Monday, June 1, 2009

Kosong itu Zero atau Empty???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.....

Cadangan kerajaan atau lebih khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, menghadkan mata pelajaran SPM tahun hadapan memberi sedikit sebanyak pandangan berbeza mengenainya...seperti biasa, ada yang tidak setuju langsung, kurang setuju, setuju dan setuju 100%. Bagi saya sendiri, saya setuju bilamana mata pelajaran ini dihadkan. Mengapa saya bersetuju???

1. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk lebih berfokus, samada jurusan sains atau sastera dan terarah, samada kearah akaun, fizik-kimia (kejuruteraan) , biologi-kimia (perubatan), sastera seni, seni muzik atau sebagainya.

2. Ia juga diharap, pengajaran dan pembelajaran di Malaysia tidak berdasarkan peperiksaan semata-mata, yang mana, kementerian akan melihat penglibatan pelajar dalam bidang ko-kurikulum.

Namun, pemgumuman kerajaan/ Kementerian untuk menghadkan subjek teras daripada 6 ke 4, tidak pula saya setuju......mengapa??? 6 subjek teras yang perlu diambil pelajar SPM kini adalah, B.Melayu, B. Inggeris, Pend. Islam/ Moral, Sejarah, Matematik dan Sains. Andai 4 subjek yang akan diambil, subjek mana yang perlu kita buang?

1. B.Melayu??
2. B. Inggeris (hapuskan PPSMI???)
3. Pend. Islam/ Moral (dah ada kelas ngaji??)
4. Sejarah ??
5. Matematik??
6. Sains (aliran sains memang tidak perlu ambil sains lagi...)

Walaupun, penghapusan 2 subjek teras tidak bermaksud pelajar tidak boleh mengambil subjek tersebut, tetapi kepentingan ke6-6 subjek bagi saya amat penting. Adakah pelajar-pelajar ini akan mengambil ke2-2 subjek yang telah digugurkan sebagai subjek teras ini sebagai subjek alternatif mereka??? mungkin ada, tetapi berapa ramai??


Andai keputusan SPM tahun hadapan, ada 10,000 pelajar 10A1, pemilihan pelajar cemerlang bergantung pada penglibatan ko-kurikulum mereka. Bagaimana pula kriteria pemilihan ko-kurikulum ini?? adalah pemilihan ini akan benar-benar telus??

Apapun, manusia memang diberi akal dan pemikiran olehNya untuk kita berfikir, setiap dari kita sendiri mempunyai pemikiran masing-masing...yang penting, biarlah ianya satu usaha yang terbaik untuk kemajuan dan pembangunan anak bangsa...bak kata DS Najib, buat apa cari perbezaan, sedangkan persamaan itu ada??

4 comments:

Anonymous,  June 1, 2009 at 11:54 PM  

betul ape ko kate liq...huhuhu...

haja June 2, 2009 at 3:16 PM  

kenapa macam saya kenal itu tajuk?
haha...
de orang kata pada saya kosong itu empty.
zero itu sifar.
betul ke?

lieliq June 4, 2009 at 1:20 PM  

haja: hehehe, pinjam nooo...otak tgh stuck carik tajuk time tu...hehehe

siti n aridee: setuju ttg apa?? mungkin kerajaan perlu had pada 12-15 subjek saja....beri peluang pada pelajar aliran agama untuk ambil subjek sains....

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP