Monday, November 28, 2011

Cakap- Cakap AUKU 2011 Part II


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Seperti dijanjikan saya akan berbicara berkenaan AUKU. Lihat pengumuman DSN disini.



Setiap transformasi yang berlaku semestinya akan wujud kesan positif dan negatif.Terpulang pada kita untuk menerima faktor mana yang lebih dominan.



Mari kita lihat dahuu sudut yang positif, pindaan AUKU seksyen 15 ini sepertimana yang diumumkan oleh DSN, mahasiswa kan diberi keistimewaan, mahasiswa kini boleh menganggotai mana-mana parti politik. Pernah saya menghadiri satu majlis pada tahun 2006 /2007, seorang peserta bertanya kepada penganjur berkenaan AUKU ini, soalannya " mengapa AUKU meyekat penglibatan politik mahasiswa? Mengapa perlunya kebenaran Naib Canselor? . bayangkan di kampung saya, mat rempit yang telah berusia 21 tahun ke atas boleh menyertai parti politik dan bebas bergerak, mengapa mahasiswa yang kononnya bijak pandai, tidak boleh sertai politik? Apa rendah sangatkah martabat kami? Apa benarkah kami tak mampu melihat mana yang baik dan buruk?". Satu soalan lagi " jika benar mahasiswa tidak dibenarkan mencampuri politik, mengapa wujudnya Kelab Umno Luar Negara? Adakah mahasiswa mahasiswa di dalam Malaysia "low standard"?. Dengan terpindanya seksyen 15 ini, soalan-soalan seperti ini mungkin tidak lagi akan wujud.


Kesan negatif pula sebenarnya lebih kepada KERISAUAN kita. Sekiranya seseorang mahasiswa itu merupakan ahli UMNO, bagaimana pula pengaruhnya di kalangan pegawai/pensyarah? Dan bagaimana pula dengan tugas hakiki seorang MAHASISWA? Adakah peratusan pelajar yang tercicir dalam pelajaran akan meningkat dengan pindaan AUKU ini? Akan wujudkah pula anugerah atau analisis parti mana yang popular di kalangan mahasiswa.

Mari kita lihat pula reaksi mahasiswa. Saya kategorikan kepada 3 golongan;

1. PRO – PINDA/MANSUH AUKU


Bagi golongan ini, ini merupakan kemenangan awal mereka. Kerajaan kini telah mendengar tuntutan yang disampaikan, tidak kira samada mereka golongan minoriti atau majoriti, yang penting kemenangan telah tercapai, kerajaan mendengar suara mereka.




2. PRO – MEMPERTAHANKAN AUKU


KECEWA dan HAMPA!! Golongan ini pula ada 2 ;


i. Mereka yang kecewa dengan keputusan kerajaan


ii. Mereka yang kecewa dengan cara kerajaan

Bagi golongan yang (i) ini, kekecewaan mereka lebih kepada penundukan emosi . AUKU yang dipertahankan selama ini, seksyen yang diperjuangkan akan dipinda. Kekalahan dipihak mereka. Ini menjatuhkan MARUAH mereka sebagai seorang perjuang. Mengapa kerajaan tunduk dengan tuntutan-tuntutan pembangkang, sedangkan mereka yang selama ini menyokong kerajaan, diabaikan.

Bagi golongan (ii) ini pula, kekecewaan lebih bersifat rasional, cara keputusan dibuat. Apakah benar kerajaan mendengar suara mahasiswa? Pihak majoriti atau minoriti? Mengapa kerajaan mewujudkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Konvensyen Pemimpin Pelajar sekiranya suara pelajar yang "mewakili" pelajar lain tidak didengar.

3. PEMERHATI DAN PENDENGAR (NEUTRAL)

Saya percaya golongan ini sebenarnya paling ramai di IPTA. Tidak ambil peduli!! Samada undang-undang yang melibatkan hak mereka dipinda atau dimansuhkan, sama sahaja, asalkan tidak mengganggu aktiviti harian mereka di kampus.



Suka atau tidak, pengumuman telah pun dibuat. Marah atau tidak, pindaan tetap diteruskan. Sama seperti pengumuman mansuhkan ISA dan Ordinan darurat. Mari kita lihat pula kesan pada kerajaan yang membuat dasar.



Pengumuman dan tranformasi yang diputuskan oleh DSN ini juga dilihat memberi kesan positif dan negatif. Dari kesan positif, kerajaan telah pun mengiktiraf suara dan kematangan mahasiwa dalam berpolitik, bagi mahasiswa yang mampu menerimanya, ini merupakan satu transformasi yang bijak. Seksyen 15 yang diputuskan oleh mahkamah sebagai bercanggah dengan perlembagaan telah pun dipinda utk menjadi selari dengan Perlembagaan Malaysia.DSN dilihat mampu menjadi "hero". Mungkinkah pengundi muda yang totok pembangkang akan beralih arah? Atau pengundi atas pagar akan berterima kasih dan memangkah BN?



Kesan negatif pula melihatkan DSN "makan diri" dengan keputusan tersebut. Golongan yang kecewa bukan saja di kalangan mahasiswa, tetapi juga pegawai/pensyarah IPTA, jika bercakap tentang Ordinan Darurat dan ISA, mungkin juga anggota polis yang terlibat... "penat-penat aku tangkap, ko nak bebaskan pula!!!". Jika melihat analisa keputusan PRU-12 2008, pengundi muda memilih untuk tunduk kepada nafsu emosi. Apakah PRU ke-13 ini juga begitu? Saya menjangkakan jika emosi masih lagi menjadi kuasa utama pengundi muda, puak yang selama ini totok kerajaan tidak mungkin akan beralih arah dan memilih pembangkang, puak-puak ini mungkin akan protes dan mengambil tindakan untuk tidak turun mengundi. Peratusan tidak keluar mengundi akan meningkat. Ini akan merugikan kerajaan sendiri. Persoalannya berapa banyakkah golongan totok kerajaan ini?

Selain itu juga, mahasiswa akan muak dan bosan dengan mainan kerajaan, mereka akan hilang kepercayaan kepada pemimpin pelajar yang mereka pilih dalam Pilihanraya Kampus nanti, apa gunanya diadakan pemilihan untuk mewakili mahasiswa sekiranya pandangan "wakil" mahasiswa ini tidak di dengar? Labih baik berdemo di depan bangunan KPT.



Nah, pandangan saya?



Mahasiswa sendiri perlu bijak, emosi perlu diletakkan di tempat yang sepatutnya, kata seorang sahabat, anjakan paradigma bukannya hipokrit, tidak selamanya kita berada di atas walaupun kita pemimpin. Akui kesilapan lebih mulia daripada pertahankan kesilapan, jika benar Seksyen 15 AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, bukan kah lebih baik ianya dipinda?? Bukankah k ita semua akui Perlembagaan Malaysia ini undang- undang tertinggi Negara? Masa berlalu, zaman kini tak sama seperti dulu, transformasi perlu, jika kita masih berpegang kepada zaman dulu, kita sendiri akan tercicir. Org zaman hutan akan cakap zaman bandar tak betul, naik binatang pakai roda. Tidak semua mampu melihat cahaya dalam gelap.

Jika DSN percaya kepada ke"matang" an mahasiswa, mahasiswa perlu juga percaya pada kematangan diri sendiri.



Bagi kerajaan pula, cara itu perlu diperbaiki, tidak salah sekiranya sebelum pengumuman dibuat, kajian dilakukan untuk mendapatkan suara mahasiswa, atau setidak-tidaknya memberi penerangan kepada perwakilan mahasiswa. Iktiraf dan hormatilah wakil mahasiswa yang dipilih, sekiranya kerajaan juga mahu dihormati sebagai "wakil yang diplih".



Sekian..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Read more...

Saturday, November 26, 2011

Cakap-Cakap AUKU 2011....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang...


Lama sungguh tidak berblog. Masyaallah.... Mari kita mulakan semula blog ini dengan isu Mahasiswa yang mendapat perhatian pimpinan Negara.

Terdahulu, saya pernah berbicara tentang AUKU didalam blog ini. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ini? Akta ini merupakan satu akta bagi Universiti Awam di Malaysia. AUKU ini juga telah beberapa kali dipinda dari tahun 1975, 1995 dan terakhir 2009. Terdapat 5 Bahagian dan 27 Seksyen terkandung di dalam akta ini.

Pada 24 November 2011 yang lalu, di dewan Parlimen, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib telah pun mengumumkan bahawa AUKU ini akan dipinda bagi membolehkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli dalam mana-mana parti politik. Namun, beliau menegaskan bahawa mahaasiswa dilarang keras membawa politik kepartian didalam kampus.

Hasil dari pengumuman itu, pelbagai reaksi diterima oleh masyarakat terutama Mahasiswa sendiri. Bagi golongan yang berjuang untuk memansuhkan AUKU, ini merupakan satu kemenangan awal, bagi golongan yang memperjuangkan dan mempertahankan AUKU, ini merupakan satu kekalahan dan kecewa dengan pengumuman yang dibuat oleh DSN, manakala bagi golongan yang "neutral" pula, dilihat lebih rasional, dengan menganggap tranformasi yang dilakukan mempunyai kesan positif dan negatif.

Sehingga hari dan saat ini, saya masih memberi ruang dan mendengar keluhan, kesahan, keterujaan, kekecewaan, kegembiraan mahasiswa-mahasiswa kini. Pandangan saya?? akan saya ceritakan kemudian....mari kita menjadi pendengar dahulu....

Read more...

Thursday, November 24, 2011

Akan Datang......

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang......

Setelah sekian lama bertapa, perlu membuang sawang-sawang yang ada di blog ini....
insyallah saya akan kembali ke dunia blogger, samada menggunakan blog ini atau atas ciptaan blog yang baru. Terima Kasih atas sokongan rakan-rakan selama ini, doakan mudah-mudahan semangat dan untuk kembali berblog itu akan senantiasa ada....masa itu boleh dicuri dan dicari bukan?? kekekeke....

Wasalam.....

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP