Thursday, July 17, 2008

Mari Berjalan-Jalan



owh, hujung minggu yang lalu, setelah menyempurnakan kerja sampingan, aku bersama rakan-rakan menjenguk ayah angkat Reza di Kuala Kangsar. Perancangan awalnya hendak ke tempat asap kuar dari mulut...ciss, tapi aku redha, terima saja pelawaan Reza ke rumah ayah angkatnya, dan dia terlalu excited untuk menunjukkan kami kawasan rumah tersebut.

memandangkan ketika itu, aku sakit gigi, tambah pula kebengangan dengan sikap manusia yang satu ini yang tidak pernah berubah, aku mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tapi sesampainya kami di sana, aku pula terlebih excited, aku memang telah dimaklumkan bahawa rumah itu pernah digunakan dalam filen JANGAN PANDANG BELAKANG, tapi kawasan rumah itu tidak sepenuhnya seperti dalam filem tersebut membuatkan aku teruja.hah, kawasan rumah ini juga menjadi lokasi cerita ESTET, arahan Mamat Khalid yang dijangka berada di panggung wayang bulan Februari tahun depan.

Thanks pada mak dan ayah atas cerita-cerita dan kisah kehidupan mereka sekeluarga. Pada aku tidak ramai keluarga seperti ini di Malaysia, penerapan warisan dan sejarah dalam keluarga ini buat aku kagum. Thanks juga pada Reza yang bersungguh-sungguh mempromosikan keluarga angkatnya ini. heh...memang berbaloi bro...

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP