Monday, June 30, 2008

Back To Work...

Salam....

wah, selamat datang ke ofis pada aku...heh, setelah mencutikan diri sendiri selama 2 hari...khamis, aku demam.... jumaat badan aku telah mula berfungsi, tapi aku mencutikan diri lagi dan bergerak ke bumi minden, itu pun setelah mendapat bebelan dari beliau,dan kerana aku memang seorang yang degil, aku menggagahkan diri dan meneruskan perancangan ke penang pada malam itu. alhamdulillah....berjaya jugak aku menyamar dan menyibukkan diri bersama budak-budak PPMS...hehehehe..thank pada kawan apit yang telah mengurangkan perbelanjaan lunch kami di Kenny Rogers...nie baru namanya kawan, bak kata abg G...

oh, sepanjang 2 minggu ini, banyak maklumat, ideologi dan doktrin-doktrin baru yang aku peroleh. 2 minggu yang penuh bermaklumat dan berperang dengan sistem daya tahan badan sendiri.hari ini, otak aku tepu sekejap, dan memandangkan terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan, aku tangguhkan pengalaman perjalanan sepanjang 3 hari 2 malam di bumi minden serta perkongsian maklumat yang aku terima. nanti ya......oh, aku juga masih menanti salinan maklumat dari abg G...

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP