Friday, February 20, 2009

hayun dan baling....

erk..ada entry yang tertangguh...nanti la, kena cari maklumat dulu...hehehe...

semalam, si budak hitam call, "liq, tahniah...anda terpilih mewakili jabatan untuk pertandingan bowling...petang nie training kat alamanda...dato' kp pun ada tau...dtg, jgn lupa!!! kul 6!!"

aku??? hahhahahhahahaha....mula2 aku dengar memang aku gelak besar la...gila apa black nie, aku ingat dia memain...cis, betui rupanya...sib baik, aku memang simpan baju sukan kat ofis nie...cis!!!

sejak 2 bulan ini, masa aku memang banyak dihabiskan brsama geng2 sukan...selain masa ke ofis...setiap mlm isnin dan jumaat, berbadminton di presint 18...tu pun abg rai ajak join berbasikal petang selasa n khamis...huiskh...tak larat aku...buat masa nie, biar laa la aku menghayunkan raket dulu...berkayuh nie, masa dtg ofis hari sabtu boleh laa....

berbalik pada crite bowling....aku pergi jugak petang semalam...owh, betul rupanya....al-maklumlah..geng2 sukan nie, bukan leh percaya sangat...kaki mengenakan orang jee...dan setelah bermain 3 game...shikin, BKP...."liq, ko, aku n kak syima nanti satu team ekkk..., tapi ko jangan cakap ngan dorang plak, nanti dorang kata, kita dah pilih geng..." erk!!! aku on jee....

thanks kat black, sebab bagi pinjam bola dia, walaupun berat....kena biasakan nie...

hari ini, aku pening....alahai, nak beli raket ke bola bowling dulu ek??? habis la duit aku....oh ya, tournament bowling nie, selasa nie, 24hb kat mines...jom reramai tengok...aku pun tak pasti tournament antara sape sebenarnya...doakan aku ekkk!!!

Read more...

Wednesday, February 18, 2009

Siapa dia nie??

iskhhh...sape pulak nie???

hahahhahaa....nanti-nanti la yeee...tak sempat, saya dan idura baru nak tengok upin n ipin kul 6 nie...

nie pun buat atas permintaan bro gigi yang dah tercair dengan mamat dalam gambar nie...hahahhaha...

coming soon....lebih hangat dari biasa...

Read more...

Makan Pengat berkain singkat......(tajuk terpaksa diubah, bro gigi dah amik...)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Satu Malaysia sekarang ini, heboh isu gambar bogel / separuh bogel Yg Berhormat Elizebeth Wong, tenggelam sekejap isu kederhakaan YB Karpal Singh dan YB Nizar.....sebenarnya, mula-mula aku lambat tangkap isu ini, sebab minggu lepas, aku mengalami kekangan masa dan sindrom malas baca surat khabar...aku hanya tahu bila bakal YB Shamsul Ariff aka bro gigi memaparkan shotout di Yahoo Massanger yang mahukan gambar bogel tersebut. Lantas aku membuka blog-blog yang ada....owh...ada crite panas rupanya....hiksh... lambat tul aku nie kali nie!!!

dan sehingga hari ini, bermacam-macam la pendapat, komen, makian, cacian yang keluar....hahahhaha...tergelak kadang-kadang....mula-mula ada yang kata si YB elizebeth nie, dah umum letak jawatan...tup-tup bukan dah...tapi baru tawar letak jawatan...ingat ini, pasar borong selangor ke nak tawar-tawar.....sekufur2 aku dalam politik nie la kan, orang tawar nak bertanding, penah aku dengar...tapi ini 1st time dengar orang tawar letak jawatan....ada plak ek??? apa YB ingat, kalau tawar tu, ada orang nak pujuk YB ka?? tapi memang ada pun kan, kan??? Pak Nuar dan Menteri Besar Selangor pulak, mengeluarkan kenyataan YB Elizebeth akan direhatkan sahaja....berbaloi gak la YB menawar-nawar tuuu.....

pihak Pakatan Rakyat juga tak abis-abis menyalahkan BN dan UMNO....kata Pak Nuar.

"Ini merupakan satu permainan politik yang menyerang peribadi dan sangat jahat. Ada satu corak serangan yang melanda wakil rakyat pembangkang di Perak, Kedah dan Selangor,"...

alahai, orang lain la jahat, dia tak jahat laaa....masa Chua Soi Lek dulu, siapa yang beriya-iya soh letak jawatan??? apa?? kes tak sama?? Soi Lek lebih teruk, sebab CD zina, Elizabeth cuma gambar2....ahha, ye la tuuu...sama la kalo tangkap org maksiat, tak pee...kami cuma raba-raba je, bukan wat zina pun....sapa ntah ajar.... tak kira la, muslim ke, non-muslim ke....bukan ke itu menyimpang ciri-ciri ketatasusilaan yang juga terdapat dalam Rukun Negara- Kesopanan dan Kesusilaan...

hari ini, Husam Musa pulak kata...

"Dari satu segi, beberapa pendedahan salah laku moral pemimpin pakatan pembangkang adalah bagus untuk kita buat pembetulan.

"Perjuangan kita masih di peringkat baru. Ia akan menjadikan kita lebih sihat," katanya.

bagus la, kalau betul macam tu YB...lepas ini, dedah la lagi geng2 PR yang ada salah laku nie ek...jangan dok bising BN tak dedah isu rasuah jee...

yang kelakarnya, ada jugak puak-puak PAS nie kata, isu ini hanya peribadi, dan pihak yang harus dipersalahkan adalah individu yang menyebarkan foto tersebut..pelik bila melihat YB Parlimen Titiwangsa turut mempertahankan YB Elizabeth ini....perempuan cina nie, nak pulak dia sokong, time Soi Lek dulu, tak pulak...owh bukan satu nakhoda...dah tu si Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu yang kena tuduhan rasuah seks tu, tak pulak dia nak pertahankan...tu belum selesai lagi, tak tahu betul ke tak...yang si YB Elizabeth nie, terang2 dah..bak kata bro gigi, terangnya berlampu picit...pun nak pertahankan lagi??? memang la melayu kini mengemis di tanah air sendiri...

satu lagi, YB Elizabeth sendiri menuduh BN, katanya foto-foto itu disebarkan oleh puak-puak BN yang dengki dengannya...alahai, YB sendiri yang kata bekas teman lelaki YB tu, orang PKR juga...dah tu, camne pulak foto tu boleh tersebar, kalau bukan dari dia...atau, ada orang lain sewaktu gambar itu dirakam???
ini kata Datuk Noh Omar ;"Bukannya BN yang suruh dia telanjang dan bukan BN yang ambil gambar dia. Jadi, apa kena mengena dengan BN,"......

nak hantar foto, tersekat-sekat,

lagi susah berkain singkat,

kalo YB makan pengat,

sendiri la mau ingat......


p/s: Menteri Kewangan Jepun yang dituduh mabuk ketika menjalankan tugas di sidang media Kumpulan Tujuh (G7) pun dah letak jawatan.....


Read more...

Saturday, February 14, 2009

Sultanku sudah bersuara....

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009


Daulat Tuanku....

Read more...

Friday, February 13, 2009

Kenapa ianya dipanggil TAG???

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

salam...aku cuba tag yang dilakukan oleh cik farah, walaupun tak mention kat sape...hehe...akak wat jugak laa...25 random things...18 cukup la ek...banyak sgt 25 tuu....

1. sejak akhir-akhir ini aku sangat obses membeli buku, (beli je, baca ikut mood jugak)...tapi hingga sekarang masih ada 6 buah yang tak sempat baca...nanti la, janji beli kan?? hehehe...setiap bulan, dapat gaji, at least satu buku akan aku beli...dan aku memang suka baca buku biografi...suka baca kisah orang...kalo dok ngan orang2 tue pun, aku sanggup layan ke pagi, bila mereka buka cerita-cerita lama....aku jugak bercita-cita mahu ada koleksi buku sendiri satu hari nanti...yeah!!!

2. kat rumah sekarang, ada 8 ekor kucing, 4 baru lahir, sekor agak kecil lagi dan 3 sudah besar...kesemua kucing kitorang, tak de nama...alih2 kitorang akan panggil meow je....dah tak ingat sejak bile, tapi memang dah lama, semua kucing panggil meow je....hahhaha, nak beza, just kaler meow tu laaa....n beso or kecik

3. hah, aku memang seorang yang "gembira pergi bertuah"(happy go lucky!!!), bila aku cakap aku single, orang tak percaya, so lantak la kan....dah tu dorang cakap aku suka jual mahal...erk!! helloooo....kalo nak ngorat...ngorat la betul2, bukan sesuka hati aje.....maaf, aku memang malas nak layan orang macam tu......gentleman la bro......(aku bukan berlagak cun, tapi aku takut, kang aku yang terperasan lebih2, alih2 mamat tu memain je...tu yg aku malas tuuu)

4. dah banyak kali and dah biasa dengar, 1st time jumpa aku, nampak aku seorang yg sombong, dah tu bila kenal...baru tau aku camne kan??? hahahhaha....tapi paling kelakar, bila bang chik penah cakap, aku nampak macam budak baik.....hahahhahhaha....zah gelak besar bila aku cite kat dia....cis!!!

5. ada gak orang-orang cakap( kebanyakan geng2 math), dorang kata aku playgurl...., sukati jeee...aku memang ramai kawan lelaki.....lantak la....tak caya, tnya cat, sodok, ayea,azli...sampai bro gigi kata, kdg2 aku boleh bertukar menjadi lelaki....dah tu budak2 nie boleh plak gelar aku"dr cinta"....cis siot!!! aku tak nak dengar n tolong korang baru tau!!!

6. hmm, aku tersangat-sangat sayang hubungan ASPIRASI USM....geng2 gagak hitam, rindu gile bile tgh wat program, dengan perangai masing2 yang gilak!!! dah tu main macam2 game....huhuhu, sekarang nie, dah tak boleh nak main game2 tu dah...banyak yang dah lupa....dah tu gaduh2.....walaupun gaduh, kami nie dah macam family, gaduh kejap je pun...lepas tu baik balik...biasa la...so, pada orang-orang yg tak faham...korang tak layak laa join family kitorang ok???

7. aku pun suka sederhana jugak.....tapi kdg2 gatal gak nak nampak cun...tapi bukan selalu pun, tgk function la kan?? kang kata tak kena tempat plak...faveret kaler pun berubah2, dulu suka hijau...sekarang, aku rasa kaler purple plak lawa.....tak penah setia bab2 kaler2 nie....

8. hah, aku memang kuat makan...tapi kurus jugak...sarah and dayah (geng matrik) selalu jeles ngan aku...dorang kata aku bela toyol bg kurus...hahhaa, kak miza plak cakap, aku stamina kuat, tu yg kuat makan...cik teh cakap, metabolisme aku tinggi....asyik2 lapo je keje aku....tak kisah la, dah Allah yang jadikan aku begini.....

9. suka ngan kasut....tapi bile dah beli dan sedap pakai kasut, kasut tu je laa yang aku pakai, walaupun ada kasut lain kat umah.... kdg2 sampai koyak, baru aku tukar lain....yang penting selesa....

10. dulu, niat...kalo belajar, biar jauh2...keje dekat2 umah je..sebab nanti leh jumpa geng2 reko balik...leh 'hang out' cam dulu-dulu...tapi sekrang memasing sibuk...ada gak yg dah kawin...so, dah tak kisah keja mana dah...ahh...kitorang dulu pun, siap penah plan nak dok serumah bila keja...tapi sashi, nadia tak abis blaja g...aku plak dah pindah umah, anis n alya nak kawin dah...aj n syam konfirm mak dorang tak kasi.....

11. lagi...aku mmg niat nak futher study jugak...tapi duit tak dak laaa...ada sesiapa nak sponsor?? hahhaa....yg penting, lepaskan adik2 aku dulu...oh ya, nak sambung study, tapi lari dari degree math aku...leh tak?? hehehe...tak kena ngan jiwa laaa....

12. menda yg paling sedih, kehilangan power ranger merahhhh...upsss...i promise to myself not to talk or think 'bout it...ok thats it!!

13. love sgt nak lepak2 kat kedai mamak...kalo kat sini, lepak kat impian maju fasa 4, tak pun lepak kat village view baru kat bangi, kat penang, khalel laaa.....lepak, borak, ngutuk orang, gado2, meluah rasa, gosip member2, isu2 negara.....sampai ke pagi...tapi sekali sekali leh laa....

14. walaupun dah setahun lebih tinggalkan usm, boleh katakan 3 bulan sekali, aku akan balik ke usm...kenapa??? entah, sebab USM BEST!!! tapi nanti, junior2 yang kenal nie dah tak de.....best lagi tak ek?? ermmm....

15. setiap kali orang tahu aku degree math, dorang akan cakap "kenapa tak jadi cikgu??"...sampaikan aku bosan nak menjawab..."perlu ke, budak math jadi cikgu???"...maaf, buat masa ini, aku tak berminat nak jadi cikgu...bukan apa, aku tak de konfident nak ngajar org, dah tu, masa kat sekolah, aku mmg jahat, tak caya tnya bebudak reko...orang kata, balasan tuhan nie kejap je dah dapat...kang aku plak yg pening melayan kerenah anak murid aku....kalo cikgu tuisyen ke, aku leh consider lagi la.....serius!! orang kata aku berlagak, bukan...aku memang tak konfident dan kurang sabar...tnya adik aku camne aku ajar die....hahahha....so, aku tak nak nyusahkan anak-anak bangsa sendiri....buat masa ini la, esok lusa, tak tahulah kalo Allah nak bukakan hati aku kan.....satu lagi, serius!!! tu bukan bermakna aku denied kerjaya seorang guru ek?? malah aku sgt tabik, orang2 yang jadi cikgu ini....cuma aku memang tak setuju, bilamana ada orang2 tertentu yang berkata " jadi cikgu la senang, keja pun kejap je....lagi pun sekrang tak de keja...jadi cikgu la....konfirm senang dapat..." bagi aku orang-orang inilah yang merosakkan profession perguruan dan pendidikan....bukan niat nak ngaja orang, tapi niat nak dapat keja n senang hidup....huh!!!

16. hah, aku mmg addicted nescafe...budak2 ofis pun dah paham...dulu, masa kat kafe tekun, cik teh paling tension ngan aku, bila die jadi tukang beli air...sebabnya air aku paling panjang nak sebut "nescafe o suam kurang manis"...yg lain, nak minum apa?? "sirap!", "teh tarik","teh o ais"...kesian cik teh...abg kafe kat ofis nie pun, dah paham, kalo aaku g tempat die, die dah siap bancuh, tak yah aku nak sebut2...bagus abg tuuu...

17. geng2 reko cukup bosan ngan aku bila aku bukak cite politik....heh, bab nie kena bukak cite ngan geng2 gagak hitam gak best...n geng2 "wak lu" kat ofis nie....

18. aku ada adik beradik yg ramai-12 orang, aku dok tengah...anak yg ke-6..atas aku sume abg...kiranya aku sulung perempuan...ada 5 orang abg, 4 adik lelaki, 2 adik perempuan...masa mak n abah aku baru ada 10 org anak, aku je sorang perempuan...tu abg aku kata, aku selalu ngada2 ngan abah aku...nasib laaa....

tu je la.....aku dah tak de idea....dan aku pun tak nak tuju kat sape2 la menda tag nie, sape rasa nak buat-buat la ye.....

Read more...

Saturday, February 7, 2009

Darul RIdzuan

Lagu Perak

Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Dita'ati rakyat kiri dan kanan
Iman yang solleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan

Jata

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.

Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.


Bendera

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Daripada Lagu Hinggalah ke bendera, semuanya berkisahkan Sultan, rakyat dan Islam...inilah kebanggaan rakyat Perak Darul Ridzuan.....Daulat Tuanku!!

"Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan"

Read more...

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Hmmmm....astagfirallah....hanya itu saja kata-kata yang mampu aku ucapkan bila melihat keadaan di Perak. Apabila emosi mengawal diri, inilah yang terjadi...

" Jika gelombang reformasi tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur kemudian merebak ke seluruh negara, reformasi kali ini berlaku di Kuala Kangsar dan bakal merebak ke seluruh Perak, malah mungkin ke seluruh negara. Sekiranya reformasi sebelum ini kerana tidak puas hati dengan Dr Mahathir Mohamad, reformasi kali ini disebabkan tidak puas hati dengan Sultan Perak dan pimpinan Umno. Yang sama, kedua-dua reformasi itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak terhadap ketidakadilan.

Dalam reformasi tahun 1998, Dr Mahathir yang mengukir nama baiknya hampir 18 tahun sekali tersalah tindakannya, nama beliau menjadi busuk dan dibenci oleh ramai rakyat Malaysia.

Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh. " laporan penuh disini.

Benarkah semua yang terlibat dalam demonstrasi itu, merupakan rakyat Perak?? atau sebenarnya, rakyat di negeri-negeri pembangkang yang datang membuat kecoh?? ada rakyat Perak yang mahu komen??

Kejadian ini, mengingatkan aku pada negara jiran, Thailand, apabila penyokong-penyokong politik sudah hilang pertimbangan...hinggakan bangunan kerajaan dan lapangan terbang pun ingin ditawan...siapa yang rugi akhirnya?? siapa pula yang terkorban akhirnya bila tercetus perbalahan dan balingan bom2 yang entah dari mana?? ekonomi siapa yang terjejas?? siapa yang berani datang ke negara huru-hara begini?? entahlah....

Beginilah jadinya bila kita tidak mahu melihat sejarah-sejarah negara lain, sejarah negara yang lalu....maka butalah mata hati....

seperti biasa apabila pemimpin-pemimpin berbalah, rakyat yang menjadi mangsa....dan rakyat itu adalah kebanyakannya MELAYU....

Yang peliknya, mengapa harus dicanang-canang bahawa 2 DUN bebas PKR telah mengkhianati PKR dengan melompat parti?? bukankah PKR sendiri yang tidak mahu menerima mereka??

"Beliau berkata, hakikatnya sekarang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakilinya sebelum ini, sudah `membuangnya.'

"Bila PKR hantar surat peletakan jawatan saya itu, maknanya dia tak mahu saya lagi," katanya. " laporan penuh disini

Begitu juga dengan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong,

"Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, walaupun DAP masih berharap supaya Hee mempertimbangkan keputusannya, pihaknya tidak akan berjumpa dengan wakil rakyat itu untuk memujuknya.

"Kami hanya akan membuat pengumuman seperti ini (melalui media)," katanya." disini..

Maka, salah siapa sebenarnya??? inilah dia Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak....hinggakan Sultan pun mahu disamannya...

Apapun, buatlah pertimbangan yaang rasional, jangan mudah menjadi mangsa dan janganlah pula sanggup menjadi pemangsa.



Read more...

Thursday, February 5, 2009

Hadiah Ulang Tahun Jubli Perak..


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

3 Februari 2009, genap 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah. Dalam masa 25 tahun ini, tentunya pelbagai ragam dapat dilihat oleh Baginda. Aku pun belum lagi mencapai usia itu.

Baginda juga telah memberi perkenan sambutan Jubli Perak seperti yang dirancang pada bulan ini. Setiap kali ulang tahun, mesti ada hadiah dan ucapan tahniah kan??

oh, semalam, Sultan Azlan Shah menerima satu lagi hadiah, KERAJAAN NEGERI yang baru....apapun, tahniah....

mungkin tak lama lagi, dapat pula MB baru......heh

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP