Monday, July 13, 2009

A Story About Malay People....

CERITANYA ORANG MELAYU.

DULU KALA
ORANG MELAYU
PUNYAI KERAJAAN
PUNYAI PERADABAN
PUNYAI KETAMADUNAN
PUNYAI KEBUDAYAAN
PUNYAI KEKAYAAN
PUNYAI KEBESARAN
PUNYAI KEJAYAAN

DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI HASAD DENGKI DAN TAMAK HALOBA
ADA YANG PANDAI TAPI DIBUNUHNYA
ADA YANG BIJAK TAPI DICERCA
ADA YANG KUAT TAPI DIADU DOMBA
ADA YANG SETIA TAPI DI SYAK WASANGKA

DULU DULU
ORANG MELAYU
MULAI KHIANAT MENGKHIANATI
MULAI DENGKI MENDENGKI
MULAI ROSAK AKHLAK DAN ROSAK BUDI
MULAI ROSAK AKAL DAN ROSAK HATI
MULAI ROSAK SOPAN DAN ROSAK PERIBADI
MULAI ROSAK SUSILA DAN TAK TAHU MALU LAGI

DULU KELMARIN
ORANG MELAYU
BUKA PINTU UNTUK BENGGALI PUTIH
BENGGALI PUTIH DATANG BERSILIH GANTI
BENGGALI PUTIH MENJAJAH DAN TAK MAHU PERGI
BENGGALI PUTIH MENGINJAK BUMI INI
BENGGALI PUTIH MENJARAH PRIBUMI
BENGGALI PUTIH MEROMPAK DAN MEMBULI
HAMPIR LIMA RATUS TAHUN
HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI
HANYA LAYAK JADI PETANI DAN KULI

SAYANGNYA ORANG MELAYU PADA RAJANYA TIADA BERTEPI
UMPAMA PAYUNG TEMPAT BERTEDUH
TIADA HARTA PUN TIDAK MENGAPA
SANGGUP BERKORBAN APA SAJA
HARTA ATAU PUN NYAWA
KERANA RAJANYA LAMBANG BANGSA
LAMBANG NEGARANYA

ORANG MELAYU
BERGOTONG BERKUMPUL BERSATU BERTEGUH HATI
MENCARI AKAL MENCARI DIRI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !

SEMENJAK JATUHNYA KOTA MELAKA
ORANG MELAYU BERDOA MEMOHON PADA ILLAHI
HANYA ILLAHI TEMPAT PENGADUAN
SETIAP SAAT SETIAP HARI

HARI BERGANTI HARI
BULAN BERGANTI BULAN
TAHUN BERGANTI TAHUN
BERABAD LAMANYA
BARU KINI MAKBULNYA DOA
MAKBULNYA PERMINTAAN
MAKBULNYA POHONAN
MAKBULNYA RAYUAN

JUTAAN HATI MEMANJATKAN KESYUKURAN
JUTAAN HATI TERBAKAR SEMANGAT KEMERDEKAAN !
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
BELUM PUN SEHARI
MERDEKAKAN TANAH INI !
MERDEKAKAN DIRI INI !
MERDEKAKAN AKAL INI !
MERDEKAKAN HATI INI !

BARU DULU TADI
ORANG MELAYU
SUDAH SEMULA LUPA DIRI
SUDAH MUDAH LUPA LAGI !
TAK SUDAH SUDAH TAK TAHU DIRI !

SEMUANYA KERANA SEKEPAL DARAH BERNAMA HATI
IRI HATI !
DENGKI HATI !
SAKIT HATI !
BUSUK HATI !
JAHAT HATI !
HANYA KEHENDAK SECUBIT DUNIAWI !

WAHAI ORANG MELAYU
JANGAN KAU ULANGI
HANYA CUMA SECUBIT DUNIAWI
BERBALAH BERGADUH BERKELAHI
BERKHAYAL MABUK DI ALAM FANTASI
KONONNYA ATAS NAMA, DEMOKRASI
KONONNYA ATAS NAMA, HAK DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, AKU PUNYA DIRI
KONONNYA ATAS NAMA, MODENISASI
KONONNYA ATAS NAMA, REFORMASI
KONONNYA ATAS NAMA, ISLAMISASI

ORANG MELAYU MUDAH LUPA DIRI
ORANG MELAYU TAK SEDAR DIRI
DULU BERGELUMANG SELUT DAN TAHI
HANYA TANAH BENDANG MENCARI REZEKI
DULU HANYA MANDI DI PERIGI
DULU HANYA PELITA MENERANGI
DULU HANYA PETANI DAN KULI
DULU TIADA KENAIKAN HANYA BERJALAN KAKI
DULU HILANG HARGA DIRI DAN NEGERI

MENGAPA MUDAH LUPA DIRI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENGHARGAI
MENGAPA MUDAH TIDAK MENSYUKURI
NIKMAT INI

KINI
ORANG MELAYU
SUDAH ADA YANG KAYA RAYA
SUDAH ADA YANG BERHARTA BENDA
SUDAH PUNYAI WANG BERJUTA
SUDAH ADA INTAN PERMATA
SUDAH ADA BIJAK CENDEKIA
AKAN TETAPI MASIH BELUM LAGI SEMPURNA

PEPATAH ORANG TUA SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN
MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA
MANA TANGGUNGJAWAB KALIAN
HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI !
BAGAI HARUAN MAKAN ANAK SENDIRI !
SEPERTI MUSANG BERBULU AYAM !
HARAPKAN SOKONG, SOKONG MEMBAWA REBAH !
TELAH LUPA ASAL USUL MASING MASING
SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT !
INIKAH BAYARAN BAGI SEBUAH KEMERDEKAAN !
SEBUAH KEJAYAAN !
SEBUAH KECEMERLANGAN !
SEBUAH KEGEMILANGAN !

ORANG MELAYU
DULU KOSONG PERUTNYA
RINGAN TULANG SENANG DIBAWA BICARA
KINI PERUTNYA TAK PERNAH LAPAR LAGI
BERAT TULANG, PEMALAS
TAK BOLEH DIIKUT PANDAINYA

KATANYA
SEKALI MERDEKA SELAMANYA MERDEKA
TEPUK DADA TANYA SELERA
AKAN DIBUAT APA YANG DISUKA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA
KE MENTARI TENGGELAM JUA
MEREKA MEMUJA MUJA TERKINJA KINJA
MULANYA HILANG SOPAN DAN SUSILA, MENDERHAKA

HARI INI DAN ESOK
ORANG MELAYU
MASIH LAGI PUNYA MASA
MASIH LAGI PUNYA KUASA
JANGAN ALPA JANGAN LEKA JANGAN LUPA
ANCAMAN SENTIASA ADA DI DEPAN TANGGA
URUSKAN KEJAYAAN INI
GEMILANGKAN KEJAYAAN INI
CEMERLANGKAN KEJAYAAN INI

JANGAN DILEPASKAN KEJAYAAN INI
SEHINGGA MINGGU HADAPAN
SEHINGGA BULAN HADAPAN
SEHINGGA TAHUN HADAPAN
SEHINGGA DEKAD HADAPAN
SEHINGGA KURUN HADAPAN
SEHINGGA ALAF HADAPAN
SEHINGGA SELAGI ADA SURIA DAN REMBULAN

INILAH BEBERAPA PEDOMAN
SEORANG AKU INGIN PERKATAKAN
TIADA GUNANYA KEMERDEKAAN
TIADA GUNANYA KEJAYAAN
TIADA GUNANYA KECEMERLANGAN
TIADA GUNANYA KEGEMILANGAN

ANDAINYA DALAM DADA TERCABUT KEIMANAN !
ANDAINYA DALAM JIWA TERHAKIS KEPERCAYAAN !
ANDAINYA DALAM HATI TIADA KESETIAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESOPANAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KESUSILAAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA PERADABAN !
ANDAINYA DALAM BANGSA TIADA KEHORMATAN !
YANG MENJADI GALANG GANTINYA !
SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT
SEMUA ITU MULA TERHAKIS DAN BINASA
DAN TIADA SIAPA YANG AMBIL PEDULI !

CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN
WAHAI ORANG ORANG MELAYU YANG BERIMAN !
MASIHKAH KAMU INGAT!
KATAKAN ALLAH ITU TUHANMU YANG SATU !
KATAKAN RASULULLAH MUHAMMAD SAW UTUSANNYA !
SESUNGGUHNYA PERJUANGANMU BELUM SELESAI !
BERJUANG
DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA !

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP