AUKU dan ProMahasiswa
Dengan Nama Allah yang Pemurah, lagi Maha Pengasih....
Assalamualaikum...
Minggu ini, berakhirnya pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2008/ 2009 bagi beberapa buah IPTA yang memilih untuk melaksanakan pemilihan MPP pada bulan Oktober ini. IPTA-IPTA yang lain dijangka akan melaksanakan pemilihan MPP Januari ini.Sama-sama kita nantikan...
Bercakap mengenai pemilihan MPP ini, terlalu banyak isu yang timbul, al-maklumlah, kalo ianya melibatkan politik, bermacam-macam hal la...heh..
Dan saban tahun, memperlihatkan perubahan di setiap IPTA, samada perubahan yang besar, atau yang kecil. jika dulu, gerakan mahasiswa yang dikatakan pro-universiti @ pro-kerajaan wujud sekitar 2001 dengan melabelkan diri mereka PERUBAHAN, kemudian bertukar pada ASPIRASI hingga kini oleh kebanyakkan IPTA. Tahun ini, USM melakukan penjenamaan semula iaitu "ASPIRASI UNTUK MAHASISWA BERSATU". seperti penjenamaan 'islam hadhari' pula, persoalannya perlukah??
namun, bukan ASPIRASI saja yang melakukan reform , pro-pembangkang yang kini menggelarkan diri mereka ProMAHASISWA, turut melakukan pelbagai perubahan saban tahun, tahun ini, dengan bertemakan 'oren', gerakan ProMahasiswa ini dilihat wujud dibeberapa IPTA yang kini berpengkalan di Penang.
Penglibatan gerakan mahasiswa kini bergantung pada perlembagaan AUKU...ada pihak yang mengatakan bahawa AUKU bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan – menghalang kebebasan berpersatuan. adakah ianya benar?? bukankah setiap organisasi berhak menggubal undang-undangnya sendiri, demi kepentingan semua pihak, dan bukannya hanya tertumpu pada Perlembagan Persekutuan. analoginya, sesebuah syarikat tentunya wujud undang-undang atau etikanya yang tersendiri...bukan hanya tertumpu pada akta syarikat, akta pertubuhan dan sebagai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sahaja....
Persoalannya, mengapa agaknya proMahasiswa ini beriya2 mahu memansuhkan AUKU?? Gerakan Mansuhkan Auku (GMA) atau kini bertukar Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku (GMMA) berusaha menjalankan pelbagai cara agar impian dan cita-cita mereka terlaksana. Dulu, katanya AUKU ini dilihat sebagai 'batu penghalang' pada perkembangan minda dan proses pembelajaran mahasiswa. Mari kita lihat kebenarannya.
1.
"Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk to provide for the establishment, maintenance and administration of University and University Colleges and for other matters connected therewith, tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama[2]terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:
- penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
- penggabungan di antara badan-badan pelajar."
bukankahnya GMMA dan gerakan-gerakan mahasiswa yang kepingin sekali AUKU ini dimansuhkan sebenarnya berpunca dari kekalahan mereka di Pilihanraya Kampus pada ketika itu??
2.
benarkah AUKU ini benar-benar menyekat atau mematikan idealisme mahasiswa?? adakah mahasiswa seperti Mohd Nazri Chik (AJK Dewan Pemuda PAS Pusat 05/07), Zaharuddin Abdul Rahman (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor), Mohd Misbahul Munir Masduki (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) Dr. Mohamad Khir Toyo dan Ginie Lim yang lahir semasa kewujudan AUKU ini terhalang minda ideolisme politiknya??
3.
mengapakah AUKU ini benar-benar perlu dimansuhkan dan bukannya dipinda?? GMMA sudah ada makga carta (New Student Act 2008) yang baru bagi menggantikan AUKU?? adakah dengan lahirnya makga carta ini, mahasiswa tidak lagi lesu seperti yang dikatakan sebelum ini??
kini, Kementerian Pengajian Tinggi telah bersetuju untuk meminda AUKU melalui beberapa seksyen yang menjadi isu hangat, selain seksyen-seksyen yang melibatkan gerakan berpolitik mahasiswa, kuasa autonomi dalam bidang tertentu akan turut diberikan pada pihak IPTA. ProMahasiswa mengatakan ini adalah satu tuntutan yang merupakan kemenangan awal perjuangan mahasiswa. Benarkah?? atau ianya sekadar mahu mendapat sokongan pihak-pihak tertentu?? dan adakah berpolitik itu sebenarnya perjuangan mahasiswa??
satu lagi perkara yang sering menjadi persoalan di kepala aku ialah, mengapa agaknya TNC HEPA sering menjadi sasaran utama ProMahasiswa? bukannya NC?? Bukankah NC sendiri lebih mempunyai kuasa yang secara jelas termaktub dalam AUKU?? andai individu TNC HEPA berubah tampuk pimpinanya, maka individu itu juga yang akan menjadi sasarannya, sama seperti individu yang menjawat jawatan PM. adakah ProMahasiswa ini sebenarnya mahu menjaga nama atau membodek NC?? rata-rata aku melihat, hampir keseluruhan ProMahasiswa IPTA menyokong NC tetapi tidak pada TNC HEPA.
ramai mengatakan bahawa mahasiswa kini telah matang dan mampu membela masyarakat andai mereka diberi peluang berpolitik diluar, hingga ada pihak yang berani mencabar PM sendiri. Siapa mereka, yang belum ada ijazah ditangan: mahu mencabar orang-orang yang lebih berpangalaman?? Setiap orang boleh berkata mereka layak menerajui perubahan negara, persoalannya, mampukah mereka?
salah seorang individu yang bertanggungjawab memperkenalkan auku, Tun Dr. Mahathir, didalam blognya, melihat mahasiswa melayu amat cenderung berpolitik sehingga mampu memakan masa mereka dalam menguasai ilmu yang sepatutnya. bacaan lanjut disini.
campur tangan pelbagai pihak dlam PRK sememangnya tidak dapat kita elak, samada kita sedar atau buat-buat tidak sedar. Pada tahun ini, gerakan ProMahasiswa melancarkan gerakan PRK Bersih, Telus dan Adil, mampukah PRK ini benar-benar telus?? adakah mahasiswa sendiri boleh memberi jaminan ideologi yang mereka bawakan adalah benar-benar dari mereka dan bukannya dari pihak-pihak tertentu?? dan andai PRK akan datang benar-benar telus, mampukah mahasiswa bergerak sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti luar?? dan andai mahasiswa sendiri mahu ianya dipengaruhi oleh parti luar dan mahasiswa mampu berpolitik di luar kampus, adakah mereka yakin mereka mampu menanggung masa berpolitik dan masa untuk menimba ilmu yang sepatutnya? benar, berpolitik juga merupakan salah satu proses pembelajaran, namun berbaloikah dengan berpolitik ini, kita mengorbankan harapan ibu dan ayah kita? jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran....
0 comments:
Post a Comment