Tuesday, September 15, 2009

Melayu Islam: Terpisahkah?

Dilema Melayu Islam...
satu prejudis atau kenyataan?
Satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakannya lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Mengungkai masalah di sulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi...
tanpa emosi berapi-api!

Pertama mari kita fikirkan...
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti berpecah?
Kedua mari kita renungkan...
Bangsa kita sama, darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?
Darah dan syahadah boleh terpisah?

Justeru sepatutnya dengan keduanya
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
Akidah kita Islam, kabilah kita Melayu...
Tapi kenapa sukar benar untuk bersatu?

Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan...
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?

Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh assabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Kedua-duanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?

Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
Satu ke timur satu ke barat
Tak mungkin bersatu dalam muafakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?

Cubalah kita ungkai segala yang kusut
Berbicara secara tulus dan telus
Merujuk ke dasar, menyelam ke akar
Putuskan rantai kepartian...
Yang membelenggu mata dan fikiran
Putuskan sentimen ketaksuban...
Yang mengaburi fakta dan kenyataan
Marilah sama-sama bercerminkan visi bangsa
Dari jurus misi agama!

Islam agama yang menyatukan
Justeru itulah perintah Al-Jami'(Yang Maha Menyatukan)
Apabila manusia sama-sama beriman
Maka bertautlah hati, terbentuklah persaudaraan
Iman dan persaudaraan-lazim berlaziman
Yang paling kuat tauhidnya kepada Yang Esa
Dialah yang paling mesra bersaudara
Bila kukuh 'hablumminallah' yang vertikal
Akan teguhlah 'hablumminannas' yang horizontal
Itulah silaturrahim-'hubungan' intim atas nama Al-Rahim

Bila beriman ertinya yakin
Bila yakin ertinya terikat...
Terikat dengan syariat-peraturan dan hukum Tuhan
Yang wajib ditegakkan
Yang haram ditinggalkan
Yang sunat jika mampu dilaksanakan
Yang makruh jika mampu ditinggalkan
Yang harus-terpulang,
Bebas untuk membuat pilihan
Inilah 5 hukum daripada Allah
Yang bila semua meyakini dan mengamalkan
Secara automatik terbentuklah perpaduan
Inilah firman Tuhan:
"Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"

Melayu juga faktor penyatu
Kerana ikatan darah itulah fitrah...
Cintakan bangsa adalah naluri hati
Yang tumbuh secara tabii
-jika bangsa terjajah, jiwa terseksa...
Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan air mata
-jika bangsa mundur, hati terdera...
Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha
Ketuanan Melayu di bidang politik dan ekonomi
Adalah nyawa, citra dan identiti
Bangsa yang lemah, akan kalah
Bangsa yang mundur, akan terkubur
Bangsa yang kuat, akan berdaulat

Yang miskin dibela oleh agenda ekonomi dengan DEB
Yang jahil diberi pelajaran dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan
Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa politik!
...selagi Melayu menguasai pemerintahan
...selagi "Hak istimewa Melayu" maktub dalam perlembagaan
...selagi itu kedua-duanya dikekalkan
Tapi selama mana Melayu dapat menguasai pemerintahan?
Selama mana perlembagaan dapat mempertahankan?
Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan...
Jika jiwa Melayu sendiri melayu, kering dan berguguran?

Islam dan Melayu boleh diserasikan
Yang satu FITRAH, yang satu HIDAYAH
Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan
Bila membela Melayu yang miskin...
Itu tanggungjawab bangsa dan itu juga tuntutan agama
Membantu Melayu yang bermasalah...
Itu adalah fitrah kabilah dan itu juga jihad fisabilillah
Lalu...satukanlah fitrah dengan hidayah!

Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global, ada yang tribal, dan ada yang individual
"Hubbul Watan minal Iman"
Musuh bangsa dan agama cuma satu-dia yang dikuasai nafsu
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri...
dalam barisan perjuangan bangsa
dan saf perjuangan agama!

p/s: petikan puisi dari buku Dilema Melayu Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir

Read more...

Tuesday, September 8, 2009

Kisah Saya Pejuang Islam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....



Lama sungguh tidak menghidang blog ini dengan perkara-perkara yang serius...saya sebenarnya mempunyai sindrom akut yang agak serius..saya suka membeli buku, membacanya separuh jalan dan kemudian membeli buku lain yang saya rasa menarik..selepas 2/3 minggu / berbulan-bulan, barulah saya membuka semula buku yang ditinggalkan...hiskh..Hanya ada 3-4 buah buku yang berjaya menarik minat saya membaca hingga penghabisan tanpa membuka bahan bacaan lain. Buku ini salah satu darinya...

Saya bukanlah mahir atau lebih jujur mengetahui secara langsung fahaman2/ ideologi islam dinegara luar terutamanya Arab Saudi, Iraq, Syria, Palestin, UK, AS dan sebagainya. Namun buku ini membuka minda saya untuk lebih mencari / memahami fahaman2 yang wujud.

"Kisah Saya Seorang Pejuang Islam" hasil tulisan Ed Husain , seorang muslim warganegara Britain, ayahnya dari India manakala ibunya dari Pakistan Timur (kini Bangladesh). Buku ini mengisahkan keprihatinan Ed Husain yang bimbang akan penularan ekstrimis2 islam / gerakan politik islam yang semakin merebak di British. Sebagai seorang anak lelaki sulung, Ed Husain telah diasuh oleh kedua ibubapanya serta Datuk (seorang syeikh) menjadi seorang muslim yang sederhana / tradisional. Namun peningkatan usia remajanya telah dipengaruhi oleh fahaman islam ekstrimis.

Penglibatan Ed Husain dalam fahaman ini bermula apabila sesuai dengan pemikiran remajanya yang tercari-cari maksud disebalik negara islam yang tidak pernah diajar oleh ibubapanya mahupun datuk. Bertitik tolak daripada jiwanya yang kosong itu, beliau membaca buku Gulan Sawar. Pengenalan dengan seorang sahabat bernama Falik, Ed Husain mengenali YMO (Youth Organization Muslim) .
YMO adalah sayap pemuda Jemaatul Islami yang dipeloporkan oleh Mawdudi.Fahaman-fahaman ini meneru umat islam membentuk kerajaan islam secara total. Mengenali YMO, Mawdudi, Syed Qutb membuatkan Ed Husain meragui ajaran ibubapa dan Datuknya sehingga berlaku perselisihan antara beliau dan bapanya. Apabila Ed Husain melarikan diri daripada keluarga, menurut ahli2 YMO "itu adalah ujian daripada Allah". Ed Husain kemudiannya kembali pada keluarga apabila ibu dan bapanya membenarkan beliau melibatkan diri dalam pertubuhan YMO dengan hati yang berat. Fahaman2 ini mengariskan islam kepada 2 iaitu islam sebenar dan islam separuh. Hanya fahaman YMO, Mawdudi dan Syed Qutb adalah islam sebenar. Ed husain akhirnya menjadi Presiden YMO dan aktif dalam gerakan2 YMO. Kemudian, pengenalan dan perbincangan dengan seorang teman David, memperkenalkan Hizbut Tahrir kepada Ed Husain. Hizbut Tahrir lebih jelas memperkenalkan secara pragmatik negara khilafah yang sebenar. Kaedah ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain. Penemuan ini mengalih perjuangan Ed Husain dari YMO dan kemudiannya menjadi seorang yang berpengaruh dalam Hizbut Tahrir. Sepanjang penglibatan dalam gerakan-gerakan ini, pada masa yang sama timbul beberapa keraguan di minda Ed Husain apabila melihat kefanatikan ahli2 pertubuhan dan kepura-puraan yang dipamerkan oleh ahli2 Hizbut Tahrir yang pada masa itu dipimpin oleh Omar Bakri. Menurut Hizbut Tahrir 1. golongan lelaki dibenarkan melihat wanita tanpa pakaian sebelum mengahwininya untuk mengelakkan berlakunya penceraian, 2. Halal membunuh orang2 kafir/ separuh islam bagi menegakkan Islam sebenar dan menubuhkan negara Islam/ negara Khilafah.3. Minyak adalah pemberian Tuhan kepada umat islam, bukannya kepada orang Arab teluk semata2. Orang Islam adalah 'satu bangsa, dibawah satu Tuhan'. 4. terdapat ahli Hizbut Tahrir, meninggalkan solat atas dasar memperjuangkan negara islam lebih penting daripada solat apabila sibuk menjalani aktiviti pertubuhan. Ketika dunia masa kini sibuk menegakkan demokrasi, menurut gerakan politik islam ini, demokrasi adalah haram. Demokrasi adalah undang-undang ciptaan manusia, islam sebenar hanya berpegang kepada Undang2 Tuhan, maka penubuhan negara khilafah adalah wajib dilaksanakan. Ed Husain menyedari kesilapannya apabil berlakunya pembunuhan seorang warga Afrika oleh seorang ahli Hizbut Tahrir didepan matanya sendiri kerana pertangkaran kecil. Fahaman HIzbut Tahrir yang menghalalkan pembunuhan orang bukan Islam tidak dapat diterima oleh Eh Husain. Kemudian, beliau mengambil keputusan menjauhkan diri dari gerakan politik islam ini. Meningkat dewasa, bekerja di HSBC, Ed Husain mempelajari islam sederhana melalui ceramah-ceramah Iman Hanson dari Amerika, Melihat berlakunya kefanatikan materialistik di HSBC, Ed Husain tekad mempelari Bahasa Arab bagi menilai sendiri islam yang sebenar. Syria menjadi pilihan Ed Husain memperlajari Bahasa Arab. Di Syria Ed Husain mendalami siapa itu Nabi Muhammad S.A.W yang sebenar yang pernah diketepikan oleh Hizbut Tahrir dan menyenali syair2 Rumi. Kemudian Ed Husain menjelajah ke Arab Saudi sebelum pulang ke England. Selama berada di Arab Saudi, Ed Husain mengenali Wahabi. Ed Husain melihat sendiri, kedudukan orang islam di Arab Saudi dan bagaimana Wahabi melayan golongan ini. Tempat-tempat bersejarah di Arab Saudi kebanyakannya sudah dimusnahkan oleh kerajaan Arab Saudi. Ini bagi mengelakkan umat islam yang hadir 'menyekutukan Allah' / politisme. Menurut Ed Husain, Wahabi gagal memahami kecintaan umat islam terhadap Rasullullah S.A.W tetapi merasakan ianya suatu penyambahan. Buku ini juga turut memuatkan pandangan dan pemikiran orang-orang islam lain yang terpengaruh dengan fahaman-fahaman ini mengenai 11 September, pengeboman berani Mati Di London, pencerobohan Iraq, Pelestin dan beberapa kejadian lain yang melibatkan pejuang Islam.

Keberanian Ed Husain dalam memaparkan kisahnya didalam buku ini patut dipuji, bukan untuk melaga2kan umat islam diseluruh dunia, tetapi agar kita sedar Allah itu Maha Adil dan Islam mementingkan kesederhanaan. Buku ini menarik kerana berjaya membuatkan saya tertanya-tanya apa yanga akn berlaku seterusnya. Hasil Pencarian, saya menemukan satu lagi kisah mengenai buku ini disini. Dan juga pertubuhan Hizbut Tahrir di Malaysia. Saya mengalu2kan sebarang komen bagi perkembangan idea kita bersama. Wasalam.

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP