudah terlalu penat untuk menunggu kebenaran dan situasi yang sebenarnya, lantas saya mengambil jalan untuk membiarkannnya saja......
lama benar saya hidup dalam kekeliruan mencari punca dan motifnya, dan kini saya agak tidak berpuas hati apabila nama saya disebut2 kembali...untuk apakah??
kehidupan ini sememangnya terlalu berbelit2 dan complicated...saya mahu memudahkannya, tapi andai hanya saya seorang yang berusaha ke arah itu, ianya tidak memberi kesan dan tiada maknanya lagi....saya sendiri tidak pasti sampai bila...yang pastinya saya sudah terlalu letih dengan perkara2 ini...

bos pula sudah bersuara, kali ini lebih keras bunyinya...bermaksud, saya barangkali sudah tidak mempunyai masa seperti dahulu, saya perlu memberi tumpuan lebih pada kerja2 ini dahulu.... tapi saya selalu memastikan agar YM saya dibuka, agar saya tidak ketinggalan jauh dalam pelbagai isu...tidak kira isu2 negara,isu2 poltik negara dan kampus, atau perhubungan dalam komuniti kehidupan saya, terima kasih pada mereka2 yang masih berhubung dengan saya untuk berkongsi pelbagai cerita......

Read more...

Monday, April 20, 2009

Benarkah Perjuangan Itu Sia-Sia??

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Saya terpanggil untuk mengulas dan memberi pandangan saya berkenaan entry terbaru En. Shamsul Ariff @ bro gigi. Kiranya, suatu ketika kehidupan saya di kampus mungkin tidak banyak berbeza dengan beliau....kerna jalan dan hala tuju puak-puak politik kampus yang tegar ini sememangnya sehaluan...tapi saya mengaku, beliau merupakan senior saya dan menjadi idola ramai jentera tidak kira pengkacip poster, pengkaki hamun rapat umum atau pengemis di jalan-jalan ke dewan pengundian minta mengundi calon pilihan. Idea dan pengalaman panjangnya itu menjadikan beliau sangat ariff, sesuai dengan namanya itu...(hihihihi), cukuplah setakat itu mempromosikan seorang yang sudah saya anggap sebagai sifu dalam bidang politik, tidak kira di didalam kampus atau diluar kampus. Entry beliau kali ini, benar-benar menarik hati saya untuk berkata sesuatu....



Saya juga merupakan pencacai Aspirasi yang katanya seperti upin dan ipin "Betul..betul..betul...", hanya mengangguk saja...Sekiranya anda seorang pelajar IPTA awam yang peka dengan keadaan sekelililing, pastinya anda faham apa dan siapa itu Aspirasi....Aspirasi inilah yang menjadi tulang belakang UMNO atau BN didalam kampus....samada kita menidakkan atau hanya berdiam diri kononnya atas dasar AUKU......

Saya juga sehingga ke hari ini, masih lagi berpegang kuat pada Aspirasi, tanpa segan dan silunya....jikalau hari ini, UMNO dikatakan tidak lagi relavan, begitu juga dengan Aspirasi sehinggakan ada pihak-pihak tertentu yang mahu menukarkan namanya kepada GERAKAN...persoalannya, mengapa??? Jikalau dalam entry en. Shamsul Ariff lebih terarah pada kekecewaan seorang pejuang bermati-matian Aspirasi ketika dulu, kecewa bilamana puak-puak yang bermati-matian memperjuangkan doktrin BN/ UMNO ini didalam kampus, dan akhirnya bila keadaan memaksanya berada diluar kampus, puak-puak inilah yang gagal ditempatkan ke tempat-tempat seperti yang dijanjikan....Bagaimana pula dengan saya???

Sepertimana ramai sedia maklum, saya kini bertugas di jabatan yang secara lansung bersama-sama dengan jentera dan MPP...maka, perjuangan dan kerja-kerja saya yang dianggap bodoh dan pencacai itu, masih lagi saya lakukan....walaupun, sudah berada di luar sistem. Selama 5 tahun berada dalam lingkungan Aspirasi inilah, saya sering dilihat sebagai "woman power" dan sehingga kini, pada adik-adik tak kira jentera atau MPP, saya sering di lihat sebagai seorang yang sangat 'hebat', begitu juga apabila ada tugas yang memaksa saya berjumpa dengan pegawai-pegawai IPTA dan tenaga penggerak BTN...saya sering dihujani pujian-pujian yang melambung tinggi, kononnya saya sangat komited dan sering dikenali ramai....saya bukan tidak tahu bersyukur, cuma...realiti kehidupan pada hari ini, ramai yang masih dimomokkan dengan menyokong BN/ UMNO di kampus akan menjamin kehidupan diluar kampus. Tetapi, masih ada juga pegawai-pegawai dan senior-senior saya celik dengan keadaan yang sebenarnya...terima kasih...

Saya masih ingat, setiap kali Aspirasi USM menang, ada segelintir pelajar USM yang mengucapkan tahniah pada saya, kerana pada jangkaan mereka saya turut bertanding menjadi MPP, dan apabila saya berjumpa dengan jentera-jentera IPTA lain, meraka sering menganggap bahawa saya adalah Ketua Siswi USM...TIDAK, saya bukan MPP dan saya tidak pernah menjadi Ketua Siswi...saya hanyalah pencacai yang saya selalu tanamkan pad diri saya sendiri, bahawa saya seorang pencacai yang sangat bertuah....YA..saya mengaku...dalam ramai-ramai jentera batch saya, saya merasakan, saya yang paling bertuah, kerna saya sering mendapat tunjuk ajar dari pelbagai pihak....dan ramai senior....walaupun tekanan yang dihadapi itu, kadangkala terlalu berat untuk dihadapi....

Saya masih lagi ingat kata-kata Zah, "aku tak sekuat kau liq, aku memang kagum dengan semangat perjuangan kau"...terus saya katakan padanya, "aku bukan lahir terus kuat, tapi belajar menjadi kuat melalui orang-orang sekeliling, kalau kita jatuh dan sedih, kita harus PERCAYA dan YAKIN, masih ada insan dibelakang kita". Pengalaman dan pembelajaran sepanjang berada dalam kelompok ASPIRASI ini memang terlalu banyak, sedih, kecil hati, tertekan, gembira, teruja...semuanya saya belajar atas nama ASPIRASI...sehinggakan saya pernah bertikam lidah bersama orang yang sangat rapat dengan saya, supaya meninggalkan perjuangan ini...saya faham niatnya yang tidak lagi mahu melihat saya tertekan berada dalam kelompok ini...namun, saya sudah diajar untuk mengenang jasa orang...dan jiwa saya juga barangkali sudah sebati dengan perjuangan ini....

Kini, saya masih lagi menjadi seorang pencacai....benarkah kerana saya puak ASPIRASI yang hanya mengangguk dan tabiat ini yang menjadikan geng gurkha aspirasi ni tanam anggur sampai skang?? Saya kurang setuju.....bolehkah jika saya katakan, kerana momokan dan jaminan pihak-pihak tertentu ini menjadikan pauk-puak Aspirasi ini terus mengharap???....kadangkala timbul perasaan menyesal, kerana tidak bersungguh-sungguh menumpukan pada bidang akademik yang sepatutnya...namun, bila melihat ramai coursemate saya kini 90% hanya bergantung pada KPLI dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, tiada bezanya pada saya.....

Saya juga telah mengikuti satu perjumpaan alumni ASPIRASI, walaupun tidak dijemput, saya menebalkan muka untuk turut serta dan meluahkan apa yang terbuku dihati saya....yaa....saya mengakui, murni sungguh hasrat alumni ini, tapi apakah persatuan ini sebenarnya hanya untuk MPP sahaja??? andai benar Alumni ini hanya untuk MPP, maka perlulah ditukar tajuknya kepada Alumni MPP IPTA....kerna mereka ini barangkali masih samar-samar tentang siapa itu ASPIRASI....maaf, andai bunyinya agak kasar, tapi itulah kebenaran dilubuk hati saya...oh ya, ketika perjumpaan tersebut saya juga sekali lagi dimomokkan dengan janji dan harapan agar puak-puak ASPIRASI ini terus berjuang mempertahankan kerajaan di kampus (oh, bukan dimomokkan pada saya yang tidak dijemput itu, tapi dimomokkan pada MPP ASPIRASI yang baru), maaf jika kehadiran saya mencacatkan majlis.... pada perjumopaan tersebut en. naza, pegawai saya yang minta saya mengikutinya, berkata pada saya.."hah, liq, pegi la jumpa dorang, nanti boleh dapat...", saya balas ..."en.naza, saya dah dengar menda ini 4 tahun yang lalu....". dengan nada seloroh, en naza membalas, "maknanya kamu akan dengar lagi 4 tahun akan datang." Mungkin....dengar, dengar dan hanya mendengar....

apa yang cuba saya utarakan disini ialah, saya tidak kisah berada dikeadaan seperti ini sekarang, kerana saya seorang yang percaya, ada hikmah disebalik apa yang terjadi pada saya....dan saya sentiasa berusaha berfikiran positif dan tabah dalam memastikan perjuangan ini akan terus tersemat dalam sanubari saya...saya dan juga kawan-kawan lain, bukanlah mengharap, atau meminta-minta, TETAPI...cukuplah , saya mengharapkan adik-adik saya tidak menjadi seperti saya, berterusan dijanjikan dengan pelbagai jawatan dan kesenangan hidup diluar nanti, tapi akhirnya...janji hanya tinggal janji...saya lebih suka mereka mencari peluang mereka sendiri...bukan dengan atas jaminan mulut sesetengah pihak...mengharap adalah sesuatu yang menyakitkan....

Read more...

Tuesday, April 14, 2009

Tanganku Yang Sakit...

Salam....

akhirnya, saya berjaya mengubah wajah pada ruangan ini....erk, maaf, saya memang tiada idea untuk menulis hal yang berat2...nanti sajalah...

oh ya, ahad lalu, Jabatan kami telah mengadakan Kejohanan Tenpin Boling antara Bahagian...thn lalu, saya menjadi urusetia, maka saya tidak mengambil bahagian...namun pada tahun ini, saya diajak untuk turut serta mengambil bahagian...hihihi...

namun, ada sesuatu yang timbul tiap kali saya bermain boling....huhuhu, saya selalu mengingati kenangan bermain boling bersama geng2 gagak hitam di USM...

apapun, keputusannya.....jeng-jeng...



oh ya, memandangkan tangan masih lagi sakit bermain boling dan badminton malam tadi, maka sampai disini saja.....('',)

Read more...

Friday, April 3, 2009

Tertangguh....Tahniah dan Terima Kasih....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Mmaf, kerana sudah lama tidak membelek ruangan ini, 2 minggu penuh dengan aktiviti..dalam seminggu, saya keluar ke 5 buah negeri, Terengganu-Penang- balik Putrajaya- Perak-Kedah-Perlis..memenatkan!!!

terima kasih kerana mengingatkan saya untuk meng'updated' ruangan ini, walaupun hanya cebisan cerita perjalanan hidup saya. Insyallah, saya akan berusaha mencari masa untuk kembali aktif semula....

Alhamdulilah, saya telah berada di persekitaran kerja yang baru, semoga lebih banyak perkara yang boleh saya pelajari...
Terima kasih pada bro gigi, amalm, cat, ey, apit, wan farah, mira, ika, ika kecik, zana, geng2 kuda kepang n geng2 usm yg lain yang sudi meluangkan masa dan mendengar luahan rasa saya...hehehe, thank juga kerana menyambut hari jadi saya bersama 2 barbeque kuda kepang...

tahniah pada amalm dan juga kami yang telah berjaya mendirikan cerucuk masjid yang akan didirikan pada bulan 10 ini nanti. (hehehe...). Congrates juga paa mereka2 yang baru saja bergraduan tempoh hari....

Terima kasih pada geng2 ofis (terharu...beb!!! ingat gak korang kat aku ekk!!! bila nak belanja pizza nie??? )...

Tahniah juga pada Bro gigi, berjaya melangkah setapak pada cita-citanya itu...wa tunggu 2200 lu nie brooo...Tahniah pada Black n Rizal yang akan menjalani kehidupan ofis yang baru juga..

dan akhir sekali, walaupun lambat, Happy belated Besday kat saya...hahhaha...sebenarnya entry ini adalah entry yg tertangguh (hiskh...)...saya terpaksa berkejar2 dan berlumba2 untuk menyudahkan kerja di unit lama dan menyiapkan kerja-kerja yang menunggu di unit ini...




Tahniah kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak yang telah selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru tepat jam 10.10 pagi Jumaat di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Dan Terima Kasih Pak Lah atas Keluhuran budi dan Jasamu....



ya...saya harus berhenti disini, satu lagi kertas kerja perlu dibereskan...6 sudah siap!!! hohoho...

Read more...

Friday, March 20, 2009

Di saat-saat Dilema.....

hmmm......pening kepala dengan program yang satu ini....bukan sahaja kerana penyertaan, tetapi juga keadaan di pejabat yang sedikit serabut...

perancangan awal, memang aku dah bersedia untuk pergi...tup2, bos kecik tak dapat pergi, maka sesak memikirkan bagaimana hendak kesana, tak kan aku sorang je kot?? hiskh....

isnin, bro gigi memaklumkan pada aku, dia akan kesini dan bersama-sama kak lina, bro gigi ngajak aku balik penang, siap nak tempat tiket flight dulu utk aku...huhuhuhu...lagi la aku penin nak memilih...kemudian, geng2 sukan.."Liq, sabtu nie nak wat tournament ngan bahagian sukan."...arghhh...sudah!!! aku memaklumkan pada mereka aku perlu mendahukukan tugas, walaupun sebenarnya aku faham, kehadiran aku bukanlah penting sgt...dan si bro gigi n geng2 sukan pulak mengapi2 aku supaya tak pergi..." ko tak yah pergi la liq, turun bawah je minggu nie, senang, biarkan dorang yang buat!!!" hiskh...dan yang merisaukan aku, kerna aku tahu pegawai yg sorang ini, mesti tak mahu pergi berdua dgn aku!!! lagi penin....

dan sehingga semalam, tournament dibatalkan kerna tak cukup korum....geng2 usm pulak minta adakan lawatan ke sini...sorry la geng, tak leh nak join n lepak sekali....aku cuma boleh uruskan korang jadi ke sini saja....

oh ya, semalam juga pegawai aku mengamuk kerna program ini juga...kenapa??? alasan yang tak munasabah bagi aku dan bos2 aku!!! dia nie mmg gila......bos2 menasihati aku supaya biarkan saja....sehingga petang semalam, aku tertanya-tanya..."jadi pergi ke tak nie???" dan aku memang berharap tak perlu pergi, kalo dah susah sgt...aku mmg lagi suka...boleh lepak ngan bro gigi, apit n kak lina...tak pun terus terbang ke usm....huh!!!

dan akhirnya, malam semasa aku dan dura nak main badminton, aku terima msg "Liq, esok kita gerak dengan Miza kul 10 dari ofis..."...aku??? hmmmm.....redha je laaa.....

dan di saat ini, aku menunggu untuk bertolak ke program tersebut.....

pagi tadi, hati aku berkata..."tak pe la Liq, mungkin ini kali terakhir ko outstation bersama unit ini....."

Read more...

Friday, February 20, 2009

hayun dan baling....

erk..ada entry yang tertangguh...nanti la, kena cari maklumat dulu...hehehe...

semalam, si budak hitam call, "liq, tahniah...anda terpilih mewakili jabatan untuk pertandingan bowling...petang nie training kat alamanda...dato' kp pun ada tau...dtg, jgn lupa!!! kul 6!!"

aku??? hahhahahhahahaha....mula2 aku dengar memang aku gelak besar la...gila apa black nie, aku ingat dia memain...cis, betui rupanya...sib baik, aku memang simpan baju sukan kat ofis nie...cis!!!

sejak 2 bulan ini, masa aku memang banyak dihabiskan brsama geng2 sukan...selain masa ke ofis...setiap mlm isnin dan jumaat, berbadminton di presint 18...tu pun abg rai ajak join berbasikal petang selasa n khamis...huiskh...tak larat aku...buat masa nie, biar laa la aku menghayunkan raket dulu...berkayuh nie, masa dtg ofis hari sabtu boleh laa....

berbalik pada crite bowling....aku pergi jugak petang semalam...owh, betul rupanya....al-maklumlah..geng2 sukan nie, bukan leh percaya sangat...kaki mengenakan orang jee...dan setelah bermain 3 game...shikin, BKP...."liq, ko, aku n kak syima nanti satu team ekkk..., tapi ko jangan cakap ngan dorang plak, nanti dorang kata, kita dah pilih geng..." erk!!! aku on jee....

thanks kat black, sebab bagi pinjam bola dia, walaupun berat....kena biasakan nie...

hari ini, aku pening....alahai, nak beli raket ke bola bowling dulu ek??? habis la duit aku....oh ya, tournament bowling nie, selasa nie, 24hb kat mines...jom reramai tengok...aku pun tak pasti tournament antara sape sebenarnya...doakan aku ekkk!!!

Read more...

Friday, February 13, 2009

Kenapa ianya dipanggil TAG???

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

salam...aku cuba tag yang dilakukan oleh cik farah, walaupun tak mention kat sape...hehe...akak wat jugak laa...25 random things...18 cukup la ek...banyak sgt 25 tuu....

1. sejak akhir-akhir ini aku sangat obses membeli buku, (beli je, baca ikut mood jugak)...tapi hingga sekarang masih ada 6 buah yang tak sempat baca...nanti la, janji beli kan?? hehehe...setiap bulan, dapat gaji, at least satu buku akan aku beli...dan aku memang suka baca buku biografi...suka baca kisah orang...kalo dok ngan orang2 tue pun, aku sanggup layan ke pagi, bila mereka buka cerita-cerita lama....aku jugak bercita-cita mahu ada koleksi buku sendiri satu hari nanti...yeah!!!

2. kat rumah sekarang, ada 8 ekor kucing, 4 baru lahir, sekor agak kecil lagi dan 3 sudah besar...kesemua kucing kitorang, tak de nama...alih2 kitorang akan panggil meow je....dah tak ingat sejak bile, tapi memang dah lama, semua kucing panggil meow je....hahhaha, nak beza, just kaler meow tu laaa....n beso or kecik

3. hah, aku memang seorang yang "gembira pergi bertuah"(happy go lucky!!!), bila aku cakap aku single, orang tak percaya, so lantak la kan....dah tu dorang cakap aku suka jual mahal...erk!! helloooo....kalo nak ngorat...ngorat la betul2, bukan sesuka hati aje.....maaf, aku memang malas nak layan orang macam tu......gentleman la bro......(aku bukan berlagak cun, tapi aku takut, kang aku yang terperasan lebih2, alih2 mamat tu memain je...tu yg aku malas tuuu)

4. dah banyak kali and dah biasa dengar, 1st time jumpa aku, nampak aku seorang yg sombong, dah tu bila kenal...baru tau aku camne kan??? hahahhaha....tapi paling kelakar, bila bang chik penah cakap, aku nampak macam budak baik.....hahahhahhaha....zah gelak besar bila aku cite kat dia....cis!!!

5. ada gak orang-orang cakap( kebanyakan geng2 math), dorang kata aku playgurl...., sukati jeee...aku memang ramai kawan lelaki.....lantak la....tak caya, tnya cat, sodok, ayea,azli...sampai bro gigi kata, kdg2 aku boleh bertukar menjadi lelaki....dah tu budak2 nie boleh plak gelar aku"dr cinta"....cis siot!!! aku tak nak dengar n tolong korang baru tau!!!

6. hmm, aku tersangat-sangat sayang hubungan ASPIRASI USM....geng2 gagak hitam, rindu gile bile tgh wat program, dengan perangai masing2 yang gilak!!! dah tu main macam2 game....huhuhu, sekarang nie, dah tak boleh nak main game2 tu dah...banyak yang dah lupa....dah tu gaduh2.....walaupun gaduh, kami nie dah macam family, gaduh kejap je pun...lepas tu baik balik...biasa la...so, pada orang-orang yg tak faham...korang tak layak laa join family kitorang ok???

7. aku pun suka sederhana jugak.....tapi kdg2 gatal gak nak nampak cun...tapi bukan selalu pun, tgk function la kan?? kang kata tak kena tempat plak...faveret kaler pun berubah2, dulu suka hijau...sekarang, aku rasa kaler purple plak lawa.....tak penah setia bab2 kaler2 nie....

8. hah, aku memang kuat makan...tapi kurus jugak...sarah and dayah (geng matrik) selalu jeles ngan aku...dorang kata aku bela toyol bg kurus...hahhaa, kak miza plak cakap, aku stamina kuat, tu yg kuat makan...cik teh cakap, metabolisme aku tinggi....asyik2 lapo je keje aku....tak kisah la, dah Allah yang jadikan aku begini.....

9. suka ngan kasut....tapi bile dah beli dan sedap pakai kasut, kasut tu je laa yang aku pakai, walaupun ada kasut lain kat umah.... kdg2 sampai koyak, baru aku tukar lain....yang penting selesa....

10. dulu, niat...kalo belajar, biar jauh2...keje dekat2 umah je..sebab nanti leh jumpa geng2 reko balik...leh 'hang out' cam dulu-dulu...tapi sekrang memasing sibuk...ada gak yg dah kawin...so, dah tak kisah keja mana dah...ahh...kitorang dulu pun, siap penah plan nak dok serumah bila keja...tapi sashi, nadia tak abis blaja g...aku plak dah pindah umah, anis n alya nak kawin dah...aj n syam konfirm mak dorang tak kasi.....

11. lagi...aku mmg niat nak futher study jugak...tapi duit tak dak laaa...ada sesiapa nak sponsor?? hahhaa....yg penting, lepaskan adik2 aku dulu...oh ya, nak sambung study, tapi lari dari degree math aku...leh tak?? hehehe...tak kena ngan jiwa laaa....

12. menda yg paling sedih, kehilangan power ranger merahhhh...upsss...i promise to myself not to talk or think 'bout it...ok thats it!!

13. love sgt nak lepak2 kat kedai mamak...kalo kat sini, lepak kat impian maju fasa 4, tak pun lepak kat village view baru kat bangi, kat penang, khalel laaa.....lepak, borak, ngutuk orang, gado2, meluah rasa, gosip member2, isu2 negara.....sampai ke pagi...tapi sekali sekali leh laa....

14. walaupun dah setahun lebih tinggalkan usm, boleh katakan 3 bulan sekali, aku akan balik ke usm...kenapa??? entah, sebab USM BEST!!! tapi nanti, junior2 yang kenal nie dah tak de.....best lagi tak ek?? ermmm....

15. setiap kali orang tahu aku degree math, dorang akan cakap "kenapa tak jadi cikgu??"...sampaikan aku bosan nak menjawab..."perlu ke, budak math jadi cikgu???"...maaf, buat masa ini, aku tak berminat nak jadi cikgu...bukan apa, aku tak de konfident nak ngajar org, dah tu, masa kat sekolah, aku mmg jahat, tak caya tnya bebudak reko...orang kata, balasan tuhan nie kejap je dah dapat...kang aku plak yg pening melayan kerenah anak murid aku....kalo cikgu tuisyen ke, aku leh consider lagi la.....serius!! orang kata aku berlagak, bukan...aku memang tak konfident dan kurang sabar...tnya adik aku camne aku ajar die....hahahha....so, aku tak nak nyusahkan anak-anak bangsa sendiri....buat masa ini la, esok lusa, tak tahulah kalo Allah nak bukakan hati aku kan.....satu lagi, serius!!! tu bukan bermakna aku denied kerjaya seorang guru ek?? malah aku sgt tabik, orang2 yang jadi cikgu ini....cuma aku memang tak setuju, bilamana ada orang2 tertentu yang berkata " jadi cikgu la senang, keja pun kejap je....lagi pun sekrang tak de keja...jadi cikgu la....konfirm senang dapat..." bagi aku orang-orang inilah yang merosakkan profession perguruan dan pendidikan....bukan niat nak ngaja orang, tapi niat nak dapat keja n senang hidup....huh!!!

16. hah, aku mmg addicted nescafe...budak2 ofis pun dah paham...dulu, masa kat kafe tekun, cik teh paling tension ngan aku, bila die jadi tukang beli air...sebabnya air aku paling panjang nak sebut "nescafe o suam kurang manis"...yg lain, nak minum apa?? "sirap!", "teh tarik","teh o ais"...kesian cik teh...abg kafe kat ofis nie pun, dah paham, kalo aaku g tempat die, die dah siap bancuh, tak yah aku nak sebut2...bagus abg tuuu...

17. geng2 reko cukup bosan ngan aku bila aku bukak cite politik....heh, bab nie kena bukak cite ngan geng2 gagak hitam gak best...n geng2 "wak lu" kat ofis nie....

18. aku ada adik beradik yg ramai-12 orang, aku dok tengah...anak yg ke-6..atas aku sume abg...kiranya aku sulung perempuan...ada 5 orang abg, 4 adik lelaki, 2 adik perempuan...masa mak n abah aku baru ada 10 org anak, aku je sorang perempuan...tu abg aku kata, aku selalu ngada2 ngan abah aku...nasib laaa....

tu je la.....aku dah tak de idea....dan aku pun tak nak tuju kat sape2 la menda tag nie, sape rasa nak buat-buat la ye.....

Read more...

Monday, January 12, 2009

Its Time To Let It Go....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

10 Januari 2009 bersamaan 13 Muharam 1430M, jam 6.15 petang, akhirnya aku menerima pesanan ringkas dari dia. selama hampir 11 bulan dia mendiamkan diri, rasa bersalah menyelubungi aku, bermacam-macam cara aku lakukan agar dia membuka mulut, alhamdulillah akhirnya.

walaupun dia tidak menjelaskan sepenuhnya, dia memberitahu aku apa sebenarnya yang berlaku...perasaan aku?? selama ini aku membayangkan sesuatu yang kejam atau lebih dasyat, tapi kenyataannya menjadikan aku kaget, bukan kerna aku mengambil remeh perkara tersebut, tetapi ia memeranjatkan aku...inikah sebenarnya yang terjadi?lantas aku berfikir, aku yang tak menghargai dia, atau dia yang tak menghargai aku?? apapun, aku hormati keputusannya...

andai ada perkataan lain yang lebih utuh dan bermakna selain dari sahabat sejati, aku kira itulah perkataan yang paling tepat menggambarkan hubungan kami. dulu, boleh katakan saban hari kami berhubung melalui pesanan ringkas, seringkali dari bangun pagi hingga malam hari.bermacam-macam perkara, isu, kisah, cerita suka, duka, lara, gembira, kecewa kami kongsi bersama, dan aku menganggap hanya dialah insan yang paling rapat dan tahu segala kamus hidup aku...dulu, kami juga sering berbalah, yang utamanya tentang perjuangan kami yang berbeza, sampaikan akademi fantasia juga menjadi isu perbalahan kami. aku tahu dan sedar, kerna dia sering memarahi kedegilan aku, yang selalu memikirkan tentang perjuangan aku tanpa memikirkan diri sendiri, aku masih ingat lagi, aku katakan pada dia, aku tak mampu dan tak sanggup tinggalkan perjuangan ini, kerna terlalu ramai orang yang berjasa pada aku dan terlalu banyak perkara yang aku peroleh dari perjuangan ini. katanya, sepatutnya dari awal lagi, kita tak sepatutnya berada di landasan ini. dahulunya juga, aku kira sudah menjadi kebiasaan pada kami untuk melakukan serangan peribadi, yang sering kami tafsirkan hanya sebagai gurauan...perli-memerli sudah menjadi rutin, memang benar, ada kalanya, aku atau dia akan terasa, namun, kami masih terus berhubung...

kebisuan dirinya 11 bulan lalu, benar-benar membuatkan aku rasa kehilangan, aku hilang teman berbicara, berkongsi cerita....namun, kenyataannya kelmarin, bahawa sepotong ayat dari aku, tidak aku sangka akan menjadi tembok pemisah antara kami...penerimaan aku?? secara jujur aku, sukar untuk aku terima sepenuhnya...bukankah perkara itu telah aku katakan setahun lebih yang lalu, mengapa dia hanya mendiamkan diri setelah kami membincangkan perkara lain?? mengapa sekarang?? bukankah memang begini cara kita?? atau ada perkara lain yang terjadi sebenarnya, dan kenyataan itu hanya dijadikan alasan??

u know, i never meant what i'm saying, just like before, but why now?? im sorry, its just missunderstood, but i know if im try to fix it, u wont listen anymore...maybe u just forget that im so glad and thankful when u got the job, i always support u...and now, u said that i DENIED UR COMMITMENT??? erk....of course IM NOT, im so glad because finally, u love ur job....

baiklah, mungkin saya tak layak menerima sebarang penghargaan...mungkin memang benar salah saya, saya minta minta maaf setulus hati saya , cuma apa yang paling saya kesalkan, u just forget everything that we've been through together....i always thought, ur the one who will alwalys support me, maybe im just wrong...i never hope u will read this, because i know u wont...and ITS TIME TO LET IT GO, just like u ask...

thanks for always be there for me, insyaallah, i will remember and appreciate the things u do for me and im sorry for everything....

this is the quote u gave me..


Wajah tak menterjemah rasa,
Gerak tak meghurai nada,
Luka dibalut serbuk kaca,
Hati meronta tanpa untaian bicara.

Luluh semangat di jiwa,
bercambah duka dan lara,
Mahalnya gelak ketawa,
Hati terus mengemis seloka.




(remember the song we sing together?? and the song u gave me when u quit ur master?? its become real.....)

p/s: saya bukan kecewa kerana tak dihargai, tapi, saya sangat kecewa, awak buang segalanya...saya sangat kecewa....

Read more...

Wednesday, December 24, 2008

Colmar Tropicale

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Minggu lepas, kami satu bahagian telah mengikuti bengkel penyedian dokumen ISO dan sasaran kerja tahunan (SKT) di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang.

nak dijadikan cerita, bengkel ini memang seronok kerana dasarnya yang santai dan dapat mengeratkan hubungan sesama kami. Dan ini adalah kali pertama aku mengikuti program berkursus atau lebih tepat seperti hari keluarga bahagian ini...hehehe...

bengkel ini memperkenalkan aku dengan geng2 unit sukan yang memang gila bersama bosnya dan juga salah satu tempat peranginan yang popular di Malaysia...yeahhh..





selepas ice breaking (ramai pegawai tak de lagi time nie...)



malam tournament bowling




jenjalan time....

Read more...

Monday, December 15, 2008

Syurga Baru....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

kata orang, rumahku, syurgaku....ye laaa...

Al-kisahnya bermula begini, semalam, balik dari seminar AUG, aku hantar sistem pesanan ringkas kat adik aku, tanya siapa ada di rumah, minta ambik aku di ofis. adik aku balas " rumah mana??"...aku balas.."erk, umah mana?? 2-2 la"...dia tak balas, aku menghadap komputer sekejap...lalu aku call,
"ada mana??"
"umah sg. merab (pinggiran putra)...tadi mandi"..
" siapa ada kat sana?? soh amik aku kat ofis...siapa ada kat umah kajang??"
" mana ada sesiapa...suma dah pindah sini..."
"erk....aku terkedu.." (arghhh....)

abg aku yang jemput...masuk umah 'baru'...erk...
rasa berperang ngan diri sendiri....

malam tu, kami semua keluar makan malam....
tibe2 adik aku yang baru lepas SPM bersuara,
"kak, ko pasang streamyx la kat umah. Aku bosan giler, kalo kat kajang, leh gak aku kuar carik keje...kat sini tercongok macam orang gile"

"hahahha, ko dok la kajang ngan abang....ko minta la kat mak, mak yang soh pindah...."

sebenarnya sebelum aku ke seminar, mak kata nak pindah barang separuh dulu...lepas krismas baru pindah semua....aku balik, erk....ala, sedihnya....

malam tadi juga, abah aku ala-ala 'protes'. katanya, ramai orang2 surau n taman bising, pindah tak bagitau n pelik kenapa tiba-tiba kami pindah....(sebenarnya bukan tiba-tiba, rancangan dah lama, tapi kami semua berjaya menghalang mak, tapi kali ini gagal....huhuhu)


dan al-kisahnya bersambung......

hari ini, aku keluar rumah lambat nak ke ofis, 1st time dari rumah 'baru'...dan aku SESAT...
huhuhuh....sib baik aku familiar gak jalan2 kat putrajaya nie.....huhuhuhuhu


p/s: selamat pengantin baru NOON @ nurfitri, maaf aku tak dapat hadir ke majlis persandingan ko...apapun tahniah....erk, aku juga masih belum inform geng2 west n reko aku dah pindah....minggu depan sajala aku lepak sana.....nasib baik abg still dok sana...

Read more...

Friday, December 5, 2008

Kenangan...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

pertamanya, aku ucapkan tahniah pada "geng-geng" baru yang telah pun memasuki dunia blog ini...semoga kita dapat berkongsi buah fikiran nanti....

keduanya, kelmarin, Kak Jah, HEPP USM call aku, minta tolong, kalo-kalo aku masih simpan surat jemputan menjadi Fasilitator Jati Diri Matrikulasi daripada HEPP...nak salinan, sebab school Math minta...heh, Timbalan Dekan kami yang baru nie agak tegas orangnya, tapi aku kagum juga, sebab beliau sering ambil berat pada pelajarnya....

maka, semalam aku pun bukalah koleksi kotak2 simpanan aku, apa yang aku cari, tak jumpa (maaflah Kak Jah, entah mana perginya)...tapi lain pula yang aku jumpa...simpanan gambar2 yang lalu...huhuhu, lama juga aku merenung koleksi gambar itu....dari zaman aku sekolah menengah, matrik hinggalah di USM....aku kira, koleksi gambar aku yang dah diprint, paling banyak ketika aku di Matrik...Matrikulasi Perak...dengan teman sebilik yang "satu kepala". Memang kenangan yang sangat menarik, maklumlah Gopeng waktu itu tiada apa2 untuk meghiburkan diri...kami hanya menghabiskan masa di bilik dan kawasan Matrik...dan ada satu perkara yang aku belajar ketika di Matrik. teman-teman tutor dan kuliah aku ketika itu kebanyakkan "skema"...Mula-mula melangkah masuk tutor aku dah garu kepala...dah la aku jenis "gila-gila" waktu di sekolah dulu.....tapi sangkaan aku meleset, kerna minah2 dan mamat2 yang aku sangka "skema" ini, rupanya, lebih banyak idea untuk mengenakan orang...hinggakan kami sebilik, pening dan berusaha bersungguh-sungguh mencari idea membalas "serangan" mereka..., boleh dikatakan setiap minggu, kami akan mencari idea mengganggu kehidupan orang lain...

aku "tabik" pada geng2 "skema" ini, waktu bermain memang dasyat, tapi waktu belajar, memang dorang belajar dengan tekun...aku masih ingat lagi, geng bilik sebelah kami, penuh dengan wall paper nota2...dan menjadi kebiasaan aku, kalo aku dah pening dan sebelum aku ke dewan exam, aku akan ke bilik dorang untuk "review" apa2 yang patut.

gambar-gambar di Matrik, kebanyakkannya gambar2 aktiviti kami sendiri dan gambar berposing...tapi gambar di USM, banyak gambar ketika aku melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti Desa dan Universiti...Bezanya, ketika di USM aku banyak menghabiskan masa mengikuti pelbagai aktiviti dan aktiviti inilah yang mengeratkan hubungan geng2 kami...hanya apabila otak menjadi tepu, kami menghabiskan diri di Bowling dan Wayang di Bukit Jambul...dan Khaleel menjadi tempat lepak kami...aku lebih kerap ke "berfoya-foya" setelah aku habis belajar dan ketika aku bertugas di USM.

erk...aku tak berniat nak tulis panjang pada entry ini sebenarnya, terlanjur pulak....sesungguhnya, aku rinda zaman belajar aku...bila agaknya aku akan alami lagi waktu ini...waaaa.....

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP