Friday, October 31, 2008

siapa aku??? erkkk....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

naluri membaca dan menelaah kini pudar kembali...entah, minggu yang memeningkan. Bukan kerna banyaknya perkara yang perlu difikirkan, tetapi 2-3 perkara yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang bosan dengan sikap sendiri yang susah nak berubah dan 'keprihatinan' pada orang lain yang sering mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri...busan sungguh!! sikap bermalas-malasan aku berada di tahap mendidih....sedap untuk dibancuh kopi pada malam hari.

kegusaran pun menjelma kembali, bimbang dengan kedudukan kini yang tenggelam timbul dan arah mana harus ditujui....aku mengaku, aku memang jarang sekali mempunyai matlamat yang jelas..pernah seorang teman bertanya pada aku, " apa yang ko nak dalam hidup nie??"....erk!!! aku katakan" cukuplah kalau aku ada kerja tetap, umah dan kenderaan sendiri,boleh bantu mak, abah dan adik2 aku....cukuplah. tak yah kaya-kaya sangat..buat pening kepala je nanti..." ....
persoalannya, ye ke?? entah, aku memang tak pernah bermimpikan kawin dengan orang kaya atau aku tiba-tiba jadi kaya....yang penting aku tak berhutang atau menyusahkan orang lain...cukuplah tu...

di waktu lunch tadi, aku sempat menonton National Geographic....dan terlintas di kepala aku, bestnya dapat jadi pakar....tak kisah la bidang apa pun...aku??? apa kepakaran aku ekk?? or, aku nak jadi pakar dalam bidang apa?? entah....dari dulu, aku sering mengalami kecelaruan identiti atau kecelaruan 'cita-cita'...kalau tanya aku sekarang, apa cita-cita aku?? tak mampu aku nak menjawabnya...yang aku tahu, aku memang berhasrat untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi, dalam bidang apa?? aku sendiri tak pasti....yang pastinya aku memang mahu lari dari math...bukan kerna aku tak minat math, tetapi aku rasakan itu bukan jiwa aku....aku masih lagi mencari-cari, itulah jawapan yang aku sering beri pada sesiapa yang tanya tentang pengajian aku...minat untuk belajar, tak pernah luntur, tapi tak tahu kemana arahnya.....

aku teringat dulu, cita-cita aku hendak menjadi peguam, kerna sikap aku yang suka membantah dan bertelagah, ditambah aku memang suka berdebat....aku dapati, disitu kelebihan aku, tapi alang dan mak seolah-olah tidak meluluskan cita-cita itu.....kemudian, aku beralih arah, bercita-cita hendak menjadi seorang wartawan....nekad...

tapi, bila sambung ke matrik, dalam bidang sains...kemudian, bila mahu mengisi borang masuk IPT, aku berbelah bagi, satu, kerna media massa lari dari Sains (pemikiran aku yang sempit ketika itu) dan abah seperti mahu aku meneruskan ke"sains"an aku....kedua, kerna dalam banyak-banyak subjek, aku memang menyerlah dalam matematik (berlagak kejap!!!), tapi aku rasa, memang family kami ada kelebihan dalam bab-bab mengira nie...memang dah mengalir dalam darah kami kot...huhuhuhu...maka inilah jadinya aku......yang aku sendiri tak pasti siapa sebenarnya aku...eh, itu bukan bermaksud aku menyalahkan famili atas halangan-halangan itu...tapi aku bersyukur sangat adanya famili yang memahami...dari kecil, aku tak pernah pulak terasa terkongkong....kebebasan dan KEPERCAYAAN inilah yang selalu aku bawa kemana-mana..."jangan sesekali mencemari kepercayaan yang diberi"....mungkin juga berlatarbelakangkan abah kami yang tegas, dari kecil, aku memang diajar untuk berdikari...semua perkara perlu dilakukan sendiri...kini, aku sendiri tidak kisah kemana-mana bersendirian....

memandangkan famili aku yang dimonopoli oleh lelaki, barangkali dari situlah sifat 'kelelakian' itu timbul. 'Protective' kerna aku merupakan perempuan sulung. pernah suatu ketika di penghujung matrik, kami 4 orang sebilik, bersetuju untuk meluahkan perasaan masing-masing didalam satu surat...namun hanya diana yang melakukannya pada kami...katanya, sepanjang dia mengenali aku, aku seorang yang sangat EGO, kerna aku sering lakukan semua perkara tanpa bantuan lelaki, namun dia mengagumi tahap keyakinan aku untuk berdebat atau bergaduh dengan mana-mana lelaki di tutor kami....hahahhaha...

owh, berbalik pada pokoknya....sebenarnya, aku mengalami satu situasi yang sukar digambarkan. heh.....dulu, aku sememangnya manusia yang dikira mengalami tahap 'keaktifan' yang melampau.....dari tadika hinggalah aku ke IPTA, tak caya tanya mak aku....masa di sekolah menengah, alang selalu cakap. "ko nie tamak la liq, sume menda ko nak masuk....nanti ko nak jadi apa nie???" dan pertanyaan itu sering aku bidas dengan bantahan menegakkan apa yang aku lakukan...."peluang yang ada jangan ditolak"...(ye la tuh...)

eh, ini bukan entry 'menyesali' kehidupan sendiri....cuma aku terpikir sepanjang 23 tahun aku hidup, apa yang telah aku lakukan...dan apa pula yang bakal aku lakukan...sesungguhnya, perjalanan masih lagi jauh...tapi aku sering kebuntuan jalan mana harus aku tuju....mungkin aku perlu bermuhasabah diri sedalam-dalamnya....

wasalam...

p/s: semoga aku dapat melihat jalan yang sepatutnya...doakan sama yeee....

Read more...

Wednesday, October 22, 2008

AUKU dan ProMahasiswa

Dengan Nama Allah yang Pemurah, lagi Maha Pengasih....

Assalamualaikum...

Minggu ini, berakhirnya pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2008/ 2009 bagi beberapa buah IPTA yang memilih untuk melaksanakan pemilihan MPP pada bulan Oktober ini. IPTA-IPTA yang lain dijangka akan melaksanakan pemilihan MPP Januari ini.Sama-sama kita nantikan...

Bercakap mengenai pemilihan MPP ini, terlalu banyak isu yang timbul, al-maklumlah, kalo ianya melibatkan politik, bermacam-macam hal la...heh..

Dan saban tahun, memperlihatkan perubahan di setiap IPTA, samada perubahan yang besar, atau yang kecil. jika dulu, gerakan mahasiswa yang dikatakan pro-universiti @ pro-kerajaan wujud sekitar 2001 dengan melabelkan diri mereka PERUBAHAN, kemudian bertukar pada ASPIRASI hingga kini oleh kebanyakkan IPTA. Tahun ini, USM melakukan penjenamaan semula iaitu "ASPIRASI UNTUK MAHASISWA BERSATU". seperti penjenamaan 'islam hadhari' pula, persoalannya perlukah??
namun, bukan ASPIRASI saja yang melakukan reform , pro-pembangkang yang kini menggelarkan diri mereka ProMAHASISWA, turut melakukan pelbagai perubahan saban tahun, tahun ini, dengan bertemakan 'oren', gerakan ProMahasiswa ini dilihat wujud dibeberapa IPTA yang kini berpengkalan di Penang.

Penglibatan gerakan mahasiswa kini bergantung pada perlembagaan AUKU...ada pihak yang mengatakan bahawa AUKU bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan – menghalang kebebasan berpersatuan. adakah ianya benar?? bukankah setiap organisasi berhak menggubal undang-undangnya sendiri, demi kepentingan semua pihak, dan bukannya hanya tertumpu pada Perlembagan Persekutuan. analoginya, sesebuah syarikat tentunya wujud undang-undang atau etikanya yang tersendiri...bukan hanya tertumpu pada akta syarikat, akta pertubuhan dan sebagai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sahaja....

Persoalannya, mengapa agaknya proMahasiswa ini beriya2 mahu memansuhkan AUKU?? Gerakan Mansuhkan Auku (GMA) atau kini bertukar Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku (GMMA) berusaha menjalankan pelbagai cara agar impian dan cita-cita mereka terlaksana. Dulu, katanya AUKU ini dilihat sebagai 'batu penghalang' pada perkembangan minda dan proses pembelajaran mahasiswa. Mari kita lihat kebenarannya.

1.
"Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk to provide for the establishment, maintenance and administration of University and University Colleges and for other matters connected therewith, tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama[2]terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:

  • penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
  • penggabungan di antara badan-badan pelajar."
beerti akta ini telah wujud sejak 1971 dan mengalami pindaan 1975 yang kekal hingga kini, tapi mengapa GMMA ini hanya wujud 3-4 tahun sebelum ini?? adakah ketika zaman awal kewujudan AUKU ini, mahasiswa yang lainnya turut merasa cengkaman kezaliman AUKU, tetapi tidak mampu melancarkan gerakan mansuhkan AUKU???

bukankahnya GMMA dan gerakan-gerakan mahasiswa yang kepingin sekali AUKU ini dimansuhkan sebenarnya berpunca dari kekalahan mereka di Pilihanraya Kampus pada ketika itu??

2.

benarkah AUKU ini benar-benar menyekat atau mematikan idealisme mahasiswa?? adakah mahasiswa seperti Mohd Nazri Chik (AJK Dewan Pemuda PAS Pusat 05/07), Zaharuddin Abdul Rahman (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor), Mohd Misbahul Munir Masduki (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) Dr. Mohamad Khir Toyo dan Ginie Lim yang lahir semasa kewujudan AUKU ini terhalang minda ideolisme politiknya??

3.

mengapakah AUKU ini benar-benar perlu dimansuhkan dan bukannya dipinda?? GMMA sudah ada makga carta (New Student Act 2008) yang baru bagi menggantikan AUKU?? adakah dengan lahirnya makga carta ini, mahasiswa tidak lagi lesu seperti yang dikatakan sebelum ini??

kini, Kementerian Pengajian Tinggi telah bersetuju untuk meminda AUKU melalui beberapa seksyen yang menjadi isu hangat, selain seksyen-seksyen yang melibatkan gerakan berpolitik mahasiswa, kuasa autonomi dalam bidang tertentu akan turut diberikan pada pihak IPTA. ProMahasiswa mengatakan ini adalah satu tuntutan yang merupakan kemenangan awal perjuangan mahasiswa. Benarkah?? atau ianya sekadar mahu mendapat sokongan pihak-pihak tertentu?? dan adakah berpolitik itu sebenarnya perjuangan mahasiswa??

satu lagi perkara yang sering menjadi persoalan di kepala aku ialah, mengapa agaknya TNC HEPA sering menjadi sasaran utama ProMahasiswa? bukannya NC?? Bukankah NC sendiri lebih mempunyai kuasa yang secara jelas termaktub dalam AUKU?? andai individu TNC HEPA berubah tampuk pimpinanya, maka individu itu juga yang akan menjadi sasarannya, sama seperti individu yang menjawat jawatan PM. adakah ProMahasiswa ini sebenarnya mahu menjaga nama atau membodek NC?? rata-rata aku melihat, hampir keseluruhan ProMahasiswa IPTA menyokong NC tetapi tidak pada TNC HEPA.

ramai mengatakan bahawa mahasiswa kini telah matang dan mampu membela masyarakat andai mereka diberi peluang berpolitik diluar, hingga ada pihak yang berani mencabar PM sendiri. Siapa mereka, yang belum ada ijazah ditangan: mahu mencabar orang-orang yang lebih berpangalaman?? Setiap orang boleh berkata mereka layak menerajui perubahan negara, persoalannya, mampukah mereka?

salah seorang individu yang bertanggungjawab memperkenalkan auku, Tun Dr. Mahathir, didalam blognya, melihat mahasiswa melayu amat cenderung berpolitik sehingga mampu memakan masa mereka dalam menguasai ilmu yang sepatutnya. bacaan lanjut disini.

campur tangan pelbagai pihak dlam PRK sememangnya tidak dapat kita elak, samada kita sedar atau buat-buat tidak sedar. Pada tahun ini, gerakan ProMahasiswa melancarkan gerakan PRK Bersih, Telus dan Adil, mampukah PRK ini benar-benar telus?? adakah mahasiswa sendiri boleh memberi jaminan ideologi yang mereka bawakan adalah benar-benar dari mereka dan bukannya dari pihak-pihak tertentu?? dan andai PRK akan datang benar-benar telus, mampukah mahasiswa bergerak sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti luar?? dan andai mahasiswa sendiri mahu ianya dipengaruhi oleh parti luar dan mahasiswa mampu berpolitik di luar kampus, adakah mereka yakin mereka mampu menanggung masa berpolitik dan masa untuk menimba ilmu yang sepatutnya? benar, berpolitik juga merupakan salah satu proses pembelajaran, namun berbaloikah dengan berpolitik ini, kita mengorbankan harapan ibu dan ayah kita? jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran....

Read more...

Thursday, October 9, 2008

raya...jalan raya...pilihanraya...pemilihan umno...pilihan anda, bank rakyat...

bismillah....

apa yang cuba aku merepak pagi-pagi nie? heh, semalam rakyat Malaysia dah pun mengetahui keputusan orang no1 Malaysia yang tidak akan mempertahankan jawatannya pada Mac ini...mungkin ini pak lah rasa ini adalah pilihan yang terbaik untuk rakyat Malaysia...kan bagus kalo semua orang fikir untuk kebaikkan bersama...hmmm

sekarang pula, mesti ramai yang merancang, membuat andaian barisan-barian tertinggi kerajaan...kita tunggu dan lihat sajalah...

owh, esok pagi kamik suma mau naik belon, tapi, tak payah pesan apa-apa akkk....aku pergi nak berjalan, bukan nak beli barang untuk orang lain...ingat tu..kamik malas...

ok, nie nak kongsi gambar raya yang baru aku dapat...hehehe...selamat raya, samada hari raya, pilihan raya, atau berhati-hati di jalan raya....











Read more...

Monday, October 6, 2008

Macamana Dengan Sekarang??




Lyrics | What About Now lyrics

Read more...

Salam Lebaran........

bismillah....assalamualaikum wb.t

lama sungguh tak updated menatang nie, heh....otak dan hati tengah kering la, tak tau nak bagi minum/makan apa dah, ada cadangan supaya 2 organ ini tidak mudah kering? sila-sila....

oh, Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin....dah raya ke-6 hari ini kan? raya tahun nie, macam biasa, raya pertama balik kampung kat Banting sampai lewat ptg, sempat ke Klang tgk acik kat spital Klang...balik umah malam, raya ke2-3 dok umah, layan sedara mara...memandangkan mak n abah aku antara yang tua dalam family, maka memang wajiblah adik2 mak abah aku dan anak2 sedara merangkap sepupu sepapat aku beraya ke umah aku tiap-tiap tahun. dah menjadi rutin tahunan, terpaksa mengerah segenap tenaga yang ada sepanjang raya nie...kekadang aku mengomel gak, tapi memandangkan raya setahun sekali, redha je laa...bukankah itu merapatkan hubungan sesama manusia, aku memang mudah mengomel bila aku penat...heh ( p/s: jgn suka cari pasal ngan aku kalo tau aku penat ok?? hehehe)...

alhamdulillah, raya ke-4 sempat jugak aku berkonvoi ngan member2 sekolah, tapi tak cukup korum tahun nie, tak pe la...janji raya beb...owh, kami sempat beraya ngan cikgu sekolah merangkap coach hoki kitorang yang dah 6 tahun tak jumpe...cikgu dah tue, dah beruban pun...yang sekarang menjadi lecture kat UMS....

oh ya, satu lagi pengalaman best, bila raya nie, aku ambil kesempatan edar kad kahwin aku..eh silap, kad kahwin angah aku....sume dok wat muka blur bila aku kata aku yang nak kahwin...hahahhaa, pada siapa yang aku tak sempat jumpe tuh, datang ye ke perkahwinan anakanda Jemaron dan Maidun di umah aku pada 26 oktober ini...

ok ler, rutin harian pun dah bermula hari nie, semoga kita semua berbahagia di hari lebaran ini....selamat hari raya semua....



p/s: di kesempatan ini, aku minta maaf atas segala silap dan salah andai pernah aku lakukan sebelum ini, aku mengalu-alukan sebarang kritikan, sama-samalah kita saling ingat-mengingatkan....salam

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP