Selamat Hari Pembebasan....Malaysia
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51."Perpaduan Teras Kejayaan".
Apa maksud merdeka? rata-rata anak muda akan berkata,"bebas dari penjajah"...bebas?? betulkah kini kita telah bebas dari penjajah? bak kata nabil, lu pikirlah sendiri....
tadi orang tue gigi menghantar pesanan ringkas pada aku, bertanya kepada aku, tidak ada sambutan merdekakah tahun ini? kenapa? ada la brooo, cuma tak segempak tahun lau dan tahun-tahun sudah, kenapa?? sebab tahun ini rakyat Malaysia lebih banyak mengibar bendera parti dari bendera Malaysia sendiri. bermula hujung bulan Febuari lalu, dan berhenti sebentar selepas 8 Mac, kemudian mula semula pada 16 Ogos hingga kini barangkali. bukan saja di permatang pauh, dimana-mana saja ada kelibat bendera parti. Biru muda, Biru tua, putih-merah, hijau-putih...bermacam-macam. inilah gelagat rakyat Malaysia. Aku kira bendera-bendera ini akan terus berkibar sehingga Disember ini. Kalau tahun lepas, kita memperhabiskan duit mempromosikan Malaysia yang menyambut kemerdekaan yang ke 50 tahun separuh abad, tahun ini giliran mempromosi parti-parti yang ada di Malaysia. Nah, satu taktik pempromosian yang bagus bukan.
selepas separuh abad kita mencapai kemerdekaan, sudah ada idea untuk menterbalikkan bendera Malaysia, agaknya selepas tahun 2057, satu abad selepas mencapai kemerdekaan, apa pula yang terbalik.....
apa- apa pun, selamat menyambut hari kemerdekaan, semoga kita akan merdeka dan bebas dari segala anasir-anasir hitam, amin. oh, sebelum itu, hayati sajak oleh Tun Dr. Mahathir ini. salam..
PERJUANGAN BELUM SELESAI
sesungguhnya tiada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku di jajah,
tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsaku di hina.
air mata tiada ertinya,
sejarah silam tiada makna sekiranya,
bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda & dilupakan.
bukan kecil langkah wira bangsa,
para pejuang kemerdekaan,
bagi menegakkan kemuliaan & darjat bangsa,
selangkah bererti mara,mengharung sejuta dugaan.
biarkan bertatih,
asalkan itu yakin & cermat,
bagi memastikan negara merdeka & bangga terpelihara,
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.
tugas kita bukan kecil,
kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar
dari bermandi darah & keringat menuntutnya,
lagilah pula apalah erti kemerdekaan,
jika bangsa asyik mengia & menidakan,
mengangguk & membenarkan
kerana sekalipun bangganya negara oleh makmur & mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negara sendiri.
bukan kecil tugas meneruskan perjuangan kemerdekaan,
kerana rupanya mengisi kemerdekaan itu
lebih jauh sengsara,
bangsaku bukan kecil hati & jiwanya,
bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut,
mengembara, malah penakluk terkemuka?
bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang & peniaga,
selain menjadi ulama & ilmuan terbilang?
bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
menjelajah dunia yg tak dikenali,
bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,
yang tak mengenal erti takut & kematian?
di manakah silapnya bangsaku,
berasa begitu kecil & rendah diri?
apakah angkara penjajah,
lalu bangsaku mulai melupakan
kegemilangan silam,
dan sejarah silam membina empayar?
rupanya masih jauh & berliku jalan kita,
bukan sekadar memerdekakan & mengisinya,
tetapi mengangkat darjat & kemuliaan,
buat selama-lamanya.
hari ini,jalan ini, pesti semakin berliku,
kerana masa depan belum tentu menjanjikan Syurga,
bagi mereka yg lemah & mudah kecewa,
perjuangan mereka belum selesai,
kerana hanya yg cekal & tabah,
dapat membina mercu tanda
bangsanya y berjaya...!!!