Tuesday, August 19, 2008

kepuasan dalam kekalahan

salam....

PENAT + NGANTUKZZZ...itu saja yang berada di dalam kepala aku sekarang, huh!!! tapi PUAS sangat-sangat. aku kira lama benar aku tidak rasa kepuasan berada di USM seperti minggu lalu, hohohoho...

tahniah pada semua junior-junior yang dah grad serta Pian dan Nawal Sharil yang akhirnya berjubah juga setelah berlumut di USM..(hehehehe....).Thanks juga pada mereka-mereka yang telah menghabiskan masa bersama-sama aku, enjoy giler seh...2 hari yang padat dengan aktiviti...oh ya, tahniah juga pada Kamil yang baru melansungkan perkahwinannya.

cisss...walaupun aku kalah bowling, api itu tak penting, yang penting aku merasa sangat puas, walaupun tak cukup korum (bak kata chong wei,aku ngaku aku kalah, aku tak nak wat alasan, hehehehe),dan dalam sejarah, inilah kali pertama aku dapat tempat last dalam game bowling yang kumpulan ini, tapi 2nd game aku baiki balik ekkkk...dah lama kita semua tak wat tournament bowling kan?? ada abg hairi, abg fakhrul dan abg arep saja pun dah gamat, tu belum senior-senior lain lagi...tak pe la,ada jodoh dan rezeki, jumpa lah lagi...Seingat aku inilah "geng-geng berani mati" yang bersama adik-adik ketika aku 1st year dulu, habis saja program, BJ Bowling tempat realese tension!!

apa-apa pun, ASPIRASI USM tetap dihatiku, dulu, kini dan selamanya...hohohoho..

Read more...

Wednesday, August 13, 2008

Takkan Melayu Hilang di Dunia..

salam...

10 Ogos lalu, si Khalid MB negeri Selangor telah buat kenyataan berhubung cadangan beliau untuk membuka kuota 10 % pengambilan pelajar UiTM kepada bukan bumiputera. Berikutan dengan itu, semalam, pelajar-pelajar UiTM menyerahkan memorandum bantahan kepada pejabat MB Selangor. ramai pulak makhluk bumi yang memberi respon tentang isu ini, aku tertarik dengan kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah semalam. Persoalannya, betulkah pembukaan kuota 10 % kepada bukan bumiputera ini benar- benar akan menbantu pencapaian akademik orang melayu, atau benar ianya sekadar mainan politik?? Dulu, kita dah pun beri kuota 10% pada bukan melayu dalam pengambilan pelajar Matrikulasi, benarkah pengambilan ini, meningkatkan prestasi pelajar Melayu??

Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah pernah membicarakan tentang pencapaian orang melayu sendiri, dan bagaimana UiTM berkembang maju dalam temuramahnya bersama Agenda Daily.. Bagi aku sendiri, cadangan itu adalah satu perkara tak munasabah. perlu ke kita beri hak kita untuk meningkatkan kemajuan bangsa kita sendiri?? tiada cara lainkah??

Sejarah Permulaan UITM

Ogos 1950 - Rural Industrial Development (RIDA)
1956 - Dewan Latehan RIDA
14 Okt 1967 - Maktab MARA
1968 - Institut Teknologi MARA
1999 - Satu perjumpaan secara besar-besaran telah diatur yang melibatkan semua pentadbir, pelajar-pelajar dan bekas pelajar telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 Ogos 1999. Pada ketika itu, YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa ITM akan dipanggil Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berikutan dengan pengumuman ini, beberapa bulan kemudian Akta ITM (paindaan 2000) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat iaitu pada 25 Februari 2000 dan diikuti pula oleh Dewan Negara pada 8 Mei 2000. Nama UiTM ini berkuatkuasa pada tarikh pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri. Menurut pindaan akta baru ini, terdapat seksyen yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong Malaysia secara automatik dilantik menjadi Canselor Universiti Teknologi MARA dan juga Pro-Canselor turut diletakkan di bawah baginda.

sejarah penuh disini.

Bukanlah secara terang UiTM termaktub dalam perkara 153 perlembagaan yang menjamin hak bumiputera.Adakah isu yang sengaja dibesar-besarkan ini hanya memperlihatkan diskriminasi kaum?? owh, bagaimana pula dengan sesetengah syarikat yang meletakkan syarat wajib berbahasa mandarin untuk menjawat jawatan dalan syarikat mereka? pensyarah-pensyarah bukan Melayu yang mendiskriminasi dalam pembagian markah??

p/s: Kalau melayu sendiri suka tikam melayu, agaknya siapa lagi yang akan mempertahankan melayu. kata hang tuah " takkan melayu hilang di dunia"..yap,melayu memang takkan hilang di dunia, tapi melayu yang bagaimana yang akan tinggal??

Read more...

Bila Sampai Waktu Itu?

salam...

aku semakin kaget dengan apa yang berlaku ketika ini, bermacam-macam hal la, tapi aku tak mampu nak menterjemahkan apa yang berada di dalam kepala ini pada papan kekunci dan seterusnya pada ruang maya ini. Belum dapat ilham...(Bak kata Pak Lah satu ketika dulu...heh).Nanti ya..aku sedang berperang dengan keadaan sekeliling aku dulu, jiwa kacau betul!!!

owh, aku juga makin gerun melihat keseriusan perkembangan manusia berblog, hahahhahaa, gila ahhh, ada yang tukar wajah, ada yang buka baru, ada makhluk baru...bagus-bagus, marilah kita sama-sama SERIUS.....erk,aku baru nak bertatih la...(^^,)

Read more...

Sunday, August 10, 2008

Abg Sin Chan..

salam...

Dalam perjalanan ke Pahang semalam, aku terima pesanan ringkas:
Salam. dengan nama Allh yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, mohon izin memberitahu bahawa , saya ; Fakhrul Razi bin Sunip & Huseylina Binti Md Isa telah selamat diijabkabulkan di Masjid Kampung Simpang Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang jam 6.25 petang tanggal 8 Ogos 2008M(08.08.08) bersamaan 6 Syaaban 1429H. bersama kita doakan kesejahteraan semuanya. Terima Kasih..

aku kira kalau pelajar USM tahun 2003-2007, mesti ramai yang mengenali beliau selain dari NC dan TNC USM. YDP MPP USM tahun 2004/2005 dan juga YDP MPD kami, desasiswa Tekun. seorang pemimpin yang sangat aku hormati. aku selitkan gambar perkahwinan beliau untuk tatapan semua, kerna aku kira ramai yang ingin melihatnya bukan?? sebab ramai yang tidak dapat menghadiri majlis kahwin beliau atas urusan lain. apa-apa pun, Selamat Pengantin Baru, Semoga mendapat keberkatan dari segalanya...aminn..




Read more...

Wednesday, August 6, 2008

Hubungan Sayang.....

salam....

malam tadi aku terima panggilan dari seorang sahabat yang agak lama kami terputus hubungan,cik Sarah. Sarah sebenarnya ajak aku menemani die ke konvokesyen sahabat kami Dayah di UM esok petang. Memandangkan aku kerja, maka aku dan Anis tak dapat bersama-sama beliau. Sarah juga sempat jemput aku ke konvo die di UTM minggu depan. Ceh!!! aku katakan bahawa aku perlu balik Penang, ada konvo juga disana. terus dia kata "ahhh, konvo ehem, ehem ko ek???" aku kira aku faham maksudnya, aku kata "bukanla, konvo junior-junior aku n member-member aku laaa"...beliau tak percaya kata-kata aku...lantak lah.....

kadang-kadang aku pelik, tak boleh ke seorang perempuan berkawan dengan lelaki tanpa ada apa-apa perasaan yang melibatkan hubungan romantis??? dari dulu lagi, perhubungan aku dengan kawan-kawan lelaki atau abg-abg senior aku, selalu disalahertikan...adakah sebab mereka fikir aku masih single?? kalau ya pun, itu bukan alasan aku ada hubungan istimewa dengan orang lain?? bak kata cat, " ko memang playgirl liq"...ceh...sekarang kat ofis, kalau aku jumpa ngan abg haron pun, budak-budak ofis kata tu "abg sayang" aku...ceh, kalau awek dia dengar, tak pasal-pasal aku yang kena.

memang sepanjang aku berada di bumi minden,aku akui aku memang ramai abg senior dan member lelaki, mungkin dari cara aku yang agak "kelelakian", buat aku main terjah je sape-sape.

tak kisah lah, selama ini pun aku selalu tak ambil peduli apa orang nak kata kat aku, lagi-lagi kalau menda itu tak betul...oh, hujung minggu ini, seorang senior aku yang paling aku kagum dan hormati akan menamatkan zaman bujangnya...Selamat Pengantin Baru abang!!!" dialah orang yang banyak memberi tunjuk ajar kat aku dari aku merangkak hinggalah aku mampu berlari kini...thanks a lot, walaupun satu ketika dulu, aku pernah berkrisis dengan dia....dan seorang lagi senior yang aku gelar "power ranger merah", senior yang aku kira paling dekat kat hati aku,selalu ada waktu aku sedih dan gembira, dia jugak bnyak beri nasihat kat aku...kini dia ntah ke mana, barangkali dia marah atau bosan dengan kedegilan aku, selalu tak dengar cakap die...huhuhu, anyway i miss him n thanks a lot...

aku selalu terfikir, aku adalah insan yang paling bertuah kerana mendapat tunjuk ajar dari ramai senior, abg fakhrul, abg nas, abg zul, abg haron, abg hairi, abe yoh, abg wan, abg nemo, amam, pian, fiedon, kak abby, kak Ebba, kak lina, kak aina....erk ramai sangat la...dan kini aku masih menerima tunjuk ajar dari mereka walaupun aku telah maninggalkan bumi minden. sorang lagi senior yang masih selalu aku hubungi, "orang tue gigi", banyak maklumat wa kongsi ngan lu bro...thanks...

erk, apsal la tibe2 aku tulis semua ini, macam nak tinggalkan wasiat plak...hehehehe, sebenarnya aku rasa gembira sangat bila tahu abg fakhrul nak kawin....selamat berbahagia, doakanlah kebahagian adik-adik abg juga.....

p/s: owh, aku sudah tidak bersama beliau lagi, aku kira ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami...biarlah masing-masing memilih jalan sendiri...aku letih.....
ah, aku memang sayang senior-senior yang aku dah anggap macam abg sendiri...junior-junior jugak aku sayang macam adik sendiri....sukati lah nak cakap apa pun.....inilah istimewanya kami di USM....hehehehhee....

Read more...

Monday, August 4, 2008

Perjalanan Masih Jauh.....

salam....

hujung minggu lalu, aku bersama wawa menghabiskan masa dengan berjalan-jalan dari pagi hingga ke malam. penat sungguh...hanya ahad kami berada di rumah, meng"cas" tenaga yang hilang pada hari semalam-malamnya. Jumaat lalu kami menghabiskan masa bersama-sama En. Hazrul untuk mengisi kekosongan jiwanya, tiada wayang di KB.

setelah bertahun- tahun, aku sudah lupa bila kali terakhir aku membeli sebuah buku untuk rujukan dan kepuasan aku sendiri. seingat aku aku hanya membeli buku untuk keperluan pengajian dari zaman tadika hinggalah ke "menara ilmu". Alih-alih aku hanya membeli majalah untuk menghiburkan jiwa dan aku selalu benar hanya meminjam majalah, novel dan buku dari kawan-kawan, tiada koleksi buku aku sendiri.

alhamdulillah, sejak 2-3 bulan ini, semangat membaca aku kembali lagi, tapi bukan pada novel-novel atau bahan hiburan yang ku pinjam dari kawan-kawan, tapi lebih pada pembacaan ilmiah aku kira. aku dan wawa ke PWTC pagi itu, berjaya juga aku sambar 3 buah buku Kassim Ahmad: Mencari Jalan Pulang: daripada Sosialisme Kepada Islam, Negara Bangsa dan Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia . inilah koleksi buku aku yang aku ada masa ini. aku pernah membeli buku suatu ketika dulu, tapi entah ke mana perginya. harap-harap aku juga akan ada koleksi buku aku sendiri, salah satu dari impian aku. heh!!




setelah hampir sejam lebih di PWTC, kami bergegas keluar kerana wawa memikirkan caj parking yang terlalu tinggi, RM5 sejam...gila!!! kami parking kereta di hotel kerana tidak tahu ada parking di kawasan lain..(cis!!!), tapi nasib baik jockey hotel tu hensem...(sempat tegur kami lagi...)..selalunya aku datang PWTC naik train, bukannya kereta, maka aku tidak tahu menahu tentang kewujudkan parking area PWTC.

kami lepak di Sogo lepas tu sementara menunggu kawan wawa yang ingin ke jalan TAR mencari baju raya, tapi akhirnya kami menukar rancangan ke One Utama, setelah mendapat ajakan dari abg sedara wawa untuk bermain bowling, lansung aku setuju kerna aku memang "kebulur" untuk memegang bola bowling. berpeluh mencari pusat bowling tersebut, tapi berbaloi sebab aku menang, heh!!...walaupun aku kurang gemar bolanya yang licin.

habis bowling, kami minta diri pulang, sempat maghrib di rumah, terus ke Warta membeli barang dan mengisi perut yang kosong....

Penat tapi puas.....berada di 3 shopping complexs pada hari yang sama, tak pernah aku buat selama nie...

Read more...

Friday, August 1, 2008

ketuanan Melayu...

salam,
sehingga hari ini, 1 Ogos 2008, orang ramai masih lagi memperkatakan tentang KETUANAN MELAYU?? bermacam-macam pendapat aku dengar....dan aku kira masih lagi ramai yang tidak faham konsep "ketuanan melayu" itu sendiri, yang paling sakit hati bila orang melayu sendiri yang tak faham dan kata sekarang zaman dah berubah, buat apa nak ada hak istimewa lagi?? semua orang perlu keadilan, perlu diberi hak samarata....apa sebenarnya maksud "samarata"?? kalau aku bagi kucing aku makan frieskies, perlu ke aku bagi kucing jiran aku makan frieskies jugak??

bagi aku orang-orang ini memang buta sejarah dan buta hati...ketuanan melayu dan hak istimewa orang melayu bukanlah bermaksud kita nak tunjuk hebat, tapi ini adalah pengekalan warisan, melayu yang begini agaknya bila dah terdesak, baru nak sedar.. (maaf.... aku bukan nak kutuk bangsa sendiri, meh la kita sama sedar menyedarkan)

kalau semua perkara perlu "samarata", agak-agak kita juga perlu beri hak kerakyatan pada mat-mat indon, bangla, vietnam yang dah duduk kat Malaysia berpuluh-puluh tahun. mereka pun bagi sumbangan besar kat negara gak apa, sama seperti zaman kedatangan bangsa asing ke negara kita satu masa dahulu kan?? bezanya, bangsa asing ini, dipaksa ke negara kita oleh British, mat-mat indon, bangla ini sukarela datang ke Malaysia, aku kira mat-mat indon dan bangla nie lebih bersemangat patriot kalau diberi kerakyatan, dorang yang suka datang sini maaaa.......

p/s: aku bukan seorang yang extreme racist, (betul ke aku eja nie??), tapi semangat perkauman itu perlu, kata orang "sense of belonging",....

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP