Lieliqs.Blogspot
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....
Ada satu sebab saya rasa saya perlu kembali berblog. eh! bukan sebab PRU nak dekat. Saya sedang memikir adakah post-post di dalam blog ini perlu disemakkan dengan post-post berbentuk politik? kehidupan seharian saya? atau hanya pengetahuan-pengetahuan am?
Ahh! taip saja apa ko nak taip liliq... yaa, itu yang sebetulnya..
Ya, satu ketika dulu memang saya aktif berblog. itu pun setelah dicabar oleh senior saya bilamana saya katakan PRU Malaysia yang ke 12 iaitu 2008 banyak bergantung pada blog, ketika itu FB dan twitter masih belum popular, saya juga dengan tidak segan silu mempertahankan pandangan saya, salah satu sebab BN jatuh 2008 adalah kerana "kelembaban" pihak kerajaan dalam memonopoli media terutamanya blog ketika itu. Maka, senior2 cabar saya untuk hasilkan blog ini. Setinggi penghargaan pada beliau yang banyak bantu saya dalam dunia blog ini.
Perkara yang menarik perhatian saya untuk berblog ketika itu adalah kerana "kerajinan mencari maklumat". Apabila timbulnya sesuatu isu, maka saya dan kengkawan blogger akan berusaha mencari maklumat bagi memasukkan fakta-fakta atau pandangan yang tepat dan menarik. Kami juga sentiasa berkongsi maklumat dan pandangan. Nah, sedikit sebanyak, blog ini memdedahkan saya pada kaedah ilmu yang baru.
Namun hari ini, saya dapati ianya sedikit berbeza.
1. Telah wujud medium-medium sosial yang lain yang telah pun melonjak tinggi popularitinya, facebook, youtube, twitter, instagram. Medium- medium ini juga berlumba-lumba mengupdated aplikasinya bagi memenuhi tuntutan pengguna.
2. Seperti biasa majoriti rakyat Malaysia malas membaca (persepsi??) Maka blog-blog semakin dipandang sepi. Hanya blog yang ada gambar, video atau entri2 lucah dan kelakar yang berjaya menarik perhatian ramai. Cuba kita tanya pada anak muda kini, berapakali dalam seminggu mereka baca suratkhabar? atau apakah pilihan utama mereka dalam mendapatkan info berita? media elektronik? media cetak atau media sosial?
3. Blog-blog yang ada masa kini juga seolah-olah berlumba-lumba dalam mengeluarkan maklumat. Siapa cepat updated, dia terar. Dan ini biasanya berlaku dalam kancah politik negara. Memang kita tak nafikan wujudnya kumpulan-kumpulan yang dibayar untuk membuat blog dan post itu.
Tanpa saya sedar juga sebenarnya banyak blog yang memaparkan kehidupan peribadi seseorang. Apa tujuan mereka? nak glamerkan diri? nak meluahkan perasaan? Kot-kot dapat jadi selebriti macam Hanis. Fuuuhhh... klas ko nyah!! Apapun tujuan mereka dan saya, semoga ianya tidak mendatangkan kesan negatif pada pembaca. Sebagai pembaca yang bijak juga, kita perlu sedar blog-blog ini bukan hanya SATU sumber yang ada. Maka. memperbanyakkan pembacaan itu diharuskan.Waaaa.. aku letak hukum plak!
Tujuan saya berblog? Saya suka mencari maklumat tentang sesuatu isu yang timbul. sebagai contoh, pencerobohan Lahad Datu, mungkin memang sikap saya suka mencari..saya meneruskan pencarian tentang sejarah kesultanan sulu, sebab atau objektif utama pencerobohan dan lain2... ( nampak poyo kan??)
Keduanya, setelah membuat pencarian, saya gemar meluahkan pandangan dan pendapat saya. Jika dulu kerja saya lebih banyak bersosial dengan orang ramai hinggakan hampir setiap malam/minggu saya akan berkumpul untuk bersembang-sembang dengan junior/senior/kengkawan, maka disitulah tempatnya saya meluahkan pandangan saya.
Ketiganya, buat masa ini, saya mempunyai masa untuk mengemaskini blog ini. Pernah satu ketika ada seorang sahabat menawarkan "sesuatu" pada saya jika saya aktif berblog. Saya cuba tolak dengan penuh hemat kerana bimbang terguris hatinya, saya katakan saya tak punyai masa. Beliau masih mencuba dengan minta saya hanya updated sehari satu post, paling tidak pun "copy and paste". Lalu saya katakan, buat masa ini itu bukan tujuan saya berblog, saya mahu menulis tanpa disekat oleh sesiapa dan menyekat sesiapa, saya berblog kerana mahu mencari ilmu dan mahu berkongsi pandangan. Bukan kerana mengejar apa-apa. Alhamdulillah, akhirnya beliau faham.
Saya juga tidak menjanjikan akan menempatkan blog ini dengan post atau sesuatu yang menarik. Cukuplah jika ianya sekadar memuaskan hati saya sendiri dan mungkin juga kata orang blog ini mampu jadi diari yang akan dibaca anak cucu kita pada masa akan datang. haaaaa.... dan akhir sekali ianya juga bergantung pada masa yang saya ada... heh!!
Sekian, buat permulaan....
Majulah Blog Untuk Negara
( P/S : Walaupun aku sedikit rasa blog ini da basi, manusia sekarang lebih suka ber V-Log di YouTube...!! Alahai nyah, muka mak tak berapa cantik nak masuk dalam Youtube tuuu...hahaha!!)
0 comments:
Post a Comment