Friday, December 5, 2008

Bukan Kerana Pangkat.........

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

owh, aku bukan terlalu sibuk hinggakan tiada kesempatan untuk mengemaskini blog ini..tetapi aku baru berpindah rumah, kembali ke pangkuan keluarga, dan memandangkan tiada internet, maka aku membiarkan sahaja laman ini...di pejabat, minggu ini, ada beberapa perkara perlu diselesaikan, maklumlah nak hujung-hujung tahun...

aku sedang membaca sebuah buku yang pada pandangan aku sangat menarik...berbeza dengan buku-buku biografi yang pernah aku baca sebelum ini, kerna buku ini terlalu jujur dan sangat menitik berat fakta. Buku biografi "Bukan Kerana Pangkat : Tun Dr. Ismail dan Masanya". Pada kengkawan, aku memang syorkan kalian membacanya.

Tun Dr. Ismail adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau adalah antara tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada kemerdekaan negara, pembangunan Malaya selepas merdeka dan pembentukkan Malaysia. Beliau meninggal dunia sebelum Tun Razak akibat komplikasi jantung yang dialaminya. owh, aku akan berkongsi kisahnya setelah aku tamat membaca buku ini nanti.

ada petikan yang ingin aku kongsi :

1. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

"Sebagai Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan Dalam Negeri, saya memiliki kuasa yang luas dan juga mengendalikan urusan keselamatan dengan Singapura dan Thailand. Undang-undang paling kontroversi ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Begitu hebat kontroversi yang bergolak dan masih bergolak akta ini. Kalangan penentang berkata berkata Akta ini tidak sejajar dengan demokrasi, terutama peruntukkan yang memberi kuasa kepada polis untuk memberkas sewenang-wenangnya dan menahan orang tanpa perbicaraan. Kalangan pelajar membantah fasal tentang sijil kesesuaian dalam akta ini dan sejak saya bersara,fasal itu telah digantung. Saya tetap berpegang , sejak dahulu hingga sekarang, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri perlu bagi keselamatan negara ini, terutama bila demokrasi ditafsirkan seperti di negara ini. Bagi mereka yang membangkang kerajaan, demokrasi ditafsirkan sebagai kebebasan mutlak, hatta kebebasan untuk menjatuhkan negara. Apabila dipintasi dengan dalil bahawa menurut pengertian barat demokrasi beerti kebebasan dalam kebebasan dalam masyarakat yang teratur dan masyarakat yang teratur adalah masyarakat yang menegakkan undang-undang, mereka cuba berselindung pula dengan cogan kata demokrasi barat tidak perlu diteladani seratus peratus. Saya yakin Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diamalkan di Malaysia tidak bertentangan dengan asas-asas demokrasi. "

2. Rakyat Islam Selatan Thailand

Satu laporan rahsia polis, yang barangkali ditulis pada pertangahan 1961 dan ditemui dalam lipatan surat-surat Ismail, mengkaji wilayah-wilayah selatan Thailandyang beragama Islam. Kata laporan itu, baik di Thailand mahupun Malaya, semua warga dilayan sama rata tidak kira asal usul kaum mahupun agama, dengan syarat mereka menerima bahasa kebangsaan dan adat resamnya. Perbezaan penting ialah, kaum minoriti Islam di Thailand tidak ditawarkan oleh kerajaan pusatnya" peluang ekonomi dan faedah kemasyarakatan yang sempurna, tidak seperti kaum Cina dan India di Malaya".

terpulang pada semua untuk menafsirkan kata-kata ini....

p/s: Salam Aidiladha buat semua penduduk dunia........

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP