Wednesday, November 5, 2008

alahai MBku....

Petikan Agenda Daily.......


BURU GLAMOUR…Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiada di Dewan Rakyat ketika ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli pembangkang lain keluar dewan sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan ransangan ekonomi Selasa.

Beliau tiba kira-kira jam 6.15 petang, selepas Anwar meninggalkan parlimen sebaik sahaja selesai mengadakan sidang media mengenai tindakan pembangkang keluar Dewan.

Khalid dilihat tergesa-gesa naik tangga menuju lobi dan kemudian berbincang dengan ahli parlimen Batu, Tian Chua yang diarah Yang Dipertua Dewan Rakyat, keluar dewan kira-kira jam 5.15 petang kerana tidak memperdulikan arahan Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya jangan menganggu Najib berhujah.

Tidak lama selepas itu dengan ditemani Tian Chua, Khalid menuju ke sudut Sidang Media Parlimen untuk mengadakan sidang media mengulas tindakan pembangkang keluar dewan.

Sebelum panjang lebar beliau mengulas, Agendadaily bertanya Khalid, kenapa beliau hendak mengulas kejadian itu sedangkan beliau tiada di Dewan Rakyat ketika kekecohan berlaku.

Air mukanya jelas berubah tetapi akhirnya mengakui beliau memang tiada ketika itu dan baru sampai.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari rakan-rakan lain mengenai perkara tersebut dan ingin mengulasnya.

"Seronok tengok Khalid telan air liur dua tiga kali sebelum jawab soalan you," kata seorang wartawan sebuah stesen TV kepada Agendadaily yang turut pelik melihat Khalid buat sidang akhbar sedangkan beliau tiada di parlimen ketika itu.

Bagi Tian Chua pula, mereka yang mengenalinya tidak menggangap ia sesuatu yang pelik bagi Ketua Penerangan PKR itu kerana beliau sebelum inipun kerap dengan aksi ‘ stuntman’ politiknya.- 4/11/2008


0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP