Tuesday, September 8, 2009

Kisah Saya Pejuang Islam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....



Lama sungguh tidak menghidang blog ini dengan perkara-perkara yang serius...saya sebenarnya mempunyai sindrom akut yang agak serius..saya suka membeli buku, membacanya separuh jalan dan kemudian membeli buku lain yang saya rasa menarik..selepas 2/3 minggu / berbulan-bulan, barulah saya membuka semula buku yang ditinggalkan...hiskh..Hanya ada 3-4 buah buku yang berjaya menarik minat saya membaca hingga penghabisan tanpa membuka bahan bacaan lain. Buku ini salah satu darinya...

Saya bukanlah mahir atau lebih jujur mengetahui secara langsung fahaman2/ ideologi islam dinegara luar terutamanya Arab Saudi, Iraq, Syria, Palestin, UK, AS dan sebagainya. Namun buku ini membuka minda saya untuk lebih mencari / memahami fahaman2 yang wujud.

"Kisah Saya Seorang Pejuang Islam" hasil tulisan Ed Husain , seorang muslim warganegara Britain, ayahnya dari India manakala ibunya dari Pakistan Timur (kini Bangladesh). Buku ini mengisahkan keprihatinan Ed Husain yang bimbang akan penularan ekstrimis2 islam / gerakan politik islam yang semakin merebak di British. Sebagai seorang anak lelaki sulung, Ed Husain telah diasuh oleh kedua ibubapanya serta Datuk (seorang syeikh) menjadi seorang muslim yang sederhana / tradisional. Namun peningkatan usia remajanya telah dipengaruhi oleh fahaman islam ekstrimis.

Penglibatan Ed Husain dalam fahaman ini bermula apabila sesuai dengan pemikiran remajanya yang tercari-cari maksud disebalik negara islam yang tidak pernah diajar oleh ibubapanya mahupun datuk. Bertitik tolak daripada jiwanya yang kosong itu, beliau membaca buku Gulan Sawar. Pengenalan dengan seorang sahabat bernama Falik, Ed Husain mengenali YMO (Youth Organization Muslim) .
YMO adalah sayap pemuda Jemaatul Islami yang dipeloporkan oleh Mawdudi.Fahaman-fahaman ini meneru umat islam membentuk kerajaan islam secara total. Mengenali YMO, Mawdudi, Syed Qutb membuatkan Ed Husain meragui ajaran ibubapa dan Datuknya sehingga berlaku perselisihan antara beliau dan bapanya. Apabila Ed Husain melarikan diri daripada keluarga, menurut ahli2 YMO "itu adalah ujian daripada Allah". Ed Husain kemudiannya kembali pada keluarga apabila ibu dan bapanya membenarkan beliau melibatkan diri dalam pertubuhan YMO dengan hati yang berat. Fahaman2 ini mengariskan islam kepada 2 iaitu islam sebenar dan islam separuh. Hanya fahaman YMO, Mawdudi dan Syed Qutb adalah islam sebenar. Ed husain akhirnya menjadi Presiden YMO dan aktif dalam gerakan2 YMO. Kemudian, pengenalan dan perbincangan dengan seorang teman David, memperkenalkan Hizbut Tahrir kepada Ed Husain. Hizbut Tahrir lebih jelas memperkenalkan secara pragmatik negara khilafah yang sebenar. Kaedah ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain. Penemuan ini mengalih perjuangan Ed Husain dari YMO dan kemudiannya menjadi seorang yang berpengaruh dalam Hizbut Tahrir. Sepanjang penglibatan dalam gerakan-gerakan ini, pada masa yang sama timbul beberapa keraguan di minda Ed Husain apabila melihat kefanatikan ahli2 pertubuhan dan kepura-puraan yang dipamerkan oleh ahli2 Hizbut Tahrir yang pada masa itu dipimpin oleh Omar Bakri. Menurut Hizbut Tahrir 1. golongan lelaki dibenarkan melihat wanita tanpa pakaian sebelum mengahwininya untuk mengelakkan berlakunya penceraian, 2. Halal membunuh orang2 kafir/ separuh islam bagi menegakkan Islam sebenar dan menubuhkan negara Islam/ negara Khilafah.3. Minyak adalah pemberian Tuhan kepada umat islam, bukannya kepada orang Arab teluk semata2. Orang Islam adalah 'satu bangsa, dibawah satu Tuhan'. 4. terdapat ahli Hizbut Tahrir, meninggalkan solat atas dasar memperjuangkan negara islam lebih penting daripada solat apabila sibuk menjalani aktiviti pertubuhan. Ketika dunia masa kini sibuk menegakkan demokrasi, menurut gerakan politik islam ini, demokrasi adalah haram. Demokrasi adalah undang-undang ciptaan manusia, islam sebenar hanya berpegang kepada Undang2 Tuhan, maka penubuhan negara khilafah adalah wajib dilaksanakan. Ed Husain menyedari kesilapannya apabil berlakunya pembunuhan seorang warga Afrika oleh seorang ahli Hizbut Tahrir didepan matanya sendiri kerana pertangkaran kecil. Fahaman HIzbut Tahrir yang menghalalkan pembunuhan orang bukan Islam tidak dapat diterima oleh Eh Husain. Kemudian, beliau mengambil keputusan menjauhkan diri dari gerakan politik islam ini. Meningkat dewasa, bekerja di HSBC, Ed Husain mempelajari islam sederhana melalui ceramah-ceramah Iman Hanson dari Amerika, Melihat berlakunya kefanatikan materialistik di HSBC, Ed Husain tekad mempelari Bahasa Arab bagi menilai sendiri islam yang sebenar. Syria menjadi pilihan Ed Husain memperlajari Bahasa Arab. Di Syria Ed Husain mendalami siapa itu Nabi Muhammad S.A.W yang sebenar yang pernah diketepikan oleh Hizbut Tahrir dan menyenali syair2 Rumi. Kemudian Ed Husain menjelajah ke Arab Saudi sebelum pulang ke England. Selama berada di Arab Saudi, Ed Husain mengenali Wahabi. Ed Husain melihat sendiri, kedudukan orang islam di Arab Saudi dan bagaimana Wahabi melayan golongan ini. Tempat-tempat bersejarah di Arab Saudi kebanyakannya sudah dimusnahkan oleh kerajaan Arab Saudi. Ini bagi mengelakkan umat islam yang hadir 'menyekutukan Allah' / politisme. Menurut Ed Husain, Wahabi gagal memahami kecintaan umat islam terhadap Rasullullah S.A.W tetapi merasakan ianya suatu penyambahan. Buku ini juga turut memuatkan pandangan dan pemikiran orang-orang islam lain yang terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini mengenai 11 September, pengeboman berani Mati Di London, pencerobohan Iraq, Pelestin dan beberapa kejadian lain yang melibatkan pejuang Islam.

Keberanian Ed Husain dalam memaparkan kisahnya didalam buku ini patut dipuji, bukan untuk melaga2kan umat islam diseluruh dunia, tetapi agar kita sedar Allah itu Maha Adil dan Islam mementingkan kesederhanaan. Buku ini menarik kerana berjaya membuatkan saya tertanya-tanya apa yanga akn berlaku seterusnya. Hasil Pencarian, saya menemukan satu lagi kisah mengenai buku ini disini. Dan juga pertubuhan Hizbut Tahrir di Malaysia. Saya mengalu2kan sebarang komen bagi perkembangan idea kita bersama. Wasalam.

6 comments:

Shuq Immortal September 10, 2009 at 1:13 AM  
This comment has been removed by the author.
Shuq Immortal September 10, 2009 at 1:14 AM  

hmm... tah la lieliq.. aku pn xpernah baca buku ni so xadil rasanya aku komen sesuatu yg aku hanya baca sinopsisnya..

tapi sikap ko yang suka beli dan beli buku tu aku puji sgt.. atleast, ko beli dan mungkin bila ko free ko akan baca balik...

tentang catatan-catatan dari mereka yang menggelar diri mereka sederhana tu aku rasa aku ada sikit komen la...
bukan aku tau sangat tapi aku suka membaca dengan prejudis...
suka membandingkan antara satu sama lain sebelum aku bt kesimpulan...

biasanya manusia ni akan bercerita dari perspektifnye sendiri dan bagi membenarkan kata-katanya tu.. manusia sering kali tidak menceritakan sepenuhnya.. sering menceritakan sekadar untuk menyokong apa yang hendak dikatakan...

ko ingat tak yang ko suruh aku baca buku Aku Pun Melayu karangan Zaid Ibrahim?
dan ko kata isinya menarik dan patut di beri pertimbangan...
tapi cuba ko lihat penulisannya kembali... semuanya diambil dan di sandarkan dengan fakta..
tapi adakah sepenuhnya?
aku ambil contohlah ek... ko lihat apa kata zaid tentang Malaysia sebuah negara islam...
katanya, negara ni sekular dan kerajaan hanya bersandarkan kepada perkara 3 perlembagaan.. dan ini, menurutnya, tidak cukup untuk menjadikan malaysia sebuah negara islam kerana masih lagi mengamalkan sistem yang dier panggil sekular..
tapi zaid tidak pula menyatakan tentang perkara 112, perkara 11(4)dan banyak lagi perkara-perkara dalam perlembagaan yang melindungi serta meninggikan Islam dalam persekutuan...
tidak juga dalam mana-mana catatannya yang mengetengahkan tentang tindakan-tindakan dan usaha-usaha kerajaan dalam meninggikan serta melindungi kesucian agama Islam di negara kita ni...

jadi lieliq.. sebab itu aku katakan, dalam membaca sebarang bacaan.. aku lebih suka untuk melihat dari pelbagai sudut dan pandangan sebelum membuat kesimpulan...

tapi itu aku... ahahahaa..

http://tomok123.blogspot.com

lieliq September 10, 2009 at 10:58 AM  

hahhahaa...betul tu bot...aku cuba melihat dan menilai dr pelbagai sudut..ttg buku ini, mmg ada jugak kelamahannya..kerna pandangan seorang, belum tentu melambangkan keseluruhan...sama seperti Zaid..tapi apa yg menarik dalam buku Zaid iaiah harapannya mahu melihat UMNO berubah...sama seperti aku..dan Zaid akhirnya akur, menjadi menteri bukanlah mudah seperti yang dijangka...mungkin ini juga akan dirasai oleh pemimpin2 pembangkang nanti...

Shuq Immortal September 10, 2009 at 3:11 PM  

tu la... ko tgk kat arab tu pn dorg bukan suka sgt kat keluarga diraja saud tu..

dan kat sana ketaksuban pada mazhab sgt tinggi... sume kata dorg bagus.. sume kata dorg hebat.. sume kata mazhab dier betol...

aku pun dah baca byk la buku pasal mazhab nih... ko tgk penulisan dari org mazhab sunnah waljamaah pn xkurang xtremenye..

tp yg aku pasti.. xde org akan publish buku saja-saja.. mesti ade agenda.. mcm zaid gak.. dier bukan tulis tu saja2 utk menyatakan pandangan dier.. dier ade agenda dier...
ko tgk.. budak2 skolah2 SBP kalo ko ty pasal buku ni mesti dorg kata tau.. mesti komen mcm2.. tp dari ramai2 tu, berapa kerat yg baca.. dan dari berapa kerat yg baca.. mesti kebanyakannya terima bulat2 ape yg zaid tulis...

mn dorg dpt tau pasal buku tu? dari cikgu2 dorg.. cikgu2 yg konon tau sume benda... pastu ckp kt anak murid.. anak murid terima bulat2..

so... aku rasa buku zaid tu xla sebagus mana.. Bias walaupun dier kata dier berniat baik la.. bla bla bla...

tapi itu aku.. hahahahha...

http://tomok123.blogspot.com

ruhi_hayat October 21, 2009 at 12:46 AM  

buku ini suatu karya yang agak seronok untuk dibaca...lebih2 lagi bagi sesiapa yang mahu mengenali tentang gerakan Islam radikal yang kelihatannya hari ini seperti "cendawan tumbuh selepas hujan"....ya...inilah masalah umat Islam hari ini....berpecah sesama mereka kerana perbezaan ideologi dan fahaman serta meethodologi dalam menjustifikasikan kefahaman Islam yang mereka peroleh...tapi menurut saya...Islam itu bukanlah agama yang bersifat ideologi seperti mana yang diwar-warkan oleh maududi dan qutb...ideologi adalah ideologi...agama adalah agama...ideologi berdasarkan fikiran manusia...tetapi agama adalah wahyu dari Allah...dua perkara ini sangat berbeza...jika menganggap agama adalah ideologi, maka manusia akan secara sesuka hati sahaja menafisr nas-nas Quran berdasarkan kehendak hati mereka dan yang lebih menakutkan ianya dibuat berdasarkan kehendak nafsu semata2...kita boleh bercanggah dalam hal2 furuk2/ cabang2 agama..tapi bukan persoalan pokok...yang membimbangkan hari ini adalah bila manusia yang memakai baju Islam tetapi yang dizahirkan melalui perlakuan dn perbuatan mereka bukanlah seperti mana Islam yang diajar Nabi saw...itu yang bahaya dan akhirnya akan memburukkan kehidupan komuniti Islam seluruhnya...


dan lagi satu...ada satu perkara yang kurang dalam buku ini....penulis tidak langsung membuat ulasan tentang gerakan Jemaah Tabligh selepas beliau meninggalkan gerakan Islam radikal sedangkan semasa dalam gerakan islam radikal dulu, beliau begitu mencaci dan mencemuh gerakan tabligh ini....adalah baik dan adil pada saya jika penulis membuat ulasan tentang gerakan tabligh ini selepas beliau menganggap bahawa islam dan politik tidak boleh bersatu dalam dunia hari ini..(adakah gerakan tabligh ini bersifat negatif atau positif???)..itu yg tidk diulas...jadi itulah kekurangan dalam karya ini...

manakala hizbut tahrir pula...ya...gerakan ini ada cawangannya di Malaysia...malah di seluruh dunia juga ada...saya pernah mengikuti forum2 mereka...ternyata..apa yang digambarkan oleh Ed Hussain itu memang benar sekali...mereka berpendidikan tinggi...petah berbicara...luas pengetauhannya...dan yang paling penting...mereka juga suka mengutuk gerakan2 islam yang lain...cthnya: Tabligh...mereka menggelar gerakan tabligh ini sebagai : "Islam Shaolin"...sebab gerakan tabligh ini hanya bergiat dalam masjid2 seperti tok2 sami buddha yang tiada ambil peduli tentang dunia politik semasa...hanya solat..zikir..puasa...etc...

lieliq October 26, 2009 at 6:50 PM  

ruhi hayat: komen yang sangat menarik...saya setuju dengan kata-kata itu...ideologi seperti ini mmg wujud dimana-mana...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP