Tuesday, December 27, 2011

sampai menyampaikan.....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Suka untuk saya berkongsi video Yang juga saya perolehi dari seorang sahabat di laman facebooknya. Video seorang mahasiswa yang kini menuntut di Toronto, Canada....salah satu cara dakwah yang lain dari yang lain.

Teringat satu ketika dulu, seorang sahabat pernah berkata, cara dan kaedah untuk kita berdakwah juga perlu seiring dengan perubahan zaman kini. Untuk mendekati anak muda yang merempit, kita perlu sama-sama merempit dan memahami jiwanya. Bukan hanya berdakwah di dalam masjid. Dan bukan hanya mereka yang memakai serban dan ketayap saja layak memberi nasihat dan berbicara soal agama. Nah, mari kita rehatkan minda dengan video-video Aiman Azlan ini.




Read more...

Friday, December 9, 2011

Tiada Hudud Dalam Manifesto??

KUALA TERENGGANU 7 Dis. - Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan demikian dengan berkata, manifesto tidak perlu disebut secara terperinci.

"Bila sebut konsep yang adil, mencegah kemungkaran, ia isu yang sudah berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata, Islam akan menterjemah secara jelas mengenai pelaksanaannya jika pakatan pembangkang memerintah kerana ia agama yang menyeluruh.

Namun, katanya, ia harus mengikut turutan dengan mukadimahnya sambil memberi contoh untuk memulakan solat perlu mengambil wuduk terlebih dahulu.

"Kita pilih negeri-negeri yang kita (Pas) ada kuasa sepenuhnya dan kita menerima pendapat supaya orang bukan Islam tidak dipaksa.

"Biar mereka melihat terlebih dahulu, sekiranya mereka melihat, mereka boleh terima," ujar beliau.

Ditanya kemungkinan Pas tidak mampu mencorak hala tuju yang diperjuangkan parti itu, beliau berkata, semua parti telah menerima Islam dan Melayu sebagai teras kepimpinan negara.

Terdahulu semasa sesi perbahasan, penyokong kerajaan Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) menempelak Pas kerana pendekatan parti itu lebih memberi peluang kepada DAP untuk menggantikan tempatnya.



Sumber Utusan Online 8 Disember 2011.




Perkara ini memang sudah dijangka oleh semua pihak. Teringat sewaktu saya bersembang dengan seorang Pak Cik di Melaka Julai lalu, ketika itu beliau menegur saya kerana melihat saya sedang membaca buku Menuju PAS Baru oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa.


Kata pak Cik tersebut jika PAS benar-benar mahu membawa Islam dalam pentadbiran negara ini, mengapa PAS tidak pernah mengeluarkan buku atau memorandum Berkenaan pelaksanaan HUDUD?. Jika PAS benar-benar mahu meyakinkan rakyat, bukankah lebih elok PAS mempamerkan contoh-contoh atau draf pentadbiran ISLAM yang mahu dilaksanakan. Selama penubuhan PAS sejak 1951, pernahkah PAS mengeluarkan draf ini??


Setakat bercakap, tanpa perancangan kukuh, agak-agak siapa nak percaya??

Read more...

Thursday, December 8, 2011

Buta Fikiran Atau Buta Iman???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Mari kita lihat temuramah ini....



Pengacara - " Apakah kamu menikmati hubungan itu??"

Anak - "Iya, mau tak mau....ibu saya memaksa"



Ibu - "saya tidak berzina dengan org lain, tapi anak sendiri..."


Erk!! Masyaallah, sesungguhnya dunia ini benar-benar hampir kiamat. Bagaimana jika ini yang berlaku di tanah air tercinta ini? jika anak yang lahir hasil dari perhubungan ini, apa gelaran harus diberikan? anak atau cucu?

Apakah ini sebahagian dari Seksualiti Merdeka yang dipertahankan??

Seksualiti Merdeka ini, kononnya memperjuangkan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Apakah semua perkara menuntut kebebasan tanpa perlu ada batasan agama??

Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang - pasangan lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.

Firman Allah swt:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(Surah ar Ruum: ayat 21)


Sabda Rasulullah saw

تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة

Kahwinilah olehmu akan perempuan yang penyayang dan mampu melahirkan anak kerana sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummatku diakhirat kelak. (Riwayat Imam Ahmad)

Kecenderungan mengamalkan kehidupan gay, lesbian dan biseksual ini adalah bertolak dari nafsu yang tidak dikawal. Sedang Islam telah menganjurkan ummat manusia supaya berkahwin secara normal dan menggariskan kaedah kawalan nafsu bagi mereka yang tidak mampu melakukannya.
Seperti sabda Rasulullah saw dari Ibnu Masuud radhiyallahu 'anhu :


يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Wahai sekelian anak muda ! barangsiapa yang mampu [dan bersedia untuk berkahwin] dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu membantu menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana sesungguhnya puasa itu adalah perisai [dirinya agar tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan sosial]. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Nauzubillah min zalik..sama-sama kita berdoa agar perkara ini tidak akan terjadi di Malaysia atau kita TIDAK AKAN sekali-kali MENGHALALkan perkara ini berlaku di bumi tercinta ini.

Read more...

Wednesday, December 7, 2011

Jawatankuasa pantau pindaan Seksyen 15 AUKU

PUTRAJAYA 6 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi akan mewujudkan satu jawatankuasa untuk membuat draf berhubung keputusan kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menyertai politik.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, seperti yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya pelajar berumur 21 tahun ke atas sahaja boleh menyertai parti politik di luar kampus.

Menurutnya, kementerian mengalu-alukan keputusan kerajaan tersebut demi kebaikan bersama dan ia juga menepati hasrat dan matlamat pendidikan yang perlu dicapai pelajar universti di dalam negara.

"Dengan perubahan tersebut, ia tidak bermakna semua fasal yang berkaitan Seksyen 15 AUKU akan diubah, kita akan meneliti secara serius dan mendalam melalui jawatankuasa yang akan ditubuhkan nanti.

"Perubahan ini juga bukan sahaja termaktub kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) malah ia meliputi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan juga politeknik,' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled merasmikan Program Latihan Graduan Industri Tinggi (HEIGIP).



p/s: mari sama-sama kita tunggu Siapa ahli Jawatankuasa dan keputusaan Jawatankuasa ini nanti. Tahniah DSKN...

Sumber : Utusan Online (6 Disember 2011)

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP