Di Setiap Kemajuan, Akan Ada Nilai Yang Perlu Dikorbankan....
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang....
Belum pun selesai isu Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Menteri Pelajaran Malaysia yang baru, merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, mengumumkan kemungkinan subjek yang akan diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia berkuatkuasa 2010 akan dihadkan kepada 10 subjek...., 6 subjek teras dikecilkan kepada 4 subjek teras, tup tup, timbul satu lagi isu, cadangan B.Inggeris sebagai syarat wajib lulus SPM.....
kerajaan seolah-olah tidak megambil iktibar atas apa yang terjadi, isu PPSMI pun banyak mendapat tentangan pelbagai pihak, walaupun ada yang menyokongnya...seolah-olah kini, sudah menjadi satu trend, Menteri yang dilantik, men"jelma"kan isu yang baru sebagai tarikan hangat masa kini. Ramai yang berpendapat, isu menghadkan subjek SPM kepada 10 subjek dan B.Inggeris sebagai syarat wajib lulus SPM, merupakan salah satu langkah kerajaan dalam memencilkan isu PPSMI...mungkinkah ini salah satu faktor mengapa BN kalah dalam PRK yang diadakan sepanjang tahun ini??
Pendapat saya?? selesaikan dulu isu PPSMI...jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran...PPSMI yang telah dilaksanakan sejak 2003, yang telah ditukar modul pengajaran dan pembelajarannya, penyediaan buku-buku teks, penyediaan tenaga pengajar, dan pelbagai usaha lagi dilakukan agar PPSMI ini dapat dilaksanakan dengan lancar...tup, tup tukar Perdana Menteri yang baru (Pak Lah), ada pihak tertentu bersuara dan isu ini menjadi perhatian seluruh negara...pelaksanaan PPSMI akan dikaji semua...beginilah situasi yang berlaku di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan, bilamana Menteri/ Perdana Menteri baru yang dilantik, akan ada "sesuatu" yang baru. Situasi yang berlaku ini kadang-kadang menjadi fireback pada kerajaan juga, kerajaan seolah-olah tidak serius, dan menteri-menteri lebih memikirkan kedudukan kuasa mereka daripada kepentingan rakyat.
Baiklah, mengenai isu menghadkan subjek SPM, seperti entri saya sebelum ini, saya setuju andai subjek itu dihadkan kepada 12, memberi peluang kepada pelajar aliran agama untuk turut mengambil Sains. Namun, mengecilkan jumlah subjek teras daripada 6 kepada 4, saya kira ianya tidak perlu.
B.Inggeris sebagai syarat wajib lulus SPM?? saya kurang bersetuju.....mengapa?? bagi saya, ianya bukan mudah untuk dilaksanakan...seorang sahabat saya ketika di sekolah dulu, pernah memberitahu saya, sebenarnya subjek bahasa adalah lebih sukar untuk dikuasai berbanding subjek lain, ini termasuk Bahasa Mandarin dan Tamil...kerana ianya adalah bahasa....sesuattu yang kita tuturkan dan penguasaan bahasa ini perlu didedahkan dari kecil, bukan semasa kita memasuki alam persekolahan...beliau berkata demikian sebagai satu luahan apabila beliau seolah-olah dipaksa oleh guru kami untuk mengambil Bahasa Mandarin, kerana beliau adalah top student sekolah kami, dan guru tersebut berharap beliau dapat menaikkan prestasi Bahasa Mandarin di sekolah kami.....kami faham, niat kementerian dan pak-pak menteri supaya anak-anak Malaysia akan lebih maju apabila berjaya menguasai B.Inggeris, akan tetapi, pelaksanaan itu tidak kena dengan tempatnya....bagaimana nasib anak-anak diluar bandar yang ibubapanya sepatah haram tidak tahu menutur dalam b. Inggeris, dan mereka ini diminta untuk menguasai B.Inggeris supaya lulus SPM??
keduanya, SPM di lihat sesuatu yang sangat penting apabila seseorang terpaksa bergasak mencari pekerjaan...andai ada individu yang tidak lulus SPM kerana B. Inggeris, bagaimana nasibnya untuk mendapat pekerjaan suatu hari nanti???
Kini, Malaysian University English Test (MUET), telah menjadi syarat wajib kemasukan pelajar di peringkat ijazah, wajib ambil walaupun hanya kelulusan BAND 1. Andai ada yang berkata B.Inggeris menjadi satu keperluan semasa di universiti kelak, mungkin syarat MUET untuk kemasukan ijazah pertama dinaikkan bukan setakat mengambil MUET tetapi perlu lulus BAND 2/3.
Mengenai PPSMI, mungkin pelaksanaannya perlu diteliti...melentur buluh biarlah dari rebungnya..penguasaan B.Inggeris bukan setakat membaca dan mengambil peperiksaan yang wajib di sekolah.
Hasrat kerajaan kini hanya melihat kepentingan B.Inggeris...B.Inggeris dan B. Inggeris... mungkin kerajaan perlu melihat subjek lain yang lebih penting pada saya...Sejarah dan Pendidikan Islam/ Moral...benar, B.Inggeris akan menyediakan rakyat Malaysia yang berilmu dan maju, tapi andai mereka berilmu dan berpengetahuan, nilai-nilai berterima kasih, bersyukur dan nilai kerohanian itu tidak ada, tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara yang maju dari segi pembangunan dan juga "maju" dari segi akhlaknya...
0 comments:
Post a Comment