Friday, June 6, 2008

sembang-sembang II

owh,hari ini ada keje, salah sebuah institusi datang sini...nak jumpa kepala kapitan atau timbalan kapitan katanya. erk, dua-dua tak de lah, jumpa orang lain sajalah....sembang-sembang di bilik sembang.(aku selitkan apa yang menarik je...)

6 jun 08. 9 a.m

jalaluddin hassan~ apa pendapat korang semua dengan harga minyak sekarang nie? dah naik 72 sen<(sebenarnya 78 sen, aku diam....tak masuk campur dalam sembang-sembang ini).

sang pecinta~kerajaan kena lihat dengan lebih teliti kenaikkan harga minyak nie, ada golongan-golongan yang akan tertindas, macam pemandu teksi, dalam sehari, banyak kilometer yang dorang gunakan berbanding pengguna lain.

sang kekasih~betul, pembayaran rebat perlu dinaikkan dan perlu berdasarkan penggunaan kilometer, bukannya berdasarkan cc.

sang arjuna~perlu ada penjelasan yang munasabah, katanya pembayaran rebat boleh cover balik, tapi tak banyak membantu pun. kenapa perlu membandingkan harga di Thailand, Singapore dan negara Asia yang lain? mereka bukan negara pengeluar minyak, sebab tu mahal. isu ini yang pembangkang guna masa PRU12.

sang apek~ perlu juga bandingan pendapatan purata sebulan sesebuah negara, andaikan Malaysia purata pendapatan sebulan 2000, Singapore mesti lebih dari 2000, sebab tu negara mereka minyak lebih mahal.

sang macha~ kenapa kita tak guna teknologi lain macam biodiesel, nuklear, kita ada teknologi itu, Malaysia kan KUAT juga berbanding negara-negara lain, tapi sekarang Malaysia KUAT BERCAKAP je...

sang jejaka~ ada juga pihak yang kata, kerajaan amik langkah selamat.. sengaja naikkan minyak bulan ini, walaupun kata nak naikkan bulan 8 nanti, sebab sekarang kecoh isu Pak Lah-Mahathir, so bila buat macam nie, rakyat akan sibuk dengan harga minyak, lupe isu Pak Lah-Mahathir...tapi sebenarnya tindakan ini lebih bahaya. (aku suka yang ini....)

sang imam~ mungkin juga salah satu sebab kerajaan naikkan harga minyak, untuk kurangkan mat-mat rempit, bukannya dorang ada duit nak beli minyak yang mahal nanti. (erk, kurang?? bukan lagi banyak kadar jenayah yang berlaku ke?? aku masih lagi diam......)

sang pecinta~hah, semalam saya tengok dekat pam di Petronas, kenapa seliter rm 2.74? bukan k harga naik hingga 2.70 je?? (ye ke???)

jalaludin hassan~ harga tu, yang lebih 4 sen tu, kena tunggu pihak terbabit jawab. nak tingkatkan biodiesel, banyak kena lihat, macam di China, mereka kurangkan tanah untuk industri makanan dan tanah tu guna untuk bangunkan biodiesel. kita kena utamakan makanan dulu.

knock!!! knock!! ayahanda datang, sembang-sembang terhenti di situ.....

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP