Wednesday, August 20, 2008

ke PELIKan dalam keBUTAan...

salam....

baru selesai melihat perdebatan antara Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon dibawah tajuk "Kisah Benar Disebalik Kontroversi Tanah di Pulau Pinang".

suatu debat yang menarik,tahniah pada kedua-duanya, tapi dari apa yang aku lihat, sikap pembangkang yang telah pun menjadi kerajaan kini, tidak lagi berubah sikap ;'hanya tahu menuding jari'. PELIK. dah jadi kerajaan pun, nak cari kesalahan orang lain ka?? katanya dengan kes-kes penyelewengan yang berlaku, kerajaan negeri tidak mampu atau tidak boleh membangunkan pembangunan negeri. yap, memang betul, bilamana masa yang ada hanya digunakan untuk mencari kesalahan kerajaan lama, tapi bukan dengan menumpu pada pembangunan rakyat P.Pinang.

aku tabik pada Tan Sri Koh Tsu Koon, menjawab segala persoalan yang dibangkitkan. memang payah nak bercakap dengan orang yang tak reti bahasa ini!!! buang masa jeee..... YB Lim Guan Eng hanya megulang kes 40 juta, kenapa agaknya dia betul-betul tak puas hati pada kes 40 juta itu?? ada maksud tersirat kah?? mengapa bermati-matian mahu kerajaan P.Pinang yang lama mengakui kesilapan dan mendedahkan kepada umum??

aku setuju pada Tan Sri, bukan semua perkara boleh dihebahkan, bukankah Tan Sri kata kerajaan cuba menebus balik tanah itu? tak abis-abis kata ianya kerugian, padahal belum disahkan lagi di mahkamah......katanya mahu ada sistem CAT yang cekap, bersih dan amanah, bukanlah itu moto PDRM? lama wujud dah.....

analoginya mudah, andai aku membuka kedai runcit di sebuah kampung, dan satu hari aku tersalah kira; gagal memulangkan baki jualan yang sepatutnya pada pembeli, akhirnya aku sedar dan aku pulangkan semula baki tersebut pada pembeli itu, yang aku tahu dimana rumahnya...persoalannya, perlukah aku heboh-hebohkan pada penduduk kampung bahawa aku telah salah kira?? perlukah aku tampal poster meminta maaf?? agak-agaknya la, andai aku telah heboh-hebohkan kesilapan aku, masih ramaikah pembeli yang ingin membeli di kedai aku?? mesti ada yang menjawab, akan da pembeli tu andai kita jujur,....hoi!!! aku dah pulangkan duit tu bukan jujur ka?? kang orang kata aku nak canang-canang kejujuran aku....

entahlah, pelik la dengan sikap manusia yang hanya suka menuding jari nie, padahal kesalahan sendiri buat-buat buta....aku teringat lagi masa aku pernah menjawat jawatan dalam MT MPDT satu ketika dulu, aku terserempak dengan seorang kawan di khaleel, bila aku nak bayar kat kaunter , die berkata " belanja la aku, korang MPD kan dapat elaun...kaya tuh..."...dalam hati aku berkata " abah ko!!!", kalo ikutkan hati mahu saja aku penampar die, tapi memandangkan aku tahu die memang seorang yang suka mencari kesalahan dan sentiasa tidak puas hati pada orang, membuatkan aku melupakan hasrat aku itu. ada beberapa kali aku mengajak dia untuk join kami di MPD andai dia betul-betul tidak puas hati, tapi bermacam alasan dia berikan. cakap memang senang la bro, try jadi MT tengok....samalah dengan situasi politik malaysia sekarang, bukan nak sama-sama bergabung membantu, tapi tak sudah-sudah mencatas orang lain, apa korang bahagia ke dengan cara tu??

1 comments:

Anonymous,  August 25, 2008 at 9:50 AM  

ak setuju..ak pun tgk dbt tu..panas beb..bak kata Tan Sri, kerajaan Pulau Pinang ari ni bersikap, tembak sebelum semak...aku suka ayat tu..hahaha

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP