Friday, June 6, 2008

sembang-sembang II

owh,hari ini ada keje, salah sebuah institusi datang sini...nak jumpa kepala kapitan atau timbalan kapitan katanya. erk, dua-dua tak de lah, jumpa orang lain sajalah....sembang-sembang di bilik sembang.(aku selitkan apa yang menarik je...)

6 jun 08. 9 a.m

jalaluddin hassan~ apa pendapat korang semua dengan harga minyak sekarang nie? dah naik 72 sen<(sebenarnya 78 sen, aku diam....tak masuk campur dalam sembang-sembang ini).

sang pecinta~kerajaan kena lihat dengan lebih teliti kenaikkan harga minyak nie, ada golongan-golongan yang akan tertindas, macam pemandu teksi, dalam sehari, banyak kilometer yang dorang gunakan berbanding pengguna lain.

sang kekasih~betul, pembayaran rebat perlu dinaikkan dan perlu berdasarkan penggunaan kilometer, bukannya berdasarkan cc.

sang arjuna~perlu ada penjelasan yang munasabah, katanya pembayaran rebat boleh cover balik, tapi tak banyak membantu pun. kenapa perlu membandingkan harga di Thailand, Singapore dan negara Asia yang lain? mereka bukan negara pengeluar minyak, sebab tu mahal. isu ini yang pembangkang guna masa PRU12.

sang apek~ perlu juga bandingan pendapatan purata sebulan sesebuah negara, andaikan Malaysia purata pendapatan sebulan 2000, Singapore mesti lebih dari 2000, sebab tu negara mereka minyak lebih mahal.

sang macha~ kenapa kita tak guna teknologi lain macam biodiesel, nuklear, kita ada teknologi itu, Malaysia kan KUAT juga berbanding negara-negara lain, tapi sekarang Malaysia KUAT BERCAKAP je...

sang jejaka~ ada juga pihak yang kata, kerajaan amik langkah selamat.. sengaja naikkan minyak bulan ini, walaupun kata nak naikkan bulan 8 nanti, sebab sekarang kecoh isu Pak Lah-Mahathir, so bila buat macam nie, rakyat akan sibuk dengan harga minyak, lupe isu Pak Lah-Mahathir...tapi sebenarnya tindakan ini lebih bahaya. (aku suka yang ini....)

sang imam~ mungkin juga salah satu sebab kerajaan naikkan harga minyak, untuk kurangkan mat-mat rempit, bukannya dorang ada duit nak beli minyak yang mahal nanti. (erk, kurang?? bukan lagi banyak kadar jenayah yang berlaku ke?? aku masih lagi diam......)

sang pecinta~hah, semalam saya tengok dekat pam di Petronas, kenapa seliter rm 2.74? bukan k harga naik hingga 2.70 je?? (ye ke???)

jalaludin hassan~ harga tu, yang lebih 4 sen tu, kena tunggu pihak terbabit jawab. nak tingkatkan biodiesel, banyak kena lihat, macam di China, mereka kurangkan tanah untuk industri makanan dan tanah tu guna untuk bangunkan biodiesel. kita kena utamakan makanan dulu.

knock!!! knock!! ayahanda datang, sembang-sembang terhenti di situ.....

Read more...

sembang-sembang...

salam....

berikutan peningkatan harga minyak kat Malaysia ini, bermacam-macam pandangan dan kata-kata yang aku dengar....heh!

semalam. 5 jun 08. kat peti sejuk...9.15 a.m

clark kent masuk......lalu berteriak
yaaa....aku orang PAS lepas nie


pete ross~hahahhaa, nanti kita sambut merdeka dengan kerajaan baru. baru lepas PRU, naik lagi....78 sen plak tu!!!

clark kent~ hai liliq (aku senyum tersipu-sipu....erk, terus tak leh concentrate ngan blog)

lex luther~ liliq pergi isi miyak tak malam tadi???

aku~ah, tak la,tak kuasa nak beratur panjang....

chloe~kitorang pergi lepas tengok wayang, tapi masa tuh, dah dekat pukul 12, tak la ramai sangat

pete ross~ bro, ko pergi stadium bangi tak malam esok???

clark kent~ ada bola k??

aku~ owh..ceramah pakatan rakyat tu ek?? si Shafiee pun ada kan??

pete ross~ ahha, hari tuh, ramai gak, mesti ada cakap pasal minyak nie...

clark kent menghilangkan diri dari peti sejuk kami....

20 minit kemudian....

BUZZ...
haii...
erk!!! clark kent!!!
sesi berYM...censored ....(heh....)


di sebuah kafeteria kerajaan. 1.10 p.m

aku~ terkejut seh, aku tengok TV semalam, tiba-tiba ada Berita Terkini, kul 6 lebih plak tu, aku ingat pasal apa la, rupenya harga minyak....last aku tgk Berita Terkini yang tibe-tibe kuar, masa Anwar kena tangkap dulu....bikin suspen jek TV3 nie!!!

fasha sandha~ hahaha, bukan anwar, kali nie mesti ko ingat Mahathir plak yang kena tangkap kan??

aku~erk!!!

pieere andrea~ dah la harge beras baru naik, nie minyak pulak, lepas nie apa plak....

brad pitt~ahha, dah tu beras naik, soh kite makan ubi kayu pulak, memang kita dah dijajah la sekarang, dulu masa kene jajah pun makan ubi kayu gak...

azhar sulaiman~aku plak, dah la semalam lepas balik futsal , ramai giler orang kat shell, aku memang nak isi minyak, aku tnya abang shell tu, apsal ramai sangat orang, abg tuh, leh perli aku " minyak naik harga la dik tgh malam nie, tak tengok berita k??"...siot abg tu, bikin malu aku jer.....

fasha sandha~ ko dulu budak USM kan?? (aku angguk)..patut ler ko kuar tadi, macam kenal...dulu join Unit Sukan kan??? aku USM gak dulu.....

aku~hah, tak perasan la pulak.....

stephen Chow~ ko nie liliq, bukan nak kenal orang, tu la menyombong sangat!!!

aku~hehehe, saya memang tak kenal orang, orang je kenal sayaaa..
(ahli jemaah buat muka toyeee, aku tak faham kenapa)

owh, cerita minyak mati di situ......


p/s: aku serius,dorang kate aku poyo...dah memang orang selalu kenal aku, aku susah nak kenal orang, kecuali kalo aku rapat atau dorang special...ini memang serius!!! bukan cerita jenglot atau bigfoot....

Read more...

Thursday, June 5, 2008

ayat-ayat cinta




Read more...

Suprise II

Salam dan selamat pagi semuaaaa,
jangan tutup kaca tv anda, jangan matikan radio anda, atau jangan tampar diri anda, percayalah anda kini memamg benar-benar berada di Malaysia....satu lagi suprise hari ini...(cis, baru semalam aku tulis emas hitam Malaysia murah...eh, tapi kata Pak Lah masih lagi murah di rantau ini)

oh, tepung,beras, tambang bas, apa lagi ek?? bermacam-macam dah naik nie,apa lagi yang akan naik lepas ini ya...ah, naik angin??naik darah??? erk...








apa-apa pun, meh kita tengok perubahan atau suprise hari ini :

The Changes

Price increase

Petrol – RM0.78/litre
Diesel – RM1/litre
Electricity:
Commercial and industrial – 26%
Retailers and small restaurant operators – 18% (for first 200kWh per month)
Residential – new pricing structure for users above 200kWh per month

Prices effective today (per litre)

Petrol – RM2.70 (previously RM1.92)
Diesel – RM2.58 (previously RM1.58)

Rebates

> RM625 per year
For private vehicle with engine capacity of 2000cc and below, including private pickup trucks and jeeps with engine capacity of 2500cc and below.

> RM150 per year
For each private motorcycle with engine capacity of 250cc and below

> RM200 reduction on road tax
For private petrol and diesel vehicles with engine capacity above 2000cc

> RM50 reduction on road tax
For private motorcycles with engine capacity above 250cc

Streamlined diesel subsidy
(for approved transportation companies, vessel owners and fishermen)

> Diesel – RM1.43 per litre (previously RM1 per litre for fishermen and RM1.20 per litre for vessel owners)

> RM200 per month for every owner and employee of Malaysian-owned vessels registered with the Fisheries Department

> 10sen per kilo incentive for every kilogram of fish caught by registered vessels

> 10sen per litre for every litre of diesel used by river transportation operators according to approved quota

Gas subsidies restructure
(for Peninsular Malaysia)

> For power producers – from RM6.40 per mmBtu to RM14.31 per mmBtu

> For industrial users (consuming less than 2mmscfd) – from RM9.40 per mmBtu to RM24.54 per mmBtu

> For industrial users (consuming above 2mmscfd) – from RM11.32 per mmBtu to RM32.56 per mmBtu

Electricity tariff restructure

> Households using 200kWh and below every month will not be affected. This covers 59% of households in Peninsular Malaysia with a monthly bill under RM43.60.

> Commercial and industrial users face 26% increase. Small retail and business outlets consuming under 200kWh per month face 18% increase.

Liquefied Petroleum Gas (LPG) and
Natural Gas for Vehicle (NGV)

> No change. Prices remain at RM1.75 per kg (LPG) and RM0.635 per litre (NGV)

Oil palm windfall tax

> For Peninsular Malaysia 15% for every tonne of CPO exceeding RM2,000

> Sabah and Sarawak 7.5% for every tonne of CPO exceeding RM2,000 > Abolition of cess tax

Service tax threshold for restaurants and eateries

> Service tax now for restaurants with annual sales of RM3mil (previously RM500,000)

(erk, memandangkan aku copy dari thestar online, maka aku malas nak translate, tak kan tak faham kot...tu la tak nak baca NST, heh, aku suke tgk iklan NST tuh!!!!)

apa pulak yang rakyat dapat???















p/s: dorang semua suruh tukar pakai kuda, erk, aku hanya ada kuda chest kat umah....gile ape!!!!

Read more...

Wednesday, June 4, 2008

"Surpriseeee........"



salam....

apsal tajuk aku suprise? heh, sebab aku tertarik dengan berita ini.

Katanya, kemasukan bekas orang kuat Anwar itu tidak boleh dilihat sebagai 'Kuda Trojan' seperti disangka banyak pihak sebaliknya beliau adalah 'landasan kereta api' bagi membuka laluan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali kepada UMNO.

Kejutan''Saya tidak pasti sama ada ramalan ini akan menjadi kenyataan atau tidak tetapi semua orang tahu bahawa banyak kejutan sering berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini," katanya


siapa yang berkata??? lihat disini.

ya....rakyat Malaysia memang sukakan kejutan..tunggu dan lihat sajalah.

oh ya, ketika ini, di Malaysia rampasan atau peralihan kuasa, memang suatu kejutan, tapi di Thailand dan Indonesia, rampasan kuasa bukanlah suatu kejutan lagi di sana, rakyat Thailand dan Indonesia barangkali sudah lali....hmmm, mungkin sebab tu semakin ramai rakyat Indonesia dan Thailand di Malaysia, mahukan kejutan barangkali...yaaaa, selain orang minyak, opssss....minyak di Malaysia yang murah....


p/s:Malaysia memang terkenal dengan "keterbukaannya", Selamat Datang ke Malaysia....oh atau Selamat Datang ke UMNO...heh.

Read more...

matahariku





Matahariku (Ost Jelita) - Agnes Monica

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

(Korus 1)
Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

(Korus 2)
Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

Read more...

Monday, June 2, 2008

cerita saya.....

salam.....baru balik dari plaza Low Yat semalam, banyak kali juga aku dengar tentang plaza ini, cuma dikesempatan ini, dapat aku jejak....hehe...itupun sebab menemankan beliau. ramai seh orang kat sana, tapi memang berbaloi la.....dapat juga beliau sambar laptop sebijik......

ah, hari ini aku jumpe pengakuan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor tentang kronologi kemasukkannya ke dalam UMNO. bolehlah lepas nie keluarkan buku macam Lim Goh Tong (cerita saya versi Ezam Mohd Nor).heh.......aku rasa kalau orang yang bijak pandai, mesti dah dapat tafsir di sebalik pengakuan ini kan??, dan kerana ramai sangat yang rasa mereka sudah bijak dan pandai ini jugalah, dunia politik Malaysia semakin berwarna-warni...elok juga, kalau satu kaler je, bosan juga nanti. heh!!!

oleh kerana aku merasakan aku budak baru nak mengenali dunia, aku lebih gemar berkongsi info daripada pendapat aku sendiri dalam blog ini. tapi kalau berborak sesama geng, aku suka juga memberi dan mendengar pendapat....masih dalam proses pembelajaran selok belok dunia ini, politik terutamanya.

oh ya, pemuda UMNO bahagian Jerlun mempertahankan exco pergerakan pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir. baguslah begitu, ada juga yang sokong ya.......tapi aku tertarik dengan petikan ini

"(Datuk) Zaid duduk atas ikhsan perdana menteri, jangan pertikaikan kedudukan Datuk Mukhriz dan Datuk Tajuddin yang dipilih oleh rakyat,"..

heh....hari-hari makan pengat, sendiri mau ingat hah.....

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP