Friday, December 9, 2011

Tiada Hudud Dalam Manifesto??

KUALA TERENGGANU 7 Dis. - Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan demikian dengan berkata, manifesto tidak perlu disebut secara terperinci.

"Bila sebut konsep yang adil, mencegah kemungkaran, ia isu yang sudah berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata, Islam akan menterjemah secara jelas mengenai pelaksanaannya jika pakatan pembangkang memerintah kerana ia agama yang menyeluruh.

Namun, katanya, ia harus mengikut turutan dengan mukadimahnya sambil memberi contoh untuk memulakan solat perlu mengambil wuduk terlebih dahulu.

"Kita pilih negeri-negeri yang kita (Pas) ada kuasa sepenuhnya dan kita menerima pendapat supaya orang bukan Islam tidak dipaksa.

"Biar mereka melihat terlebih dahulu, sekiranya mereka melihat, mereka boleh terima," ujar beliau.

Ditanya kemungkinan Pas tidak mampu mencorak hala tuju yang diperjuangkan parti itu, beliau berkata, semua parti telah menerima Islam dan Melayu sebagai teras kepimpinan negara.

Terdahulu semasa sesi perbahasan, penyokong kerajaan Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) menempelak Pas kerana pendekatan parti itu lebih memberi peluang kepada DAP untuk menggantikan tempatnya.



Sumber Utusan Online 8 Disember 2011.




Perkara ini memang sudah dijangka oleh semua pihak. Teringat sewaktu saya bersembang dengan seorang Pak Cik di Melaka Julai lalu, ketika itu beliau menegur saya kerana melihat saya sedang membaca buku Menuju PAS Baru oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa.


Kata pak Cik tersebut jika PAS benar-benar mahu membawa Islam dalam pentadbiran negara ini, mengapa PAS tidak pernah mengeluarkan buku atau memorandum Berkenaan pelaksanaan HUDUD?. Jika PAS benar-benar mahu meyakinkan rakyat, bukankah lebih elok PAS mempamerkan contoh-contoh atau draf pentadbiran ISLAM yang mahu dilaksanakan. Selama penubuhan PAS sejak 1951, pernahkah PAS mengeluarkan draf ini??


Setakat bercakap, tanpa perancangan kukuh, agak-agak siapa nak percaya??

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP