Showing posts with label pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label pemberitahuan. Show all posts

Thursday, October 9, 2008

raya...jalan raya...pilihanraya...pemilihan umno...pilihan anda, bank rakyat...

bismillah....

apa yang cuba aku merepak pagi-pagi nie? heh, semalam rakyat Malaysia dah pun mengetahui keputusan orang no1 Malaysia yang tidak akan mempertahankan jawatannya pada Mac ini...mungkin ini pak lah rasa ini adalah pilihan yang terbaik untuk rakyat Malaysia...kan bagus kalo semua orang fikir untuk kebaikkan bersama...hmmm

sekarang pula, mesti ramai yang merancang, membuat andaian barisan-barian tertinggi kerajaan...kita tunggu dan lihat sajalah...

owh, esok pagi kamik suma mau naik belon, tapi, tak payah pesan apa-apa akkk....aku pergi nak berjalan, bukan nak beli barang untuk orang lain...ingat tu..kamik malas...

ok, nie nak kongsi gambar raya yang baru aku dapat...hehehe...selamat raya, samada hari raya, pilihan raya, atau berhati-hati di jalan raya....











Read more...

Thursday, September 4, 2008

Wahai Melayuku.....

Salam...

arghh, minggu yang sarat dengan timbunan kerja, ingat bulan-bulan puasa nie leh la rilek skit. tak pe lah, dah nasib jadi kuli..hehehehe, owh, aku mahu berkongsi sesuatu dengan semua. thanks kat Cat dan Zah yang beri aku sesuatu ini.....

paklah tertekan..
pembangkang menekan...
melayu same melayu bermusuhan..
cina n india bertepuk tangan...
nak takluk malaysia da lama dorang idamkan...
hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan. ..
cina ngan india dah jadik johan!

pkr mengganas...
anwar kuarkan idea 'bernas'...
orang umno hati panas...
mca n mic pandai nak kipas...
DAP tetap pilihan cina n india yang teratas...
dorang sokong PKR tu ader 'nas'...


pernah satu tmpt dimana ahli parlimen cina berkata...
saya luar saja BN..dalam hati DAP juga..
kenapa melayu buta mata?
gaduh je yang dorang suke..kenapa?
...nak tunjuk yang korang berkuasa?
padehal negara di hujung nyawa..
bumiputera dinafikan hak sekeras-kerasnya. ..
itu ke yang orang melayu suka?
demonstrasi sini sana...
bikin kacau bilau satu negara...

cina india duduk rumah gelak2 tgk brita...
betapa orang melayu pun dah tak sekuat mana..
mane melayu di masa muka?
anak cucu korang gak yang jadi mangsa..


di perak satu hal...
cina diberi tanah hak milik kekal...
di mana undang2 tubuh negeri perak tak pnh melakukan perkara sebegitu yg tak masuk akal...
skrg melayu yg rugi n tertinggal..
MB pun satu...rujukla org2 atau undang2 yang dah dibekal..
jangan buat keputusan yang tak masuk akal...
smate2 nak tunaikan janji mase plihanraye yg dah terlafaz..


cina india otak bijak..
skarang dorang sokong la PAS n PKR, lepas krajaan da jatuh,dorang akan pijak!


kalau anwar jadi perdana menteri..
jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...
sape yang akan mengganti?
ahli tertinggi PKR,cina dan india sedia menanti...
orang melayu yang bijak n pandai n yg kuat PKR kan semua dah kuar parti...
last2 cina india jadi perdana menteri..
hak melayu slama-lamanya dinafi..
di malaysia melayu jadi kuli..
cina india suke hati lagi..

ha melayu...nak sengih lagi?
ade hati nak demonstrasi lagi?
mase tu sape pun tak pduli
pade dorang...lbih baik mlayu mati..


skarang cina india tgh menanti..
paklah undur,najib jadi pengganti...
tapi bila najib jadi perdana menteri..
cina/india dah buat prangkap lagi...
najib akan terjerat oleh skandal sendiri...
time ni cina n india hentam najib sparuh mati...
hentaman ini akan berlaku dikala krajaan blom tetapkan penerus generasi perdana menteri...
krajaan pade mase itu takkan dihormati...
peristiwa 13 mei akan berlaku lagi...


ha melayu...gelak la lagi..
bergaduh la sesame sendiri...


tak mustahil org melayu malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...
disekat keistimewaan di mana2..
terabai seperti bangkai bernyawa..


SEDARLAH ORANG MELAYU...
TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..
TAK KISAHLA BN KE...PAS KE...
TOLONG LA BERSATU PADU..
NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...
TETAPI PASAL MARUAH BANGSA...
PKR TU BONEKA JE..
CINA INDIA SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...


TOLONG LA BUKAK MATE SKET!!!
TAKYAH LA NAK GULINGKAN KERAJAAN...
FIKIR LA SKET NASIB MELAYU..
DAH LA PEMERINTAH DAHULU PENAT2 NAK DPTKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU...
ORANG MELAYU ...NAME PUN TANAH MELAYU


OII... SEDARLAH SIKIT...
SAPE YANG NAK BELA MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU?
SAPE????????CINA N INDIA BUKANNYE NAK BELA ORANG MELAYU...
KORANG JE YANG TERHARAP2... MELAYU AKAN BELA MELAYU..
TAK KESAH LA BETAPA TERUKNYE DIRI DIER...
TERUKNYE PERSONALITI DIER..JAUH DI SUDUT HATI..
TETAP ADE RASE TANGGUNGJWB PD ORG MELAYU..
SEDARLA...FIKIR SKET ANAK CUCU...
JANGAN FIKIRKAN KITE JE...


TOLONG SEBARKAN PADA SEKALIAN ORANG MELAYU...

SLMTKAN MARUAH MELAYU....
UBAHLAH SEKARANG....
PAS ATAU UMNO ATAU PKR DAH LAA....
BERSATU LAAA ORANG MELAYU....


p/s: bak kata botak....hmm, melayu....


Read more...

Sunday, August 31, 2008

Selamat Hari Pembebasan....Malaysia

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51."Perpaduan Teras Kejayaan".


Apa maksud merdeka? rata-rata anak muda akan berkata,"bebas dari penjajah"...bebas?? betulkah kini kita telah bebas dari penjajah? bak kata nabil, lu pikirlah sendiri....

tadi orang tue gigi menghantar pesanan ringkas pada aku, bertanya kepada aku, tidak ada sambutan merdekakah tahun ini? kenapa? ada la brooo, cuma tak segempak tahun lau dan tahun-tahun sudah, kenapa?? sebab tahun ini rakyat Malaysia lebih banyak mengibar bendera parti dari bendera Malaysia sendiri. bermula hujung bulan Febuari lalu, dan berhenti sebentar selepas 8 Mac, kemudian mula semula pada 16 Ogos hingga kini barangkali. bukan saja di permatang pauh, dimana-mana saja ada kelibat bendera parti. Biru muda, Biru tua, putih-merah, hijau-putih...bermacam-macam. inilah gelagat rakyat Malaysia. Aku kira bendera-bendera ini akan terus berkibar sehingga Disember ini. Kalau tahun lepas, kita memperhabiskan duit mempromosikan Malaysia yang menyambut kemerdekaan yang ke 50 tahun separuh abad, tahun ini giliran mempromosi parti-parti yang ada di Malaysia. Nah, satu taktik pempromosian yang bagus bukan.

selepas separuh abad kita mencapai kemerdekaan, sudah ada idea untuk menterbalikkan bendera Malaysia, agaknya selepas tahun 2057, satu abad selepas mencapai kemerdekaan, apa pula yang terbalik.....

apa- apa pun, selamat menyambut hari kemerdekaan, semoga kita akan merdeka dan bebas dari segala anasir-anasir hitam, amin. oh, sebelum itu, hayati sajak oleh Tun Dr. Mahathir ini. salam..


PERJUANGAN BELUM SELESAI

sesungguhnya tiada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku di jajah,
tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsaku di hina.

air mata tiada ertinya,
sejarah silam tiada makna sekiranya,
bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda & dilupakan.

bukan kecil langkah wira bangsa,
para pejuang kemerdekaan,
bagi menegakkan kemuliaan & darjat bangsa,
selangkah bererti mara,mengharung sejuta dugaan.

biarkan bertatih,
asalkan itu yakin & cermat,
bagi memastikan negara merdeka & bangga terpelihara,
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

tugas kita bukan kecil,
kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar
dari bermandi darah & keringat menuntutnya,
lagilah pula apalah erti kemerdekaan,
jika bangsa asyik mengia & menidakan,
mengangguk & membenarkan
kerana sekalipun bangganya negara oleh makmur & mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negara sendiri
.

bukan kecil tugas meneruskan perjuangan kemerdekaan,
kerana rupanya mengisi kemerdekaan itu
lebih jauh sengsara,
bangsaku bukan kecil hati & jiwanya,
bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut,
mengembara, malah penakluk terkemuka?
bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang & peniaga,
selain menjadi ulama & ilmuan terbilang?
bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
menjelajah dunia yg tak dikenali,
bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,
yang tak mengenal erti takut & kematian?
di manakah silapnya bangsaku,
berasa begitu kecil & rendah diri?
apakah angkara penjajah,
lalu bangsaku mulai melupakan
kegemilangan silam,
dan sejarah silam membina empayar?
rupanya masih jauh & berliku jalan kita,
bukan sekadar memerdekakan & mengisinya,
tetapi mengangkat darjat & kemuliaan,
buat selama-lamanya.

hari ini,jalan ini, pesti semakin berliku,
kerana masa depan belum tentu menjanjikan Syurga,
bagi mereka yg lemah & mudah kecewa,
perjuangan mereka belum selesai,
kerana hanya yg cekal & tabah,
dapat membina mercu tanda
bangsanya y berjaya...!!!

Read more...

Wednesday, August 20, 2008

sembang-sembang dalam bas

salam...

apabila aku kata aku baru balik dari Penang, rata-rata semua bertanya, " kau pergi Permatang Pauh ekkk?"... hahhahaa, Permatang Pauh menjadi kawasan panas ketika ini, banyak kali aku menafikan, tapi ramai yang tidak percaya, terpulang laa....

namun, aku balik dengan bas tambahan, lewat sejam 45 minit, huh, dengan hujan lebat, kesejukkan, aku menunggu bas dengan sabar. akhirnya bas tiba jua, mungkin juga takdir aku, pak cik yang duduk disebelah aku peramah pulak orangnya. ikuti perbualan aku dengannya.

brape lamak mau sampai KL ya??

erk, lebih kurang 4 jam lebih. orang sarawak yek?

ya, saya baru ini, kali pertama sampai Penang. Pergi Permatang Pauh..

owh...untuk pilihanraya kecil ya...

ya..kami patutnya stay sampai 26, tapi kami bertiga terpaksa balik awal..ada hal perlu diselesaikan, dari Sarawak semuanya 12 orang...

owh...ramai jugak tuh...ada dapat tajaan dari parti ka??

ahha, semua ditaja, ini kami duduk di hotel penang, ramai, dari semua negeri...semua dapat duit dari parti..

erk, pak cik nie kira wakil dari sarawak la ya?

ya, saya ini seperti cawangan PKR di Sarawak,....

owhhh...ah, macamana dengan penamaan calon hari itu?

uisshh, ramai bangat, seumur hidup saya, tidak pernah lihat pilihanraya kecil begini..ini saya mau cerita sama kamu ya (aku angguk), BN tak mungkin boleh menang, di kawasan lain mungkin, tapi tidak di Permatang Pauh.

owhhh.....hebat ya, kiranya betul ke anwar menang, dia akan jadi PM??

itu belum tau lagi, menang memang pasti, tapi jadi PM kerusinya tidak cukup, kalau BN Sabah dan Sarawak jadi lompat parti, mungkin boleh....tapi itu bukan mudah...kamu tgk ya, pasal isu minyak saja, semua orang tak puas hati pada kerajaan. kamu tgk minyak di Sarawak cukup banyak, kenapa perlu jual di negara luar?? lepas itu naikkan harga minyak?? kan kita ini kaya dengan minyak....

(aku tak mahu ulas sebarang isu yang dikeluarkan oleh pak cik itu, aku hanya mahu bertanya, untuk korek maklumat, isu minyak bagi aku sudah ketinggalan).....

owh....habis kes die liwat itu betul ka?? pak cik percaya??

mana mungkin....kamu percaya?? (aku angkat bahu...) mana mungkin laaa... PM akan buat begitu ka??(PM??? erk....)... itu semua kerja orang UMNO...pemimpin macam dia tak kan buat kerja macam itu laa....kamu jangan percaya dengan semua surat kabar itu...(die tunjuk utusan atas riba aku)....semua tak boleh percaya, kamu boleh baca, tapi jangan percaya sangat...dalam 10 ya, hanya 2 saja boleh percaya, yang lain saja mau tipu masyarakat

hmmm...hah, kata semua cawangan datang sini, parti bagi duit ya.....agaknya, mana anwar dapat duit nak bertanding?? parti dapat duit dari mana??

mesti la ada orang yang taja...

siapa?? dari amerika?? betul ka die agen amerika???

agen amerika?? tidak laaa....saya rasa mmg die dapat duit dari luar, tapi bukan dari amerika, mungkin dari negara-negara islam yang lain...orang-orang Arab semua mau Anwar jadi PM...

erk...(aku mula mendiamkan diri, lagi-lagi pakcik tu dah mula mengendeng-ngendeng lebih kat aku....aku makin rimas...)

kamu sudah bekerja??

erkkk...belum...

marilah cuba2 datang sarawak, mungkin saya boleh tolong kamu carik kerja....

(hmmmm...)

saya bagitau ya, kalu kamu belum masuk politik, lebih baik jangan masuk...politik itu kotor, sangat kotor....lebih baik jangan....

aku senyum saja, akhirnya kami mendiamkan diri, die tido, aku pula layan cerita HULK, yang dipasang orang bas nie....

p/s: kalo benar politik itu kotor, bagaimana dia boleh jadi kotor?? semua gara-gara nafsu bukan???

Read more...

Friday, August 1, 2008

ketuanan Melayu...

salam,
sehingga hari ini, 1 Ogos 2008, orang ramai masih lagi memperkatakan tentang KETUANAN MELAYU?? bermacam-macam pendapat aku dengar....dan aku kira masih lagi ramai yang tidak faham konsep "ketuanan melayu" itu sendiri, yang paling sakit hati bila orang melayu sendiri yang tak faham dan kata sekarang zaman dah berubah, buat apa nak ada hak istimewa lagi?? semua orang perlu keadilan, perlu diberi hak samarata....apa sebenarnya maksud "samarata"?? kalau aku bagi kucing aku makan frieskies, perlu ke aku bagi kucing jiran aku makan frieskies jugak??

bagi aku orang-orang ini memang buta sejarah dan buta hati...ketuanan melayu dan hak istimewa orang melayu bukanlah bermaksud kita nak tunjuk hebat, tapi ini adalah pengekalan warisan, melayu yang begini agaknya bila dah terdesak, baru nak sedar.. (maaf.... aku bukan nak kutuk bangsa sendiri, meh la kita sama sedar menyedarkan)

kalau semua perkara perlu "samarata", agak-agak kita juga perlu beri hak kerakyatan pada mat-mat indon, bangla, vietnam yang dah duduk kat Malaysia berpuluh-puluh tahun. mereka pun bagi sumbangan besar kat negara gak apa, sama seperti zaman kedatangan bangsa asing ke negara kita satu masa dahulu kan?? bezanya, bangsa asing ini, dipaksa ke negara kita oleh British, mat-mat indon, bangla ini sukarela datang ke Malaysia, aku kira mat-mat indon dan bangla nie lebih bersemangat patriot kalau diberi kerakyatan, dorang yang suka datang sini maaaa.......

p/s: aku bukan seorang yang extreme racist, (betul ke aku eja nie??), tapi semangat perkauman itu perlu, kata orang "sense of belonging",....

Read more...

Wednesday, July 16, 2008

Mari Berdebat



Salam....oh, dah nak berhabuk papan keyboard nie, atau lebih tepat, blog ini...hehehehe...

dua tiga hari ini semua sibuk memperkatakan tentang DEBAT antara Penasihat Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan tajuk , "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Datuk Seri Anwar membawa usul, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan hari ini, harga minyak kan turun 50 sen dari harga sekarang, bermakna penurunan sebanyak RM 2.20. aku tidak mahu ulas panjang tentang debat ini, aku kira ramai yang menontonnya, maka bermacam-macamlah pandangan dan ulasan yang telah dan bakal didengari. Yang pastinya, ramai tahu kebijaksaan DSAI dalam memberi ucapan dan hujahan,namun sebagai seorang manusia yang matang, bukan cara penyampaian yang penting tetapi isi yang disampaikan. Bak kata teman serumah aku yang merupakan seorang PTD, fakta yang diberikan oleh DSAI adalah tidak benar, erkkk??? aku tak mahu ulas....

tahniah kepada kedua-dua pendebat, ramai yang berkata DEBAT ini menunjukkan politik Malaysia mengalami kematangan...erk, mungkin selepas ini debat-debat seperti ini akan diteruskan andai ianya memberi kesan positif pada rakyat, biarlah rakyat sendiri yang menilai, opsss, bukan menilai siapa yang pandai berhujah tau....nilai la dari semua aspek...termasuk penyerangan secara peribadi...hahhahaaha...

Read more...

Tuesday, July 1, 2008

Cerita II

setelah malam pertama aku pekena nasi gorang cendawan khalel, malam kedua aku ngan bebudak nie lepak kat meja kuning sg. dua. lalu datang la penolong penggawa sebuah desa.....si sodok mengajak beliau join kami...

sodok-En H, nape tak naik-naik pangkat?? (sambil terkial-kial en H memulakan tazkirahnya)

En. H- apa yang membahagiakan hati??

semua ahli mesyuarat memblurkan diri,en H berbicara tentang hati dan akal, owh, aku pernah dengar tentang ini dari budak gemok temerloh suatu ketika dulu, lebih kurang sama hujahnya....

setelah Pak de, Wahab, Sapek dan Sodok meninggalkan majlis, (mereka memang nak larikan diri dari mendengar tazkirah...cis!!!)

En. H- saya tanya hang, (dok pandang aku), hang dah abis ngaji ka???

aku- dah...thn lepas saya grad..

En.H- hang menipu!!!! (aku terkedu)... kalau betui,saya nak tanya, apa itu sembahyang??? (aku terdiam....)macamana hang kata hang dah abis ngaji?? (erkkkk...)hah, kata semua dah graduan, meh habaq jawapan seorang graduan...

mulanya kami mendiamkan diri, takut salah cakap bila diasak, macam-macam jawapan keluar...

En H- sembahyang tu ada dalam rukun islam, kenapa RUKUN?? nie saya nak habaq, apa rukun sah nikah??? pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi, ijab dan kabul...betul??? (kami mengangguk)...kalau wali tak ada, sah tak nikah tu??? sama jugalah, kalau tak sembahyang, sah tak islam ???

seterusnya, kami hanya mendengar.....banyak juga yang dikatakannya sambil menyuap nasi sesudu sesudu (lambat plak nak abih...), nak tulis semua, aku ingat-ingat lupa...

En H- sekarang ramai orang yang khayal, apa maksud khayal??? macam niat kita nak buat karipap, tapi last-last kita buat kuih lain, sebab kita khayal, jadi tak kuih karipap kita tuh??? dalam sembahyang pun sama jugak laa....nie tgh dok baca al-fatihah, tapi otak dok pikiaq nak wat pa lepas nie...tu khayal gak namanya....banyak sangat menda remeh la nie, orang tak amik pusing.....padahal tang tu la yang penting....

la nie, orang dah tak takut kat tuhan, sebab tak da depan mata, macam hang la....dah keja kan??? (aku angguk)...kalo bos depan hang, hang takut x??? mesti hang rajin saja buat keja...tak penah curik tulang...cuba kalo bos hang tak da depan mata??? hah, macam-macam hang buat, siap kutuk bos hang lagi....sama la, manusia nie die tak nampak tuhan depan mata dia, tu la depa tak takut...macam-macam depa buat....cuba la kalo Allah tu bagi balasan kat dunia time tu
jugak, mesti depa takut....tapi Allah maha Adil, nak bagi peluang manusia nie bertaubat.....

aku - hmmm, betul, tapi hantu pun kita tak nampak jugak, ramai sekarang banyak takut kat hantu....

En H- hah, itu la....takut bukan pada hantu saja, banyak jenis takut nie, takat nak jawab exam, takut tak dapat keje...takut nak cakap depan orang ramai..padahal tu suma menda yang tak nampak kan???....bila dah tak takut kat TUhan, takut kat hanTU la....TU-han dan han-TU...manusia memang suka buat menda yang terbalik.....(errkkkkk....)

sebab tu la, saya mana kisah pangkat-pangkat nie, janji cukup makan, pakai, tinggai, cukup la.....kita nie, tak boleh habaq dah abis ngaji, sampai bila-bila pun ngaji tu tak abih (terkena sudah...)....hah, hang keja mana la nie???

kami tukar topik dan sempat bertukar nombor telefon bila En H tahu aku keja mana....siap minta tolong aku settlekan masalah kewangan baktisiswa desa dia lagi...erkkk...

aku lihat nasi En H dah habis, kami minta diri untuk pulang...sejam lebih jugaklah dengar tazkirah...tak pe, info nie beb.....

Read more...

Cerita I

aku telah berjaya memperoleh tiket bas ke penang di saat-saat akhir setelah aku buat muka seposen kat akak kaunter bas tu. aku dapat tempat duduk yang paling hadapan, betul-betul belakang driver bas...

memandangkan aku betul-betul happy sebab akhirnya berjaya juga aku naik bas malam tu, aku tersengih-sengih dan berharap dapat makan nasi goreng cendawan khalel secepat mungkin.lalu, aku berdoa dalam hati supaya driver bas nie, bleh pecut bas laju-laju....

sesampai di ipoh, driver bas, wat hal...sekejap-sekejap tepon driver bas yang lain, nak tau ada operasi tak malam tuh, aku berkata " siot btul la driver nie, cepat la skit....lapo nasi gorang cendawan khalel dah nie" tu pun dalam hati je....setelah berkali-kali tepon, driver bas mengambil simpang Sg Bakap, supaya tidak bertembung dengan operasi, hati aku berkata lagi.."cis, aku nak cepat nie, kesian gak kat budak yg nak berenti kat tol juru nie.....HUH!!!"

selepas keluar simpang sebelum masuk jambatan, mamat india sebelah aku nie bersuara kat driver

mamat india- ada operasi ka malam nie?? kasi susah driver ngan penumpang saja....

driver bas- hah, ye la...sekarang tengah banyak operasi la...you tau, kita punya bas, susah betul mahu lepas....itu bas tuut dengan bas tuut saja dapat permit, itu dorang punya kroni la....baik dengan itu Dato'N.....semua main kroni punya, macam nie susah la driver semua...

mamat india- itu macam ka??

driver bas- ya la, kami semua driver mau bikin persatuan driver bas juga, susah mau carik makan sekarang maaa...

driver bas lagi- you tau ka, sekarang pun banyak accident bas. ada banyak faktor bas boleh accident
1. sebab jalan, ada jalan yang tak elok
2. sebab lelaki-perempuan yang duduk dalam bas, bikin hal dalam bas, itu hari ar, saya tidur kat belakang, bas pegi singapore, dengar cuut-ciiit, cuuut-ciiit, last-last saya sound, mau bikin pun, jangan lebih-lebih la,orang mau tido, bising saja....
3. sebab driver mengantuk pun ya jugak...mau kejar trip
4. keadaan bas yang sudah tak berapa elok...

mamat india- owhhhhh....hey, you berenti depan nie hah...

conversation mati disitu....

dan akhirnya aku pun menukar persepsi aku dari HUH kepada owhhhh....

Read more...

Monday, June 30, 2008

Back To Work...

Salam....

wah, selamat datang ke ofis pada aku...heh, setelah mencutikan diri sendiri selama 2 hari...khamis, aku demam.... jumaat badan aku telah mula berfungsi, tapi aku mencutikan diri lagi dan bergerak ke bumi minden, itu pun setelah mendapat bebelan dari beliau,dan kerana aku memang seorang yang degil, aku menggagahkan diri dan meneruskan perancangan ke penang pada malam itu. alhamdulillah....berjaya jugak aku menyamar dan menyibukkan diri bersama budak-budak PPMS...hehehehe..thank pada kawan apit yang telah mengurangkan perbelanjaan lunch kami di Kenny Rogers...nie baru namanya kawan, bak kata abg G...

oh, sepanjang 2 minggu ini, banyak maklumat, ideologi dan doktrin-doktrin baru yang aku peroleh. 2 minggu yang penuh bermaklumat dan berperang dengan sistem daya tahan badan sendiri.hari ini, otak aku tepu sekejap, dan memandangkan terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan, aku tangguhkan pengalaman perjalanan sepanjang 3 hari 2 malam di bumi minden serta perkongsian maklumat yang aku terima. nanti ya......oh, aku juga masih menanti salinan maklumat dari abg G...

Read more...

Wednesday, June 25, 2008

Selamat Datang....

Sabtu, 28 Jun, bermulalah kehidupan mahasiswa baru sidang akademik 2008/2009....Tahniah dan syabas kerana daripada puluhan ribu permohonan, anda adalah antara pelajar yang layak menjejekakan kaki di bumi Minden ini. aku tidak mahu bercakap panjang, cuma mahu berkongsi maklumat dan peta ini yang aku peroleh dari sebuah laman web.

(sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas)

Petunjuk:
RST-Desasiswa Restu, Saujana, Tekun

DUP-Dewan Utama Pelajar

(Dewan peperiksaan A, B, C, D)

IK-Desasiswa Indah Kembara

AD-Desasiswa Aman Damai

JK-Jabatan Keselamatan

BP-Desasiswa Bakti Permai

FH-Desasiswa Fajar Harapan

CG-Desasiswa Cahaya Gemilang

PHS1-Perpustakaan Hamzah Sendut 1

DTSP-Dewan Tunku Syed Putra

POS-Pejabat Pos

Eureka- Bangunan Eureka

PHS2-Perpustakaan Hamzah Sendut 2

PB-Pusat Bahasa

HEPP-Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar

XY-Dewan Kuliah X, Y

S-V-Dewan Kuliah S, T, U1, U2, V, W

G-R-Dewan Kuliah G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R

SK-Dewan Kuliah SK1, SK2, SK3, SK4

ABC-Dewan Kuliah A, B, C

DKZ-Dewan Kuliah Z

DEF-Dewan Kuliah D, E, F

$-ATM Bank

+Pusat Kesihatan

1-17-Perhentian Bas


mungkin berguna sepanjang Minggu Suaikenal nanti....oh ya, atau untuk peta-peta lain di USM silalah klik disini

Read more...

Thursday, June 19, 2008

Percaya...Tak Percaya...Percaya... Tak percaya...erkk...

Supriseee....

Kejutan yang ditunggu oleh rakyat Malaysia barangkali sudah terjawab... petang semalam,parti kompenan Barisan Nasional dari Sabah yang kononnya akan keluar dari BN, telah mengeluarkan kenyataan. Parti Maju Sabah (SAPP) telah membuat kenyataan untuk mengemukakan usul undi tak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen, isnin ini.kita tunggu dan lihat sama-sama ya....

owh, agak-agak betul atau tidak tindakannya itu??? aku kurang pasti.... ada peguam atau wakil undang-undang yang ingin bersuara selain ahli politik???

pagi ini pula, Timbalan Presiden SAPP, Raymond Tan mengeluarkan kenyataan keputusan SAPP itu tidak sebulat suara.


aku kira rakyat Malaysia tidak perlu cepat melatah, ye la, bukan saja di Malaysia, di Thailand juga akan ada usul undi tak percaya.

nah, senario hari ini bukan...

p/s: aku pun nak buat usul juga la, asal usul negara kita...boleh buat undi tak??? erk aku merepek lagi....

Read more...

Selangor Negeriku II


Salam....

Hari ini hari khamis, esok hari jumaat, lusa hari Sabtu, lepas tu ahad, kemudian isnin, selasa, rabu dan kembali ke khamis....erk, apa aku merepek nie...heh, itulah putaran dunia...saja buat intro ntah apa-apa

ya, aku memang anak jati Selangor...... oh, aku senaraikan lagi keistimewaan rakyat Selangor kini

20 Jun 2008, genap 100 hari Pakatan Rakyat memerintah. Ada sambutan, dah tentunya..., korang pun sambut besday tiap-tiap tahun kan??? erk, sambutan apa yee...

Antara program yang dirancang sempena sambutan yang bermula pada 18 Jun hingga 22 Jun ialah perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Pilihan MB dengan Veteran Selangor di Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (18 Jun, 8.00 malam), solat maghrib, bacaan yassin, tahlil dan solat sunat hajat di semua masjid, surau dan madrasah (19 Jun, 7.30 malam), temuramah eksklusif dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Astro Awani (19 Jun, 8.00 malam), gerai jualan dan pameran dagang di Stadium Shah Alam (20 Jun, 9.00 pagi-12.00 malam), solat maghrib, tahlil dan solat sunat hajat di Stadium Shah Alam (20 Jun, 7.30 malam) dan ucap tama Dato’ Menteri Besar di Stadium Shah Alam (20 Jun, 9.15 malam) serta ucapan daripada tetamu jemputan antaranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dan Lim Kit Siang.

best woooo jadi rakyat Selangor, siap ada konsert yang penuh kontroversi lagi, nasib baik ada Sultan..
oh, Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)juga akan dilancarkan.fasa pertama MES meliputi Tabung Warisan Anak Selangor, Tabung Permodalan Warisan Sumber Asli Negeri, Tabung Dana Takaful Warga Emas dan Hadiah Pelajar IPT. owh, Negeriku Negeri Berkebajikan. berita penuh disini.

apa lagi ya...esok hari jumaat bukan??? ah, dapat beras percuma lagi.....yeeeaaa...

owh kami juga akan ada pahlawan terbaru, pemuda kahfi

bangga bukan, jadi rakyat Selangor. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan sambutan ini, nie asyik-asyik jom heboh, busan la....

p/s:20 hb??? alamak,aku tiada di negeriku Selangor, ciss...aku wakilkan korang semua ya...hahaha

Read more...

Wednesday, June 18, 2008

Dulu, Kini, Selamanya

Assalamualaikum wbt

oh, sistem imun aku kurang berfungsi semenjak, dua tiga menjak ini...huh, aku memang perlu beriadah di luar rumah dan bukannya hanya di katil...ya, bilalah aku nak berubah!!!heh...


oh, aku ingin sambung niat aku yang tertangguh...PPMS (Pembimbing Pelajar Minggu Suaikenal)....yap, kalau anda adalah budak atau bekas budak USM dan tidak kenal apa itu PPMS, anda tidak layak menjadi warga USM..hehehehe(suka-suka hati meletakkan hukum, inilah masalah manusia sekarang...erk)..
oh, hari ini hari ketiga kursus fasa 1 bukan?? ya, cuma tahun ini aku tidak berada didalam sistem, aku kini berada diluar, tapi itu bukanlah alasan untuk tidak ambil tahu tentangnya, apatah lagi baru setahun meninggalkan alam kampus, lainlah kalau dah 7-8 tahun keluar dari kampus...heh!!

sebenarnya aku ingin berkongsi pengalaman setelah 3 tahun berada dalam sistem PPMS ini, apa itu PPMS? PPMS adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu pihak universiti dan pihak terbabit seperti PTPTN dan pelajar tahun satu semasa Minggu Suaikenal yang berlangsung selama seminggu.Namun, peranan yang dimainkan oleh PPMS bukanlah sehingga tamatnya Minggu Suaikenal, tetapi ianya berteruskan sepanjang sidang atau sepanjang anda pernah bergelar PPMS. Sehingga kini, aku masih lagi mendapat pesanan ringkas daripada junior yang bertanyakan masalah berhubung universiti atau pusat pengajian. Nah, peranan PPMS itu bukan habis situ saja bukan?? terpulang pada individu yang memahami peranan PPMS itu sendiri, kerana PPMS adalah DULU, KINI DAN SELAMANYA.....(erk, berlagak pulak!!)

Dua minggu sebelum bakal pelajar USM menjejakkan kaki ke kampus, bakal-bakal PPMS ini telah pun berdaftar di kampus masing-masing untuk memulakan kursus. kursus fasa pertama selama 5-6 hari di luar kampus, lebih menfokuskan pembinaan jati diri dan kerjasama antara pasukan. didalam kursus inilah, ketiga-tiga kampus iaitu induk kejuruteraan dan kesihatan akan duduk sedewan, sekumpulan. tidak dinafikan cara ini banyak membuka minda dan ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat tentang kampus lain, serta pengalaman PPMS yang terdahulu. sekurang-kurangnya, di waktu inilah kita dapat kawan baru yang berlainan kampus. oh, masa yang ditunggu-tunggu waktu fasa 1 ini, tentulah di malam persembahan dan makan malam bukan?? setuju?? angkat kaki....heh

selepas tamat fasa 1, semua bakal-bakal PPMS akan pulang ke kampus masing-masing dan diberi rehat selama sehari sebelum memulakan fasa 2. di waktu inilah, kami semua mengambil kesempatan untuk berfoya-foya ke BJ untuk menikmati wayang atau bowling, oh, dan menikmati waktu sunyi didalam kampus, kerna selain PPMS, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan berada di dalam kampus ketika ini. fasa 2 lebih fokus kepada mendalami ilmu tentang pentadbiran univesiti, seperti perpustakaan, unit sukan, keselamatan dan sebagainya. ketika ini, ada juga sesetengah PPMS yang baru pertama kali bersemuka dengan Pengarah Kesihatan atau Keselamatan atau TNC HEPP sendiri, nah, pengalaman baru bukan??

di fasa 2 ini juga PPMS akan mengetahui dimana mereka akan ditempatkan, aku hanya menceritakan tentang kampus induk, kerna aku bertugas di induk. tidak puas hati kerna ditempatkan di tempat yang bukan pilihan adalah perkara biasa, sebagai PPMS yang secara zahirnya adalah sukarelawan, PPMS patutnya sudah bersedia untuk ditempatkan di mana sahaja. ya, aku setuju.... lain tempat, lain pengurusan, kerna di waktu inilah kta perlu berurusan dengan pentadbiran desasiswa, ada desa yang menyediakan pelbagai kemudahan, ada pula desa yang "kedekut" dengan pelbagai alasan. erk, bagi aku mudah saja, andai kita pandai berkompromi dengan pengurusan desa, maka mungkin ada habuan yang boleh kita peroleh..heh!!!

di fasa 2 ini jugalah PPMS akan berdebar-debar dengan pengumumkan jawatankuasa tertinggi PPMS, jika nasib baik, peganglah jawatan di induk, jika tidak duduklah bertugas di desa. namun, kedua-duanya tetap sama, elaun yang diberi pun sama....erk, bezanya bebanan tugas yang bakal dipikul, PPMS bukan mengharapkan habuan bukan?? hehehe, bekerjalah dengan ikhlas.

panjang pula aku menaip, baru cerita kursus. ok sambung, setelah ditempatkan ke desa masing-masing, tugas PPMS telah pun bermula secra rasminya, disini lah PPMS perlu berhadapan dengan kerenah pengurusan desa. yang paling sakit kepala, dah tentunya penghulu besar PPMS.Malam sebelum menyambut pelajar baru, mesti ramai PPMS yang tidak akan tidur kerna berjaga menyiapkan kerja di saat-saat akhir dan juga kerna menyambut pelajar dari Sabah Sarawak atau selatan tanah air. Saat paling memenatkan tentunya sewaktu pendaftaran, namun barangkali kini semuanya menjadi lebih mudah, kerna pengambilan pelajar ijazah pertama yang saban tahun semakin berkurang. bayangkan semasa aku di tahun pertama kami seramai 24 PPMS menjaga lebih 1000 pelajar baru di satu desa, tapi di tahun ketiga kami seramai 33 orang menjaga lebih 800 pelajar baru. berbeza bukan?? tahun ini, aku tidak pasti jumlahnya. oh, dan saat-saat yang menghiburkan tentunya ketika 'walkrobic" dan majlis makan malam. ketika inilah PPMS sibuk memerah idea untuk mencari "cheers" terbaik dan bersaing dengan desa lain.erm....

pengalaman aku, tahun pertama, aku berada di Indah Kembara, tahun kedua di Bakti Permai Cak Aaaa Cak Aaaa(agak-agak tahun ini Bakti tukar cheers tak?? erk...) dan tahun terakhir kembali ke Indah Kembara bersama Penggawa baru. aku juga sempat merasa menjadi PPMS desa sahaja, PPMS MT induk dan PPMS BHEPP, alhamdulillah, aku rasa terlalu banyak perkara yang aku belajar dari PPMS ini. aku juga berpengalaman menjadi Pengarah Projek Baktisiswa MBB, pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan, berada dalam kawasan yang cukup "hijau". aku juga bersyukur, sepanjang aku di PPMS ini, senior-senior banyak membantu.

tidak dinafikan, PPMS sering juga mendapat cacian dari pelbagai pihak, bagi aku kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang, pernah juga aku dicaci depan orang ramai oleh seorang bapa yang hanya ingin berjumpa anaknya di DPA, sepanjang tahun, kena maki dengan ibu bapa aku kira perkara rutin, memang pedih, tapi jangan cepat menyalahkan mereka, mereka hanya risau tentang anak-anak mereka, walaupun caranya mungkin salah, tapi inilah lumrah manusia, tapi hati akan kembali sejuk bilamana ada ibubapa yang menghargai kita. Siap belikan makanan beb...heh....Ibubapa, yang datang adalah sebahagian komuniti yang berada di luar sistem kampus, segala rungutan mereka adalah biasa, namun cacian yang didengar didalam kampus, lebih membingitkan...ya, orang-orang ini hanya tahu mengherdik dan mengkritik, tapi tidak mahu sama-sama berada dalam sistem untuk membantu. pesan aku pada orang-orang ini, cubalah berada didalam sistem dan rasailah sendiri kenikmatannya. oh ada juga PPMS yang berada didalam sistem sendiri yang gagal jumpa "keistimewaan" itu sendiri, tak dinafikan ada juga PPMS yang tidak berpuas hati dengan seseorang atau tidak berpuas hati dengan "jawatan" yang diterima, maka menyalahkan organisasi PPMS itu. hmmm, aku bukanlah nak kata PPMS itu "perfect", kejayaan sesuatu organisasi itu bergantung pada pengurusannya. kalau tidak puas hati, luahkan saja dalam mesyuarat atau kepada MT, bukannya memburuk-burukkan PPMS. panjang lah pulak!!!

ok....kepada semua bakal-bakal PPMS tahun ini, lakukanlah yang terbaik, harumkanlah nama USM dan bersedialah fizikal dan mental menghadapai pelbagai kerenah pelajar, ibubapa, pengurusan desa, pihak BHEPP, pusat pengajian, PTPTN, apa lagi ya???
apa-apapun, semoga berjaya......oh ya, janganlah malu untuk meminta pertolongan dari senior ya, di saat inilah kita perlu belajar segalanya.dan akhir sekali, hayatilah saat-saat anda berada di dalam sistem ini, pasti jumpa "kemanisannya". tak percaya? joinlah geng-geng senior semasa berada didalam dewan dalam setiap slot....

SELAMAT BERPPMS....

p/s: insyaallah, aku cuba untuk berada di bumi minden sebelum pelajar baru masuk, doakan aku ya!!!
owh, malam esok, aku, mr amalm dan abg gigi akan ke johore, menjalankan tugas sampingan kami...heh, jom berjohore!!!

Read more...

Tuesday, June 10, 2008

Khabar pada Kawan



Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

p/s: oh, ini adalah salah satu lagu dan video kegemaran aku, sudah lupa mana perginya VCD M.Nasir ini. erk...kami sekeluarga memang peminat setia M.Nasir ya, cuma semenjak, dua menjak, tige menjak ini, aku jarang mengikuti perkembangan artis la...heh....oleh kerana pelbagai bencana berlaku kebelakangan ini, aku teringat lagu ini...muhasabah diri sekejap...hohoho...masa untuk tidurrrr...selamat malam semua..

Read more...

Monday, June 9, 2008

Serabut

salam....apa khabar semua..

ya, saja ingin beritahu, di rumah kami sudah ada penambahan ahli keluarga....opssss, bukan kami dapat anak sedara baru, tapi kami ada dua ekor kucing baru...hohoho, biasanya semua kucing kami diberi nama en.Meow, tapi memandangkan ada dua ekor kali ini, anak buah aku si Pipo beri nama "Onna dan Onni"..(ntah apa-apa punya nama.......aku masih lagi mencari nama yang sesuai untuk kucing-kucing ini...off topic






ah ya, ini adalah antara makhluk perosak di rumah kami.....en Pipo dan adiknya Dek Am





erk, sepanjang 2 minggu ini, aku sering didatangi Ultraman dalam tidurku....apakah maksud semua ini? adakah Malaysia akan diserang oleh raksasa?? oh, tidak!!! aku makin ribut...heh, aku memang rindukan Ultraman....ya, datanglah ko segera dihadapanku...hohoho!!! kata Nabil. " Nobita dan Doreamon tak datang ke Malaysia sebab kat Malaysia ada GIANT!!!" Ohhh, mungkinkah ULtraman tidak datang ke Malaysia sebab tiada raksasa??? ah...dimana nak cari raksasa?? aku serabut.....

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP