Tuesday, June 10, 2008

Selangor Negeriku

Salam...ya, Selangor Darul Ehsan memang negeriku, tanah tumpahnya darahku...keluar saja dari perut ibuku, memang aku telah pun berada di negeriku ini, di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Namun setelah hidup 22 tahun, 11 bulan dan 11 hari, kerajaan negeriku telah berubah, peralihan kuasa telah pun berlaku oleh Pakatan Rakyat. Perubahan?? Negara berkebajikan?? erk....aku kurang pasti.....
24 Mac, Exco Kerajaan Negeri mengangkat sumpah, 22 April, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)pula mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Maka bermulalah tanggungjawab dan beban yang akan dipikul oleh mereka untuk memastikan KEBAJIKAN rakyat Selangor khasnya. ya, aku adalah rakyat Selangor!!!
oh,ya, sebelum PRU12, kami disajikan dengan manifesto cukup mantap dan hebat.











bertuah sungguh, siapa yang menjadi rakyat Selangor, kengkawan, kalau nak kahwin or nak beranak, meh la datang Selangor...best woooo....

owh...aku terlupa, semua ini masih belum terlaksana, 3 bulan telah berlalu...eh, 3 bulan ini bukan bermaksud kami rakyat Selangor tidak dapat apa-apa, lihat ya,

*kerajaan negeri kami telah meluluskan projek ladang ternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Mukim Batu di Kuala Langat. Berteknologi Jerman yang moden dan tertutup, terbesar di Asia( kami sudah ada teknologi baru, anda???)

*Larangan mengadakan program berbentuk Islam Hadhari di Selangor

*yang terbaru, cadangan kerajaan negeri Selangor menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam di negeriku Selangor.

Nah, kami dapat jua "kebajikan" itu bukan??

owh, aku ingin lihat yang terbaru ini, apa sebenarnya maksud "kesamarataan"?? jikalau semua orang benar-benar memegang prinsip "kesamarataan" ini, adakah kita benar-benar kan hidup aman dan damai?? mari kita lihat analoginya, abah aku membelanjakan duitnya untuk membeli kek harijadi aku, perlukah abahku jua membeli kek harijadi untuk jiran sebelah rumahku?? semua orang perlu sama bukan?? perlu kah??
aku pernah mendengar petikan dari seseorang, "kesamarataan" atau "keadilan" adalah memberi atau memyediakan seseuatu kepada orang yang benar-benar memerlukan. oh, aku bukan mahu ulas panjang tentang itu, carilah maksud "kesamarataan" itu sendiri ya....

Kini, ramai yang mahu mempertikaian kedudukan Islam di negara ini, samada kita sedar atau tidak. mari kita imbas sejarah semula

Islam mula bertapak di Asia Tenggara pasa abad yang ke 17 yang dibawa masuk menerusi pedagang-pedagang Arab yang datang berdagang di Asia Tenggara. seterusnya islam berkembang di Melaka dan menjadi pusat penyebaran agama Islam. Sistem pemerintahan Melayu Melaka akhirnya dipengaruhi oleh Islam. Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, (1477-1488) pemerintahan kerajaan Melaka adalah berasaskan pemerintahan Saidina Umar al-Khattab. Undang-Undang Laut dan Hukum Kanun Malaka juga berasaskan undang-Undang Islam.

mari kita lihat pula dalam Perlembagaan Malaysia

Perkara 3(1)- Pelembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa Islam adalah ugama bagi persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Ini bermaksud Islam dilindungi oleh perlembagaan dan segala kemudahan dan perbelanjaan negara boleh dipergunakan untuk pembangunan Islam tanpa pertikaian.

perkara 11- Kebebasan Ugama
(1) Tiap-Tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

(2) Tiada sesiapapun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas samaada kesemuanya atau sebahagiaannya bagi maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

(3) Tiap-Tiap kumpulan ugama adalah berhak-
(a) mengurus hal ehwal ugamanya sendiri.
(b) Menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairiat; dan
(c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Keperluan kepada undang-undang ini ialah untuk melindungi orang Islam daripada dipengaruhi kepercayaan lain. Seperti yang disebutkan, peruntukkan ini menunjukkan kelebihan yang diberikan kepada Agama Islam. Keistimewaan ini sebenarnya berkait rapat dengan sejarah dan latar belakang negara. Walaupun ada kemungkinan tuduhan bahawa ianya tidak mengikuti prinsip "kesamarataan", tetapi kesedaran bahawa orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu telah diberikan hak-hak yang kebanyakkannya berlandaskan kepada sejarah.Khususnya melibatkan tolak ansur semasa rundingan kemerdekaan pada 1956-1957.

Dalam agama Islam hak kebebasan agama bermaksud bahawa Islam tidak memaksa orang bukan Islam menerima Islam. Namun di negara kita kebebasan beragama ini boleh disekat melalui undang-undang. Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama yang lain daripada Islam di kalangan umat Islam.Selain itu perlembagaan juga menyebut bahawa kebebasan agama tidak boleh digunakan untuk menyalahi undang-undang awam mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Nah, fahamkan maksudnya Islam adalah ugama Persekutuan......

owh, persoalannya, anda bangga atau tidak menjadi rakyat Selangor Darul Ehsan??? kalo ya, mari kita sama-sama berdiri menyanyikan lagu Negeri Selangor....ayuh!!!

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP