Monday, June 2, 2008

cerita saya.....

salam.....baru balik dari plaza Low Yat semalam, banyak kali juga aku dengar tentang plaza ini, cuma dikesempatan ini, dapat aku jejak....hehe...itupun sebab menemankan beliau. ramai seh orang kat sana, tapi memang berbaloi la.....dapat juga beliau sambar laptop sebijik......

ah, hari ini aku jumpe pengakuan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor tentang kronologi kemasukkannya ke dalam UMNO. bolehlah lepas nie keluarkan buku macam Lim Goh Tong (cerita saya versi Ezam Mohd Nor).heh.......aku rasa kalau orang yang bijak pandai, mesti dah dapat tafsir di sebalik pengakuan ini kan??, dan kerana ramai sangat yang rasa mereka sudah bijak dan pandai ini jugalah, dunia politik Malaysia semakin berwarna-warni...elok juga, kalau satu kaler je, bosan juga nanti. heh!!!

oleh kerana aku merasakan aku budak baru nak mengenali dunia, aku lebih gemar berkongsi info daripada pendapat aku sendiri dalam blog ini. tapi kalau berborak sesama geng, aku suka juga memberi dan mendengar pendapat....masih dalam proses pembelajaran selok belok dunia ini, politik terutamanya.

oh ya, pemuda UMNO bahagian Jerlun mempertahankan exco pergerakan pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir. baguslah begitu, ada juga yang sokong ya.......tapi aku tertarik dengan petikan ini

"(Datuk) Zaid duduk atas ikhsan perdana menteri, jangan pertikaikan kedudukan Datuk Mukhriz dan Datuk Tajuddin yang dipilih oleh rakyat,"..

heh....hari-hari makan pengat, sendiri mau ingat hah.....

2 comments:

ariffss ™ June 2, 2008 at 3:40 PM  

ada ke org hari2 makan pengat? makan nasi hari2 ada la kot.. mn blajau nih !! usm ka? hhahaehehae

lieliq June 2, 2008 at 4:22 PM  

hek eleh.....orang yang jual pengat ler....kalau penget dia tak abis, die makan ler hari2....hahahahhahaha....blajau kat tempat sama macan lu la bro...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP